BoBoiBoy Wiki
Advertisement
BoBoiBoy Wiki

Noor Ezdiani Ahmad Fauwzi ialah isteri kepada Nizam Razak dan merupakan salah seorang pengasas syarikat Animonsta Studios dan pencipta siri animasi BoBoiBoy.

Biografi[]

Ezdiani merupakan seorang lulusan dari dua universiti iaitu Multimedia University (MMU) dari 2001 sehingga 2005, mengambil jurusan Filem dan Animasi peringkat Ijazah Sarjana Muda dan Universiti Teknologi MARA dari 2006 sehingga 2007, mengambil Media Baharu peringkat Sarjana Sastera.

Kerjaya[]

Ezdiani merupakan antara orang penting yang telah lama berkhidmat di syarikat Monsta yang telah menggalas beberapa peranan atasan, antaranya Pengarah Latihan & Pemasaran dari September 2009 sehingga Disember 2010 sebelum dinaikkan menjadi Pengarah Kewangan Dan Pentadbiran dari Januari 2011 sehingga Disember 2012. Kemudian bermula Januari 2013 sehingga Disember 2016, beliau memikul tanggungjawab sebagai Pengarah Pengurusan & Kewangan Korporat dan semenjak Januari 2017, Ezdiani merupakan seorang Ketua Pegawai Kewangan sehingga kini. Dalam pada itu, beliau turut menjadi pelakon suara untuk watak Makcik Kuih, Makcik Kantin dan Mama Zila dalam siri animasi BoBoiBoy.

Sebelumnya beliau merupakan pelakon suara bagi watak Ros selama musim pertama dalam siri animasi Upin & Ipin.

Galeri[]

Advertisement