BoBoiBoy Wiki
Advertisement
BoBoiBoy Wiki


Emporium Gijimo merupakan markas Gijimo di mana dia menempatkan Power-Power Sphera palsu dan berurusniaga dengan pelanggannya.

Sejarah

BoBoiBoy Galaxy

Dalam Galaxy Episod 19, Fang telah mengesan penjenayah dikehendaki TAPOPS, Gijimo dan menemui markasnya. BoBoiBoy, Gopal dan Fang memasuki ke dalam markas dan mendapati banyak Power Sphera palsu yang dijual oleh Gijimo. Bagaimanapun, Gijimo mengetahui mereka adalah ahli TAPOPS dan mengurung mereka. Dia mengaktifkan Power-Power Sphera palsu untuk menyerang mereka, tetapi BoBoiBoy dan rakan-rakan berjaya mengalahkan mereka.

Maka Gijimo mengaktifkan CetakBot dan RompakBot untuk mencetak rompak BoBoiBoy dan kuasanya. BoBoiBoy, Gopal dan Fang bekerjasama menewaskan BoBoiBoy cetak rompak dan Gijimo. Selepas pertarungan berakhir, Gijimo berserta CetakBot, RompakBot dan Power-Power Sphera palsu dibawa ke Stesen Angkasa TAPOPS.

Ciri-ciri

  • Rak pameran: Rak-rak yang menempatkan Power-Power Sphera palsu.
  • Bilik: Tempat di mana CetakBot dan RompakBot disimpan sebelum ini.

Galeri

Advertisement