EmotiBot merupakan sebuah Power Sphera yang mempunyai kuasa manipulasi emosi.
Sejarah[]
Sejarah awal[]
Menurut kisah lama EmotiBot, dia telah mengalami trauma kerana dia selalu dijual beli dan sering bertukar-tukar tangan dari satu alien jahat ke alien jahat yang lain yang sering menyalahgunakan kuasanya. Sehingga suatu hari, dia telah ditangkap oleh Gijimo dan dibawa ke Emporium Gijimo di Planet Junkberg.
BoBoiBoy Galaxy[]
Dalam Manipulasi Emosi, EmotiBot ditemui oleh BoBoiBoy, Fang dan Gopal yang melakukan rampasan Power Sphera palsu setelah menumpaskan Gijimo di Planet Junkberg. Disalah sangka sebagai Power Sphera cetak rompak, ia ditemui dalam keadaan tidak aktif. EmotiBot disimpan di dalam bilik bahan bukti TAPOPS, kemudian apabila Koko Ci dan Tarung hendak memeriksanya dengan memasang kabel, tiba-tiba ia hidup dan bertindak memanipulasi semua orang yang cuba mendekatinya. Tindakan EmotiBot menyebabkan seluruh pangkalan TAPOPS huru-hara dengan ahli-ahli yang berperangai aneh. Keadaan akhirnya reda apabila BoBoiBoy, Gopal dan Fang tampil untuk menjinakkan EmotiBot. Daripada mematikan EmotiBot, BoBoiBoy cuba berbaik-baik dengannya untuk mengetahui punca EmotiBot berkelakuan sedemikian. Menurut cerita EmotiBot, dia mengalami trauma kerana selalu bertukar-tukar pemilik yang melayannya dengan buruk. Oleh itu, anggota TAPOPS berjanji untuk menjaganya dengan baik.
Dalam kredit akhir Sinaran Penamat, EmotiBot telah diletakkan di bilik sementara Power Sphera bersama dengan Power-Power Sphera lain dan berada dalam mod tidak aktif.
Kuasa[]
- Kuasa Manipulasi Emoti: Dengan mempunyai pelbagai emosi, EmotiBot berkebolehan untuk memanipulasi sesiapa sahaja untuk mengubah emosi mereka berdasarkan reaksi yang ditunjukkan oleh EmotiBot.
Rupa[]
EmotiBot merupakan Power Sphera berkulit kuning yang mempunyai skrin bulat sebagai muka yang memaparkan pelbagai wajah emosi ataupun gambar seakan-akan emoji. Selalunya manipulasi emosi yang dilakukan akan padan dengan wajah yang ditayangkan pada skrin mukanya. Dalam keadaan padam, skrin berwarna hitam dan tangannya pun kuncup.
Perwatakan[]
EmotiBot muncul sebagai penakut dan tragik kerana mengalami trauma semasa kehidupan silam, itu sebabnya EmotiBot menyerang rakan-rakan BoBoiBoy tanpa sebab. Walau bagaimanapun, dia berasa selamat dalam Stesen Angkasa TAPOPS.
Trivia[]
- Nama EmotiBot diambil dari perkataan "emotion" yang bermaksud emosi, sesuai dengan kuasanya untuk memanipulasi emosi seseorang.
- EmotiBot merupakan Power Sphera pertama yang diselamatkan kelihatan mengalami beberapa bentuk kecelaruan stres pascatrauma.
- Mukanya serupa dengan Ochobot, InviBot dan DataBot yang hanya mempunyai mulut yang bergerak dalam skrin LCD apabila bercakap.