BoBoiBoy Wiki
Advertisement
BoBoiBoy Wiki


Ejo Jo merupakan bekas rakan sekelas, anak jiran sebelah, dan juga pembuli sejati kepada Adu Du. Dia dilahirkan dalam keluarga kelas kedua di Planet Ata Ta Tiga, iaitu antara golongan masyarakat tertinggi di planet tersebut.

Sejarah[]

Kehidupan awal[]

Ejo Jo adalah seorang bekas kumpulan askar elit Planet Ata Ta Tiga tetapi telah diberhentikan kerana selalu melanggar peraturan dan gagal mengikuti arahan. Sejak itu, Ejo Jo menjadi pengumpul barang-barang berharga dan antik untuk dijadikan koleksi atau dijual kepada orang lain. Suatu masa dahulu, Ejo Jo merupakan jiran, dan juga rakan sekelas yang suka membuli Adu Du.

BoBoiBoy[]

Musim 2, Episod 1[]

Ejo Jo membuat kemunculan pertamanya di dalam sebuah kapal angkasa yang sedang terbang di angkasa lepas dengan Bago Go berada di dalamnya. Katanya, dia akan membeli kapal angkasa Adu Du daripada Bago Go, dan Bago Go menyokong keputusan Ejo Jo dan berkata bahawa dia tidak perlu menyimpan wang terlalu banyak. Kemudian, Bago Go memberitahu Ejo Jo bahawa kapal angkasa Adu Du adalah 'antik'. Ejo Jo kemudian membuat keputusan untuk membeli kapal angkasa Adu Du dengan harga sebanyak 80 juta dan 80 sen.

Musim 2, Episod 3[]

Setelah Bago Go pulang, Ejo Jo terus berjalan memasuki ke dalam kapal angkasa Adu Du untuk melihat informasi-informasi dalam skrin. Kemudian, dia tiba-tiba terjumpa satu fail yang amat penting yang mempunyai informasi tentang BoBoiBoy dan koko yang ada di Bumi.

Musim 2, Episod 10[]

Ejo Jo berjaya mendapatkan informasi yang lengkap mengenai Adu Du, Probe dan Komputer lalu menghubungi Adu Du dan bersua muka dengannya. Adu Du dan Probe memutuskan talian dan setelah mereka berbincang, Adu Du cuba untuk meyakinkan Ejo Jo untuk bersembunyi jika tidak mahu dibelasah oleh wira Bumi yang bernama BoBoiBoy dan kawan-kawannya. Walau bagaimanapun, Ejo Jo sikitpun langsung tidak gementar dengan setiap kuasa BoBoiBoy, Yaya, Ying, Gopal dan Fang walaupun selepas Komputernya memberikan penjelasan mengenai kuasa sebenar mereka semua. Kemudian, Ejo Jo mengingatkan Adu Du untuk menyiapkan markas baru yang telah dibelinya daripada Bago Go lalu menuju ke Bumi dengan kelajuan penuh.

Musim 2, Episod 11[]

Walaupun Ejo Jo tidak muncul dalam episod ini, namun kapal angkasanya tiba di Bumi dan mendarat di atas bumbung Sekolah Rendah Pulau Rintis di akhir episod.

Musim 2, Episod 12[]

Ejo Jo turun dari kapal angkasanya dan meminta BoBoiBoy dan kawan-kawannya untuk turun dari kelas. Kemudian dia memaksa BoBoiBoy dan kawan-kawannya untuk menyerahkan semua kuasa dan Bola Kuasa kepadanya. Tetapi sebelum BoBoiBoy sempat menghabiskan kata-katanya, Adu Du datang dan menyampuk bahawa hanya dia yang boleh merampas kuasa-kuasa dan Bola Kuasa. Ejo Jo ketawa dan mengejek Adu Du kerana memakai pakaian seragam sekolah. Adu Du berkata kepada Ejo Jo bahawa terpulang pada dirinya untuk memakai pakaian apapun, lalu memaksa Ejo Jo untuk pulang ke markasnya. Ejo Jo memberitahu Adu Du bahawa dia tidak sepatutnya menentang dirinya dan mula mengacukan pistol ke arahnya. Walau bagaimanapun, Probe sempat tiba untuk melindungi Adu Du dari ancaman Ejo Jo dengan melemparkan baldi dan melencongkan sedas tembakan ke arah bangunan sekolah. Disebabkan oleh itu, Ejo Jo mula marah dan menghinanya dengan kata-kata 'robot kutip', maka Probe membalas hinaannya semula dengan menegaskan dirinya sebagai Robot Tempur Probe.

Ejo Jo ketawa lagi dan mengarahkan Komputer untuk menurunkan 'Robot Tempur Sebenar' yang mana merupakan Robot PETAI. Semua orang yang mendengar namanya ketawa dan menimbulkan kemarahan Ejo Jo. Ejo Jo memerintahkan PETAI untuk menyerang Probe, dan mereka pun saling berlawan. Namun, serangan bedilan laser yang bertalu-talu telah menyebabkan kemusnahan di kawasan sekolah dan akhirnya kematian Probe. Setelah kejadian itu, Adu Du mula marah dan cuba untuk menembak Ejo Jo tanpa henti, tetapi dia dilindungi oleh PETAI. Ejo Jo kelihatan tidak mempunyai belas kasihan langsung dan tiada perasaan lalu membawa lari kawan-kawan sekelas BoBoiBoy untuk dijadikan tawanan.

Musim 2, Episod 13[]

Ejo Jo dihubungi oleh Adu Du melalui Komputer dan mendedahkan lokasi persembunyian BoBoiBoy dan Fang. Selepas mengetahui lokasi BoBoiBoy dan Fang, Ejo Jo menghantar Robot PETAI untuk mengalahkan BoBoiBoy dan Fang. Tetapi BoBoiBoy Halilintar, Taufan dan Gempa gagal untuk mengalahkan PETAI. Walau bagaimanapun, pada masa PETAI hampir menamatkan BoBoiBoy, Fang muncul dan menyeru Naga Bayang untuk memusnahkan PETAI. Apabila Ejo Jo mengetahui perkara itu, dia keluar dari kapal angkasanya dengan sut perisai yang diisi dengan kesemua Jam Kuasa kepunyaan Yaya, Ying dan Gopal untuk mengalahkan BoBoiBoy, yang bersambung pada musim ketiga siri ini.

BoBoiBoy vs Ejo Jo Bahagian 1[]

Ejo Jo mula menggunakan kesemua Jam Kuasa kepunyaan Yaya, Ying dan Gopal untuk berlawan dengan BoBoiBoy. Di sini, BoBoiBoy sepatutnya dibantu oleh Fang, tetapi Fang pengsan kerana telah menggunakan semua tenaganya. Ejo Jo kemudian hampir mengalahkan BoBoiBoy, tetapi gagal kerana Mukalakus muncul dan menghalangnya. Ia adalah misteri bila dan macam mana Ejo Jo sempat mencuri Jam Kuasa kepunyaan Fang dan menggunakan kuasa itu untuk memerangkap wira.

BoBoiBoy vs Ejo Jo Finale[]

BoBoiBoy, Gopal, Yaya, Ying dan Adu Du telah termasuk ke dalam perangkap Ejo Jo. Kini ia terpulang kepada Trio Kebenaran (Papa Zola, Tok Aba, Iwan) untuk menyelamatkan mereka. Ejo Jo memanipulasikan Naga Bayang untuk menyerunya menelan BoBoiBoy dan yang lain di dalam perangkapnya. Tetapi Ejo Jo gagal untuk menyelesaikan kehendaknya, dan akhirnya Ejo Jo dikalahkan oleh BoBoiBoy. Disebabkan kekalahan yang amat teruk, Ejo Jo melarikan diri ke markasnya semula.

5 Panglima Scammer[]

Walaupun tidak muncul dalam episod ini, namun Bago Go menceritakan tentang keadaannya selepas dibelasah oleh BoBoiBoy dengan teruk yang menyebabkan dia dimasukkan ke dalam hospital Bago Go dan berhutang yuran dengan hospital sehingga terpaksa menggadaikan semula kapal angkasa Adu Du demi membiayai kos hospital yang terlalu mahal.

Bangkit BoBoiBoy Air[]

Ejo Jo membuat kemunculan ringkas di akhir episod sebagai "Super Ejo Jojojo" selepas menjadi ujian Bago Go, dan Bago Go menyebutnya "Super Ejo Jojojo". Kemudian, ketika dia hendak menunjukkan kuasa Ejo Jo kepasa Kapten Kaizo, Ejo Jo keluar dengan memecahkan kaca di mana dia berada, mengejutkan Bago Go dan Kapten Kaizo. Dia kemudian melaungkan bahawa dia telah kembali sambil menyebut nama BoBoiBoy ketika mengakhiri episod.

Episod Khas: Jagalah Bumi (Bahagian 2)[]

Ejo Jo muncul secara ringkas di akhir episod, sedang berada di dalam kapal angkasa dan mendapat laporan kegagalan tentang Raksasa Perisai. Kemudian Ejo Jo mengarahkan Komputer untuk menuju ke Bumi dengan kelajuan maksimum.

Musuh Baru Dan Lama[]

Ejo Jo kembali ke Bumi dengan misi untuk membalas dendam dengan menghapuskan semua adiwira dengan menggunakan perisai yang digelarnya "SAMBAL". Walau bagaimanapun misinya telah gagal apabila saingannya, Kapten Kaizo tiba bersama Lahap dan menyerang Ejo Jo dan robot-robot tempurnya. Lalu Ejo Jo ditangkap oleh Lahap dan dimasukkan ke dalam kapal angkasa kaptennya.

Senjata dan Kuasa[]

Serangan
4/5
Pertahanan
3/5
Ketangkasan
5/5
Keberanian
3/5
Kelajuan
3/5

Ejo Jo tidak mempunyai kuasa luar biasa, tetapi dia tetap hebat ketika berlawan kerana latihan askar elitnya serta alatan-alatan canggih yang digunakan dalam pertarungan. Namun, Ejo Jo telah mencuri dan menggunakan kuasa-kuasa dari setiap Jam Kuasa kepunyaan Yaya, Ying dan Gopal serta Fang. Dia meletakkan jam itu di dalam sut perisainya semasa berlawan dengan BoBoiBoy.

  • Pistol Laser: Sepucuk pistol yang boleh menembak laser. Satu tembakannya mampu memusnahkan suku bangunan sekolah.
  • Metal Cog Prehensile Propulsion Armor Mark XLII[1]: Merupakan sebuah pakaian perisai berwarna merah yang digunakan oleh Ejo Jo untuk menentang BoBoiBoy dan kawan-kawannya. Pemakainya boleh membuka topeng perisainya sesuka hatinya dan ia memiliki bahagian khas yang boleh menempatkan beberapa Jam Kuasa untuk kegunaan pemakainya.
    • Pedang Tenaga: Ejo Jo boleh mengeluarkan sebilah pedang tenaga yang berkuasa dari perisainya. Arusnya sangat kuat sehingga mampu menghancurkan Pedang Halilintar.
    • Teleportasi: Ejo Jo berpindah dari satu titik ke titik lain dalam jarak yang dekat.
  • Suit Armour Mecha Blaster And Laser: Juga dikenali sebagai SAMBAL, ia merupakan sebuah perisai gergasi yang terbentuk dari gabungan bahagian-bahagian berasingan yang melitupi seluruh tubuh Super Ejo Jojojo.
    • Tembakan Laser: Perisai ini boleh mengeluarkan tembakan laser berwarna ungu yang mampu menghancurkan kawasan bukit.
Manipulasi Graviti
  • Kuasa Manipulasi Graviti: Ejo Jo memperlihatkan kuasa sebenar dari Jam Kuasa Yaya dengan meringankan graviti dalam lingkungan BoBoiBoy, Ochobot dan Fang menyebabkan mereka mula terapung.
  • Tumbukan Padu: Ejo Jo mengumpulkan tenaga di buku limanya sebelum melepaskannya ke arah lawannya. Digunakan pada BoBoiBoy mengakibatkan dia tercampak jauh tetapi gagal dalam percubaan seterusnya apabila berjaya dielak.
  • Tendangan Graviti: Ejo Jo menendang muka Golem Tanah yang telah diperlahankan masanya dengan kuat sehingga ia terpelanting ke seberang medan tempur.
  • Tangan Kinetik: Menggunakan tangannya, Ejo Jo boleh menahan dan menggerakkan sasarannya.
  • Kuasa Graviti: Ejo Jo meringankan graviti dirinya untuk mengelak dari dicucuk Tanah Tajam.
Manipulasi Masa
  • Kuasa Manipulasi Masa: Ejo Jo memperlihatkan kuasa sebenar dari Jam Kuasa Ying dengan memperlahankan masa di persekitaran BoBoiBoy Gempa dan kapal angkasanya.
  • Tukarkan Kelajuan: Selepas Ejo Jo menendang batu-batu ke arah BoBoiBoy Gempa dalam masa yang diperlahankan, dia kembalikan kelajuan persekitaran kepada asal untuk menyerangnya tanpa dia sempat mempertahankan diri.
  • Perlahankan Masa: Ejo Jo memperlahankan masa menyebabkan lawannya bersama dengan serangan mereka bergerak dengan sangat perlahan.
Manipulasi Molekul
  • Tukaran Kaca: Ejo Jo menukarkan Golem Tanah menjadi kaca sepenuhnya sebelum menghancurkannya.
  • Tukaran Kertas: Ejo Jo menukarkan Ombak Tanah menjadi helaian-helaian kertas yang banyak.
  • Tukaran Besi: Ejo Jo menukarkan batu-batu kepada besi-besi tajam yang menembusi pelindung BoBoiBoy Gempa dan ia mencederakan mukanya.
  • Tembakan Tukaran Molekul: Ejo Jo cuba menukarkan Mukalakus menjadi molekul tetapi dihalang oleh BoBoiBoy Taufan, menyebabkan tembakannya menukarkan pagar kayu dan kereta-kereta terpakai menjadi kaca.
  • Tukaran Molekul: Ejo Jo menukarkan beribu-ribu Pedang Halilintar menjadi molekul.
Manipulasi Bayang
  • Jari Bayang: Ejo Jo menepis Jam-Jam Kuasa milik Yaya, Ying dan Gopal dari tangan BoBoiBoy.
  • Kokun Bayang: Sebuah kokun yang dibentuk menggunakan Jari-Jari Bayang untuk memerangkap BoBoiBoy dan kawan-kawan.
  • Bayangan Diri: Ejo Jo membentuk bayangan yang mirip dengannya untuk menghalang Papa Zola daripada mengganggu konsentrasinya.
    • Tendangan Maut: Serangan asas bagi Bayangan Diri dengan menendang ke arah musuhnya, tetapi ia dihalang oleh Tok Aba yang memperlahankan masa.
  • Naga Bayang: Serangan berskala besar yang memerlukan Ejo Jo untuk fokus kerana memerlukan pengumpulan tenaga yang amat banyak. Menurut Komputernya, jika dia menyerang lawannya semasa dalam proses pengumpulan tenaga, proses tersebut akan terhenti dengan serta-merta.

Rupa[]

Ejo Jo berbadan tinggi yang berwarna hijau dengan berbaju yang berwarna merah. Kepalanya berbentuk kubus dan mempunyai sepasang sesungut yang besar seperti Adu Du. ​Terdapat cap merah memanjang daripada atas matanya ke pipinya dan sentiasa memakai sut perisai berwarna merah dengan sut dalam berwarna hitam. Semasa berlawan dengan BoBoiBoy, Ejo Jo kelihatan memakai sut perisai tempurnya yang serba merah serta memakai perisai kepala berbentuk kotak dan warna mata yang serba kuning yang dilengkapi dengan tempat untuk menyimpan Jam Kuasa juga dengan senjata dalaman seperti pedang.

Bermula daripada Musim 3, Ejo Jo mempunyai badan yang berotot setelah menjadi subjek uji kaji Bago Go. Dia memakai baju singlet berwarna kelabu dengan bahagian perisai pada lengannya berserta dengan seluar berwarna hijau gelap dan bahagian perisai pada kaki.

Perwatakan[]

Ejo Jo adalah seorang alien yang bersifat sombong dan mementingkan diri sendiri serta tidak kisah untuk menggunakan kekerasan untuk mendapatkan apa yang dia mahukan. Ianya ditunjukkan bahawa dia sangat sadis dan tidak mempunyai belas kasihan, seperti puas melihat robot P.E.T.A.I menghancurkan Probe dan suka melihat penderitaan Adu Du.

Ejo Jo juga merupakan seorang pembuli kerana suka membuli Adu Du dari kecil kerana dilahirkan dalam golongan bawahan dan bekerja sebagai pengutip sisa mineral di sektor terbawah sehingga bertanggungjawab untuk mengusir Adu Du dari kampungnya dan juga Planet Ata Ta Tiga.

Tidak seperti Adu Du, Ejo Jo sangat cepat berfikir daripada bertindak duluan yang membolehkannya untuk menjatuhkan musuh-musuhnya, yang mana Adu Du tidak mempunyai seperti itu.

Kemunculan[]

Trivia[]

  • Ejo Jo merupakan watak alien yang ketiga diperkenalkan dalam siri BoBoiBoy. Watak alien yang pertama ialah Adu Du dan yang kedua ialah Bago Go.
  • Seperti Adu Du dan Bago Go, kedua-dua matanya bercahaya sewaktu kemunculan pertamanya.
  • Dia dilahirkan di dalam keluarga kelas kedua di Planet Ata Ta Tiga, antara kelas tertinggi dalam hierarki masyarakat Kubulus.
  • Ejo Jo adalah seorang bekas kumpulan askar elit Planet Ata Ta Tiga tetapi telah diberhentikan kerana selalu melanggar peraturan dan gagal mengikut arahan.
    • Dia mempunyai satu corak di mata kirinya yang menandakan dia pernah menyertai pasukan askar elit Planet Ata Ta Tiga.
    • Tambahan pula menurut surat peminat isu ke-17, perisai tempur yang dipakainya merupakan pakaian perisai yang hebat yang digunakan oleh askar elit di planet itu.
  • Terdapat khabar angin yang mengatakan bahawa Ejo Jo merupakan salah seorang ahli pasukan askar upahan yang terkenal di Planet Ata Ta Tiga.
  • Tidak seperti Adu Du dan Bago Go, Ejo Jo lebih tinggi dari mereka.
  • Setelah dikalahkan oleh BoBoiBoy, Ejo Jo terlantar di hospital dan terpaksa menggadaikan kapal angkasa Adu Du yang baru dibelinya untuk membayar bil hospital yang mahal.
  • Dalam Musuh Baru Dan Lama, maklumat akaun Spacebooknya mendedahkan bahawa:
    • Ejo Jo lahir pada 5, 14, 5674;
    • Ejo Jo tinggal di Face 3, Sector 24;
    • Ejo Jo bersekolah di Sector 7 Military Academy;
    • Ejo Jo berasal dari Face 7, Sector 63.
  • Jenaka yang berterusan ke atas Ejo Jo adalah setiap kali dia bersedia untuk mengambil BoBoiBoy dan rakan-rakannya dan memperkenalkan asetnya yang berkuasa, nama pendek yang dipendekkan (PETAI dan SAMBAL) akan terdengar sangat lucu. Semua orang ketawa dan tidak menganggapnya serius sehingga senjata perisai tersebut dinyatakan memiliki kapasiti bahaya di mana mereka akhirnya terancam.
  • Nama Super Ejo Jojojo serupa dengan nama "Super Adu Dududu" dalam Musim 1, Episod 9.
  • Dalam suatu komen di akaun Facebook BoBoiBoy, ia didedahkan sebab Ejo Jo tidak lagi muncul dalam siri BoBoiBoy Galaxy disebabkan dia takut dengan Kapten Kaizo.
  • Menurut surat peminat dalam Majalah Komik BoBoiBoy isu #74, Ejo Jo dan Bora Ra mungkin mengenali antara satu lain dan mereka juga mungkin menjadi rakan sesama sendiri dalam Spacebook.
  • Warna kegemaran Ejo Jo ialah merah.

Petikan dialog[]

  • "Hebat. Memang hebat."
  • "Seguni Mawar Merah? Apa benda ni semua?"
  • "Sesuai sangat nama dia. Probe, Problem."
  • "Wahai hambaku sekalian. Bagaimana persiapan rumah baruku di Bumi?"
  • "Kisah silam, tak payahlah nak ungkit!"
  • "Aku tahu operasi kau untuk dapatkan koko dan Bola Kuasa tu."
  • "Siapa kau nak menghalang aku, hah?"
  • "Berani kau robot kutip!"
  • "Saksikan! Robot tempur sebenar! PETAI!"
  • "Patutlah Bumi ni tak maju. Ada makhluk jenis macam ni."
  • "Ada guna juga si Adu Du ni."
  • "Kau dah masuk perangkap!"
  • "Aku kembali BoBoiBoy!"
  • "Dia tu hanya permulaan untuk operasi balas dendam aku."
  • "Saksikanlah... Suit Armour Mecha Blaster And Laser, aka, SAMBAL!"

Galeri[]

Wiki-wordmark
Wiki BoBoiBoy mempunyai pelbagai gambar menarik tentang Ejo Jo. Rujuk Ejo Jo/Galeri.

Video[]

Rujukan[]

Advertisement