BoBoiBoy Wiki
Advertisement
BoBoiBoy Wiki

Detektif Yaya ialah siri buku berjilid yang berfungsi sebagai spin-off dari siri animasi BoBoiBoy. Siri Detektif Yaya padat dengan nilai-nilai murni. Diceritakan dari pandangan Yaya yang penuh lawak dan misteri, siri ini sesuai dibaca oleh peringkat sekolah rendah hingga ke sekolah menengah. Jilid pertama, kedua dan kelima siri buku ini ditulis oleh Fatimah Zafira.

Senarai jilid

Jilid Kulit buku Tajuk Tarikh dikeluarkan
1
Detektif Yaya 1.jpg
Detektif Yaya Dan Penunggu Gunung Embun 26 Februari 2016
Musim peperiksaan sudah berakhir. Yaya, Ying, Gopal dan Fang menyertai program perkhemahan di Taman Rimba Gunung Embun. Namun, di sebalik kegembiraan mereka, terjadi satu peristiwa misteri. Dapatkah Yaya dan rakan-rakannya merungkai misteri ini?
2
Detektif Yaya 2.jpg
Detektif Yaya Dan Misteri Hantu Harum 14 April 2016
Yaya, BoBoiBoy, Ying, Fang dan Gopal menubuhkan Kelab Misteri di sekolah untuk menyelesaikan apa sahaja misteri. Apabila seorang demi seorang pelajar datang dengan khabar angin tentang sumpahan dan misteri bangunan usang di sekolah, mereka berjanji akan membongkarkan setiap tipu daya di sebalik misteri itu. Namun, surat ugutan yang tidak putus-putus dihantar kepada Kelab Misteri membuatkan Yaya tertanya-tanya. Siapakah penjenayah di sebalik topeng hantu harum ini?
3
Detektif Yaya 3.jpg
Detektif Yaya Dan Misteri Kerongsang Kuasa 20 Jun 2016
Kejutan hari lahir Yaya yang dirancang bertukar menjadi sebuah kes misteri bagi Detektif Yaya dan kawan-kawannya. Apabila hadiah kerongsang yang diberikan oleh BoBoiBoy kepada Yaya memancarkan satu cahaya misteri, Yaya dan kawan-kawannya akan bertukar gelombang otak dengan orang kedua yang disentuh.

Dari mana datangnya kerongsang kuasa itu, dan bagaimana mereka dapat bertukar semula? Detektif Yaya perlu menyelesaikan misteri Kerongsang Kuasa itu sebelum BoBoiBoy hilang ingatan dan menjadi kucing selama-lamanya!
4
Detektif Yaya 4.jpg
Detektif Yaya VS Detektif 'NIC' 15 Ogos 2016
Kelab Misteri semakin hari semakin terkenal. Namun, di sebalik populariti mereka, ada juga pihak yang tidak berpuas hati. Trio penyiasat genius, Detektif 'NIC' muncul dan mencabar Detektif Yaya dan Kelab Misteri. Kes demi kes berjaya diselesaikan oleh Detektif 'NIC'. Kini, Kelab Misteri terpaksa dibubarkan!

Tetapi naluri Detektif Yaya mengatakan ada sesuatu yang tidak kena. Apakah muslihat di sebalik setiap kes yang diselesaikan oleh Detektif 'NIC'? Adakah ini "game over" bagi Detektif Yaya dan Kelab Misteri buat selama-lamanya?
5
Detektif Yaya 5.jpg
Detektif Yaya Dan Pengembaraan Ke El-Doremido 15 November 2016
Kelab Misteri mendapat sekeping syiling emas dari seorang pengembara misteri, Alan yang menunjukkan lokasi Bandar El-Doremido. Di pulau dongeng itu, tersembunyi sebuah artifak kuasa yang sangat hebat. Alan bersama Kelab Misteri nekad untuk mencari harta karun dan artifak kuasa itu. Namun, Adu Du berjaya merampas syiling emas itu daripada mereka.

Apakah artifak kuasa itu? Siapa pula kumpulan alien yang memburu mereka? Pengembaraan Kelab Misteri ke Bandar El-Doremido bermula!

Watak

Advertisement