BoBoiBoy Wiki
Advertisement
BoBoiBoy Wiki

DashBot merupakan sebuah Power Sphera yang pernah digunakan oleh Bikembar Merah dan Bikembar Biru. Ia akhirnya diselamatkan oleh Gopal dan dibawa ke Stesen Angkasa TAPOPS.

Sejarah

BoBoiBoy Galaxy

Dalam Perlumbaan Nova Prix, kedua-dua Bikembar mempunyai sebuah Power Sphera yang bernama DashBot yang mengejutkan Gopal. Bikembar Biru berbicara bahasa yang tidak dapat difahami dan ternyata DashBot memang tidak memahami apa yang dikatakan olehnya. Lalu Bikembar Merah menyuruh DashBot untuk membaiki motor mereka serta berikan upgrade. Kuasa pengubahsuaian oleh DashBot membuatkan Gopal kagum lalu memuji kehebatan kuasa DashBot. Kemudian, kedua-dua Bikembar itu pun keluar dari hentian dan memecut ke hadapan. Dalam komik BoBoiBoy Galaxy: Kemunculan Lagenda, DashBot telah diselamatkan oleh Gopal dari kedua-dua Bikembar.

Dalam kredit akhir Sinaran Penamat, DashBot telah diletakkan di bilik sementara Power Sphera bersama dengan Power-Power Sphera lain dan berada dalam mod tidak aktif.

Kuasa

  • Kuasa Pomen-Baikkan: DashBot menggunakan kuasanya untuk membaiki dan menaik taraf kenderaan Bikembar Merah dan Bikembar Biru. Nama "Pomen-Baikkan" bermaksud "pembaikan".

Trivia

  • Dalam surat peminat, DashBot didedahkan berada di Stesen Angkasa TAPOPS untuk pemulihan dan pemerhatian dan kemudian membantu ahli TAPOPS yang lain untuk mencari Power-Power Sphera lain.
  • Ia didedahkan dalam Misi Koloni Lanun bahawa DashBot dan MotoBot dicipta di planet yang sama, menunjukkan DashBot juga merupakan sebuah Power Sphera generasi kelapan. Antara ciri persamaan mereka ialah memiliki kuasa berasaskan kenderaan, di mana DashBot mampu membaik pulih kenderaan yang rosak dan MotoBot mampu menghasilkan kenderaan-kenderaan canggih.

Galeri

Cekupan skrin

Konsep seni

Video

Advertisement