BoBoiBoy Wiki
Advertisement
BoBoiBoy Wiki


Cikgu Timi ialah watak kecil dalam siri BoBoiBoy. Dia merupakan guru yang mengajar mata pelajaran Bahasa Inggeris di Sekolah Rendah Pulau Rintis.

Sejarah

BoBoiBoy

Cikgu Timi pertama kali muncul dalam Musim 2, Episod 1 apabila dia memperkenalkan BoBoiBoy sebagai pelajar baru dalam kelas 5 Jujur sebelum memulakan pelajaran. Apabila BoBoiBoy membantah tindakan datuknya untuk menemaninya selama seminggu di dalam kelas, Cikgu Timi menegur BoBoiBoy untuk membiarkan datuknya menemaninya untuk "hari ini".

Dalam imbas kembali Musim 2, Episod 2, sewaktu Hari Pendaftaran Pelajar Baru di Sekolah Rendah Pulau Rintis, Cikgu Timi telah mendaftarkan anak lelaki Pakcik Kumar iaitu Gopal dalam darjah 5, walaupun dia sepatutnya berada dalam darjah 6 disebabkan dia terlupa membawa sijil kelahiran Gopal maka terlupa tahun kelahirannya.

Cikgu Timi membuat kemunculan kecil dalam episod Amukan Koko Jumbo, sedang melarikan diri semasa serangan Koko Jumbo.

Dalam Rompakan Rob, Robert dan Roberto, Cikgu Timi membuat kemunculan kecil apabila dia berada di bank, dia menjadi salah seorang tebusan di bilik kebal Rintis Bank.

Apa Kata Yaya

Dalam episod Utamakan Keselamatan, Cikgu Timi telah disebut oleh Yaya dan berkata bahawa Cikgu Timi telah memesan untuk memakai tali pinggang keledar semasa berada di dalam kereta demi keselamatan.

BoBoiBoy: The Movie

Cikgu Timi muncul sebagai watak kecil apabila melihat sayur-sayuran kepunyaan Nenek Sayur hancur dilanyak tayar kereta Tiga Rob.

Galeri

Kategori utama: Gambar Cikgu Timi
Advertisement