BoBoiBoy Wiki
Advertisement
BoBoiBoy Wiki

CetakBot merupakan sebuah Power Sphera kembar dengan RompakBot milik Gijimo. Ia mampu mencetak Power Sphera sebelum dihantar kepada RompakBot untuk menghasilkan Power Sphera palsu.

Sejarah

BoBoiBoy Galaxy

Dalam Pencetak Rompak, kedua-dua Power Sphera CetakBot dan RompakBot diseru oleh Gijimo setelah kesemua Power Sphera tiruan yang sedia ada telah dikalahkan oleh BoBoiBoy, Gopal dan Fang. Lalu kedua-dua CetakBot dan RompakBot menjalankan tugas masing-masing setelah mendapat arahan dari Gijimo untuk mencetak rompak BoBoiBoy. Setelah CetakBot mengimbas BoBoiBoy dan mendapat maklumat tentang kuasa elementalnya, RompakBot mengeluarkan berbelas-belas bebola kuning di mana lahirnya BoBoiBoy versi cetak rompak. Setiap kali sekumpulan robot tiruan itu dikalahkan, RompakBot terus mengeluarkan kumpulan-kumpulan yang baru dan mereka mula terperangkap di belakang.

Lalu Fang berpendapat bahawa mereka perlu menghentikan kedua-dua CetakBot dan RompakBot, maka mereka menjalankan satu rancangan yang rapi sehingga semua robot tiruan bersama-sama dengan CetakBot, RompakBot dan Gijimo berjaya ditumpaskan oleh ketiga-tiga wira itu. Setelah kekalahan mereka, mereka telah dibawa ke Stesen Angkasa TAPOPS.

Dalam kredit akhir Sinaran Penamat, CetakBot dan RompakBot telah diletakkan di bilik sementara Power Sphera beserta dengan Power-Power Sphera lain dan berada dalam mod tidak aktif.

Kuasa dan Kebolehan

  • Pengimbasan: CetakBot mengimbas sasaran yang hendak dicetak rompak untuk mendapatkan maklumat tentangnya lalu menghantar maklumat tersebut kepada RompakBot untuk proses penghasilan versi cetak rompak.

Rupa

CetakBot mempunyai saiz tubuh yang sama besarnya dengan Klamkabot, tetapi dengan bentuk sfera. Besi tubuhnya berwarna ungu gelap. Matanya berwarna jingga gelap. Terdapat gegelung besi yang mengelilingi tubuhnya dengan garisan merah yang berfungsi sebagai mulut. Kesemua kakinya pula mempunyai bentuk yang sama seperti mesin bergerak. Jika dilihat pada bahagian-bahagian besi tubuhnya, ia mungkin dicipta menggunakan barang pelupusan atau besi terpakai yang terdapat di Planet Junkberg.

Perwatakan

CetakBot ditunjukkan sentiasa mematuhi arahan dan setia kepada Gijimo sehingga ia diselamatkan oleh pasukan TAPOPS.

Trivia

  • Nama CetakBot diambil dari frasa "cetak rompak", sesuai dengan kebolehannya untuk mencetak apa sahaja barangan untuk dicetak rompak.
  • CetakBot berkongsi pelakon suara yang sama dengan RompakBot.
  • Menurut maklumat Ochobot, kedua-dua CetakBot dan RompakBot dibuat (atau mungkin dicipta) di Planet Junkberg.
  • Kedua-dua CetakBot dan RompakBot memiliki saiz yang besar seperti Klamkabot yang muncul dalam BoBoiBoy: The Movie.

Galeri

Konsep seni

Gambar promosi

Cekupan skrin

Advertisement