BoBoiBoy Wiki
Register
Advertisement
BoBoiBoy Wiki

CardBot merupakan sebuah Power Sphera yang pernah digunakan oleh Jokertu. Selepas kekalahan Jokertu, CardBot dipindahkan ke Stesen Angkasa TAPOPS.

Sejarah[]

BoBoiBoy Galaxy[]

CardBot pada mulanya dilihat dalam Joe Ker tu?, berada di dalam sebuah bungkusan yang dihantar ke Stesen Angkasa TAPOPS. Ketika di sana, dia keluar dari bungkusan itu dan melepaskan tuannya, Jokertu dari kadnya. CardBot telah memberikan kad-kad kepada Jokertu untuk dia memerangkap semua yang di sekelilingnya ke dalam kad-kad itu, termasuk BoBoiBoy, Yaya, Ying, Gopal dan Fang. Selepas bertemu dengan Koko Ci, CardBot mengalami perubahan baru. Dia memberikan sekeping kad kosong kepadanya untuk dan digunakannya untuk memasukkan Jokertu ke dalam kad itu. Selepas kekalahan Jokertu, CardBot menggunakan kuasanya untuk melepaskan BoBoiBoy, Yaya, Ying, Gopal dan Fang dari kad-kad mereka.

Dalam Misi Dobi TAPOPS, kelihatan CardBot sedang dicaj semula dalam bilik Power Sphera. Seterusnya dalam Si Penceroboh Panto, CardBot melepaskan Jokertu dari kadnya atas arahan Koko Ci. CardBot juga telah melepaskan ahli-ahli TAPOPS yang lain dari kad mereka sebelum melepaskan Jokertu kerana mereka dilihat berada di sekitar stesen.

Dalam kredit akhir Sinaran Penamat, CardBot telah diletakkan di bilik sementara Power Sphera bersama dengan Power-Power Sphera lain dan berada dalam mod tidak aktif.

Kuasa[]

  • Kuasa Pemberian Kad: CardBot boleh memberikan kad-kad kuasa kepada tuannya untuk memerangkap sasarannya dan dijadikan salah satu koleksi. Bilangan kad yang boleh dikeluarkan olehnya adalah tidak terhad.

Trivia[]

  • Nama CardBot diambil dari perkataan "card" yang bermaksud kad, sesuai dengan kuasanya yang boleh menghasilkan kad-kad berkuasa.
  • Kelihatan CardBot dan Koko Ci mengenali antara satu sama lain.
  • Kad yang dihasilkan oleh CardBot mendekati persamaan dengan BoBoiBoy Galaxy Card, tetapi tanpa efek.

Galeri[]

Gambar promosi[]

Cekupan skrin[]

Lain-lain[]

Advertisement