BoBoiBoy Wiki
Advertisement
BoBoiBoy Wiki

"Dengan CAPP, anda pun boleh menjadi adiwira!"
— Pesanan Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdulllah kepada seluruh rakyat Malaysia

CAPP thumbnail

CAPP: Kuasa untuk Lawan Covid-19 merupakan sebuah pesanan khidmat masyarakat (PSA) yang dihasilkan bersama oleh Monsta dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Video ini turut menampilkan Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah.

Plot[]

BoBoiBoy dan kawan-kawan sedang berusaha untuk menewaskan virus COVID-19. Walau bagaimanapun, musuh mereka tetap kukuh dan masih tidak ada perubahan. BoBoiBoy sudah mula merasa resah apabila serangan yang dikenakan tidak berkesan.

Suasana menjadi panik sehinggalah datang seorang superhero yang membantu mereka. Superhero itu hanya memicitkan botol cecair pembasmi kuman dan virus COVID-19 berjaya ditewaskan. Ternyata, Dr. Noor Hisham berjaya membantu mereka menewaskan COVID-19. BoBoiBoy mengambil peluang untuk mengadu masalah yang dihadapai kepada Dr. Noor Hisham.

Dr. Noor Hisham pun segera menjawab. Menurut Dr. Noor Hisham, BoBoiBoy dan kawan-kawannya tidak perlu menggunakan kuasa untuk menewaskan COVID-19. Beliau juga memberitahu bahawa mereka hanya memerlukan CAPP sebagai senjata. Jawapan Dr. Noor Hisham itu menimbulkan kehairanan Gopal. Lantas Yaya, Ying, dan Dr. Noor Hisham menjelaskan apa itu CAPP.

"C (Cegah dari awal): Cegah jangkitan COVID-19 dengan mendidik keluarga dan komuniti

A (Amalkan norma baharu): Amalkan tingkah laku yang baik untuk melindungi diri daripada jangkitan

P (Patuhi SOP): Patuhi SOP dan arahan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa

P (Pantau status kesihatan): Pantau kesihatan diri untuk memastikan anda tidak bergejala sebelum memasuki tempat awam"
— Penjelasan Ying, Yaya, dan Dr. Noor Hisham mengenai CAPP

Dr. Noor Hisham turut berpesan bahawa bukan sahaja BoBoiBoy dan kawan-kawannya, malah seluruh rakyat Malaysia kini boleh menjadi adiwira. Selepas itu, geng BoBoiBoy bersedia untuk melawan COVID-19 menggunakan kuasa baharu, iaitu CAPP.

Trivia[]

  • Untuk memudahkan urusan, pihak Monsta telah datang sendiri ke pejabat Dr. Noor Hisham di Putrajaya untuk proses rakaman suara dan penganimasian watak.
  • Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah merupakan watak bukan fiksyen (watak sebenar) pertama yang muncul dalam mana-mana siri atau filem yang dihasilkan oleh Monsta.
  • Gambar teaser bagi video ini dimuat naik di semua platform media sosial Monsta beberapa jam sebelum video dimuat naik.

Galeri[]

Video[]

Advertisement