BoBoiBoy Wiki
Register
Advertisement
BoBoiBoy Wiki
Rencana ini adalah tentang lagu tema BuBaDiBaKo. Untuk rencana tentang pasukannya, rujuk Team BuBaDiBaKo.


BuBaDiBaKo (Buat Baik Di-Balas Koko) merupakan sebuah pasukan dan juga lagu tema daripada Musim 3, Episod 4. Lagu ini direka dan dinyanyikan oleh BoBoiBoy, Gopal, dan Adu Du semasa mereka menolong banyak orang untuk mendapatkan wang untuk membeli koko dan berikannya pada Bago Go supaya Adu Du boleh mendapatkan konverter untuk menghidupkan Probe semula.

Lirik[]

[Chorus:]
Team BuBaDiBaKo~
Buat baik dibalas koko~
Apa masalahmu?
Kami sedia membantu~

Gopal:
Tersebutlah kisah si kepala kotak,
Kulitnya hijau, kepalanya botak,
Dulu dia jahat dan sangat durjana,
Sekarang nak jadi baik macam mana?

Adu Du (bertanya):
"Bila masa aku nak jadi baik?"

BoBoiBoy:
Hei Adu Du apa kau merapu?
Kan kita orang dah janji nak bantu,
Untuk kumpul duit dapatkan koko,
Itulah misi sebenar--

BoBoiBoy & Gopal:
--BuBaDiBaKo!

Adu Du:
Oh ye betul lah apa kau cakap tu,
Nasib baik kau mengingatkan aku,
Nak hidupkan balik robot kesayanganku,
Mari kita cari orang untuk dibantu!

Fang:
Ha! Aku tahu! Tadi ada pakcik tu!
Dia sibuk cari korang dan Adu Du!
Mari ikut aku ke belakang tu je,
Hah! Sebenarnya aku tipu sahaja~

[Chorus]

Gopal:
Okey Adu Du jom bergotong-royong,
Banyak orang yang nak minta tolong,
Kau kena sabar jangan cepat nak marah,
Kalau tak sabar nanti kau juga yang parah!

Pakcik Mat (bercakap):
"Terima kasih..."

Adu Du:
Macam mana lah aku nak jadi cam korang,
Rupanya nak jadi baik bukannya senang,
Tapi aku mesti terus mencuba,
Kalau tak macam mana nak hidupkan Probe semula?

[Chorus x2]

BoBoiBoy:
Seminggu tiga hari telah pon berlalu,
Duit yang kita kumpul dah cukup dah tu,
Sampai sini saja misi BuBaDiBaKo,
Akhirnya Adu Du dapat lima tong koko!

Gopal:
Siapa kata orang jahat akan terus begitu,
Tengoklah Adu Du si kepala dadu~

Adu Du (bercakap):
"Apa kau kata?! Eh, eh... Sabar, sabar... Sabar..."
Gopal (bercakap):
"Ha! Macam ni lah perangai yang cantik!"
BoBoiBoy (bercakap):
"Menahan marah, sopan-santun..."
BoBoiBoy, Gopal, Adu Du (bercakap):
"Barulah terbaik~!"

Trivia[]

  • Ini merupakan lagu kedua yang mana Fathiah melakukan rap selepas lagu Damai dalam filem Geng: Pengembaraan Bermula.

Video[]

Advertisement