BoBoiBoy Wiki
Advertisement
BoBoiBoy Wiki

Semenjak kemunculan sulungnya di Malaysia pada 13 Mac 2011, siri BoBoiBoy berjaya dipasarkan ke beberapa buah negara luar, siap dengan pelbagai versi bahasa dan mampu mencuri perhatian peminat sedunia.

Versi antarabangsa[]

Malayvsenglish

Perbandingan versi Malaysia (atas) dengan antarabangsa (bawah).

Sebenarnya BoBoiBoy terdapat dua versi bahasa Inggeris yang berasingan - yang pertama untuk Disney Channel dan yang kedua untuk YouTube (tayangan sedunia). Versi pertama menampilkan Wong Wai Kay dan Marina Tan sebagai pengisi suara watak utama. Versi kedua pula menampilkan Alexander Rudra Keith Henderson dan sekali lagi Marina Tan sebagai suara BoBoiBoy.

Selain daripada itu, beberapa perubahan telah dibuat pada gambar animasi untuk pasaran antarabangsa. Yang terutama sekali, semua tulisan bahasa Melayu yang ketara diubah kepada bahasa Inggeris. Di samping itu, nama Yaya ditukar kepada Hannah. Tambahan pula, model watak Yaya ditanggalkan tudungnya untuk pasaran tertentu.

Asia[]

Asia Tenggara[]

Siaran antarabangsa pertama BoBoiBoy adalah melalui saluran Disney Channel Asia mulai 11 Jun 2011, yang ditayangkan di wilayah Asia Tenggara. Terdapat dalam versi pelbagai bahasa iaitu Melayu, Inggeris, Indonesia, Mandarin dan Thai.

Indonesia[]

BoBoiBoy mula-mula disiarkan di Indonesia menerusi rangkaian Global TV untuk musim terawal, tetapi berpindah ke MNCTV mulai musim kedua. Pokoknya BoBoiBoy disiarkan dalam versi Melayu asal beserta sari kata bahasa Indonesia. Tetapi pada Mei 2018 satu versi alih suara baharu bahasa Indonesia disiarkan di MNCTV sempena bulan Ramadan, diberi judul BoBoiBoy Reborn. Alih suara ini berbeza daripada yang ditayangkan di Disney Channel Asia.

Bermula 16 Disember 2020, hak penyiaran rasmi bagi siri BoBoiBoy diambil alih oleh Rajawali Televisi (RTV) yang mengambil alih hak penyiaran dari MNCTV setelah disiarkan di saluran itu sejak tahun 2012.

Singapura[]

BoBoiBoy disiarkan di Singapura dalam bahasa Melayu asal menerusi saluran Mediacorp Suria mulai tahun 2013-14. Filem BoBoiBoy: The Movie pernah ditayangkan di pawagam-pawagam sana pada tahun 2016, tidak lama selepas tayangan perdana di Malaysia.

Thailand[]

Boboiboy-Mono29

Poster BoBoiBoy versi Thailand untuk siaran Mono29.

BoBoiBoy terdapat dalam versi alih suara Thai semenjak ditayangkan di Disney Channel pada 2011. Mulai 19 Ogos 2018, ia juga disiarkan menerusi saluran percuma Mono29, diikuti saluran berbayar Cartoon Club, di bawah tajuk BoBoiBoy: Gang Jiu Sa Phitak Lok (โบโบยบอย แก๊งจิ๋วซ่าพิทักษ์โลก) yang membawa maksud "BoBoiBoy: Geng Cilik Pembela Dunia".

Vietnam[]

Biarpun Disney Channel terdapat di Vietnam namun tiada alih suara bahasa tempatan, sebaliknya hanya terdapat dalam audio bahasa Inggeris dengan sari kata bahasa Vietnam. Akan tetapi mulai 24 Mac 2018, wujudnya versi alih suara bahasa Vietnam yang disiarkan melalui saluran YouTube Pops Kids (episod-episod lengkap terdapat di sini).

Luar Asia Tenggara[]

Korea Selatan[]

Filem BoBoiBoy: The Movie pernah disiarkan di Korea Selatan secara tayangan terhad, dialih suara ke bahasa Korea dengan tajuk Magic Kid Bobo (매직키드 보보).

Kazakhstan[]

Siri BoBoiBoy ditayangkan menerusi saluran Balapan dalam tahun 2016-17 dan diberi tajuk Jeńimpaz Jetkinshekter (Жеңімпаз Жеткіншектер) yang bermaksud "Anak Muda Berjaya." Watak utama BoBoiBoy ditukar namanya kepada Batyl Balaqaý (Батыл Балақай) yang bermaksud "Budak Berani".

India[]

Siri BoBoiBoy ditayangkan menerusi saluran Hungama TV mulai tahun 2017 dalam tiga bahasa iaitu Hindi, Tamil dan Telugu. Dalam versi bahasa Hindi, cogan kata "Terbaik" diterjemahkan kepada istilah baharu "Dhamalastic", iaitu gabungan "dhamal" (keseronokan) dan "fantastik". Dalam versi bahasa Tamil, kata "Dhamalastic" iaitu "Terbaik".

Selain daripada siaran TV, episod-episod BoBoiBoy dalam bahasa Hindi juga disediakan di saluran YouTube Monsta Dhamalastic mulai 2019.

China[]

Boboiboy-QQ

Poster BoBoiBoy versi China untuk siaran Tencent.

Siri BoBoiBoy ditayangkan di laman Tencent Video, kesemua 52 episod siri asal disiarkan dengan alih suara bahasa Mandarin dengan tajuk Yuansu Yingxiong Xiaobobo (元素英雄小波波) yang bermaksud "Wira Elemental BoBoiBoy". Versi Mandarin ini berbeza daripada yang digunakan oleh Disney Channel.

Arab[]

BoBoiBoy dialih suara ke bahasa Arab dan disiarkan oleh saluran MBC3 milik Middle East Broadcasting Corporation yang bertapak di Emiriah Arab Bersatu (UEA).

Turki[]

Pada tahun 2020, francais BoBoiBoy diperkenalkan di Turki dengan penayangan filem BoBoiBoy the Movie pada 18 September, diikuti hasrat untuk menayangkan kedua-dua siri BoBoiBoy dan BoBoiBoy Galaxy di situ.


Luar Asia[]

Mulai Mac 2018, BoBoiBoy terdapat di laman penstriman video kanak-kanak Ameba yang hanya boleh diakses di Amerika Syarikat dan Kanada.

BoBoiBoy Galaxy dialih suara ke dalam bahasa Inggeris untuk saluran YouTube Moonbug Kids mulai Mac 2019, disiarkan secara format dua episod digabungkan dalam satu siaran. Ini disusuli oleh muat naiknya episod-episod siri BoBoiBoy asal. Tetapi sayangnya, video-video ini kini telah diletakkan secara peribadi.

Advertisement