BoBoiBoy Wiki
Advertisement
BoBoiBoy Wiki

Laman ini menceritakan pelbagai artikel yang telah dipaparkan, mengikut implikasinya. Jika anda mahu meminta artikel itu dipaparkan, jangan ragu untuk membuat permintaan di sini.

Februari 2022

Bagi Gi senyum.png

Bagi Gi merupakan salah seorang ahli dalam Lima Panglima Scammer dan juga penipu sindiket Internet yang berasal dari Planet Ata Ta Tiga.
(Rencana penuh...)

Januari 2022

Akar Berduri.jpg

Akar Berduri ialah jurusan ikatan BoBoiBoy Duri yang berupakan akar hijau yang panjang yang dilengkapi dengan duri-duri.
(Rencana penuh...)

Disember 2021

BoBoiBoy Ais render.png

BoBoiBoy Ais ialah bentuk elemental tahap kedua bagi BoBoiBoy Air. Dia melakukan kemunculan sulungnya dalam BoBoiBoy: The Movie setelah BoBoiBoy mendapat tenaga terakhir daripada Ochobot.
(Rencana penuh...)

November 2021

Tembakan Solar.png

Tembakan Solar ialah jurusan tembakan BoBoiBoy Solar. Pada awalnya, BoBoiBoy Solar perlu fokus untuk melancarkan tembakan ini terhadap sasarannya. Kemudian, BoBoiBoy Solar membuka matanya lalu melancarkan sinaran putih pada cermin matanya dan ia akan bercahaya dan akhirnya melepaskan satu tembakan yang sangat besar dari cermin matanya.
(Rencana penuh...)

Oktober 2021

CAPP thumbnail.jpg

CAPP: Kuasa untuk Lawan Covid-19 merupakan sebuah pesanan khidmat masyarakat (PSA) yang dihasilkan bersama oleh Monsta dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Video ini turut menampilkan Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah.
(Rencana penuh...)

September 2021

Tanah Pemenuh.png

Tanah Pemenuh merupakan salah satu kuasa bagi BoBoiBoy Gempa yang digunakan untuk memenuhi kawasan tanah yang kosong.
(Rencana penuh...)

Ogos 2021

Super Duper Probe.png

Super Duper Probe merupakan mod Probe yang bertukar dalam permainan video Papa Zola 5: Kebenaran di Lorong Kegelapan. Saiznya lebih besar daripada Super Probe yang asal.
(Rencana penuh...)

Julai 2021

Bekas asal Cecair Emosi X.png

Cecair Emosi X merupakan satu eksperimen yang dibuat oleh Adu Du untuk memerangkap BoBoiBoy Angin yang memerlukan bahan yang amat susah dicari, iaitu susu kambing putih untuk membuat 100 keping biskut bersama Yaya sempena Hari Biskut Sedunia.
(Rencana penuh...)

Jun 2021

Maripos.jpg

Maripos ialah watak dalam BoBoiBoy Galaxy Musim 2. Dia pertama kali muncul dalam "Pelawat Misteri Dari Angkasa Lepas!". Dia datang ke Pulau Rintis untuk mencari BoBoiBoy dan akhirnya bertemu dengannya di Taman Pulau Rintis.
(Rencana penuh...)

Mei 2021

BoBoiBoy Sori.jpg

BoBoiBoy Sori merupakan kuasa gabungan elemental yang terhasil dari BoBoiBoy Duri dan BoBoiBoy Solar. Dia melakukan kemunculan sulungnya dalam isu ke-9 BoBoiBoy Galaxy Musim 2, "Paduan Dua Kuasa!".
(Rencana penuh...)

April 2021

Logo Apa Kata Yaya.jpg

Apa Kata Yaya merupakan sedutan-sedutan video ringkas berbentuk teladan yang dimuat naik di akaun rasmi YouTube dalam saluran AnimonstaStudios (Mini Monsta) di mana Yaya bertindak sebagai penasihat sesekali melihat kawan-kawan dan adiknya yang berkelakuan tidak wajar di dalam pelbagai situasi.
(Rencana penuh...)

Mac 2021

Pakcik Mat tunjuk gula-gula.png

Pakcik Mat merupakan salah seorang penduduk Pulau Rintis yang bekerja sebagai penghantar burger dari restoran Burgerriak.
(Rencana penuh...)

Februari 2021

HidungBot merah.png

HidungBot merupakan sebuah Power Sphera kecil yang pernah digunakan oleh Jugglenaut untuk membesarkan saiz tubuh badannya.
(Rencana penuh...)

Januari 2021

Tiah-BoBoiBoy-2.jpg

Nur Fathiah Diaz, atau lebih gemar dipanggil sebagai Thiah, lahir pada 20 Oktober 1999 merupakan seorang pelakon suara muda asal Malaysia yang pernah membintangi suara watak kartun kembar Upin & Ipin selama tiga musim pertama siri animasinya dan juga filem Geng: Pengembaraan Bermula. Pada musim ke-4 siri Upin & Ipin, Asyiela Putri telah menggantikan Fathiah sebagai pelakon suara bagi watak kembar dalam siri Upin & Ipin.
(Rencana penuh...)

Disember 2020

0314 robot pango.png

Robot Pango merupakan sebuah robot yang dibeli oleh Adu Du daripada Bago Go dan kemudiannya menghadiahkannya kepada Tiga Rob setelah menolong mereka melepaskan diri dari penjara. Bersama dengan Raksasa Bawang, mereka merupakan ahli Kumpulan Gerombolan Kejahatan.
(Rencana penuh...)

November 2020

BoBoiBoy Daun.png

Daun VS Lanun merupakan episod kelima dalam musim pertama siri BoBoiBoy Galaxy. Ia pertama kali disiarkan di TV3 pada 23 Disember 2016.
(Rencana penuh...)

Oktober 2020

Bikembar Blue.png

Bikembar Biru merupakan adik lelaki kembar kepada Bikembar Merah. Mereka amat meminati motosikal dan merupakan juara bertahan dalam Perlumbaan Nova Prix.
(Rencana penuh...)

September 2020

EmotiBot terkejut ditegur BBB.jpg

EmotiBot merupakan sebuah Power Sphera yang mempunyai kuasa manipulasi emosi.
(Rencana penuh...)

Ogos 2020

Tanah Pelindung 2.png

Tanah Pelindung merupakan teknik pertahanan bagi BoBoiBoy Tanah yang membolehkannya untuk melindungi diri ataupun kawan-kawannya dari serangan musuh.
(Rencana penuh...)

Julai 2020

Ochobot Official BBBM2.png

Ochobot ialah sebuah Power Sphera generasi kesembilan yang telah dinaik taraf dalam BoBoiBoy: The Movie. Dia mula menjadi kawan rapat BoBoiBoy setelah dia 'diselamatkan' oleh BoBoiBoy secara tidak sengaja. Ochobot kini membawa Kuasa Teleportasi yang dipindahkan dari Power Sphera generasi pertama, Klamkabot.
(Rencana penuh...)

Jun 2020

Fang Official BBBM2.png

Fang merupakan seorang rakan seperjuangan dan bekas musuh kepada BoBoiBoy. Meskipun tetap bersaing dengan BoBoiBoy tetapi dia bersedia untuk membantunya apabila masalah mendatang. Dia memiliki kuasa untuk memanipulasi bayang, dan mampu untuk menghasilkan bayang yang berbentuk haiwan untuk digunakan di dalam pertarungan. Dia juga memiliki banyak pengalaman berbanding rakan-rakannya yang lain.
(Rencana penuh...)

Mei 2020

Gopal Official BBBM2.png

Gopal ialah kawan baik BoBoiBoy yang sentiasa menyokong kawan-kawannya. Gopal sangat suka pada makanan, terutamanya koko khas Tok Aba. Oleh disebabkan itu, Gopal mempunyai kuasa manipulasi molekul, yang membolehkan dia untuk menukarkan objek menjadi makanan.
(Rencana penuh...)

April 2020

Ying Official BBBM2.png

Ying ialah seorang gadis ceria yang juga merupakan kawan karib kepada Yaya. Mereka sentiasa bersaing dalam setiap aspek tetapi tidak menjejaskan persahabatan mereka. Ying mempunyai kuasa untuk memanipulasi masa dan membolehkannya untuk bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain dengan pantas.
(Rencana penuh...)

Mac 2020

Yaya Official BBBM2.png

Yaya ialah jiran kepada Tok Aba. Yaya juga adalah rakan BoBoiBoy yang mempunyai keupayaan untuk memanipulasi graviti, yang membolehkan dia untuk mengawal graviti dan terbang.

Selain daripada siri BoBoiBoy, Yaya juga turut tampil dalam siri sedutan ringkas berbentuk tauladan, iaitu Apa Kata Yaya sebagai watak utama.
(Rencana penuh...)

Februari 2020

BoBoiBoy Official BBBM2.png

BoBoiBoy merupakan watak utama dan eponim dalam siri BoBoiBoy dan BoBoiBoy Galaxy. Seorang superhero elemental muda dari Bumi yang boleh mengawal kuasa elemental dan mempunyai misi untuk mencari dan mengumpulkan Power Sphera yang tersembunyi di seluruh galaksi.
(Rencana penuh...)

Rujukan

Advertisement