BoBoiBoy Wiki
Advertisement
BoBoiBoy Wiki

Pengguna yang berbeza mempunyai akses kepada fungsi yang berbeza dari laman web ini. Walaupun sesiapa sahaja boleh melakukan banyak perkara di laman web, termasuk membaca dan menyunting, pentadbir boleh mengakses beberapa fungsi tambahan.

Kebolehan pentadbir

Fungsi tambahan ini termasuklah:

  • Menghapus dan membatalkan penghapusan halaman, sejarah halaman dan fail yang dimuat naik.
  • Mengunci (melindungi) halaman supaya ia tidak boleh disunting atau dinamakan semula oleh pengguna tanpa hak admin atau status autokonfirmasi.
  • Menyekat alamat IP atau nama pengguna dari penyuntingan; dan "pengembalian" yang sangat cepat daripada penyuntingan yang tidak diingini.
  • Menyunting antara muka dengan menukar mesej sistem dan kulit wiki.

Ahli-ahli

Kebolehan birokrat

Birokrat boleh membuat pengguna lain menjadi birokrat atau pentadbir di wiki mereka sendiri.

Birokrat juga boleh memberi pengguna kebolehan untuk "pengembalian" penyuntingan yang tidak dibuat dengan baik.

Ahli-ahli

Kakitangan

Ahli kakitangan Wikia mempunyai akses penuh ke semua Wikia. Mereka akan ditunjukkan dalam Khas:Senarai pengguna/kakitangan di mana-mana wiki. Sila gunakan Khas:Contact untuk menghubungi kakitangan Wikia.

Siapa pentadbir wiki ini?

"Pengasas" wiki, orang yang mula-mula meminta, diberikan akses pentadbir secara automatik. Pengasas juga diberikan akses birokrat supaya mereka boleh membuat pengguna lain di wiki mereka sebagai pentadbir atau birokrat. Untuk senarai lengkap pengguna yang mempunyai akses pentadbir, lihat Khas:Senarai pengguna/sysop.

Bagaimanakah saya menggunakan kuasa pentadbir?

Lihat halaman ini untuk panduan penggunaan fungsi pentadbir.

Menjadi pentadbir

Untuk anda menjadi pentadbir, seseorang yang mempunyai akses birokrat mesti melantik anda. Untuk Wikia yang lebih besar, biasanya ada laman komuniti untuk permintaan, dengan nama halaman seperti "Permintaan untuk pentadbir". Untuk wiki yang lebih kecil, anda hanya boleh bertanya di portal komuniti atau Forum, atau meminta birokrat secara langsung di laman perbincangannya.

Jika tidak ada birokrat yang aktif, gunakan halaman "Permintaan untuk pentadbir" untuk mencalonkan pengguna untuk menjadi pentadbir atau birokrat. Sekali keputusan komuniti telah dicapai (atau jika tiada komuniti aktif untuk membahaskan keputusan tersebut), sila tinggalkan mesej di halaman permintaan mengadopsi wiki dan Staf Wikia boleh memberikan hak kepada pengguna yang sesuai.

Apa yang tidak boleh dilakukan oleh pentadbir?

Pentadbir tidak seharusnya menggunakan kuasa pentadbir mereka untuk menyelesaikan pertikaian penyuntingan; sebagai contoh, mengunci halaman pada versi yang dia suka dalam pertikaian pengeditan yang bukan vandalisme. Kuasa pentadbir harus digunakan untuk membantu menjaga wiki yang jelas dari vandalisme, spam, dan pengguna yang membuat pengubahan berniat jahat, tetapi bukan untuk perselisihan sederhana antara pengguna yang bertindak dengan niat baik. Idealnyapentadbir tidak boleh dianggap "bertanggungjawab". Pentadbir yang ideal adalah orang yang dipercayai mempunyai beberapa butang tambahan dan menggunakannya untuk kepentingan komuniti Wikia.

Advertisement