BoBoiBoy Taufan ialah bentuk tahap kedua bagi rupa asalnya iaitu BoBoiBoy Angin yang membuat kemunculan sulungnya dalam Musim 1, Episod 11 setelah termakan biskut yang dicemari dengan ramuan Adu Du iaitu Cecair Emosi X yang melampaukan perasaannya dalam kuantiti yang sangat banyak sehingga tidak mampu mengawal dirinya sendiri.
Penerangan[]
"Kuasa Elemental Tahap 2 dari BoBoiBoy Angin. BoBoiBoy Taufan berlawan menggunakan tenaga angin untuk menewaskan musuhnya. |
Sejarah[]
BoBoiBoy[]
BoBoiBoy Angin telah termasuk perangkap untuk mengambil sebotol susu palsu yang telah dicampurkan dengan Cecair Emosi X buatan Adu Du untuk digunakan dalam proses membuat biskut Yaya. BoBoiBoy Angin yang tidak mengetahuinya telah termakan biskut itu dan mula menjadi gila. BoBoiBoy Angin memberikan biskut itu kepada orang ramai, sehingga dia tiba di kedai Tok Aba dan memakan lagi biskut-biskut itu dan menjadi lebih sukar untuk mengawal emosi dan pergerakannya sehingga dia berevolusi menjadi BoBoiBoy Taufan. Kemudian, BoBoiBoy Taufan akhirnya kembali normal setelah Ochobot tampil dan menayangkan episod terakhir telenovela "Seguni Mawar Merah" yang mana menyebabkan BoBoiBoy Taufan sebak apabila melihat babak Azroy bersatu semula dengan Sasha si kucing dan BoBoiBoy Taufan bertukar semula menjadi BoBoiBoy Angin.
BoBoiBoy: The Movie[]
BoBoiBoy Taufan muncul bersama BoBoiBoy Halilintar dan BoBoiBoy Gempa untuk menyelamatkan keadaan di Pulau Rintis yang kucar-kacir yang disebabkan oleh Tiga Rob. BoBoiBoy Taufan, BoBoiBoy Gempa dan BoBoiBoy Halilintar masing-masing menyelamatkan seorang nenek dari dilanggar trak perompak, menyelamatkan sebuah kereta daripada dihempap lori simen dan berlawan dengan Adu Du dan Probe yang muncul sebagai Superjahat Jero-Jero. Akhirnya, BoBoiBoy Halilintar, Taufan dan Gempa serta nenek menumpaskan perompak-perompak itu sehingga mereka diberkas oleh pihak polis.
BoBoiBoy Taufan muncul lagi selepas BoBoiBoy menyeru Kuasa Tiga dan bersama-sama Halilintar dan Gempa menyerang Gaga Naz, tetapi malangnya ketiga-tiga BoBoiBoy dikalahkan dengan mudah, dan mereka bertiga bercantum semula.
Dalam Kilang Sfera Kuasa, BoBoiBoy bertukar menjadi Taufan untuk menyelamatkan Gopal dan Harimau Bayang.
BoBoiBoy Taufan muncul lagi bersama Halilintar, Gempa, Blaze dan Ais dan dia menyerang Bora Ra dengan Sedutan Taufan. Lalu BoBoiBoy Blaze dan Ais melakukan serangan kombo dan dia terhimpit di antara ais dan meteor gergasi dan kemudian kesemua BoBoiBoy bercantum semula. Namun Bora Ra tidak puas hati dan menghasilkan lohong hitam gergasi untuk menyedut mereka semua sementara dia cuba pergi ke kapal angkasanya sambil meminta koordinat teleportasi daripada Yoyo Oo. Malangnya dia ditipu oleh Adu Du dan ingin menyerang Papa Zola, akhirnya BoBoiBoy berpecah menjadi tujuh dan kesemua BoBoiBoy menyerang Bora Ra habis-habisan sehinggalah Bora Ra disedut masuk ke dalam lohong hitamnya sendiri.
BoBoiBoy Movie 2[]
BoBoiBoy Taufan pertama kali muncul bersama elemen-elemen lain, apabila BoBoiBoy berpecah menjadi lima untuk melawan Retak'ka. Bekerjasama dengan Duri and Halilintar, Taufan melakukan serangan dahsyat pada Retak'ka, yang tidak terkesan dengan BoBoiBoy yang berpecah membuatkan kuasa elemental yang lemah. Selepas menyaksikan Solar diserap oleh Retak'ka, dia terperangkap bersama elemen-elemen lain, di mana dia diserap, dan dengan itu tidak lagi wujud. Kuasa elemental angin dapat dilihat digunakan oleh Retak'ka sebagai bentuk elemen, Beliung.
BoBoiBoy Galaxy Musim 2[]
Selepas Blaze gagal menghentikan Adu Du, Taufan muncul bersama dengan Yaya dan Ying berlari, Taufan menyerang Mecha Probe dengan Cakera Udara. Namun, dia berpecah menjadi tiga sebagai BoBoiBoy Blaze, Ais dan Duri.
Apabila penjaga ladang dari Ladang Lembah Cidas tiba, BoBoiBoy bertukar menjadi Taufan dan menyerang untuk hembus mereka keluar. Tapi apabila penjaga-penjaga menjadi marah, mereka serang dengan penenang Cili Suci yang menyederakan tangan dan kaki Taufan.
Selepas Yaya dan Ying terkena renjatan gelombang kejutan voltan tinggi dengan Gopal berlari dengan dokumentari, BoBoiBoy terpaksa untuk berpecah menjadi tiga sebagai Taufan, Blaze dan Duri.
Transformasi[]
"Kuasa Elemental! BoBoiBoy Taufan!" |
Kuasa[]
Serangan |
|
6/10 | |||
Pertahanan |
|
6/10 | |||
Ketangkasan |
|
8/10 | |||
Keberanian |
|
6/10 |
- BoBoiBoy
- Papan Luncur Udara Taufan: Pengangkutan bagi BoBoiBoy Taufan.
- Bola Taufan: BoBoiBoy Taufan melepaskan gumpalan angin kencang yang berbentuk bola kecil yang menghembuskan lawan dari jarak dekat apabila dilepaskan dan menyebabkan lawan terpelanting secara berpusing.
- Putaran Bola Taufan: Angin kencang berbentuk bola kecil yang diputarkan untuk mempelantingkan lawan.
- Bebola Taufan: Teknik tingkatan daripada Bola Taufan yang menghasilkan gumpalan angin kecil yang berbentuk bola kecil dalam kuantiti yang banyak untuk membolehkannya menyerang lawan dari arah yang jauh. Digunakan dalam BoBoiBoy: The Movie.
- Perisai Taufan: Teknik pertahanan terunggul BoBoiBoy Taufan yang digunakan untuk menangkis sebarang serangan.
- Gerudi Taufan: BoBoiBoy Taufan menghasilkan puting beliung mini ditangannya yang digunakan sebagai gerudi untuk menyerang pihak lawan ataupun memutarkan dirinya untuk mencipta versi yang lebih besar.
- Tumbukan Gerudi Taufan: Puting beliung mini yang ditumbukkan untuk menyerang lawan.
- Gerudi Mega Taufan: Menghasilkan Gerudi Taufan yang dua kali ganda besar yang lebih kuat daripada biasa.
- Cakera Udara: Menghasilkan molekul angin kepada boomerang yang berganda apabila menyerang lawan.
- Pusaran Taufan: Mempelantingkan benda yang dua kali lebih besar (seperti biskut Yaya) kemudian angin yang berbentuk puting kecil disela-selanya, dan akan menambah kelajuannya dua kali lebih kencar daripada dilempar seperti biasa. Dalam BoBoiBoy: The Movie, versi terkuat teknik ini digunakan terhadap Tiga Rob.
- Pusaran Angin Kencang: Teknik serangan menyerang lawan dari jarak yang jauh dengan menghasilkan angin kencang dan juga untuk menyebarkan molekul kecil seperti pasir untuk mengaburi mata lawan.
- Putaran Taufan: Mempelantingkan angin yang berbentuk puting kecil yang disela-selanya, lalu menambah kelajuannya dua kali lebih kencar daripada dilempar seperti biasa.
- Deruan Angin Vertikal: Jurus pengangkutan bagi BoBoiBoy Taufan yang mencipta pusaran di sekelilingnya untuk mengangkut BoBoiBoy Gempa, BoBoiBoy Halilintar dan dirinya ke atas langit.
- Deruan Ribut: Digunakan sebagai serangan kombo dengan Hujan Halilintar untuk menyerang lawannya.
- Kokun Angin: Kuasa tingkatan bagi Perisai Taufan yang digunakan untuk melindungi orang lain.
- Serangan Taufan: Serangan asas taufan yang berupa sebuah gumpalan taufan. Pertama kali digunakan untuk menyerang Mama Zila, tetapi gagal apabila Mama Zila mencengkamnya.
- Angin Berdebu: BoBoiBoy Taufan meniup angin kencang disertai dengan debu-debu untuk mengaburkan lawannya daripada mulutnya. Digunakan untuk mengaburkan pandangan Mama Zila dalam Serangan Mama Zila.
- Sedutan Taufan: BoBoiBoy Taufan menyedut sedikit kuantiti udara sebelum menghembuskannya menyebabkan lawan terkenanya akan terperangkap dalam sebuah puting beliung gergasi. Digunakan dalam BoBoiBoy: The Movie.
- BoBoiBoy Galaxy
- Papan Luncur Udara Taufan: Pengangkutan bagi BoBoiBoy Taufan.
- Luncuran Taufan: Menggunakan papan luncurnya untuk mendarat dengan selamat.
- Hentakan Hoverboard Taufan: BoBoiBoy Taufan menggunakan papan luncur udaranya untuk menghentak musuhnya.
- Taufan Pengabur: BoBoiBoy mencipta taufan dengan papan luncurnya untuk memerangkap musuhnya. Digunakan pada Retak'ka.
- Cakera Udara/Cakera Taufan: Taufan menggunakan serangan ini untuk mencederakan musuhnya. Dia menggunakan ini untuk mengalahkan Adu Du dan Probe yang kini berkebolehan dalam seni mempertahankan diri.
- Cakera Udara Maksima: Versi Cakera Udara yang lebih besar. Serangan ini digunakan untuk menghalang Adu Du dan Probey Copta daripada melarikan diri, tetapi gagal.
- Lontaran Cakera Udara
- Gerudi Taufan: Serangan ini digunakan untuk memecahkan Probey Jet tetapi gagal.
- Serangan Gerudi Taufan: Ia adalah versi Gerudi Taufan yang lebih kuat. Ia digunakan terhadap teknik klon Maripos.
- Pusaran Taufan: Serangan ini digunakan untuk meniup musuh.
- Pelindung Taufan: Digunakan untuk menggerakkan dirinya dalam bola seperti taufan. Ia boleh melindunginya daripada musuh.
- Tolakan Taufan
- Bebola Taufan
- Tumbukan Taufan: BoBoiBoy Taufan menumpukan udara di sekeliling penumbuknya dan melepaskannya sebagai tumbukan yang diperbuat daripada taufan.
- Sambaran Vorteks Berganda: BoBoiBoy Taufan mencipta berbilang taufan di sekelilingnya untuk menyerang musuh.
- Pedang Taufan
- Tetakan Taufan: BoBoiBoy Taufan menetak lawannya dengan melepaskan tetakan tenaga dibuat daripada taufan terhadap musuhnya.
- Belahan Pedang Taufan
- Hembusan Semarak
- Libasan Taufan
- Sedutan Taufan: Teknik yang digunakan kembali dari BoBoiBoy: The Movie, digunakan untuk menyerbu musuh dalam taufan gergasi yang dipanggil daripadanya.
- Elemental Fusion: BoBoiBoy Solar dapat bergabung dengan bentuk lainnya untuk menggabungkan elemen-elemen bersama-sama.
- BoBoiBoy Sopan: Bentuk elemental gabungan antara BoBoiBoy Taufan dan BoBoiBoy Solar.
- Serangan Kombo
- Ribut Pasir: Serangan gabungan bersama BoBoiBoy Gempa yang memerlukan hancuran tanah yang diseru oleh BoBoiBoy Gempa dan dihancurkan kepada kepingan yang disebarkannya melalui Pusaran Angin ke semua arah bagi mengaburi mata lawan. Pertama kali digunakan dalam Musim 2, Episod 12 untuk mengaburkan pandangan Ejo Jo dan PETAI.
- Gerakan Kombo: Gerakan kombo bersama BoBoiBoy Halilintar dan BoBoiBoy Gempa dalam Musim 3, Episod 1 dengan BoBoiBoy Halilintar dan BoBoiBoy Taufan masing-masing menjelmakan Pedang Mega Halilintar dan Gerudi Mega Taufan. Mereka dibawa oleh Golem Tanah untuk memulakan serangan terhadap Ejo Jo.
- Serangan Kombo: Serangan kombo bersama BoBoiBoy Halilintar dan BoBoiBoy Gempa dalam Musim 3, Episod 2 yang dimulai oleh BoBoiBoy Taufan, diserang oleh BoBoiBoy Gempa dan diakhiri oleh BoBoiBoy Halilintar dengan laju terhadap Ejo Jo.
- Gerakan Kombo Gerudi Halilintar dan Taufan: Gerakan kombo bersama BoBoiBoy Halilintar dengan menghasilkan Gerudi Taufan yang bermuncungkan Pedang Halilintar untuk menyerang Robot Pango dari atas dengan kelajuan yang sangat pantas. Digunakan dalam Musim 3, Episod 14.
Rupa[]
BoBoiBoy Taufan mempunyai rupa yang hampir sama dengan BoBoiBoy Angin, tetapi topi, jaket, dan seluarnya bertukar menjadi warna biru tua dan lengan jaketnya pula berwarna putih yang dicampuri dengan corak bermotif taufan biru yang berpijaran. Iris matanya juga bertukar menjadi warna biru tetapi lungsur zip jaketnya bertukar menjadi warna kuning.
Pada musim ke-2, BoBoiBoy Taufan memakai jaket yang berzip penuh, di belakangnya ditambah hood dan lipatan pada lengan bajunya yang berwarna putih. Motif pada pakaiannya tidak banyak berubah tetapi masih mengekalkan konsep taufan biru berpijaran yang sama.
Pada musim ke-3 pula, BoBoiBoy Taufan tidak banyak berubah daripada pakaiannya dalam musim ke-2 tetapi jaketnya mempunyai saku dan ada garis di bahagiannya.
Dalam BoBoiBoy Movie 2, dia mempunyai penampilan yang serupa dengan bentuk elemental sebelumnya tetapi jaketnya kini jaket stormbreaker.
Perwatakan[]
BoBoiBoy Angin bertukar menjadi BoBoiBoy Taufan sama ada dengan sendirinya ataupun apabila dia berasa sangat gembira. Dalam bentuk ini, sifatnya lebih periang dan sedikit sukar untuk mengawal kegembiraan dirinya. Dia juga merupakan seorang budak yang sangat periang, terutamanya apabila memakan biskut Yaya yang telah dicampurkan dengan cecair emosi X secara berterusan. Walau bagaimanapun, dia tahu waktu untuk bersikap serius.
Kemunculan[]
Trivia[]
- BoBoiBoy Taufan merupakan bentuk evolusi yang kedua muncul dalam siri BoBoiBoy.
- BoBoiBoy Taufan merupakan satu-satunya jelmaan BoBoiBoy yang mempunyai kenderaan sendiri iaitu Papan Luncur Udara Taufan.
- Sewaktu kemunculan pertama BoBoiBoy Taufan, dia telah hilang kawalan sehinggakan menyebabkan pergaduhan dengan BoBoiBoy Halilintar.
- Pertukaran BoBoiBoy Angin kepada BoBoiBoy Taufan adalah disebabkan oleh memakan biskut Yaya yang telah dicampurkan dengan cecair emosi X berterusan. Disebabkan BoBoiBoy Angin telah termakan biskut itu, BoBoiBoy Angin menjadi sangat gembira dan terus bertukar menjadi BoBoiBoy Taufan.
- Papan luncur BoBoiBoy Taufan bukan sahaja digunakan untuk dirinya, bahkan juga untuk orang lain. Seperti yang ditunjukkan pada Musim 2, Episod 6, BoBoiBoy Taufan menggunakan papan luncurnya untuk menyelamatkan Fang yang terjatuh daripada Helang Bayangnya.
- Bermula daripada musim ke-2, BoBoiBoy berkebolehan untuk bertukar terus kepada BoBoiBoy Taufan tanpa perlu berpecah atau bertukar kepada BoBoiBoy Angin terlebih dahulu.
- BoBoiBoy Taufan mendapat tempat ke-5 dalam video BoBoiBoy: Watak-Watak Terkuat.