BoBoiBoy Wiki
Advertisement
BoBoiBoy Wiki

BoBoiBoy Sori merupakan kuasa gabungan elemental yang terhasil dari BoBoiBoy Duri dan BoBoiBoy Solar. Dia melakukan kemunculan sulungnya dalam isu ke-9 BoBoiBoy Galaxy Musim 2, "Paduan Dua Kuasa!".

Sejarah

Transformasi

"Elemental Fusion! Solar! Duri! BoBoiBoy Sori!"
— Frasa transformasi dalam BoBoiBoy Galaxy Musim 2


Kuasa

  • Libasan Durian Sori
  • Tembakan Sori Berduri
  • Letupan Solar Berduri[1]

Rupa

Topi BoBoiBoy Sori berwarna putih dengan corak kuning BoBoiBoy Solar dan birai topi berwarna hijau. Tidak seperti Solar, dia tidak memakai cermin mata. BoBoiBoy Sori mengenakan warna dan motif kedua-dua BoBoiBoy Solar (kuning dan putih) dan BoBoiBoy Duri (hitam dan hijau). Dia memakai jaket yang dihiasi dengan warna putih dan hijau dengan motif daun yang unik. Lengan kanan dan kirinya berwarna hitam dan kuning mewakili kedua-dua elemen Duri dan Solar. Dia juga memakai baju kelabu di sebalik jaketnya. Tidak seperti elemen lain, jaketnya tidak mempunyai lungsur zip. Sori memakai seluar putih yang mempunyai dua tali pinggang iaitu kuning dan hijau masing-masing di kiri dan kanan seluarnya.

Kemunculan

Trivia

  • Nama Sori merupakan gabungan dari perkataan Solar dan Duri.
    • Namanya juga mempunyai sebutan yang sama dengan perkataan "maaf" dalam bahasa Inggeris iaitu "sorry".

Galeri

Video

Rujukan

Advertisement