BoBoiBoy Wiki
Register
Advertisement
BoBoiBoy Wiki

BoBoiBoy Petir ialah salah satu daripada tiga bentuk elemental pertama BoBoiBoy yang melakukan kemunculan sulungnya dalam Musim 1, Episod 2. Dia kemudiannya meningkat ke bentuk tahap kedua dalam Musim 1, Episod 6 iaitu BoBoiBoy Halilintar.

Sejarah[]

BoBoiBoy[]

Musim 1[]

Di akhir Musim 1, Episod 5, BoBoiBoy Petir telah diculik oleh Adu Du dan Probe dan dalam Musim 1, Episod 6, BoBoiBoy Petir dijadikan salah satu daripada empat perkara penting di dalam Kapal Sampah A80. Dalam usaha untuk membuatkan BoBoiBoy hilang ingatan buat selama-lamanya, Adu Du, Probe dan Komputer menyeksa BoBoiBoy Petir dengan meletupkan semua belon di hadapan mukanya. Disebabkan oleh rasa takut yang bercampur dengan perasaan marah, BoBoiBoy Petir berevolusi menjadi BoBoiBoy Halilintar.

Musim 2[]

Dalam Musim 2, Episod 1, BoBoiBoy Petir diseru keluar bersama BoBoiBoy Angin dan BoBoiBoy Tanah untuk bersama-sama memasangkan papan tanda baru di warung baru Tok Aba dan BoBoiBoy Kokotiam. Ketiga-tiga BoBoiBoy bercantum semula selepas Ochobot tiba-tiba pengsan, lalu dia membawa Ochobot pulang ke rumah. Dalam Musim 2, Episod 4, BoBoiBoy Petir diseru bersama BoBoiBoy Angin dan BoBoiBoy Tanah dan berganding bahu menggunakan kuasa masing-masing untuk memenangi perlawanan bola sepak dengan pasukan Fang.

Dalam Musim 2, Episod 9, BoBoiBoy Petir muncul bersama BoBoiBoy Angin dan BoBoiBoy Tanah selepas mereka berasa pasrah. Tetapi selepas mereka bertiga pulih melalui penawar hija, mereka mengkombokan kuasa mereka dan mengalahkan Adu Du dan Probe. Setelah itu dalam iklan sewaktu rancangan MKHIPI, Bago Go mempromosikan Mesin Senaman BoBoiBoy sebagai produk barunya yang mana reka bentuknya dicipta berdasarkan rupa BoBoiBoy Petir.

BoBoiBoy Galaxy[]

Minion Makanan menyerang

BoBoiBoy Petir menentang Konco-Konco Lanun

Dalam Musim 1, Episod 1, BoBoiBoy bertukar menjadi BoBoiBoy Petir, Angin dan Tanah untuk membantu mengambil sebiji bola milik kanak-kanak yang tersangkut di atas dahan pokok yang tinggi dan pada masa yang sama berlaga kuasa dengan Gopal. Kemudian, Koko Ci meminta pertolongan BoBoiBoy apabila Lanun Angkasa menyerang kapal angkasanya untuk merampas Power Sphera MotoBot, maka BoBoiBoy mengambil peluang itu untuk menjadi adiwira setelah sekian lama dengan bertukar menjadi BoBoiBoy Angin, Petir dan Tanah serta berpecah tiga untuk menumpaskan Konco Lanun dan membantu menyelamatkan kapal angkasa Koko Ci.

Transformasi[]

"Kuasa Elemental! BoBoiBoy Petir!"
— Frasa transformasi dalam BoBoiBoy Galaxy

Kuasa[]

Serangan
5/5
Pertahanan
4/5
Ketangkasan
4/5
Keberanian
4/5
Kelajuan
5/5


Elemen Petir adalah antara yang paling pantas. Ini memberikan BoBoiBoy Petir kelebihan untuk membuat serangan pertama terhadap musuhnya. Kelebihan BoBoiBoy Petir adalah dia efektif apabila membuat serangan dari jauh dan lebih hebat jika dari jarak dekat dengan pedangnya. Dengan kuasa medan elektrik yang melindunginya, musuh sukar untuk mendekatkan diri mereka untuk bertempur.

BoBoiBoy
  • Keris Petir: Senjata utama BoBoiBoy Petir yang berbentuk panahan kilat yang boleh membawa arus elektrik kuat untuk menyerang musuh ataupun menangkis serangan.
  • Elektrik Petir: Dengan mengalirkan kuasa gabungan elektrik dan petir pada suatu objek yang sedang disentuh oleh musuhnya, ia akan terkena renjatan elektrik.
  • Cangkul Petir: BoBoiBoy Petir tersalah menghasilkan Keris Petir semasa melawan Adu Du dan Super Makcik Probe.
BoBoiBoy Galaxy
  • Pedang Petir: BoBoiBoy Petir kini mampu menghasilkan keris petir sebagai sebilah pedang yang permukaannya lebih kepada logam yang berkilat dengan corak kuning dan tampak kilat sedikit percikan di sekitarnya.
    • Tetakan Pedang Petir: Dengan menggunakan sebilah atau lebih Pedang Petir, BoBoiBoy Petir melancarkan serangan terakhir dengan tetakan yang bertalu-talu ke arah musuhnya dan akan memberikan kejutan elektrik. Teknik ini juga digunakan oleh BoBoiBoy Petir untuk menangkis serangan musuh.
    • Tusukan Pedang Petir: Kuasa ini hanya digunakan dalam BoBoiBoy Galaxy: Gelora Kuasa.
    • Sambaran Pedang Petir: Kuasa ini hanya digunakan dalam BoBoiBoy Galaxy: Gelora Kuasa.
    • Balingan Pedang Petir: Kuasa ini hanya digunakan dalam BoBoiBoy Galaxy: Gelora Kuasa.
    • Pedang Petir Berganda: BoBoiBoy menggandakan bilangan Pedang Petirnya lebih banyak dan mengepung di sekeliling musuhnya dan juga bertujuan untuk mengelirukan musuhnya sebelum melancarkan serangan penamatnya.
      • Sambaran Petir: BoBoiBoy menggores sebilah pedang pada permukaan pedang yang lain sehingga ia menyalurkan tenaga kilat pada kesemua pedang di sekeliling musuhnya lalu memberikan renjatan yang dahsyat pada musuh.
    • Belahan Pedang Petir: Kuasa ini hanya digunakan dalam BoBoiBoy Galaxy: Pembongkaran Rahsia.
    • Tusukan Kilat: BoBoiBoy melemparkan pedang-pedangnya secara pantas ke arah musuh yang bertujuan untuk mematahkan pertahanan.
  • Gerakan Kilat: BoBoiBoy Petir menumpukan kuasa kilat di kakinya lalu bergerak dengan pantas ke tempat lain dalam masa yang singkat.
  • Larian Kilat: BoBoiBoy Petir melarikan diri dengan pantas bersama Gopal dari Adu Du dan Mecha Probe dalam BoBoiBoy Galaxy: Kembara Ke Angkasa.
  • Motor Elemental: Sebuah kenderaan istimewa yang diberikan oleh MotoBot yang menyerupai seperti motor.
    • Pecutan Kilat/Pecutan Petir/Pecutan Maksima: Kuasa ini memerlukan BoBoiBoy Petir untuk fokus ke arah sasaran lalu terus memecut ke arah musuhnya untuk menyerang dengan kejutan elektrik. BoBoiBoy Petir juga menggunakan teknik ini untuk mengelak serangan-serangan musuh. Dalam Perlumbaan Nova Prix, BoBoiBoy Petir telah menggunakan pecutan kilat/petir pada tahap maksima dan adalah yang terpantas berbanding yang sebelumnya.
    • Pedang Kilat: BoBoiBoy Petir boleh menyerang musuhnya dengan menggunakan Pedang Petir versi motor elementalnya.
    • Ekzos Elemental - Ekzos Petir: Gabungan kuasa ekzos motor bersama BoBoiBoy Angin dan Api dengan menggunakan ekzos masing-masing.
    • Kuasa Gabungan Motor Elemental: BoBoiBoy Petir, Angin dan Api menggabungkan motor elemental masing-masing secara cara yang terpantas untuk memecut dalam perlumbaan.
      • Elakkan Kilat: Semasa dalam gabungan motor elemental, BoBoiBoy Petir boleh melindungi dua BoBoiBoy yang lain dengan menggunakan kuasanya untuk mengelak dengan pantas dari serangan musuh.
      • Bebola Kombo Maksima: BoBoiBoy Petir menggabungkan kuasa petirnya bersama dengan kuasa angin dan api dengan membentuk sebuah bebola, kemudian melemparkannya ke musuh yang akan mengalahkan mereka dalam sekali serangan.
  • Tendangan Petir: Mengumpulkan kuasa petir di kakinya lalu menendang bola sepantas kilat. Ia digunakan dalam video SPRM.
  • Kejutan Kilat: BoBoiBoy Petir menyentuh badan musuhnya dan mengejutkannya dengan kuasa petir. Kuasa ini hanya digunakan dalam BoBoiBoy Galaxy: Gelora Kuasa.
  • Renjatan Kilat: Kuasa ini hanya digunakan dalam BoBoiBoy Galaxy: Pembongkaran Rahsia.
Serangan Kombo

Rupa[]

Penampilan BoBoiBoy Petir hampir menyamai dengan penampilan BoBoiBoy yang asal, dengan bajunya berwarna serba jingga dan lungsur zip berbentuk petir. Tetapi birai topinya menghadap ke hadapan pemakai, dan lungsur zip jaketnya hanya dizipkan separuh. Lengannya pula dilipat sehingga hampir ke pergelangan tangannya, yang hujungnya berwarna putih.

Dalam musim kedua, BoBoiBoy Petir memakai jaket yang berzip penuh, yang mana di belakangnya ditambah hood dan di hujung lipatan pada lengan bajunya yang berwarna jingga. Memakai kasut yang saiznya lebih besar dan berwarna campuran antara jingga dan hitam yang bercorak.

Dalam BoBoiBoy Galaxy, BoBoiBoy Petir memakai topi yang berwarna kuning. Baju yang dipakainya berkolar dan berwarna kuning ala-ala jaket dengan lengan bajunya dilipat dan memakai sepasang sarung yang berwarna hitam di pergelangan tangannya. BoBoiBoy Petir mengenakan seluar yang berwarna kelabu sementara kasut butnya pula berwarna putih dan kelabu.

Perwatakan[]

BoBoiBoy Petir mempunyai sifat yang garang dan cepat marah.

Petir adalah yang paling serius dan memerangi semua bentuk BoBoiBoy. Menjadi sangat berorientasikan tempur, Petir juga mempunyai rumah yang sangat kuat, lebih jelas dalam siri BoBoiBoy. Petir cepat marah dan tidak akan teragak-agak untuk menunjukkan bahawa dia tidak senang dengan keadaan itu. Sekiranya BoBoiBoy Air adalah bentuk yang lebih suka mengelakkan perjuangan daripada mengambil bahagian, Petir adalah bertentangan polarnya, yang menjadi yang pertama untuk berperang. Kemarahannya sering kali membutakannya dan boleh menyebabkan lebih banyak mudarat daripada kebaikan. Walaupun kemarahannya dilepaskan kadang-kadang, Petir adalah salah satu bentuk paling berani dan pasti tidak takut memerangi musuh, tidak kira betapa besar dan menakutkan mereka.

Menjadi marah dan agresif adalah kualiti utama dari bentuk Petir, yang mungkin merupakan sebahagian dari keperibadian BoBoiBoy yang kadang-kadang menjadi marah. Ia juga tidak berbaloi apa yang BoBoiBoy cenderung untuk menggunakan borang ini apabila dia perlu bersaing dalam peperangan, kebanyakannya disebabkan oleh kit kemampuan berintegrasi serangan Petir, tetapi dia juga cenderung menggunakan Petir jika persona asal BoBoiBoy marah sendiri, walaupun ini peranan seolah-olah telah diguna pakai oleh Api in Galaxy.

Di BoBoiBoy Galaxy, Petir ternyata kurang marah, lebih matang dan tidak menunjukkan banyak ketegasannya, tetapi masih mengekalkan sifatnya yang agresif dan pertempuran. Dia boleh dikatakan bentuk terbaik yang memerangi kerana anjakannya yang agresif dan kebolehan berorientasi serangan. Banyak kecenderungan agresif dan ganasnya diterima pakai ke dalam Api, sementara Petir mendapat penyendiri yang tenang, sabar, tetapi sifat taat.

Kemunculan[]

Trivia[]

  • Petir merupakan kuasa pertama yang dikeluarkan oleh BoBoiBoy.
  • Kuasa Petir merupakan antara elemen yang terpantas berbanding dengan yang lain. Kepantasan ini memberikan kelebihan yang tinggi kepada BoBoiBoy Petir untuk berlawan dengan segala kuasa dan kemahirannya. Walau bagaimanapun, pertahanannya agak lemah kerana kadangkala Pedang Petir miliknya mudah patah dan hal ini menyebabkan pedangnya tidak efektif apabila BoBoiBoy Petir cuba untuk menahan atau menangkis serangan musuh.
  • Apabila BoBoiBoy Tanah tidak hadir semasa Pemecahan Elemental (jarang dilihat) dan Petir hadir, apabila kembali ke BoBoiBoy normal, elemen lain kembali ke Petir sebagai mewakili Tanah.
  • BoBoiBoy Petir adalah watak BoBoiBoy yang pertama untuk memakai topi secara biasa, yang kedua ialah BoBoiBoy Air.
  • BoBoiBoy Petir paling tidak suka babak terkejut (jumpscare) dalam cerita seram.[1]
  • Menurut Trivia Hari Jadi BoBoiBoy 2019, BoBoiBoy Petir tidak boleh mengecaj handphone selepas beberapa kali dia mencuba.[2]

Galeri[]

Wiki-wordmark
Wiki BoBoiBoy mempunyai pelbagai gambar menarik tentang BoBoiBoy Petir. Rujuk BoBoiBoy Petir/Galeri.

Video[]

Rujukan[]

Advertisement