Rencana ini merangkumi media yang akan dikeluarkan pada masa akan datang. Buat masa ini, serba sedikit maklumat dapat dikenal pasti. Rencana ini akan dikemas kini dari masa ke masa.
BoBoiBoy Movie 3: Gur'latan merupakan filem ketiga BoBoiBoy yang akan dilepaskan pada tahun 2026.[1][2] Ini telah disahkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Monsta, Nizam Razak di Persidangan Maya bersama Kre8tif. Sehingga Mac 2021, filem ini sedang dalam peringkat awal produksi.[3] Filem ini merupakan adaptasi animasi daripada kisah pengembaraan BoBoiBoy dan kawan-kawan di Planet Gur'latan daripada komik BoBoiBoy GalaxyMusim 2.[4]
Pada asalnya, BoBoiBoy Movie 3 akan ditayangkan pada tahun 2021 untuk menyambut ulang tahun BoBoiBoy yang ke-10, tetapi ditunda ke tahun 2024/2025 disebabkan oleh pandemik COVID-19.
Awalnya, animasi adaptasi musim kedua BoBoiBoy Galaxy akan berakhir dengan kisah terakhir BoBoiBoy Galaxy Gur'latan apabila dikeluarkan pada tarikh Jun 2025, tetapi kemudian digantikan menjadi filem ketiga yang bertajuk BoBoiBoy Movie 3: Gur'latan dan akan dikeluarkan pada akhir tahun 2025.[4] Tetapi, tarikh pelepasan ini telah digantikan jadi tahun 2026.[1][2]