BoBoiBoy Wiki
Advertisement
BoBoiBoy Wiki

BoBoiBoy Halilintar ialah bentuk tahap kedua bagi rupa asalnya iaitu BoBoiBoy Petir yang membuat kemunculan sulungnya dalam Musim 1, Episod 6 setelah BoBoiBoy Petir diseksa oleh Adu Du setelah Adu Du menyedari bahawa BoBoiBoy Petir takut akan belon pecah.

Penerangan[]

"Kuasa Elemental Tahap 2 dari BoBoiBoy Petir. BoBoiBoy Halilintar menggunakan senjata seperti pedang dan tombak yang mengalirkan tenaga elektrik.

Serius dan agresif.
"
— Penerangan rasmi dalam Segmen Khas - Jom Kenali Kuasa BoBoiBoy!


Sejarah[]

BoBoiBoy[]

BoBoiBoy Halilintar muncul buat julung kalinya setelah BoBoiBoy Petir diculik oleh Adu Du dan Probe lalu diseksa oleh mereka melalui meletupkan belon-belon di depan muka BoBoiBoy dan peristiwa ini mendedahkan bahawa BoBoiBoy mempunyai globophobia. Disebabkan oleh ketakutan BoBoiBoy untuk mendengar bunyi letupan belon, BoBoiBoy Petir secara tidak sengaja berevolusi menjadi BoBoiBoy Halilintar dan setelah evolusi itu, ingatan BoBoiBoy benar-benar teruk, akibat daripada berpecah terlalu lama. Menyedari BoBoiBoy telah hilang ingatan, Adu Du dan Probe membuat helah terhadap BoBoiBoy Halilintar. Helah itu telah membuatkan BoBoiBoy Halilintar menganggap bahawa Adu Du dan Probe adalah kawan-kawannya.

BoBoiBoy Halilintar kemudiannya kembali ke rumah asalnya dengan tujuan untuk menyerang kawan-kawannya yang sebenar, bahkan juga dua bentuk elementalnya yang lain, BoBoiBoy Angin dan BoBoiBoy Tanah. BoBoiBoy Halilintar menyerang mereka sehingga tidak berupaya lagi untuk bangkit, dan semasa BoBoiBoy Halilintar hampir melengkapkan kemenangan bagi pihak penjahat, Probe tersebut perkataan "Terbaik" dan membuatkan BoBoiBoy Halilintar terkenang zaman silamnya. Akhirnya, dia mengingati semula identiti sebenarnya sebagai BoBoiBoy dan menyedari bahawa Adu Du telah menipunya. Untuk itu, BoBoiBoy Halilintar mengenakan dua bilah Pedang Halilintar terhadap Adu Du dan Probe sebagai hukuman.

BoBoiBoy: The Movie[]

BoBoiBoy Halilintar muncul bersama BoBoiBoy Taufan dan BoBoiBoy Gempa untuk menyelamatkan keadaan di Pulau Rintis yang kucar-kacir yang disebabkan oleh Tiga Rob. BoBoiBoy Taufan, BoBoiBoy Gempa dan BoBoiBoy Halilintar masing-masing menyelamatkan seorang nenek dari dilanggar trak perompak, menyelamatkan sebuah kereta daripada dihempap lori simen dan berlawan dengan Adu Du dan Probe yang muncul sebagai Superjahat Jero-Jero. Akhirnya, BoBoiBoy Halilintar, Taufan dan Gempa serta nenek menumpaskan perompak-perompak itu sehingga mereka diberkas oleh pihak polis.

BoBoiBoy Halilintar muncul lagi di kedai Tok Aba dan BoBoiBoy Kokotiam untuk menyerang Bora Ra yang telah menculik Ochobot, namun gagal apabila dihalang oleh Gaga Naz. Lalu BoBoiBoy menyeru Kuasa Tiga dan masing-masing menyerang Gaga Naz, tetapi malangnya ketiga-tiga BoBoiBoy dikalahkan dengan mudah. Akhirnya ketiga-tiga BoBoiBoy bercantum semula. Seterusnya BoBoiBoy Halilintar muncul secara ringkas untuk menyerang Kurita dengan Tombak Halilintar.

BoBoiBoy Halilintar muncul lagi bersama Taufan, Gempa, Blaze dan Ais dan dia menyerang Bora Ra dengan Tombak Halilintarnya sehingga Bora Ra pengsan dan menjunam jatuh ke bawah. Lalu BoBoiBoy Blaze dan Ais melakukan serangan kombo dan dia terhimpit di antara ais dan meteor gergasi dan kemudian kesemua BoBoiBoy bercantum semula. Namun Bora Ra tidak puas hati dan menghasilkan lohong hitam gergasi untuk menyedut mereka semua sementara dia cuba pergi ke kapal angkasanya sambil meminta koordinat teleportasi daripada Yoyo Oo. Malangnya dia ditipu oleh Adu Du dan ingin menyerang Papa Zola, akhirnya BoBoiBoy berpecah menjadi tujuh dan kesemua BoBoiBoy menyerang Bora Ra habis-habisan sehinggalah Bora Ra disedut masuk ke dalam lohong hitamnya sendiri.

BoBoiBoy Galaxy[]

BoBoiBoy Halilintar muncul semula dalam Kemunculan Halilintar selepas melihat kawan-kawannya dicederakan oleh Jugglenaut. Walaupun dia diingati Ochobot bahawa kuasanya masih tidak stabil, namun BoBoiBoy tidak mempunyai pilihan lain lalu terpaksa menggunakan kuasa tahap keduanya. Halilintar meluru ke Jugglenaut dan menghalang serangannya untuk melindungi Yaya dan Ying. Dengan menggunakan Pedang Halilintar, BoBoiBoy terus mengenakan renjatan halilintar ke arah Jugglenaut secara bertubi-tubi. Namun, kuasanya mula tidak stabil dan menyukarkan pertempurannya. Melihat itu, Kaizo membantu BoBoiBoy dengan menggunakan Kuasa Jingga dan pertempuran itu diakhiri dengan serangan BoBoiBoy yang telah memisahkan HidungBot dari Jugglenaut sebelum BoBoiBoy berubah menjadi normal semula.

BoBoiBoy Movie 2[]

BoBoiBoy Halilintar pertama kali muncul ketika BoBoiBoy bertukar menjadi Halilintar untuk mengejar Adu Du dan Probe, yang telah mencuri EggaBot dari mereka. Selepas dengan cepat mengalahkan mereka bersama Ying, Yaya, dan Fang, BoBoiBoy berpecah dengan Halilintar, Gempa, dan Duri untuk menyelamatkan Adu Du dan Probe dari Raksasa Pengun.

Elemen-elemen dikalahkan

Halilintar, Duri, dan Taufan tidak lagi wujud selepas diserap oleh Retak'ka.

BoBoiBoy Halilintar muncul bersama dengan elemen-elemen lain, ketika BoBoiBoy berpecah untuk melawan Retak'ka. Bekerja sama dengan Duri dan Taufan, Taufan membentuk serangan dahsyat terhadap Retak'ka, yang tidak terkesan dengan BoBoiBoy berpecah dengan elemen-elemennya yang melemahkannya. Setelah menyaksikan Solar diserap oleh Retak'ka, dia terperangkap bersama elemen-elemen lain, di mana dia diserap, dan lalu tidak lagi wujud. Kuasa Halilintarnya dapat dilihat digunakan oleh Retak'ka sebagai bentuk elemen, Voltra.

BoBoiBoy kemudian dapat mencuri kembali elemen petir dari Retak'ka, yang mengembalikan Halilintar kepada BoBoiBoy. Pada saat-saat terakhir pertarungan, BoBoiBoy memanggil Halilintar yang bergabung dengan Solar menjadi BoBoiBoy Supra, untuk akhirnya mengalahkan Retak'ka sekali dan selamanya.

BoBoiBoy Galaxy Musim 2[]

BoBoiBoy Halilintar akan kembali sebagai elemen dalam adaptasi komik BoBoiBoy Galaxy.

Transformasi[]

"Kuasa Elemental! BoBoiBoy Halilintar!"
— Frasa transformasi BoBoiBoy Halilintar

Kuasa[]

Serangan
10/10
Pertahanan
3/10
Ketangkasan
10/10
Keberanian
7/10
BoBoiBoy
  • Pedang Halilintar: Senjata utama BoBoiBoy Halilintar yang berbentuk pedang yang lebih panjang dan berwarna merah.
    • Tetakan Halilintar: BoBoiBoy Halilintar menghasilkan dua Pedang Halilintar dan terus menetak musuhnya dari atas.
    • Tusukan Pedang Halilintar: Serangan yang digunakan untuk menusuk lawannya secara menghulurkan Pedang Halilintar ke hadapan dan menusuk lawannya.
    • Hujan Halilintar: BoBoiBoy Halilintar mencampakkan sebilah Pedang Halilintar ke langit dan kemudiannya menjatuhkan berbilah-bilah Pedang Halilintar ke muka Bumi.
    • Pedang Mega Halilintar: Dua bilah Pedang Halilintar yang dua kali ganda lebih besar yang diserang bersama Gerudi Mega Taufan daripada BoBoiBoy Taufan.
    • Halilintar Slash: BoBoiBoy Halilintar menghasilkan dua bilah Pedang Halilintar dan mencincang musuhnya berulang-ulang kali dalam pergerakan yang sangat laju.
    • Tetakan Dua Halilintar: Serangan yang lebih kuat daripada Tetakan Halilintar dengan menggunakan dua bilah Pedang Halilintar dan memecut pantas untuk menyerang musuhnya.
  • Gerakan Kilat: Menumpukan kuasa kilat di kaki yang membolehkan BoBoiBoy Halilintar bergerak dengan pantas dalam masa yang singkat, malah lebih pantas daripada Ying.
  • Bola Kilat: Gumpalan tenaga petir kuat yang digunakan untuk menyerang musuh dari jarak jauh dan juga digunakan untuk menyilaukan pandangan musuh sementara.
  • Kilauan Kilat: Melepaskan tenaga petir yang kuat di seluruh badannya untuk membentuk cahaya kilat yang menyilaukan pandangan lawannya untuk tempoh waktu yang pendek.
  • Tendangan Halilintar: Menumpukan kuasa halilintar di kakinya yang menambahkan kuasa tendangannya.
  • Pelindung Halilintar: Pelindung yang digunakan untuk melindungi diri sekaligus merenjat musuh yang cuba memecahkannya.
  • Pencakar Sampah Halilintar: BoBoiBoy Halilintar menyalurkan kuasanya kepada SampahBot dengan menghasilkan Pencakar Sampah yang dipenuhi dengan kuasa kilat dan menjadikan senjata SampahBot. Digunakan untuk menyerang MegaBot ScamBot.
    • Cakaran Halilintar: Dengan Pencakar Sampah Halilintar, ianya membolehkan untuk menyerang dengan cakaran yang dipenuhi dengan renjatan elektrik. Digunakan untuk menyerang MegaBot ScamBot.
  • Pecutan Halilintar: Menumpukan kuasa halilintar untuk memecut dengan pantas. Pertama kali digunakan dalam Musim 3, Episod 24.
  • Tombak Halilintar: BoBoiBoy Halilintar menghasilkan tombak daripada kuasanya yang digunakan sebagai senjata untuk menyerang musuh dari dekat ataupun jauh. Ia pertama kali digunakan dalam BoBoiBoy: The Movie.
    • Pusaran Halilintar: BoBoiBoy Halilintar memusingkannya dengan laju untuk menghasilkan kilat, dan kemudian menyerang Bora Ra di udara.
    • Tetakan Tombak Halilintar: BoBoiBoy Halilintar menggunakannya terhadap Bora Ra dengan menetak dan memukulnya berulang kali dengan kuat untuk melemahkannya.
BoBoiBoy Galaxy
  • Pedang Halilintar: Senjata utama BoBoiBoy Halilintar berupa pedang yang mempunyai garisan hitam berbentuk halilintar dengan sedikit bergerigi. Pedang ini boleh dipisahkan menjadi dua bilah untuk BoBoiBoy melakukan serangan bertubi-tubi.
    • Pusaran Halilintar: BoBoiBoy Halilintar memusingkan Pedang Halilintar dengan laju untuk menghasilkan halilintar, membolehkan dia merenjat musuh yang cuba menyerangnya.
    • Tusukan Seribu Halilintar: BoBoiBoy Halilintar melepaskan beribu bilah pedang dengan laju untuk menusuk Jugglenaut dengan renjatan halilintar. Serangan ini hanya ditunjukkan dalam komik BoBoiBoy Galaxy: Kemunculan Lagenda.
    • Belahan Halilintar/Belahan Pedang Halilintar: BoBoiBoy Halilintar menggunakan pedangnya untuk membelah Jugglenaut, bagaimanapun serangan ini terbatal kerana ketidakstabilan kuasa BoBoiBoy Halilintar. Kemudian dalam Terkandas!, BoBoiBoy Halilintar menggunakan pedangnya untuk membelah Muskida, tetapi dia hanya membelah jubahnya dan dia tidak terkena kerana badannya bersaiz kecil.
    • Sambaran Mega Halilintar: BoBoiBoy Halilintar melepaskan satu sambaran halilintar dengan pantas ke arah Jugglenaut, kemudian memisahkan pedangnya menjadi dua bilah untuk menyambar secara bertubi-tubi.
    • Libasan Halilintar
    • Tetakan Halilintar/Tetakan Pedang Halilintar: BoBoiBoy Halilintar menghasilkan dua Pedang Halilintar dan terus menetak musuhnya dari atas. Kuasa ini digunakan semula dalam BoBoiBoy Movie 2.
      • Tetakan Halilintar: Kelajuan Maksima
    • Tetakan Berganda
    • Serangan Pedang Halilintar
  • Gerakan Kilat: BoBoiBoy Halilintar menggunakan kuasa kilatnya untuk bergerak dengan pantas dalam masa yang singkat.
  • Elemental Fusion: BoBoiBoy Halilintar dapat bergabung dengan bentuk lain untuk menggabungkan elemen-elemen bersama-sama.
  • Tombak Halilintar: Lembing panjang dengan kilat di bahagian atas dan bawah. Digunakan terhadap Brolangkas Brothers.
    • Hujan Tombak Halilintar
    • Lontaran Tombak Halilintar
  • Pisau Pemotong Halilintar: Menggunakan pisau yang disemai dengan kuasa kilat. Digunakan untuk memotong bahan Tom Yam.
    • Belahan Halilintar: Memotong berbilang bahan pada masa yang sama.
  • Pecutan Kilat
  • Sambaran Halilintar
  • Serangan Halilintar
  • Pedang Satriantar
Serangan Kombo
  • Gerakan Kombo: Gerakan kombo bersama BoBoiBoy Taufan dan BoBoiBoy Gempa dalam Musim 2, Episod 13 dengan BoBoiBoy Halilintar dan BoBoiBoy Taufan masing-masing menjelmakan Pedang Mega Halilintar dan Gerudi Mega Taufan. Mereka dibawa oleh Golem Tanah untuk memulakan serangan terhadap Ejo Jo.
  • Serangan Kombo: Serangan kombo bersama BoBoiBoy Taufan dan BoBoiBoy Gempa dalam Musim 3, Episod 2 yang dimulai oleh BoBoiBoy Taufan, diserang oleh BoBoiBoy Gempa dan diakhiri oleh BoBoiBoy Halilintar dengan laju terhadap Ejo Jo.
  • Gerakan Kombo Gerudi Halilintar dan Taufan: Gerakan kombo bersama BoBoiBoy Taufan dengan menghasilkan Gerudi Taufan yang bermuncungkan Pedang Halilintar untuk menyerang Robot Pango dari atas dengan kelajuan yang sangat pantas. Digunakan dalam Musim 3, Episod 14.
  • Serangan Kombo: Belut Air Halilintar: Selepas BoBoiBoy Air menjelmakan Belut Air Berkembar, BoBoiBoy Air bertukar menjadi BoBoiBoy Halilintar lalu melontar dua bilah Pedang Halilintar ke arah belut air tersebut kemudian warna belut air bertukar menjadi merah yang mempunyai kuasa renjatan elektrik yang kuat. Digunakan pada BoBoiBot Air dalam Musim 3, Episod 20.

Rupa[]

BoBoiBoy Halilintar mempunyai rupa yang hampir sama dengan BoBoiBoy Petir, tetapi topi, jaket, dan seluarnya bertukar menjadi warna hitam dan lengan jaketnya pula berwarna merah yang dicampuri dengan corak bermotif kilat merah yang berkilauan. Iris mata dan lungsur zip jaketnya juga bertukar menjadi warna merah.

Pada musim ke-2, BoBoiBoy Halilintar memakai jaket yang berzip penuh, di belakangnya ditambah hood dan lipatan pada lengan bajunya yang berwarna merah. Motif pada pakaiannya tidak banyak berubah tetapi masih mengekalkan konsep kilat merah berkilauan yang sama.

Pada musim ke-3 pula, BoBoiBoy Halilintar tidak banyak berubah daripada pakaiannya dalam musim ke-2 tetapi jaketnya mempunyai saku dan ada garis di bahagiannya.

Dalam BoBoiBoy Galaxy, kebanyakan ciri BoBoiBoy Halilintar adalah serupa dengan BoBoiBoy Petir dan bentuk elemental terdahulu, tetapi kini sepanjang pakaiannya ada lambang kilat merah neon.

Dalam BoBoiBoy Movie 2, dia mempunyai pakaian merah dan hitam dengan lambang petir putih. Pewarna merah pakaiannya juga lebih cerah daripada sebelumnya.

Perwatakan[]

BoBoiBoy Petir bertukar menjadi BoBoiBoy Halilintar sama ada dengan sendirinya ataupun apabila sangat marah. Dalam bentuk ini, sifatnya lebih garang dan sedikit sukar untuk mengawal kemarahan dirinya. Dia juga merupakan seorang budak yang sangat serius, terutamanya dalam pertarungan untuk melawan musuh. Tetapi, walaupun begitu, dia tetap seorang wira yang setia membantu kawan-kawannya.

Dalam BoBoiBoy Galaxy, Halilintar mempunyai keperibadian yang lebih ganas berbanding dengan dirinya yang lebih muda. Dia terbukti cukup kuat tetapi hampir membutakan kemarahan. Tidak diketahui sama ada dia biasanya seperti ini kerana penampilannya yang pendek.

Kemunculan[]

Trivia[]

  • Tenaga merah, yang merupakan warna kuasa ribut petir, tidak wujud dalam kehidupan sebenar. Tidak ada cara untuk meniru ini dalam kehidupan sebenar tanpa persekitaran terkandung dan terkawal.
  • BoBoiBoy Halilintar merupakan bentuk evolusi yang pertama muncul dalam siri BoBoiBoy dan BoBoiBoy Galaxy.
  • BoBoiBoy Halilintar merupakan satu-satunya BoBoiBoy yang mempunyai pedang.
    • Walau bagaimanapun, info dalam komik BoBoiBoy: Sfera Kuasa menunjukkan bahawa evolusi baru BoBoiBoy iaitu BoBoiBoy Solar juga mempunyai pedang. Tetapi konsep pedang BoBoiBoy Solar telah dibatalkan kerana ia akan merosakkan status BoBoiBoy Halilintar sebagai satu-satunya BoBoiBoy yang mempunyai pedang.
  • Sewaktu kemunculan pertama BoBoiBoy Halilintar, dia telah diperhambakan oleh Adu Du dan diberi nama "Ada Da" kerana dia ingin memperalatkannya sebagai alat yang mengalahkan BoBoiBoy dan kawan-kawan.
  • Pertukaran BoBoiBoy Petir kepada BoBoiBoy Halilintar adalah disebabkan oleh ketakutan asas BoBoiBoy iaitu takut pada letupan belon. Disebabkan perkara ini diteruskan oleh Adu Du dengan sengaja, BoBoiBoy Petir berasa sangat takut dicampuri dengan marah dan terus bertukar menjadi BoBoiBoy Halilintar.
  • Teknik "Gerakan Kilat" yang digunakan oleh BoBoiBoy Halilintar merupakan teknik terpantas dalam siri ini (lebih pantas daripada Ying sebanyak 31.25%).
  • Bermula daripada musim ke-2, BoBoiBoy berkebolehan untuk bertukar terus kepada BoBoiBoy Halilintar tanpa berpecah atau bertukar kepada BoBoiBoy Petir terlebih dahulu.
  • Salah satu kiriman dari akaun Instagram pengarah siri ini, Nizam Razak, telah menunjukkan kulit buku siri komik BoBoiBoy Galaxy jilid ke-4 (Kemunculan Lagenda). Pada kulit itu, terdapat gambar BoBoiBoy Halilintar beserta dengan Kapten Kaizo di belakangnya.
  • Dalam Majalah Komik BoBoiBoy Isu #67, bentuk ini dikira oleh BoBoiBoy sebagai bentuk 'marah' dari dirinya.
  • BoBoiBoy Halilintar mendapat tempat ke-2 dalam video BoBoiBoy: Watak-Watak Terkuat.

Galeri[]

Wiki-wordmark
Wiki BoBoiBoy mempunyai pelbagai gambar menarik tentang BoBoiBoy Halilintar. Rujuk BoBoiBoy Halilintar/Galeri.

Video[]

Advertisement