BoBoiBoy Wiki
Advertisement
BoBoiBoy Wiki

BoBoiBoy Glacier merupakan kuasa gabungan elemental yang terhasil dari BoBoiBoy Gempa dan BoBoiBoy Ais. Dia melakukan kemunculan sulungnya dalam BoBoiBoy Movie 2 apabila Retak'ka cuba menumpaskan BoBoiBoy dan kawan-kawannya.

Sejarah

BoBoiBoy Movie 2

BoBoiBoy pertama kali bergabung ke Glacier setelah merampas kembali kuasanya dari Retak'ka dengan pertolongan Ochobot. Bertekad untuk tidak kalah, Retak'ka menghancurkan bendungan yang dia dan BoBoiBoy bertarung, berusaha membanjiri seluruh kawasan dan membawa semua orang bersamanya. BoBoiBoy kemudian berpecah menjadi dua sebagai Gempa dan Ais, yang kemudian bergabung menjadi Glacier, yang dapat memanggil Gargantua Ais, yang membeku air dan mencegah bendungan dari banjir serta membekukan Retak'ka di tempatnya. Glacier lalu berkata kepada Retak'ka bahawa dia tidak layak menggunakan kuasa elemental sebelum menyedut kesemuanya melalui Ochobot. Glacier bertukar ke asal semula, yang kemudian bertukar menjadi BoBoiBoy Supra untuk menyelesaikan pertarungan.

Transformasi

"Elemental Fusion! BoBoiBoy Glacier!"
— Frasa transformasi dalam BoBoiBoy Movie 2

"BoBoiBoy Fusion! Glacier!"
— Frasa transformasi dalam iklan BoBoiBoy Galaxy Card

Kuasa

  • Gargantua Ais: Glacier memanggil golem ais dan tanah gergasi untuk menyerang. Glacier mulanya tumbuk tanah untuk bekukan seluruh daratan dan lawannya, lalu Gargantua Ais kemudian muncul dari bawah. Ia juga digunakan untuk membekukan dirinya sendiri. Dalam komik BoBoiBoy Movie 2: Evolusi Kuasa, ia dikenali sebagai Golem Ais.
    • Hentakan Pemampat: BoBoiBoy menggerakkan Gargantua Ais untuk menghentak Retak'ka yang terperangkap dalam dodol Gopal dengan sangat kuat.
    • Hentakan Glacier[1]: Teknik ini dinyatakan dalam di laman web BoBoiBoy Galaxy Card.
  • Gelombang Pembeku: BoBoiBoy menghentakkan kedua-dua tangan aisnya ke atas tanah lalu ais menyaluti hampir seluruh kawasan berdekatannya dan akan membekukan musuhnya. Nama teknik ini dinyatakan dalam komik BoBoiBoy Movie 2: Evolusi Kuasa.
  • Tumbukan Glacier[2]: Teknik ini dinyatakan dalam di laman web BoBoiBoy Galaxy Card.

Rupa

Glacier mempunyai warna dan motif Gempa dan Ais yang mana berwarna perang dan biru. Tidak seperti BoBoiBoy lain, Glacier memakai rompi seperti poncho yang dipotong bulu, yang mempunyai warna biru dan perang. Rompi miliknya dizipkan penuh sehingga ke atas. Seluarnya berwarna kelabu biru dan coklat, dengan corak putih menghiasi bahagian bawah. Tangannya belum dapat dilihat, tetapi Glacier menggunakan sarung tanah Gempa versi berais.

Glacier memakai topinya sedikit ke sisi, tidak seperti bagaimana Gempa dan Ais memakai topi mereka. Ia berwarna biru dengan aksen putih dan mempunyai corak putih yang unik.

Perwatakan

Kemunculan

Trivia

  • BoBoiBoy Glacier memiliki masa terpendek di layar berbanding dengan bentuk gabungan yang lain.

Galeri

Wiki-wordmark.png
Wiki BoBoiBoy mempunyai pelbagai gambar menarik tentang BoBoiBoy Glacier. Rujuk BoBoiBoy Glacier/Galeri.

Video

Rujukan

Advertisement