BoBoiBoy Wiki
Register
Advertisement
BoBoiBoy Wiki
BoBoiBoy Galaxy Card

BoBoiBoy Galaxy Card merupakan sebuah permainan kad yang dikeluarkan oleh Animonsta Studios.

Ciri-ciri[]

  • Kumpulkan kesemua 54 jumlah kad.
  • 6 poster BoBoiBoy yang unik akan didedahkan.
  • Cari 9 kad dan gabungkan semuanya untuk membentuk sebuah poster yang unik.
  • Setiap paket mengandungi 6 kad.
  • Satu kad istimewa termasuk dalam setiap paket.

Pek[]

BoBoiBoy Galaxy Card terbahagi kepada beberapa pek iaitu:

  • Pek Adiwira
  • Pek Lagenda
  • Pek Unggul
  • Pek Elemental
  • Pek Fusion
  • Pek Versus
  • Pek Impak
  • Pek Beyond
  • Pek Vortex
  • Pek Rumble
  • Pek Satria
  • Pek Quest

Cara bermain[]

Cara-Cara_Bermain_-_BoBoiBoy_Galaxy_Card

Cara-Cara Bermain - BoBoiBoy Galaxy Card

Video tutorial cara bermain.

Sebelum memulakan pertarungan, kedua-dua pemain perlu mempunyai 20 kad di dalam dek. Kedua-dua pemain mempunyai 3 zon, iaitu Zon Aktif, Zon Kalah dan Zon Menang. Pemain harus mengambil 3 kad dari dek sendiri. Kedua-dua pemain perlu meletakkan satu kad ke Zon Aktif. Sebelum menyerang kad lawan, periksa EFEK kad masing-masing. Setiap kad mempunyai EFEK yang tersendiri, yang mana diaktifkan semasa pertarungan jika ada. Untuk meneruskan pertarungan ini, kedua-dua pemain harus melakukan 'osom' dan pemenang 'osom' akan melakukan serangan ke atas kad lawan. Nilai ATK pemain yang menang 'osom' akan menolak HP kad lawan. Sekiranya HP pihak lawan belum habis, ulangi langkah 'osom' sehingga salah satu kad kehabisan HP terlebih dahulu. Kad yang menang akan dialihkan ke Zon Menang, manakala kad yang kalah dialihkan ke Zon Kalah. Selepas setiap pusingan, pemain harus ada satu kad daripada dek sendiri untuk cukupkan 3 kad di tangan. Permainan akan berakhir apabila salah seorang daripada pemain telah berjaya mengumpulkan 5 kad di Zon Menang.

Trivia[]

  • Tahun rilisan Boboiboy Galaxy Card ialah:
    • Pek Adiwira dan Pek Lagenda masing-masing telah dilancarkan pada tahun 2016 dan 2017.
    • Pek Unggul dilancarkan pada 9 Ogos 2018.
    • Pek Elemental dan Pek Fusion masing-masing telah dilancarkan pada tahun 2019.
    • Pek Versus dan Pek Impak masing-masing telah dilancarkan pada tahun 2020.
    • Pek Beyond dilancarkan pada tahun 2021.
    • Pek Vortex dan Pek Rumble masing-masing telah dilancarkan pada tahun 2022.
    • Pek Satria dan Pek Quest masing-masing telah dilancarkan pada tahun 2023.
  • Sementara Pek Adiwira, Pek Unggul, Pek Elemental, Pek Fusion, Pek Versus, Pek Impak, dan Pek Quest memiliki jumlah kad sebanyak 54 dan poster sebanyak 6, Pek Lagenda memiliki jumlah kad dan poster sebanyak 36 dan 4 sahaja.
    • Pek Beyond, Pek Rumble dan Pek Satria memiliki jumlah kad sebanyak 54 dan poster sebanyak 5, Pek Vortex sendiri memiliki jumlah kad sebanyak 54 dan poster sebanyak 4.
  • Pek Rumble dan Pek Satria ialah Pek yang sejauh ini memiliki kad gores.

Galeri[]

Kategori utama: Gambar BoBoiBoy Galaxy Card

Video[]

Pautan luar[]

Advertisement