BoBoiBoy Wiki
Advertisement
BoBoiBoy Wiki
Ucapan Selamat Hari Raya oleh Monsta

Ini merupakan video ucapan Selamat Hari Raya bagi tahun 2017 daripada pihak Monsta.

Plot[]

Tok Aba menyuruh BoBoiBoy untuk mengemas rumah untuk menyambut Hari Raya pada keesokan harinya. Maka BoBoiBoy Petir, BoBoiBoy Angin, BoBoiBoy Tanah, BoBoiBoy Api dan BoBoiBoy Daun masing-masing telah diberikan tugas. Adu Du yang melihat kelakukan BoBoiBoy hairan dan Probe menjelaskan bahawa esok adalah Hari Raya. Adu Du berancang untuk merosakkan perancangan raya mereka. Lalu Probe menawarkan khidmatnya untuk mencari resipi "meriam buluh".

Selamat Hari Raya Aidilfitri daripada Monsta

Keesokannya di rumah Tok Aba, Adu Du dan Probe datang untuk menyerang, namun rupa-rupanya Probe tersalah ambil resipi lemang. Maka, BoBoiBoy mengajak Adu Du dan Probe untuk menyambut Hari Raya bersama-sama dan mereka semua yang mewakili pihak Monsta mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada peminat-peminat.

Video[]

Advertisement