BoBoiBoy Wiki
Register
Advertisement
BoBoiBoy Wiki
Animation-Header BBB Galaxy-1-1536x412

"Power Sphera adalah robot berteknologi tinggi yang mengandungi kuasa-kuasa yang hebat. Menjadi rebutan ramai, Power Sphera telah lari dan bersembunyi di sekitar galaksi. Satu persatu Power Sphera telah diburu dan dijumpai oleh kuasa jahat. Kini, Power Sphera digunakan untuk kemusnahan dan kehancuran sejagat. Ini adalah kisah pengembaraan seorang superhero Bumi, BoBoiBoy, dalam misi untuk menyelamatkan Power Sphera dan mempertahankan galaksi."
Koko Ci


BoBoiBoy Galaxy merupakan kesinambungan siri BoBoiBoy selepas musim ke-3 dan filem BoBoiBoy: The Movie. Siri ini lebih fokus kepada pengembaraan BoBoiBoy dan kawan-kawannya untuk menyelamatkan Power Sphera. Siri ini mula ditayangkan di TV3 pada 25 November 2016, kemudian pada 14 Januari 2017 di MNCTV, 7 Julai 2017 di Disney Channel Asia, dan 22 Februari 2021 di RTV. Musim pertama berakhir pada 22 Jun 2018 dengan jumlah 24 episod. Musim kedua telah dikeluarkan sebagai siri komik bulanan dengan versi animasi ditayangkan pada 3 Disember 2023.

Ringkasan[]

BoBoiBoy Galaxy merupakan sebuah kisah tentang robot-robot Power Sphera yang dicipta untuk memberikan kuasa hebat kepada pemiliknya. Namun, projek Power Sphera akhirnya dianggap sebagai projek yang berbahaya dan dibatalkan, manakala Power Sphera yang lain melarikan diri dan bersembunyi di serata pelusuk galaksi. Semenjak itu, ramai alien jahat cuba mencari dan menangkap Power Sphera untuk kepentingan mereka sendiri.

Untuk mengelakkan Power-Power Sphera jatuh ke tangan penjahat, seorang wira muda dari Bumi iaitu BoBoiBoy ditugaskan untuk menjejaki Power-Power Sphera yang bertaburan di seluruh galaksi dengan bantuan kawan-kawannya yang bukan sahaja berasal dari Bumi, tetapi juga dari planet-planet lain.

Episod[]


Watak[]

Rencana utama: Senarai watak BoBoiBoy

Kru produksi[]

  • Diterbitkan oleh: Animonsta Studios Sdn. Bhd.
  • Pengarah: Nizam Abd Razak
  • Penceritaan oleh: Nizam Abd Razak, Anas Abdul Aziz, dan Raja Faisal Raja Ihsanuddin
  • Pengarah Seni: Mohd Safwan Abd. Karim
  • Pengarah Lakon Suara: Noor Ezdiani Ahmad Fawzi
  • Pengarah Produksi: Yap Ee Jean
  • Pengarah Animasi: Dzubir Mohammed Zakaria
  • Pengarah Audio: Anas Abdul Aziz
  • Pengarah Pemasaran: Kee Yong Pin
  • Pengarah Pengurusan Korporat: Noor Ezdiani Ahmad Fawzi
  • Bahagian Skrip/Penulis Skrip: Raja Faisal Raja Ihsanuddin dan Fatima Zafira Zaharan
  • Ketua Animasi: Rashdan Fahirurazi
  • Ketua Juruanimasi: Ferdiawan Gunarto
  • Ketua Artis Konsep: Haireey Hashnan
  • Ketua Modeling: Sharifah Sarah Syed Idros
  • Ketua Rendering: Ho Chee Seong
  • Ketua Kompositing: Wu Chintya
  • Ketua Audio: Mohd Mustazza Abu Hapaz
  • Ketua Jenama dan Pemasaran: Faiz Zainal Aabidin
  • Pakar Tanda Aras Animasi: Mohd Hafiz Ashraf Saipul Islam
  • Pakar Produksi Teknikal: Muhammad Akid Jamel
  • Koordinator Set & Latar Belakang: Muhammad Khairul Aladin
  • Koordinator Produk Pengguna Luaran: Yim Weng Lok

Komik[]

Sebagai tambahan kepada penyiaran televisyen, terdapat satu siri komik lukisan bulanan yang dikeluarkan setiap sebelum episod disiarkan di kaca TV. Komik ini boleh didapati di Popular Bookstore, myNEWS, SMO dan 7-Eleven. Boleh juga dipesan secara online di store.monsta.com. Versi komik lukisan tangan ini dihasilkan sepenuhnya oleh Team Komik Monsta.

Setiap komik mempunyai 144 halaman berwarna, merupakan buku berkulit keras dan mengandungi konsep-konsep seni. Komik jilid pertama hingga ketiga mempunyai cerita empat episod siri, dan bermula jilid keempat dan seterusnya mempunyai tiga episod siri dan satu episod eksklusif khas. Pratonton komik boleh dibaca di sini.

Musim 2 telah dikeluarkan sebagai siri buku komik bulanan yang meneruskan versi animasi[1] dan tersedia untuk pembelian digital di Google Play Books.

Pada Persidangan Maya Kre8tif, Ketua Pegawai Eksekutif Monsta Nizam Abd Razak mendedahkan rancangan untuk BoBoiBoy Movie 3, yang pada mulanya dijadualkan untuk tayangan pada 2021, kini telah dialihkan ke awal 2025, yang merupakan satu lagi sebab kelewatan animasi musim ini. Pada 21 Ogos 2023, Monsta akhirnya mendedahkan Disember 2023 sebagai bulan animasi musim itu.[2]

Senarai isu[]

Musim 1[]

Rencana utama: Galaxy Musim 1#Komik
Jilid Kulit buku Tajuk Tarikh dikeluarkan
1
Kembara ke Angkasa
Kembara Ke Angkasa November 2016
2
Komik BoBoiBoy Galaxy - Adiwira Bersatu -2
Adiwira Bersatu April 2017
3
Komik BoBoiBoy Galaxy - Cabaran Baharu -3
Cabaran Baharu Jun 2017
4
Komik BoBoiBoy Galaxy Vol 4
Kemunculan Lagenda Oktober 2017
5
Gelora Kuasa
Gelora Kuasa Disember 2017
6
Komik BoBoiBoy Galaxy Vol 6
Pembongkaran Rahsia April 2018
7
BBB Galaxy Ledakan Cahaya
Ledakan Cahaya Jun 2018

Musim 2[]

Rencana utama: Galaxy Musim 2
Jilid Kulit buku Tajuk Tarikh dikeluarkan
1
Isu 1
Kembali Beraksi! 16 Mac 2020
2
Isu 2
Rahsia King Balakung! 26 Jun 2020
3
Isu 3
Perbicaraan Terhebat! 27 Julai 2020
4
Isu 4
Pendakian Hingga Ke Langit! 26 Ogos 2020
5
Isu 5
Misteri Pergunungan Tandus 28 September 2020
6
Isu 6
Resepi Warisan Terulung! 23 November 2020
7
Isu 7
Belantara Penuh Bahaya! 25 Disember 2020
8
Isu 8
Puak Purba Kadruax! 26 Februari 2021
9
Isu 9
Paduan Dua Kuasa! 26 Mac 2021
10
Isu 10
Pelawat Misteri Dari Angkasa Lepas! 29 April 2021
11
Isu 11
Pergolakan Di Windara 25 September 2021
12
Isu 12
Terkandas! 29 Oktober 2021
13
Isu 13
Kesatria Windara! 26 November 2021
14
Isu 14
Pertarungan Demi Windara! 28 Januari 2022
15
Isu 15
Berjuang Tanpa Gentar 25 Februari 2022
16
Isu 16
Adiwira Dalam Bahaya 1 April 2022
17
Isu 17
Kemuncak Gentaran Kuasa 29 April 2022
18
Isu 18
Sehangat Bara Sedingin Salju 3 Jun 2022
19
Isu 19
Di Sebalik Api Sengketa 1 Julai 2022
20
Isu 20
Kuasa Tanpa Batasan 29 Julai 2022
21
Isu 21
Cahaya Di Sebalik Awan 2 September 2022
22
Isu 22
Kilat dan Guruh 30 September 2022
23
Isu 23
Dalam Buruan 28 Oktober 2022
24
Isu 24
Galaksi Dalam Krisis! 2 Disember 2022
25
Isu 25
Kitaran Kesumat 1 Februari 2023
26
Isu 26
Lepaskan Kuasamu 7 Mac 2023
27
Isu 27
Di Bawah Langit Yang Sama 21 April 2023

Trivia[]

  • BoBoiBoy Galaxy asalnya dirancang untuk mula disiarkan pada tahun 2015.[3]
  • Nizam Razak telah mengepos mengenai fakta BoBoiBoy Galaxy di akaun Facebooknya (selepas diterjemahkan)[4]:
    • BoBoiBoy dan kawan-kawannya akan mengembara ke seluruh galaksi, maka dinamakan BoBoiBoy Galaxy. BoBoiBoy akan menjadi lebih aktif daripada pasif. Berbanding menunggu "masalah" datang, dialah yang akan "mencari masalah".
    • Cerita ini akan ditumpukan di sekitar Sfera Kuasa. BoBoiBoy akan mencari lebih banyak Sfera Kuasa di seluruh galaksi. Kami telah memperkenalkan Klamkabot di BoBoiBoy: The Movie, yang mana membuka kemungkinan untuk lebih banyak Sfera Kuasa. Jangkakanlah lebih banyak Sfera Kuasa dan lebih banyak hero/penjahat/neutral dalam siri ini.
    • BoBoiBoy Galaxy mengambil tempat sekitar 2-3 tahun selepas BoBoiBoy: The Movie. Dari segi reka bentuk watak, kami telah menaikkan umur BoBoiBoy dan kawan-kawannya. Walau bagaimanapun, kami masih menyasarkan kanak-kanak dan hati kanak-kanak. Ia masih menyeronokkan dengan konsep "lawak" dan "lawan", tetapi di pelbagai latar/planet.
    • Rebrand (Menjenamakan semula), Rethink (Memikirkan semula) dan Reconceptualized (Mengkonsepkan semula). Dengan menjenamakan semula siri BoBoiBoy kepada BoBoiBoy Galaxy, kami mempunyai peluang untuk menyasarkan penonton baru terutamanya untuk pasaran antarabangsa. Hal ini telah membawa kepada beberapa pemudahan dan pengubahsuaian kepada konsep BoBoiBoy. Jangkakanlah beberapa perubahan tetapi intipati utama BoBoiBoy masih di situ.
    • MONSTA akan keluarkan Komik BoBoiBoy Galaxy dahulu (lukisan 2D), sebelum siri animasi. Akan terdapat isu komik bulanan untuk BoBoiBoy Galaxy.
    • MONSTA dan TOMY telah bersetuju untuk mengeluarkan pelbagai jenis mainan. Jangkakan lebih banyak figurin, barangan, mainan berasaskan kenderaan dan mungkin juga playset.
    • Perancangan produksi baru untuk BoBoiBoy Galaxy: MONSTA Production dan pasukan R&D akan bekerja keras untuk mereka bentuk suatu perancangan produksi baharu untuk menunjukkan kualiti dan juga kuantiti. Kami menyasarkan untuk mengeluarkan 20-26 episod setiap tahun. Produksi akan bermula nanti (Jun) dan dijangkakan untuk kumpulan episod pertama dikeluarkan pada September - Disember 2016.
  • Penampilan pertama BoBoiBoy Galaxy telah berlangsung pada 31 Ogos 2016 di Dataran Merdeka.[5]
  • Pada 1 September 2016, Monsta telah memuat naik sebuah video ke YouTube yang mempromosikan rancangan baru mereka. Video itu menunjukkan watak-watak utama siri ini iaitu BoBoiBoy, Yaya, Ying, Gopal, Fang, Papa Zola, Adu Du dan Probe dengan reka bentuk baru sedang berada dalam pertarungan.
  • Biarpun sebelum ini diumumkan bahawa peristiwa BoBoiBoy Galaxy bermula 2-3 tahun selepas BoBoiBoy the Movie, namun Nizam Razak menjelaskan bahawa umur watak BoBoiBoy dan kawan-kawan hanya bertambah "1 hingga 2 tahun" berbanding siri asal.[6] Menurut laporan NST, BoBoiBoy berumur 12 tahun,[7] tetapi biodata rasmi watak-watak BoBoiBoy semenjak pelancaran Galaxy tidak lagi menyatakan umur mereka.
  • Nizam Razak dan Monsta merancang untuk membuat BoBoiBoy Galaxy sekurang-kurangnya sehingga 300 episod dengan filem yang akan datang setiap dua tahun.[6]
  • Teaser BoBoiBoy Galaxy telah dimuat naik ke YouTube dalam saluran Monsta dan aplikasi YouTube Kids pada 10 Oktober 2016.
  • Menurut Monsta, mereka bekerjasama dengan Bunkface bagi menghasilkan lagu tema pembukaan siri ini yang bertajuk "Dunia Baru" dan ini menjadi kali kedua Bunkface bekerjasama dengan Monsta setelah Bunkface mencipta lagu tema utama BoBoiBoy: The Movie yang bertajuk "Masih Di Sini".
  • "BoBoiBoy Galaxy: Preview 11 Minit Episod 1" telah dimuat naik ke YouTube oleh MONSTA pada 11 November 2016 pada pukul 11.11 pagi.
  • Menurut Nizam Razak di akaun Facebooknya, babak permulaan yang asal bagi siri ini memakan masa 7 tahun untuk menyelesaikannya dan ia diarahkan oleh Hafiz SI.
  • 8Elements telah membangunkan sebuah permainan untuk siri ini iaitu BoBoiBoy: Galactic Heroes yang boleh dimuat turun di Google Play Store dan App Store.
  • Siri ini memiliki iklan yang bekerjasama dengan Golden Screen Cinemas yang bernama Pesanan Khidmat Masyarakat daripada GSC & BoBoiBoy 2017.
  • Pada bulan Ramadan, terdapat slot masa baru bagi siaran BoBoiBoy Galaxy bermula episod 10 hingga episod 13, yang mana setiap episod ini disiarkan pada setiap hari Khamis pukul 5 petang dan bukannya Jumaat.
  • Dari episod 1 sehingga episod 9, gambar watak dalam lagu tema pembukaan ialah Kapten Kaizo dan Lahap. Dalam lagu tema pembukaan episod 10 dan seterusnya, mereka telah digantikan oleh Tarung dan Papa Zola.
    • Ini menunjukkan bahawa Kaizo dan Lahap cuma mempunyai peranan yang lebih kecil daripada yang dijangkakan pada asalnya.
  • BoBoiBoy dan kawan-kawannya nampaknya kehilangan peningkatan kuasa sejak peristiwa BoBoiBoy: The Movie. Walau bagaimanapun, ini terbukti salah apabila Fang menggunakan kuasa bayang tahap keduanya dalam episod akhir musim pertama, menunjukkan kawan-kawannya juga mengekalkan kuasa tahap kedua mereka.
  • Akhir musim pertama telah disiarkan di TV3 bermula 18 Mei 2018 dengan jumlah keseluruhan 6 episod pada setiap minggu.
  • Selepas musim pertama berakhir, tajuk episod 1 sehingga episod 9 (kecuali episod 7) dan gambar kecil setiap episod musim pertama di YouTube telah ditukar.
  • Monsta telah memuat naik sebuah video yang mendedahkan beberapa trivia merentasi musim pertama siri BoBoiBoy Galaxy, iaitu:
    • Siri ini mengambil masa 20 bulan dalam produksi.
    • Terdapat 24 episod berjaya disiapkan dengan jumlah durasi keseluruhan 7 jam dan 29 minit.
    • Semua episod digabungkan mempunyai lebih daripada 700 juta tontonan di YouTube.
    • 7 buah komik telah diterbitkan.
    • Sebanyak 9 versi BoBoiBoy telah berjaya diaktifkan iaitu Petir, Angin, Tanah, Api, Air, Daun, Cahaya, Halilintar dan Solar.
    • Sebanyak 73 watak telah diperkenalkan.
    • Sebanyak 22 Power Sphera telah dikesan dan dilindungi.
    • Sebanyak 9 lokasi eksotik telah dikunjungi.
    • Sebanyak 11 teleportal telah dibuka oleh Ochobot.
    • BoBoiBoy telah melakukan sebanyak 126 transformasi.
    • BoBoiBoy telah melancarkan sebanyak 69 serangan.
    • Terdapat 6 babak Cattus mengamuk.
    • Terdapat 40 slogan kata "Terbaik!".
  • Pihak Monsta telah memuat naik koleksi runut bunyi bertajuk "Kuasa Elemental" yang mengandungi tema BoBoiBoy Cahaya, BoBoiBoy Daun, BoBoiBoy Api, BoBoiBoy Halilintar, Pertarungan Terakhir (Episod 14), BoBoiBoy Air, Kekalahan BoBoiBoy (Episod 24) dan BoBoiBoy Solar.
  • Siri BoBoiBoy Galaxy Special yang mengisahkan tentang pengembaraan BoBoiBoy dan rakan-rakan di Markas TEMPUR-A yang dilihat pada episod terakhir musim pertama dirancang untuk ditayangkan pada akhir 2018 atau awal 2019, tetapi ditangguhkan kerana Monsta meletakkan lebih banyak tenaga kerja dan fokus untuk menyiapkan BoBoiBoy Movie 2.[8]
  • Rancangan awal Monsta ialah untuk mengeluarkan musim ke-2 siri BoBoiBoy Galaxy sebelum BoBoiBoy Movie 2 kerana mereka ingin mengeluarkan semua Kuasa Elemental BoBoiBoy tahap ke-2 sebelum BoBoiBoy Movie 2.[9] Rancangan ini telah dibatalkan disebabkan oleh:
    • Durasi BoBoiBoy Movie 2 telah melebihi daripada sasaran durasi asal.[10]
    • Kualiti animasi, visual dan audio BoBoiBoy Movie 2 yang begitu demanding.
    • Perhijrahan teknologi dan penambahbaikan pipeline produksi.
  • Ada alasan mengapa BoBoiBoy Galaxy musim 2 dalam bentuk komik:[11]
    • Proses penghasilan animasi terlalu lama.
    • Monsta menggunakan sebagai alternatif supaya momentum BoBoiBoy Galaxy dapat dikekalkan sementara Monsta menyiapkan animasi MechAmato.
    • Membantu proses perincian perjalanan cerita BoBoiBoy.

"Konsep ini telah diguna pakai oleh jenama-jenama animasi besar yang lain. Mereka bermula dengan siri komik dan disusuli dengan animasi."
Anas Abdul Aziz, Pengasas Bersama dan Pengarah Kreatif

"Kanak-kanak/orang dewasa masih lagi mahu sesuatu yang boleh dipegang atau dikumpul. Dengan adanya komik yang berbentuk fizikal ini, peminat dapat mengumpul kesemua jilid komik BoBoiBoy Galaxy Musim 2 ini."
Nizam Razak, Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif

  • Isu ke-2 komik BoBoiBoy Galaxy Musim 2 dijadualkan untuk dikeluarkan pada April 2020. Walau bagaimanapun, keluaran komik isu ke-2 ditunda pada 26 Jun 2020 atas sebab-sebab tertentu akibat wabak COVID-19.

Galeri[]

Wiki-wordmark
Wiki BoBoiBoy mempunyai pelbagai gambar menarik tentang BoBoiBoy Galaxy. Rujuk BoBoiBoy Galaxy/Galeri.

Video[]

Pautan luar[]

Rujukan[]

Advertisement