BoBoiBoy Wiki
Advertisement
BoBoiBoy Wiki

BoBoiBoy FrostFire merupakan kuasa gabungan elemental yang terhasil dari BoBoiBoy Blaze dan BoBoiBoy Ais. Dia melakukan kemunculan sulungnya dalam BoBoiBoy Movie 2 selepas Retak'ka merampas Kuasa Elemental Kristal daripada Hang Kasa.

Sejarah[]

BoBoiBoy Movie 2[]

BoBoiBoy pertama kali bergabung menjadi FrostFire selepas menyaksikan 'kematian' Hang Kasa, yang dia sudah dekat dengannya. Dia memanggil Ais dan Blaze, yang kemudian bergabung menjadi FrostFire. BoBoiBoy dengan mudah dapat menandingi Retak'ka dengan tendangan dan tumbukan yang kuat. Kemudian, dia menggunakan Ochobot untuk mengambil semula elemen Gempa untuk bergabung menjadi Glacier.

BoBoiBoy Galaxy[]

Semasa pertandingan memasak antara BoBoiBoy dan Qually, BoBoiBoy Ais dan Blaze bergabung menjadi FrostFire. Dia menggunakan Ledakan Panas Beku untuk menyediakan dan menghidangkan Tom Yam.

Transformasi[]

"Elemental Fusion! BoBoiBoy FrostFire!"
— Frasa transformasi dalam BoBoiBoy Movie 2

Kuasa[]

FrostFire ialah bentuk elemental gabungan yang paling agresif yang menggabungkan dua kuasa elemental terkuat bersama tumbukan dan tendangan yang ganas, serupa dengan Kickboxing. FrostFire kini berdiri sebagai salah satu bentuk paling berkuasa yang BoBoiBoy boleh gunakan bersama Bentuk Elemental yang lain.

  • Tinju Berapi Beku: Dia menumpukan kedua-dua api dan ais di tangannya dan menyerang lawannya. Ia lebih kuat daripada Tumbukan Tinju Berapi milik BoBoiBoy Blaze.
  • Lutut Berapi: FrostFire menumpukan kuasa di lututnya lalu menghentaknya pada musuh dengan laju. Kekuatannya mampu menyebabkan musuh tercampak jauh.
  • Panah Bakar dan Beku: FrostFire boleh menyeru panah yang menyerupai Panah Ais milik BoBoiBoy Ais yang mengandungi panah ais dan api. FrostFire boleh melancarkan anak panah api dan ais dengan busurnya. Anak panah boleh mengoyak apa sahaja.
  • Tumbukan Tinju Pembeku: Teknik tumbukan dengan mengeluarkan kuasa ais di tangan yang mungkin boleh membekukan musuh. Teknik ini dinyatakan di laman web BoBoiBoy Galaxy Card.
  • Semburan Panas Beku/Ledakan Panas Beku: Dia menjana sfera daripada panas beku dan melepaskan serangan bomnya yang membeku. Bukan itu sahaja, Kuasa ini digunakan untuk menghasilkan api untuk memasak. Kuasa ini digunakan dalam BoBoiBoy Galaxy Musim 2.
    • Pemanasan Optimal
      • Gaulan Serasi

Rupa[]

FrostFire mempunyai warna dan motif kedua-dua BoBoiBoy Blaze (merah dan jingga) dan Ais (biru dan putih). FrostFire memakai jaket biru gelap, mengekalkan topi hoodie Ais, walaupun dia tidak memakainya. Seluarnya berwarna merah dan biru dengan estetika fros dan berapi, masing-masing sisi, serta sarung tangannya. Terdapat dua tali pinggang, satu merah dan satu biru, yang melintang di tengah.

Topi FrostFire dipakai serupa dengan bagaimana Blaze memakai topinya dan berwarna merah dengan aksen jingga dengan tulang belakang putih. Simbol FrostFire dapat dilihat pada bahagian tengah topinya dan pada tali pinggang merahnya.

Perwatakan[]

Kemunculan[]

Trivia[]

  • Untuk menyatu, Ais dan Blaze menyatukan pergelangan tangan kanan mereka bersama-sama.
    • Mereka adalah satu-satunya pasangan yang melakukan ini untuk bersatu. Elemen penggabung lain melakukan menyalam tinju mudah.
    • Tetapi dalam Resepi Warisan Terulung!, mereka juga menyalam tinju dan bukannya menyatukan pergelangan tangan mereka seperti yang mereka lakukan dalam BoBoiBoy Movie 2.
  • Dia adalah satu-satunya bentuk gabungan yang berada pada skrin pada masa yang sama dengan bentuk elemental individu.
  • Dia juga satu-satunya bentuk gabungan yang mempunyai pakaian unik di luar asalnya.

Galeri[]

Wiki-wordmark
Wiki BoBoiBoy mempunyai pelbagai gambar menarik tentang BoBoiBoy FrostFire. Rujuk BoBoiBoy FrostFire/Galeri.

Video[]

Advertisement