BoBoiBoy Wiki
Advertisement
BoBoiBoy Wiki

BoBoiBoy Daun ialah salah satu bentuk elemental BoBoiBoy yang melakukan kemunculan sulungnya dalam Daun VS Lanun dalam siri BoBoiBoy Galaxy. Dia merupakan bentuk tahap pertama bagi BoBoiBoy Duri.

Biodata

Setelah sekian lama membuat latihan yang berpanjangan dan usaha yang kuat, akhirnya BoBoiBoy berjaya menambahkan lagi kuasa elemennya, iaitu Elemental Daun. BoBoiBoy menerima kuasa elemen ini setelah dia mengembara ke Planet Gurunda. Walaupun dia telah memperolehinya, dia tidak dapat menggunakan kuasa barunya disebabkan oleh 'kerosakan' pada Jam Kuasa, sehinggalah peristiwa BoBoiBoy bertarung dengan Kapten Separo yang secara tidak langsung mencetuskan kuasa ini selepas terjatuh ke dalam sebatang pokok.

Kekuatan BoBoiBoy Daun terletak kepada kebolehannya untuk membuat serangan dan pertahanan dengan menggunakan daun dan tumbuh-tumbuhan dengan efektif. Serangannya tidak berapa kuat, tetapi cukup untuk menjengkelkan musuh-musuhnya. Hal ini kerana daun-daun yang dihasilkan olehnya menyebabkan miang dan gatal pada seluruh badan. Serangan berduri juga boleh mencederakan musuhnya dengan mudah. Setakat ini, BoBoiBoy Daun hanya menggunakan tumbuh-tumbuhan dari Planet Bumi sebagai kuasanya. Kemungkinan pada masa hadapan apabila BoBoiBoy lebih memahami tentang kehidupan flora yang unik di planet lain, BoBoiBoy akan menggunakannya sebagai kuasanya.

Sejarah

BoBoiBoy Galaxy

BoBoiBoy Daun membuat kemunculan pertamanya dalam Daun VS Lanun setelah BoBoiBoy terjatuh dan kepalanya terhantuk pada kayu pokok dan disebabkan oleh perkara itu, BoBoiBoy Daun mempunyai sifat yang lurus bendul. BoBoiBoy Daun menghalang Kapten Separo dari menangkap Ochobot, MotoBot dan BellBot dengan menggunakan kuasa daunnya. Pertarungan antara BoBoiBoy Daun dan Kapten Separo sangat rancak, sehingga BoBoiBoy Daun berjaya membalut Kapten Separo dengan Balutan Daun Anyaman yang membuatkan Kapten Separo sukar untuk bergerak dan akhirnya tewas dalam pertarungan bersama konco-konconya.

Dalam Fang Penyelamat, BoBoiBoy berubah menjadi BoBoiBoy Daun untuk mengalahkan Nyamuk Amok bersama Fang. Masing-masing bersaing dengan menggunakan Perangkap Periuk Kera dan Insektivora Pokok Bayang untuk menangkap nyamuk-nyamuk itu seekor demi seekor. Selepas semua nyamuk berjaya dikalahkan, muncul pula seekor nyamuk gergasi berwarna merah dari arah belakang mereka dan BoBoiBoy Daun sempat menangkap nyamuk itu menggunakan teknik periuk keranya dan jelas sekali tidak berhasil. BoBoiBoy Daun dipukul dan tercampak bersama motor elementalnya lalu berubah menjadi biasa semula.

Dalam Joe Ker tu?, BoBoiBoy Daun muncul lagi secara ringkas setelah BoBoiBoy bertukar untuk berlawan dengan Jokertu. Dia dengan mudah mengelak semua serangan Jokertu. Tetapi, disebabkan keadaan terdesak apabila Jokertu mula membaling kad secara bertubi-tubi, BoBoiBoy Daun bertukar menjadi BoBoiBoy Angin dan menyerang balas lalu melarikan diri bersama Gopal dan Koko Ci.

Kemudian, dalam Misi Dobi TAPOPS, BoBoiBoy Daun muncul bersama-sama BoBoiBoy Petir dan BoBoiBoy Tanah untuk menyelamatkan bungkusan-bungkusan dobi yang merupakan mesej bantuan S.O.S kepada anggota-anggota TAPOPS. BoBoiBoy Daun cuba menyelamatkan Gopal daripada dimakan oleh Hantu Pokok dengan menggunakan Daun Pengikat dan berjaya menariknya, namun Gopal tercampak ke belakang. BoBoiBoy Daun kemudian nyaris dipijak oleh Hantu Pokok, tetapi sempat diselamatkan oleh Fang lalu ketiga-tiga BoBoiBoy bercantum semula. BoBoiBoy kemudiannya bertukar lagi menjadi BoBoiBoy Daun untuk melindungi bungkusan-bungkusan dobi dari tembakan lumpur Adu Du.

BoBoiBoy Daun muncul lagi dalam Pukauan Katakululu bersama dengan BoBoiBoy Angin. BoBoiBoy Tanah untuk cuba memerangi Gopal dan Adu Du yang telah dipukau oleh Katakululu. Malangnya, kedua-dua BoBoiBoy Daun dan BoBoiBoy Angin tidak dapat berlawan dengan serius kerana takut dengan ular mati yang ditukarkan oleh Gopal dari jalaran akar yang cuba digunakan oleh BoBoiBoy Daun. Akhirnya, kedua-dua mereka diselamatkan oleh BoBoiBoy Tanah dan ketiga-tiga BoBoiBoy bercantum semula.

Dalam Ujian KENTAL, BoBoiBoy Daun diseru untuk menolong BoBoiBoy Petir dan Tanah memasak bersama Gopal, yang memberikan arahan kepada mereka bertiga untuk masak. BoBoiBoy Daun ditugaskan untuk memotong sayur-sayuran, BoBoiBoy Petir ditugaskan untuk menyalakan api dan BoBoiBoy Tanah ditugaskan untuk membasuh daun hijau. BoBoiBoy Daun bersama Petir dan Tanah serta Gopal berjaya membuat hidangan dengan sempurna dan kemudian ketiga-tiga BoBoiBoy bercantum semula.

Dalam Sarkas Kegelapan, BoBoiBoy Daun diseru bersama BoBoiBoy Angin dan Tanah untuk melindungi rakan-rakannya dari serangan labah-labah yang diperbuat daripada belon oleh Jugglenaut. BoBoiBoy Tanah menghasilkan Tanah Pelindung untuk melindungi Gopal dan Koko Ci, BoBoiBoy Angin menolak semua labah-labah itu dengan Tolakan Angin dan BoBoiBoy Daun menghasilkan periuk kera untuk memakan labah-labah itu. BoBoiBoy Tanah, Angin dan Daun memerli Jugglenaut untuk menghasilkan belon berbentuk rama-rama dan dinosaur. Walau bagaimanapun, Jugglenaut bertukar Power Sphera lalu mengeraskan BoBoiBoy Daun, Angin, Tanah, Yaya dan Ying. Akhirnya, BoBoiBoy Daun dan Angin serta Tanah bercantum semula.

Dalam Dendam A.B.A.M., BoBoiBoy Daun bertarung dengan A.B.A.M. walaupun dia tidak berupaya padanya apabila anak-anak panahnya menyematkannya di tempat. Dia kemudian menyeru keluar Api dan Angin untuk membantu membebaskan Ying dan Yaya dari ais, walaupun bentuk-bentuk lain sepertinya telah dipengaruhi oleh Daun kerana dia menjadi ketua dan mewarisi perwatakan kekanak-kanakannya. Walau bagaimanapun, perwatakan penyebaran tidak rasional Daun terbukti berguna untuk membantu Gopal dalam tarian untuk membantu A.B.A.M. yang kesusahan yang membawa kemusnahannya.

Dalam Manipulasi Emosi, BoBoiBoy Daun dipanggil untuk membantu melawan EmotiBot, yang telah memanipulasi Laksamana Tarung dan ahli-ahli lain. BoBoiBoy Daun berusaha menggunakan Akar Menjalar untuk membantu menarik kabel pada EmotiBot agar dapat dimatikan, tetapi dipukau oleh Sarung Tarung Katakululu Laksamana Tarung.

Dalam Misi Koloni Lanun, BoBoiBoy Daun dipanggil semasa misi penyusupan untuk membantu mengalihkan perhatian Robot Lanun sementara yang lain melarikan diri. Dia memasang perangkap jerat di tangga untuk mencegah setiap pengejar lanun, yang kemudiannya terjerat di dalamnya.

Transformasi

"Kuasa Elemental! BoBoiBoy Daun!"
— Frasa transformasi dalam BoBoiBoy Galaxy


Kuasa

Serangan
3/5
Pertahanan
5/5
Ketangkasan
2/5
Keberanian
3/5
Kelajuan
2/5


Serangan BoBoiBoy Daun lebih kepada memerangkap musuh dan membolehkan elemen lain membuat serangan dalam jarak yang dekat. Dia menggunakan daun dan akar tumbuhan dan menjadikannya sebagai senjata atau alat pertahanan. Dia menerima kuasa ini di Planet Gurunda.

  • Lontaran Daun: BoBoiBoy Daun menggunakan daun kebas dan kejang yang akan menyebabkan sasarannya berasa kebas dan tidak boleh bergerak.
  • Daun Menjalar: BoBoiBoy Daun menjelmakan daun menjalar sebagai pengangkutan untuk bergerak.
  • Lontaran Daun Keladi Gatal: BoBoiBoy Daun melontar anyaman daun yang berbentuk pisau ke arah lawan, yang kemudiannya akan membuatkan lawannya berasa teramat gatal.
  • Pusaran Daun: Teknik pertahanan baginya yang mengumpulkan sebanyak daun di sekelilingnya lalu dipusarkan yang bertindak sebagai perlindungan.
  • Daun Pelindung Mengkuang: BoBoiBoy Daun menganyam daun-daun mengkuang lalu menjelmakan di hadapannya untuk mempertahankan dirinya dari serangan musuh.
  • Libasan Lalang: BoBoiBoy Daun menggunakan daun tenun untuk memisahkan HookaBot dari Kapten Separo dalam komik BoBoiBoy Galaxy: Adiwira Bersatu.
  • Balutan Daun Anyaman: BoBoiBoy Daun membalut musuhnya ke dalam daun anyaman yang bertindak sebagai gari untuk menghalang musuhnya daripada bergerak.
  • Motor Elemental: Sebuah kenderaan istimewa yang diberikan oleh MotoBot yang menyerupai motor.
    • Perangkap Periuk Kera: BoBoiBoy Daun menjelmakan pokok periuk kera yang menggunakan teknik itu untuk menelan musuh yang bersaiz kecil.
  • Akar Menjalar: BoBoiBoy Daun menghasilkan akar hijau lurus yang digunakannya untuk melarikan diri dari musuh.
  • Daun Pengikat: Digunakan untuk menyelamatkan Gopal dengan menghasilkan daun yang lurus yang dilemparkan ke arah kaki Gopal untuk dililit, kemudian menarik daun itu.
  • Serangan Periuk Kera: BoBoiBoy Daun menjelmakan pokok-pokok periuk kera untuk menyerang musuhnya yang kecil.
  • Daun Mengkuang: Hampir sama seperti Daun Pelindung Mengkuang, tetapi digunakan untuk melindungi orang lain yang tercampak dengan melantunkannya.
  • Akar Pengikat: BoBoiBoy Daun menghasilkan akar hijau lalu melemparkannya ke arah A.B.A.M. untuk menghalangnya daripada menyerang Yaya dan Ying, namun gagal apabila ia dibelah dengan pemanah A.B.A.M.. Ia digunakan untuk mengikat musuh.
  • Balutan Rumpai Air

Rupa

BoBoiBoy Daun memakai topi dan jaket hijau dengan memakai baju putih yang berlengan di sebalik jaketnya yang tidak berlengan. Lungsur zip jaketnya yang berbentuk elemental daun ditutup penuh sehingga ke kolar. Dia memakai topi dengan birai yang menghadap ke kiri belakang pemakai. Di pergelangan tangannya, dia memakai sepasang sarung yang berwarna hijau tua. Seluarnya sama seperti BoBoiBoy lain yang berwarna hitam sementara kasut butnya pula berwarna putih dan kelabu.

Perwatakan

BoBoiBoy Daun mempunyai personaliti yang ceria dan lurus bendul. Selain cemerkap dalam membuat keputusan, dia juga suka bermain. Apabila dalam pertempuran, dia selalu mengolok-olok musuh kalau mereka terlepas menyerang BoBoiBoy Daun. Pada masa yang sama, dia juga mempunyai rasa takut dan panik semasa dalam pertempuran, contohnya rasa takut BoBoiBoy Daun terhadap ular yang ditunjukkan dalam episod Pukauan Katakululu. Ini menjadikan BoBoiBoy Daun tidak begitu lincah berbanding dengan BoBoiBoy yang lain. Walaupun begitu, dia juga boleh menjadi serius.

Kemunculan

Trivia

Maklumat tentang kuasa BoBoiBoy oleh Lanun Angkasa.

  • Walaupun BoBoiBoy telah memperolehi bentuk tahap kedua BoBoiBoy Daun dalam BoBoiBoy: The Movie, BoBoiBoy Daun tetap dianggap sebagai kuasa elemental baru dalam BoBoiBoy Galaxy. Ini adalah kerana bacaan tentang kuasa BoBoiBoy yang dipaparkan oleh Lanun Angkasa dalam episod 1 menunjukkan yang dia telahpun mempunyai tujuh kuasa elemental (Petir, Angin, Tanah, Api, Air, Daun dan Cahaya).
    • Dalam filem, oleh disebabkan BoBoiBoy menggunakan Kuasa Tujuh kerana kemarahan, dia mungkin telah 'melupai' tentang dua kuasa elemental barunya sehingga kuasa elemental tersebut ditemui semula dan diperkenalkan dengan benar. Bagaimanapun ia didedahkan bahawa sejak BoBoiBoy menggunakan Jam Kuasa baru, dia telah kehilangan kesemua kuasa elementalnya kecuali tiga elemental asalnya (Petir, Angin dan Tanah).
  • Ini adalah kali pertama perwatakan bentuk elemental BoBoiBoy disebabkan oleh kuasa luar secara langsung kerana semua bentuk elemental yang lain berasal dari sebahagian perwatakan asal BoBoiBoy. Dalam perkara ini, BoBoiBoy Daun menjadi lurus bendul kerana mengalami benjol pada kepalanya selepas jatuh dari kapal Lanun Angkasa.
    • Perwatakan asal BoBoiBoy Daun mungkin adalah bahagian dari perwatakan asal BoBoiBoy, tetapi sifat dasarnya bertambah apabila kepalanya dipukul.
  • Dalam Pukauan Katakululu, BoBoiBoy Daun ditunjukkan mempunyai ketakutan terhadap ular sama seperti BoBoiBoy Angin. Walau bagaimanapun, BoBoiBoy Tanah tidak mempunyai ketakutan yang sama dengan mereka.
  • Dalam Dendam A.B.A.M., BoBoiBoy Daun telah menjadi pemimpin kepada dua bentuk elemental yang lain dan hasil daripada ini, kedua-dua bentuk elemental tersebut kelihatan mewarisi sifat daripada BoBoiBoy Daun (kebanyakannya, BoBoiBoy Api telah dipengaruhi untuk menjadi kebudak-budakan daripada sifat asalnya).
  • BoBoiBoy Daun dan Cahaya merupakan hanya bentuk elemental yang tidak muncul dalam siri BoBoiBoy.
  • Pada hari minggu, BoBoiBoy Daun lebih gemar berjalan-jalan di taman bersama rakan-rakannya.[1]
  • Dalam sebuah komik mini, ia ditunjukkan BoBoiBoy Daun suka gula-gula kerana sifat kebudak-budakannya.[2]
  • Menurut Trivia Hari Jadi BoBoiBoy 2019, BoBoiBoy Daun pernah membina satu rumah pokok (yang tersembunyi).[3]

Galeri

Wiki-wordmark.png
Wiki BoBoiBoy mempunyai pelbagai gambar menarik tentang BoBoiBoy Daun. Rujuk BoBoiBoy Daun/Galeri.

Video

Rujukan

Advertisement