BoBoiBoy Wiki
Advertisement
BoBoiBoy Wiki

BoBoiBoy Cahaya ialah salah satu bentuk elemental BoBoiBoy yang melakukan kemunculan sulungnya dalam Ancaman Armada dalam siri BoBoiBoy Galaxy. Dia merupakan bentuk tahap pertama bagi BoBoiBoy Solar.

Sejarah

BoBoiBoy Galaxy

BoBoiBoy Cahaya debut.png

BoBoiBoy Cahaya membuat kemunculan pertamanya di akhir Ancaman Armada, di mana Jam Kuasa BoBoiBoy mula berkelip-kelip semasa pertarungan mereka dengan Kapten Vargoba. BoBoiBoy berubah menjadi BoBoiBoy Cahaya dan memusnahkan beberapa kotak peti yang hampir menyerang Fang dengan sebuah tembakan cahaya, lalu menampilkan dirinya dengan muka yang serius.

Dalam Sinaran Penamat, BoBoiBoy Cahaya mengalahkan Kapten Vargoba dengan mudah lalu cuba mencabut Power Sphera MagnetBot, tetapi sudah terlambat dan menggunakan Perisai Kebal untuk mengalahkannya. Kemudian Tarung tiba untuk bertarung dengannya dan menegur Cahaya supaya dia tidak ikut campur. Cahaya pun kembali ke asal semula. Apabila BoBoiBoy dan kawan-kawannya melawan Kapten Vargoba bersama-sama, BoBoiBoy berpecah tiga menjadi Petir, Api dan Cahaya. Tetapi, Kapten Vargoba mudah mengalahkan mereka dengan kuat sehingga BoBoiBoy bercantum semula.

Kuasa

Serangan
5/5
Pertahanan
3/5
Ketangkasan
5/5
Keberanian
4/5
Kelajuan
5/5


Serangan BoBoiBoy Cahaya adalah antara yang terkuat dan selalunya akan digunakan apabila berlawan dengan musuh yang hebat. Serangannya tepat dari jarak jauh dan pantas dari jarak dekat. Namun, pertahanannya agak longgar sedikit kerana dia mengambil masa untuk mengumpul tenaga sebelum melakukan serangan.

  • Tembakan Cahaya: BoBoiBoy Cahaya menumpukan elemen cahaya ke jari-jemarinya yang membolehkannya untuk mengeksekusi tembakan sinar cahaya pada jarinya.
    • Tembakan Jari Cahaya: BoBoiBoy Cahaya melepaskan tembakan sinar cahaya dari jarinya secara berterusan. Tidak seperti Tembakan Cahaya biasa, ia agak kecil seperti laser. Namanya dinyatakan dalam komik BoBoiBoy Galaxy: Ledakan Cahaya dan Majalah Komik BoBoiBoy Isu #84.
  • Letupan Cahaya: BoBoiBoy Cahaya mengumpulkan kuasa cahayanya lalu membentuk sebuah bola sebelum meletupkannya menyebabkan kawasan sekitar diterangi dengan cahayanya dan menghalang pandangan musuhnya secara sementara.
  • Tolakan Cahaya: Menembak sinar laser cahaya yang kuat dan menyebabkan musuh yang terbaring akan mengalami kesukaran untuk bangkit.
  • Tembakan Optikal: BoBoiBoy Cahaya memfokuskan pengumpulan elemen cahaya di matanya lalu melepaskan tenaga tersebut dalam bentuk sinar laser dari matanya bagi menyerang musuhnya dari jarak yang jauh. Namanya juga dikenali sebagai Tembakan Optikal Cahaya dalam komik BoBoiBoy Galaxy: Ledakan Cahaya.
    • Tembakan Optikal Maksima: Kuasa tingkatan bagi Tembakan Optikal dengan menembak sinar laser dari matanya dengan kuasa dan kapasiti cahaya yang berganda dan lebih kuat. Jika dia menggunakan kuasanya terlalu lama, maka tenaganya hampir habis.
  • Potongan Cahaya: BoBoiBoy Cahaya menembak sinar laser yang kecil untuk memotong apa sahaja. Namanya dinyatakan dalam komik BoBoiBoy Galaxy: Ledakan Cahaya.

Rupa

BoBoiBoy Cahaya memakai topi dan jaket putih berlengan panjang dan memakai baju putih di sebalik jaketnya. Lengan jaketnya dilipat sehingga ke paras siku. Dia memakai jaket dengan zip terbuka dan kelihatan lambang elemental cahaya di baju putih dalamnya. Dia mengenakan sepasang sarung tangan berwarna putih yang berwarna emas pada bahagian kuku yang akan bercahaya sewaktu mengumpulkan tenaganya. Seluar dan kasut butnya juga berwarna putih.

Perwatakan

Menjadi bentuk elemental yang paling kuat berbanding yang lain, BoBoiBoy Cahaya menunjukkan keyakinan yang tinggi dalam menewaskan musuh seorang diri. BoBoiBoy Cahaya juga banyak berfikir tetapi kadang-kadang dia lupa untuk berkongsi dengan orang sekelilingnya.[1] Meskipun dia mempunyai daya intelektual yang tinggi, tetapi dia boleh menjadi bersikap melulu dan hilang kesabaran apabila berlakunya cabaran yang di luar jangkaan. Yang paling penting, keinginan BoBoiBoy Cahaya untuk melindungi kawan-kawannya amat tinggi.

Kemunculan

Trivia

Bacaan tentang kuasa BoBoiBoy oleh Lanun Angkasa.

  • Walaupun BoBoiBoy telah memperolehi bentuk tahap kedua BoBoiBoy Cahaya dalam BoBoiBoy: The Movie, BoBoiBoy Cahaya tetap dianggap sebagai kuasa elemental baru dalam BoBoiBoy Galaxy. Ini adalah kerana maklumat tentang kuasa BoBoiBoy yang ditunjukkan oleh Lanun Angkasa dalam episod 1 menunjukkan yang dia telahpun mempunyai ketujuh-tujuh kuasa elementalnya.
    • Dalam filem, oleh disebabkan BoBoiBoy menggunakan Kuasa Tujuh kerana kemarahan, dia mungkin telah 'melupai' tentang dua kuasa elemental barunya sehingga kuasa elemental tersebut ditemui semula dan diperkenalkan dengan benar. Bagaimanapun ia didedahkan bahawa sejak BoBoiBoy menggunakan Jam Kuasa baru, dia telah kehilangan kesemua kuasa elementalnya kecuali tiga elemental asalnya (Petir, Angin dan Tanah).
  • BoBoiBoy Cahaya dan Daun merupakan hanya bentuk elemental yang tidak muncul dalam siri BoBoiBoy.
  • Setakat ini, BoBoiBoy Cahaya mempunyai masa skrin yang terpendek daripada kesemua elemen tahap pertama, muncul hanya dalam dua episod sebelum berevolusi menjadi Solar.
  • Berdasarkan Instagram rasmi BoBoiBoy, BoBoiBoy Daun sangat teruja dengan kemunculan Cahaya sebagai elemen pelengkapnya. Ini juga menunjukkan mempunyai kaitan dengan proses fotosintesis.
  • BoBoiBoy Cahaya menjadi bentuk elemental terakhir yang muncul dalam keseluruhan siri ini.
  • Sebelum menemui DataBot, Ochobot dan Gopal telah cuba membantu BoBoiBoy untuk mengeluarkan kuasa cahaya melalui berpecah kepada tiga. Hasil akhir tentang data semua kuasa elemen BoBoiBoy yang dikumpul oleh Ochobot menunjukkan BoBoiBoy memerlukan strategi bagi kuasa elemental cahaya.[2]
  • Kuasa elemental cahaya pertama kali disebut oleh BoBoiBoy dalam Jagara Si Jaga yang cuba mencari maklumat tentang kuasa elemental cahaya di perpustakaan Stesen Angkasa TAPOPS. Disebabkan tidak berjaya, Koko Ci mencadangkan dia untuk meminta bantuan daripada DataBot, iaitu sebuah Power Sphera yang mempunyai kesemua data dan rekod mengenai semua Power Sphera yang berada di Planet Junkberg.
    • Selepas menemui DataBot dan cuba bertanyakan tentang cara mengaktifkan kuasa elemental cahaya kepadanya, ia bahkan mengambil masa sehingga lima hari untuk siap memproses soalan tersebut. Menurut maklumatnya, kuasa elemental cahaya ini adalah berasal daripada SinarBot dan mempunyai tiga peringkat. Untuk pengaktifan kuasa ini, BoBoiBoy perlu meningkatkan daya intelektualnya ke tahap yang lebih tinggi.
  • Meskipun tidak dijelaskan namun BoBoiBoy mampu menggunakan elemen cahaya mungkin disebabkan daya pengetahuannya semakin meningkat setelah banyak belajar secara sendiri dan mampu menyusun strategi sebelum berlawan. Contoh paling sesuai ialah sewaktu BoBoiBoy membuat rancangan untuk menyelamatkan Ochobot dan kawan-kawannya daripada Kapten Vargoba.
  • BoBoiBoy Cahaya dianggap sebagai bentuk elemental terkuat BoBoiBoy.[1] Cahaya juga dianggap sebagai elemen yang berkesan terhadap logam dan keluli disebabkan keupayaan unsur lain untuk memusnahkan logam.
  • Pada waktu lapang, BoBoiBoy Cahaya lebih selesa meluangkan masanya dengan membaca buku seorang diri.[3]
  • BoBoiBoy Cahaya juga memiliki cermin matanya sendiri, eksklusif dalam poster Majalah Komik BoBoiBoy isu ke-#74.
  • Menurut Trivia Hari Jadi BoBoiBoy 2019, BoBoiBoy Cahaya lebih selesa berjaga malam.[4]
  • BoBoiBoy Cahaya/Solar merupakan berlawanan kepada BoBoiBoy Daun/Duri. Apabila Cahaya/Solar cerdas dan sombong, Daun/Duri kekanak-kanakan dan naif.

Galeri

Wiki-wordmark.png
Wiki BoBoiBoy mempunyai pelbagai gambar menarik tentang BoBoiBoy Cahaya. Rujuk BoBoiBoy Cahaya/Galeri.

Video

Rujukan

Advertisement