BoBoiBoy Api ialah salah seorang bentuk elemental BoBoiBoy yang melakukan kemunculan sulungnya dalam Musim 3, Episod 15. Dia kemudiannya meningkat ke bentuk tahap kedua dalam BoBoiBoy: The Movie iaitu BoBoiBoy Blaze.
Sejarah[]
BoBoiBoy[]
BoBoiBoy Api pertama kali muncul dalam Misteri Penjenayah Api, di mana dia dianggap sebagai penjenayah api yang telah melakukan kebakaran di merata tempat. Adu Du dan Probe telah mempelawa dia untuk menyertai Kumpulan Gerombolan Kejahatan mereka, namun penjenayah api itu mendedahkan identiti sebenarnya sebagai BoBoiBoy Api. Lalu BoBoiBoy Api menyerang mereka dengan kuasanya. Adu Du yang menceritakan peristiwa itu memberitahu lagi kepada BoBoiBoy dan kawan-kawannya bahawa si penjenayah api itu adalah diri BoBoiBoy sendiri. Kawan-kawan BoBoiBoy masih tidak percaya terhadap cerita Adu Du dan mengakui bahawa BoBoiBoy adalah seorang yang baik. Adu Du memesan kepada mereka untuk tunggu sehingga larut malam tiba supaya mereka dapat mempercayainya.
Kemudian dalam Bahaya BoBoiBoy Api!, BoBoiBoy dan kawan-kawannya memutuskan untuk membantu BoBoiBoy tidur di luar untuk mengelakkannya daripada melakukan pembakaran dan kerosakan. Kawan-kawannya cuba membantu BoBoiBoy untuk memudahkan dia tidur dalam beberapa cara: Ying menolak BoBoiBoy mengelilingi katil bersamaan 1000 km/jam pada masa yang singkat untuk memenatkannya, Yaya menawarkan BoBoiBoy untuk makan biskutnya tetapi ditolak, manakala Gopal dan Fang menyanyikan lagu tidur kepada BoBoiBoy tetapi tidak berkesan.
Tok Aba kemudian mencadangkan untuk membaca buku cerita khas mengenai "Sejarah Penubuhan Kedai Kokotiam Tok Aba". Cerita ini telah membuatkan semua tertidur, termasuk BoBoiBoy. Semasa tidur, BoBoiBoy mula bermimpi buruk dan menukarkan dirinya kepada BoBoiBoy Api, membuka kunci kuasa barunya dan membuktikan cerita Adu Du kepada semua kawan-kawannya. Pada mulanya, BoBoiBoy Api tampak sedang marah yang membuatkan kawan-kawannya menjadi takut, namun dia tiba-tiba bertukar menjadi orang yang ceria dan baik kepada kawan-kawannya. Kemudian, Yaya bertanya kenapa dia melakukan semua kebakaran di kawasan Pulau Rintis, tetapi BoBoiBoy Api menceritakan sebuah kisah tentang kemalangan api kepada mereka:
- Di reban ayam Makcik Kantin, dia menunjukkan pertunjukan bebola api kepada ayam-ayam itu. Selepas mempersembahkannya, secara tidak sengaja dia telah menjatuhkan sebiji Bebola Api lalu membakar reban ayam itu.
- Ketika di Stor Kebenaran, BoBoiBoy Api tidak sabar untuk mengetahui keputusan ujian Matematik, tetapi secara tidak sengaja dia menyentuh pintu stor dan menyebabkan kebakaran lalu melarikan diri dari situ.
- Selanjutnya, pada malam itu BoBoiBoy Api berjalan keseorangan sehingga dia terlihat gerai aiskrim Pakcik Kumar lalu dia mencampakkan Bebola Api dan ia bergolek dan membakar pokok yang berdekatan lalu apinya menjalar sampai membakar gerai Pakcik Kumar.
- Akhirnya pada waktu malam di stor sukan sekolah, BoBoiBoy Api berasa teruja apabila dia melihat pelbagai alatan sukan dan memilihnya sehingga dia terpegang Bebola Api kemudian mencampakkannya ke belakang lalu ia membakar seluruh stor sukan.
BoBoiBoy Api juga berkata bahawa dia berasa bosan dan tertekan tentang kerjanya sebagai seorang superhero dan pelajar. Kawan-kawannya meminta supaya dia kembali kepada biasa tetapi dia tidak termakan kerana dia hanya mahu melepaskan tekanan sahaja. Apabila Fang berkata kepada BoBoiBoy yang walaupun dia tetap dengan bentuknya itu, dia masih belum boleh mengawal kuasa barunya dan dia mula marah. Gopal menggunakan pemadam api untuk meredahkan kemarahannya tetapi perbuatan itu hanya menambahkan kemarahannya lalu dia menyerang Gopal berulang-ulang kali lalu Fang segera melindungi Gopal.
Fang bertanya apa masalah dia, tetapi dia membalas mereka yang mencari gaduh dahulu. Lalu BoBoiBoy Api dan Fang terus bertarung antara satu sama lain, sehingga telah mencederakan kawan-kawannya. BoBoiBoy Api yang ternampak Gopal bangkit sambung menyerang dengan menendang Bebola Api ke arahnya, tetapi Gopal sempat menukarkannya menjadi cekodok pisang yang panas dan menyebabkan Gopal tidak tahan untuk memegangnya yang telah membuatkan BoBoiBoy Api tergelak, tambahan pula semasa Gopal menelan cekodok itu dengan gaya yang terbaik.
Fang menyeru Harimau Bayang untuk melompat ke dalam Gegelung Api sebelum menukarkannya kepada Helang Bayang lalu terbang ke arah Gegelung Api yang berganda di udara. Gopal juga membaling botol-botol kosong dan menukarkannya menjadi ayam goreng dan Ying pula memperlahankan masa di dalam kubah yang kecil. Tiba-tiba, Adu Du dan Mega Probe datang dan menyerang kawan-kawan BoBoiBoy dan membatalkan masa yang diperlahankan oleh Ying. BoBoiBoy Api yang terlihat perkara itu berasa sangat marah lalu menyerang Adu Du dan Mega Probe sehingga mereka terpelanting ke langit. BoBoiBoy Api jatuh ke tanah lalu kembali kepada normal. Setelah dia sedar, kawan-kawannya memberitahu kepada BoBoiBoy tentang kuasa barunya.
BoBoiBoy Api membuat kemunculan ringkas dalam BoBoiBot Bersedia selepas BoBoiBot membuat BoBoiBoy untuk berasa lebih tertekan. Kawan-kawannya cuba untuk bertenang, tetapi BoBoiBoy Api tidak dapat mengawal dirinya. BoBoiBoy Api terus menyerang Adu Du dan Probe dengan kuasanya lalu menyerang BoBoiBot dengan dengan bertalu-talu. Serangannya menjadi tidak terkawal dan serangan yang dilontarkannya hampir terkena pada semua penduduk sekitar. Apabila BoBoiBot bertukar menjadi BoBoiBot Api dan mengeluarkan Bebola Api yang lebih besar daripada versi BoBoiBoy Api, ia memberikan kesan terhadap BoBoiBoy dan menyebabkan dia bertukar menjadi biasa semula.
Dalam Antara Kawan Dan Lawan, BoBoiBoy Api diseru bersama BoBoiBoy Tanah dan BoBoiBoy Air selepas BoBoiBoy berpecah menjadi tiga. Mereka cuba untuk menghancurkan Dinding Tenaga Kapten Kaizo. Namun, disebabkan oleh saingan untuk menyerang, BoBoiBoy Api dan BoBoiBoy Air bergaduh sesama sendiri. BoBoiBoy Tanah cuba menghentikan mereka, tetapi gagal. Akhirnya, ketiga-tiga BoBoiBoy bercantum semula setelah diserang oleh Kapten Kaizo. Kemudian, dalam Jumpa Lagi BoBoiBoy, BoBoiBoy Api diseru lagi bersama BoBoiBoy Tanah dan BoBoiBoy Air sebagai langkah terakhir untuk masing-masing mengawal satu Golem Tanah setiap seorang. BoBoiBoy Api dan Air melakukan serangan kombo bersama Fang untuk menewaskan Kapten Kaizo sebelum BoBoiBoy bercantum semula.
BoBoiBoy Galaxy[]
BoBoiBoy Api muncul semula dalam Pertarungan Hangat. Dia sangat marah disebabkan oleh serangan Pasukan A (Fang, Sai dan Shielda) ke arah dia dan kawan-kawannya. Kemarahan BoBoiBoy membara sehingga melepaskan asap dari tubuh badannya dan lava mula meletus di sekelilingnya dan akhirnya dia berubah menjadi BoBoiBoy Api. BoBoiBoy Api bersedia lalu terus berlawan dengan Pasukan A sehingga membuatkan mereka lumpuh. Di saat gunung berapi itu menjadi aktif dan mula bergegar setelah terkena tumbukan BoBoiBoy Api, dia hampir menamatkan Pasukan A disebabkan oleh kemarahan yang belum reda, tetapi Tarung dan Ochobot teleport ke sana dan menenangkan BoBoiBoy Api, membuatkan BoBoiBoy boleh mengawal semula emosinya lalu menjadi biasa semula. BoBoiBoy kemudian meminta maaf kepada Fang, Sai dan Shielda kerana tidak dapat mengawal emosinya dan mereka turut meminta maaf kerana telebih-lebih.
BoBoiBoy Api kemudian muncul dalam Si Penceroboh Panto, di mana dia cuba untuk melibatkan Panto dalam pertempuran selepas BoBoiBoy kehilangan sabar. Dia berjaya untuk mengalahkannya dengan serangan api buat sementara waktu, walau bagaimanapun dikalahkan semula dan menyebabkan BoBoiBoy kembali normal. Dalam Sarkas Kegelapan, BoBoiBoy Api muncul untuk dia menyalakan api agar dia boleh melihat apa yang berada di sekelilingnya. Lalu TargetBot muncul dan mengejutkan Yaya dan Ying. TargetBot mencabar mereka dan menaikkan kemarahan BoBoiBoy Api, lalu Yaya dan Ying memerangkap TargetBot dan BoBoiBoy membentuk bebola api lalu menyerangnya. Selepas Koko Ci datang, BoBoiBoy bertukar menjadi biasa semula.
Dalam Pencetak Rompak, BoBoiBoy berpecah menjadi tiga dengan BoBoiBoy Tanah, Api dan Air untuk melawan Power Sphera cetak rompak milik Gijimo. Seterusnya dalam Ancaman Armada, BoBoiBoy berpecah menjadi tiga dengan BoBoiBoy Petir, Api dan Air untuk melawan Kapten Vargoba. Tetapi, mereka bertiga mudah ditumpaskan sehingga bercantum semula.
Transformasi[]
"Kuasa Elemental! BoBoiBoy Api!" |
Kuasa[]
Serangan |
|
4/5 | |||
Pertahanan |
|
1/5 | |||
Ketangkasan |
|
4/5 | |||
Keberanian |
|
3/5 | |||
Kelajuan |
|
4/5 |
BoBoiBoy Api memperuntukkan sejumlah kuasanya yang banyak kepada serangan. Jika BoBoiBoy ingin melakukan serangan yang kuat, kuasa Api adalah antara pilihannya. Elemen api berkesan digunakan dari jarak antara dekat dan pertengahan dengan menggunakan serangan seperti Bebola Api. Jika terlalu jauh, ia mudah dielak oleh musuh dan kuasanya menjadi semakin lemah.
- BoBoiBoy
- Bebola Api: Serangan utama bagi BoBoiBoy Api dengan mengalirkan kuasa api ke tangannya lalu terciptalah kuasa api berbentuk bola yang membolehkannya untuk menyerang musuh dari jarak yang jauh ataupun mencipta gerakan yang baru.
- Bebola Api Maksima: BoBoiBoy Api menghasilkan bebola api yang kecil, kemudian membesarkannya menjadi gergasi lalu menyerang musuh daripada atas.
- Bebola Api, Bertubi-tubi: BoBoiBoy Api menghasilkan dua bebola api daripada kedua-dua tangannya dan kemudian berpecah menjadi banyak lalu dapat menyerang musuh dari atas secara bertubi-tubi.
- Bebola Api Berkembar: BoBoiBoy Api menghasilkan dua bebola api lalu menyerang musuhnya daripada jarak yang jauh. Serangan ini digunakan dalam BoBoiBoy: The Movie.
- Serangan Bebola Api: Sama seperti Bebola Api yang biasa, tetapi serangan ini dapat menyerang secara lontaran dari jarak yang jauh.
- Serangan Bebola Api, Bertalu-talu: BoBoiBoy Api menjelmakan seberapa banyak bebola api dan diterapungkan di atas udara lalu menampar sebiji demi sebiji untuk menyerang musuh secara bertalu-talu.
- Bola Tampar Berapi: BoBoiBoy Api menghasilkan sebiji bebola api yang besar di tangannya, lalu melontarkan ke atas udara dan menampar bagi menambah kelajuannya.
- Sepakan Penalti, Bebola Api: Serangan jarak jauh yang memerlukan BoBoiBoy Api untuk mengeluarkan Bebola Api kemudian menendangnya dengan teknik Tendangan Basikal ke arah musuhnya.
- Gegelung Api: BoBoiBoy Api menghasilkan Gegelung Api lalu melancarkannya untuk melilit badan musuhnya. Dalam BoBoiBoy: The Movie, BoBoiBoy Api menghasilkan Gegelung Api dengan saiz yang lebih panjang dan bercahaya untuk mengikat Bora Ra.
- Pemanasan Maksima: BoBoiBoy Api menghasilkan gelombang haba yang boleh dirasai bahangnya dan menjadi kuasa pelengkap kepada Gegelung Api.
- Lompatan Api: BoBoiBoy Api menghasilkan api di kaki untuk melompat. Digunakan untuk mengelak daripada serangan Letupan Air daripada BoBoiBoy Air dalam Komik Mini: Api vs. Air.
- Tumbukan Berapi: Serangan ini pertama kali ditunjukkan di dalam Komik Mini: Api vs. Air yang digunakan terhadap BoBoiBoy Air dengan tangannya yang penuh dengan api yang membara, tetapi sempat dihentikan oleh BoBoiBoy Tanah.
- BoBoiBoy Galaxy
- Tumbukan Berapi: Teknik tumbukan bagi BoBoiBoy Api dengan menukarkan tangannya menjadi api, lalu melepaskan satu tumbukan yang pantas ke arah musuhnya. Serangan ini digunakan semula dalam BoBoiBoy Galaxy.
- Tumbukan Tinju Berapi: Sama seperti Tumbukan Berapi, tetapi lebih kuat dan membara sehingga boleh melumpuhkan musuhnya. Teknik tumbukan ini sama dengan yang pernah digunakan oleh bentuk tahap kedua BoBoiBoy Api.
- Tumbukan Berapi, Bertubi-tubi: BoBoiBoy Api melepaskan tumbukan api dengan pantas secara berterusan tanpa henti ke arah musuhnya untuk melemahkan mereka.
- Tendangan Berapi: Teknik tendangan bagi BoBoiBoy Api dengan melepaskan tendangan dengan api yang pantas ke arah musuhnya.
- Serangan Api, Bertubi-tubi: BoBoiBoy Api melompat ke udara lalu melepaskan beberapa serangan api seperti tumbukan dan tendangan dengan laju.
- Topi Berapi: BoBoiBoy Api menukarkan topi Sai menjadi topi yang berapi lalu melontarkan dengan pantas ke arahnya.
- Bebola Api: BoBoiBoy Api mengumpulkan api di kedua tangannya lalu mencipta kuasa api berbentuk bola di atasnya yang membolehkannya untuk menyerang musuh dari atas udara.
- Bebola Api Besar: BoBoiBoy Api mengumpulkan bebola api di kedua-dua tangannya, kemudian membesarkannya menjadi besar lalu menyerang musuhnya daripada atas. Ia hampir sama dengan Bebola Api Maksima.
- Serangan Bebola Api: BoBoiBoy Api menyerang musuhnya dengan membuat lontaran dari udara.
- Motor Elemental: Sebuah kenderaan istimewa yang diberikan oleh MotoBot yang menyerupai motor.
- Bebola Api: BoBoiBoy Api juga boleh menggunakan serangan ini melalui motornya untuk menembak batu-batu meteor di angkasa.
- Ekzos Elemental - Ekzos Api: Gabungan kuasa ekzos motor bersama BoBoiBoy Petir dan Angin dengan menggunakan ekzos masing-masing.
- Kuasa Gabungan Motor Elemental: BoBoiBoy Petir, Angin dan Api menggabungkan motor elemental masing-masing secara cara yang terpantas untuk memecut dalam perlumbaan.
- Bebola Kombo Maksima: BoBoiBoy Api menggabungkan kuasa apinya bersama dengan kuasa petir dan angin dengan membentuk sebuah bebola, kemudian melemparkannya ke musuh yang akan mengalahkan mereka dalam sekali serangan.
- Kuasa Api: BoBoiBoy Api menyalakan api kecil di telapak tangannya untuk cuba mencairkan ais, tetapi gagal.
- Serangan Kombo
- Kombo Golem Tanah, Api dan Air: BoBoiBoy Api melakukan kuasa kombo golem bersama BoBoiBoy Air dalam Jumpa Lagi BoBoiBoy.
- Golem Api: Dengan melakukan kuasa kombo bersama BoBoiBoy Tanah, BoBoiBoy Api menjadikan Golem Tanah kepada Golem Api.
- Kuasa Kombo BoBoiBoy dan Fang: BoBoiBoy Api melakukan kuasa kombo bersama BoBoiBoy Air dan Fang di mana mereka melepaskan satu tumbukan yang kuat menggunakan golem masing-masing.
Rupa[]
BoBoiBoy Api memakai topi dan jaket yang berwarna jingga dengan birai topinya menghadap ke hadapan pemakai tetapi sedikit ke atas dan menampakkan rambutnya. Iris matanya juga berwarna jingga dan lungsur zip jaketnya pula tidak ditutup serta berbentuk elemental api. Dia mempunyai sepasang baju dan seluar yang diringkaskan, serasi dengan perwatakan api yang selalu bergerak dengan aktif.
Dalam BoBoiBoy Galaxy, BoBoiBoy Api memakai topi dan jaket yang berwarna merah tanpa memakai baju di sebalik jaketnya. Lungsur zip jaketnya yang berbentuk elemental api juga kini ditutup penuh sehingga ke kolar. Di pergelangan tangannya, dia memakai sepasang sarung yang berwarna merah. Tidak seperti BoBoiBoy yang lain, BoBoiBoy Api berseluar hitam yang pendek hingga ke paras lutut sementara kasut butnya pula berwarna putih dan kelabu. Ringkasan pada pakaiannya masih lagi dikekalkan yang sesuai dengan pergerakan api yang aktif.
Perwatakan[]
BoBoiBoy Api adalah bentuk BoBoiBoy yang muncul setiap kali BoBoiBoy berasa tertekan disebabkan oleh menjadi seorang superhero yang perlu menyelamatkan orang dan seorang pelajar yang mempunyai ujian. Pada mulanya, BoBoiBoy tidak boleh bertukar menjadi BoBoiBoy Api tanpa berasa tertekan atau tidur dan bermimpi buruk. Tetapi akhirnya, BoBoiBoy Api mampu mengawal tekanannya dan dia telah menjadi normal seperti bentuk-bentuk elemental yang lain. Kini, BoBoiBoy boleh bertukar menjadi BoBoiBoy Api tanpa perlu berasa tertekan. Dia ditunjukkan bersifat cuai, apabila dia menggunakan Bebola Api Maksima terhadap Kapten Kaizo tetapi hanya memadamkan Bebola Paus Air milik BoBoiBoy Air.
Dalam BoBoiBoy Galaxy, Api telah ditarik balik oleh kemarahan ekstrem yang dirasai BoBoiBoy selepas dikalahkan dan diprovokasi oleh Pasukan A, khususnya Sai dan Shielda. Api kehilangan banyak sifat mesra dan ceria dari siri BoBoiBoy dan terasa lebih agresif dan ganas; jauh lebih tepat dengan sifat api. Dia tetap marah dengan mudah, mungkin lebih daripada dia sebelum ini. Disebabkan sifat ganas dan agresifnya, Api adalah alternatif yang hebat kepada Petir sebagai bentuk elemen yang efisien. Api mengamalkan banyak tingkah laku Petir dari siri asal, dengan mudah marah dan sedikit berkepala panas, manakala Petir menjadi lebih kesepian, walaupun dia berkongsi perkara yang sama dengan BoBoiBoy Halilintar, bentuk peringkat kedua Petir yang sama atau bahkan lebih ganas seperti api. Sering kali, kemarahan itu boleh menjadi lebih baik daripadanya dan Api boleh kehilangan semua rasional. Pada masa-masa yang jarang berlaku, Api boleh mempamerkan sikap yang lebih santai dan rileks, hanya apabila dipengaruhi oleh Bentuk Elemental lain seperti Daun. Api sekarang bersifat serius dan jadi matang.
Kemunculan[]
Trivia[]
- BoBoiBoy Api pada mulanya pertama kali muncul dalam Selamat Tahun Baru 2015.
- BoBoiBoy Api adalah bentuk elemental yang kedua muncul sebagai watak baik dalam kemunculan sulungnya, yang pertama ialah BoBoiBoy Gempa.
- BoBoiBoy Api suka bermain-main dengan kuasa apinya dan juga sering membuat pertunjukan Bebola Api pada ayam-ayam yang dibela oleh Makcik Kantin.
- BoBoiBoy Api menjelaskan bahawa dia ingin melepaskan tekanan kerana dia menjadi superhero yang kena menolong orang, menyelamatkan orang, membuat kerja sekolah, menyelamatkan seluruh pulau, dan juga mempunyai ujian pada masa yang sama.
- Disebabkan oleh tekanan yang melampau, BoBoiBoy Api telah melakukan kebakaran-kebakaran di kawasan Pulau Rintis secara tidak sengaja kerana tidak menjumpai cara untuk menghilangkan tekanannya.
- BoBoiBoy Api dan BoBoiBoy Air mempunyai warna mata dalam bentuk tahap pertama mereka, tidak seperti tiga BoBoiBoy Petir, Angin dan Tanah yang hanya mempunyai warna mata dalam bentuk tahap kedua mereka.
- Walau bagaimanapun, BoBoiBoy Api muncul dengan mata yang berwarna perang dalam BoBoiBoy Galaxy.
- Walaupun BoBoiBoy telah memperolehi Kuasa Elemental api dalam musim ke-3 BoBoiBoy, Koko Ci dan Gopal menyatakannya sebagai kuasa elemental baru selepas kemunculan sulungnya dalam BoBoiBoy Galaxy, meskipun kedua-dua mereka telah melihat kemunculan BoBoiBoy Api (Koko Ci menyaksikan BoBoiBoy Blaze dalam BoBoiBoy: The Movie manakala Gopal adalah salah seorang yang menyaksikan transformasi BoBoiBoy Api dalam musim ketiga siri BoBoiBoy).
- BoBoiBoy Api menyerap kebanyakan personaliti asal Petir dalam bentuk asasnya dari siri asal ke Galaxy. Kebakaran menjadi lebih sengit dan muram manakala Petir menjadi sedikit penyendiri yang serius.
- Walau bagaimanapun, perwatakan Api sekarang lebih banyak sama dengan Halilintar, kerana sifat kemarahan Petir kembali melalui bentuk peringkat kedua.
- BoBoiBoy Api mendapat peringkat pertama dalam BoBoiBoy: Watak-Watak Terkuat.
- Semasa kemunculan pertamanya, BoBoiBoy Api dianggap sebagai orang jahat, tetapi dia sebaiknya orang baik dalam kemunculan seterusnya.
- Tindakannya sebagai penjenayah api membuat Adu Du menggantikan BoBoiBoy dengan BoBoiBot sebagai wira di Pulau Rintis.
- Menurut Trivia Hari Jadi BoBoiBoy 2019, BoBoiBoy Api langsung tidak dapat menahan makanan pedas.[1]