BoBoiBoy Wiki
Register
Advertisement
BoBoiBoy Wiki

"Aku BoBoiBoy, superhero Bumi. Nampaknya aku perlu bersedia, semakin ramai dari luar sana yang akan datang. Aku perlu lindungi kawan-kawan aku, aku perlu lindungi Bumi dan aku perlu lindungi galaksi."
— BoBoiBoy dalam Jumpa Lagi BoBoiBoy


BoBoiBoy merupakan watak utama dan eponim dalam siri BoBoiBoy dan BoBoiBoy Galaxy. Seorang adiwira elemental muda dari Bumi yang boleh mengawal Kuasa Elemental dan mempunyai misi untuk mencari dan mengumpulkan Power Sphera yang tersembunyi di serata galaksi.

Penerangan[]

"BoBoiBoy tinggal bersama datuknya, Tok Aba yang menjual produk koko di gerai bergerak.

Sebagai seorang adiwira, dia mempunyai kuasa untuk mengawal 3 elemen - Tanah, Angin dan Petir. Akhirnya dia boleh berpecah kepada 3 elemen, membentuk 3 heral elemental khusus dalam masa yang terhad.
"
— Penerangan laman web rasmi BoBoiBoy Galaxy

"BoBoiBoy adalah seorang adiwira yang menerima Kuasa Elemental dari sebuah Power Sphera bernama Ochobot. Dia menggunakan kuasanya untuk kebaikan, dengan membantu dan mempertahankan galaksi dari ancaman makhluk asing yang jahat. Dia tinggal bersama datuknya, Tok Aba, dan membantu di Kokotiam miliknya. BoBoiBoy adalah seorang yang baik hati, bertanggungjawab, dan mempunyai semangat setia kawan yang kuat. Ini bermakna dia sentiasa bersedia untuk melindungi rakan-rakannya, walaupun ia membahayakan dirinya sendiri."
— Penerangan laman web rasmi BoBoiBoy Movie 2

"Seorang adiwira yang menerima Kuasa Elemental dari sebuah Power Sphera bernama Ochobot.

BoBoiBoy menggunakan kuasanya untuk kebaikan, dengan membantu dan mempertahankan galaksi dari ancaman makhluk asing yang jahat.
"
— Penerangan dalam Segmen Khas - Jom Kenali Superheroes Anda!

Sejarah[]

Sejarah awal[]

BoBoiBoy merupakan budak muda yang tinggal di bandar Kota Hilir bersama ibu dan bapanya. Bapanya bekerja sebagai seorang duta. Pada suatu hari, BoBoiBoy telah mendengar kisah bagaimana bapanya bertemu dengan MechaBot, lalu dia juga menginginkan Power Spheranya sendiri dan memilih warna kuning. Oleh itu, bapanya menempah sebuah Power Sphera untuk BoBoiBoy dan berpesan dia haruslah tunggu sehingga meningkat besar nanti.

Pada suatu musim percutian, BoBoiBoy telah pulang ke Pulau Rintis dan bertemu semula dengan datuknya, Tok Aba. Di sinilah pengembaraan BoBoiBoy sebagai adiwira bermula.

BoBoiBoy[]

Musim 1[]

BoBoiBoy menyambut cuti sekolah dengan melawat datuknya, Tok Aba yang berada di Pulau Rintis, di mana dia bergaul dengan kawan-kawan baru yang menjadi sahabat handainya sepanjang siri, iaitu YayaYing dan Gopal. Pada masa yang sama, munculnya makhluk asing jahat yang bernama Adu Du yang merancang untuk merampas kesemua koko di Bumi bersama konco-konconya, Probe dan Komputer. Pada suatu hari, Adu Du mengarahkan Probe pergi mencuri koko dari kedai Tok Aba, apabila BoBoiBoy mengetahui yang satu tin koko telah dicuri, dia mengekori Probe untuk mengambil semula kokonya sehinggalah mereka tiba di kapal angkasa Adu Du.

Sedar tak sedar, BoBoiBoy diekori oleh robot sfera kuasa dari kapal angkasa Adu Du yang memperkenalkan dirinya sebagai Ochobot dan memberi BoBoiBoy keupayaan mengawal elemen petir, angin dan tanah, dan berpecah kepada tiga orang dengan elemen masing-masing. Ochobot turut memberikan kuasa super kepada kawan-kawannya. Maka BoBoiBoy dan kawan-kawan menggunakan kuasa-kuasa ini untuk melindungi Pulau Rintis daripada ancaman Adu Du di samping membantu masyarakat setempat apabila ada kesusahan. Penangan Adu Du yang kian getir juga mendorong peningkatan kuasa BoBoiBoy kepada Halilintar, Taufan dan Gempa. Pada kemuncak musim pertama, BoBoiBoy pulang semula ke bandar lamanya untuk menyambung persekolahannya di sana.

Musim 2[]

Enam bulan selepas menumpaskan Adu Du pada penghujung musim pertama dan kembali ke bandar, BoBoiBoy berpindah ke Pulau Rintis dan meneruskan persekolahan di Sekolah Rendah Pulau Rintis. Maka, dia bertemu kembali dengan Yaya, Ying dan Gopal di samping bertemu dengan seorang lawan baru yang bernama Fang yang cemburu akan kuasa dan populariti BoBoiBoy di sekolah. Di samping itu BoBoiBoy juga mahir bertukar langsung kepada bentuk elemen tahap kedua.

Sementara itu, Adu Du sering mencuba pelbagai cara untuk menghapuskan BoBoiBoy yang telah kembali itu, termasuklah bekerjasama dengan Fang buat sementara waktu. Akan tetapi, kesemua cubaannya gagal. Akhirnya, Fang pun menyertai geng BoBoiBoy kerana kuasanya juga dikurniakan oleh Ochobot secara tidak sengaja dalam satu pertembungan dengan Adu Du dan Probe. Musim kedua diakhiri dengan ketibaan Ejo Jo di Bumi yang mengucar-ngacirkan sekolah BoBoiBoy, menyebabkan geng BoBoiBoy berpakat dengan geng Adu Du.

Musim 3[]

Setelah bertungkus-lumus menumpaskan Ejo Jo, BoBoiBoy dan kawan-kawannya mula berkawan dengan Adu Du untuk bersama-sama menjaga keselamatan Pulau Rintis daripada ancaman dari dalam dan luar. Namun, persahabatan mereka itu tidak berkekalan apabila datang Ibu Bu, iaitu ibu Adu Du untuk melawat dan melepaskan rindunya terhadap anaknya yang dipanggil "Bubuchuk" sebagai nama timangannya. Apabila mengetahui dia menjadi baik, dia memujuk Adu Du semula dengan habis-habisan supaya kembali kepada kejahatan. Kuasa elemen BoBoiBoy turut berkembang apabila dia boleh bertukar menjadi BoBoiBoy Api yang boleh mengawal elemen api.

Adu Du pula berusaha mencipta sebuah robot yang dinamakannya BoBoiBot yang bukan sahaja menyerupai rupa BoBoiBoy, bahkan juga meniru kuasa-kuasa elemen BoBoiBoy sehingga dia menggantikan BoBoiBoy sebagai seorang wira tempatan di Pulau Rintis. Akhirnya, dengan bantuan Probe yang memberitahu kelemahan BoBoiBot kepada BoBoiBoy dan Ochobot, BoBoiBoy menyahut cabaran penirunya dengan bertukar menjadi BoBoiBoy Air.

Di penghujung musim ketiga, BoBoiBoy dan kawan-kawannya bertemu dengan Kapten Kaizo, Lahap dan Fang dan mereka memaksa mereka untuk menyerahkan Jam-jam Kuasa. Namun, keengganan mereka membuatkan Kapten Kaizo bertarung dengan BoBoiBoy. Selepas BoBoiBoy dan kawan-kawannya dikalahkan, Fang mengambil kesempatan untuk mengambil semua Jam Kuasa dari tangan BoBoiBoy, Gopal, Yaya dan Ying menggunakan Kuasa Bayangnya dan menyerahkannya kepada Kapten Kaizo. BoBoiBoy memohon kepada mereka untuk memulangkan kuasa mereka, tetapi mereka tidak menghiraukannya dan akhirnya berlepas ke angkasa.

BoBoiBoy dan kawan-kawannya meminta bantuan daripada Adu Du dan Probe untuk menyelamatkan Fang. Selepas Adu Du bersetuju, mereka menaiki kapal angkasa Adu Du dan mengekori kapal angkasa Kapten Kaizo. BoBoiBoy dan kawan-kawan kemudiannya berjaya memasuki ke dalam kapal angkasa Kapten Kaizo melalui pod angkasa sementara Adu Du dan Probe terhempas ke Bumi. Kedatangan BoBoiBoy dan kawan-kawannya disambut baik oleh Kapten Kaizo dan Lahap dan mereka mencabar BoBoiBoy dan kawan-kawannya untuk bertarung sekali lagi di atas keazaman mereka yang tinggi untuk mengambil semula Jam-jam Kuasa.

Selepas bertungkus-lumus menumpaskan Kapten Kaizo dan Lahap, mereka mengakui BoBoiBoy dan kawan-kawannya layak untuk menggunakan Jam-jam Kuasa. Sebelum menghantar mereka ke Bumi semula, Kapten Kaizo telah menasihati BoBoiBoy supaya sentiasa berhati-hati dengan ancaman luar yang akan datang kepada dia dan kawan-kawannnya. Musim ketiga siri BoBoiBoy diakhiri dengan suara latar BoBoiBoy; "Aku BoBoiBoy, superhero Bumi. Nampaknya aku perlu bersedia, semakin ramai dari luar sana yang akan datang. Aku perlu lindungi kawan-kawan aku, aku perlu lindungi Bumi dan aku perlu lindungi galaksi."

BoBoiBoy: The Movie[]

Ochobot suruh cepat tak sabar

BoBoiBoy dan Ochobot tidak sabar untuk pergi berkhemah

Pada waktu pagi, BoBoiBoy dikejutkan oleh Ochobot kerana dia tidak sabar ingin pergi berkhemah bersamanya. Yaya dan Ying serta Gopal turut mengingatkannya tentang perkhemahan mereka. Ketika di ruang tamu, Ochobot yang sedang menonton berita tentang kes jenayah rompakan segera menukar saluran televisyen kerana risau BoBoiBoy akan membantu pihak polis dan terlupa tentang berkhemah. Selepas BoBoiBoy bersiap, mereka pun berjalan kaki ke lokasi perkhemahan. Tetapi, apabila melihat adegan kejar-mengejar antara kumpulan polis dan Geng Rompak Dobi Bersiri, BoBoiBoy meninggalkan Ochobot untuk membantu pihak polis. BoBoiBoy berpecah menjadi tiga kepada Halilintar, Taufan dan Gempa untuk menyelamatkan keadaan, tetapi pada masa yang sama Jero-Jero iaitu Adu Du dan Probe muncul membantu Geng RDB. Selepas Adu Du dan Probe tewas di tangan BoBoiBoy Halilintar, Geng RDB berjaya diberkas oleh pihak polis dengan bantuan BoBoiBoy.

Dalam keletihan BoBoiBoy pergi ke warung Tok Aba untuk berehat dan terdengar cerita Pakcik Mat tentang Pulau Terapung, yang tidak seorang pun mempercayainya. Sebaik sahaja teringat tentang perkhemahan, BoBoiBoy segera berlari ke perhentian bas dan mendapati kawan-kawannya yang sedang meluahkan kecewa atas sikapnya, terutamanya Ochobot. Sikapnya itu ditegur oleh kawan-kawannya sebelum mereka pulang meninggalkan BoBoiBoy sendirian. Seketika BoBoiBoy duduk keseorangan dengan rasa sedih, dia terserempak dengan Papa Zola lalu menceritakan masalahnya, maka Papa Zola memberikan sedikit nasihat kepadanya sebelum memaklumkan bahawa dia akan mencandat sotong pada hari esok. BoBoiBoy meminta izin Papa untuk menyertainya lalu mengajak kawan-kawannya berjumpa esok.

BoBoiBoy pengsan atas tanah

BoBoiBoy tewas di tangan Tengkotak

Kembali ke rumah datuknya, BoBoiBoy masuk tidur di dalam biliknya. Ketika mereka tidur, tiba-tiba Ochobot mendapat panggilan dari sebuah robot tua, menyebabkan BoBoiBoy terjaga dan menghalangnya dari meninggalkannya sebelum Tok Aba yang mendengar bunyi kecoh menenangkan keadaan. Keesokan harinya di warung Tok Aba, BoBoiBoy menceritakan rancangan terbaiknya kepada kawan-kawannya, tetapi mereka tidak tertarik dan menyanggah rancangan itu kerana orang mencandat sotong pada waktu malam. Tiba-tiba, kapal angkasa Tengkotak mendarat di Taman Pulau Rintis dan pasukan Tengkotak menculik Ochobot sebagai langkah untuk mencari Klamkabot. Tindakan mereka telah mencetuskan pertarungan antara BoBoiBoy dan kawan-kawannya dengan Bora Ra dan Gaga Naz, yang berakhir dengan kekalahan sebaik sahaja Bora Ra mengeluarkan kuasa lohong hitamnya yang hampir menyedut segalanya. Tengkotak meninggalkan Bumi membawa Ochobot bersama mereka, dan BoBoiBoy terjatuh tidak mampu berbuat apa-apa.

BoBoiBoy dan kawan-kawannya meminta bantuan daripada Papa Zola untuk menyelamatkan Ochobot daripada Tengkotak ketika di Jeti Pulau Rintis dengan menjadikan Pulau Terapung sebagai satu-satunya petunjuk. Semasa dalam perjalanan di laut, mereka terserempak dengan Adu Du dan Probe dan cuba mengejar mereka untuk mencari tahu keberadaan Ochobot tetapi tiba-tiba mereka telah diserang oleh Kurita. Selepas berjaya mengalahkan Kurita, mereka akhirnya tiba di Pulau Terapung dan cuba mencari Ochobot sehingga menjelang waktu malam, mereka terpaksa berkhemah sementara menunggu waktu pagi disebabkan oleh keadaan yang terlalu gelap. Ketika mereka tidur, BoBoiBoy mendapat panggilan daripada Ochobot tetapi tiba-tiba terputus, maka mereka bergegas untuk menyelamatkannya, meninggalkan Papa Zola, Adu Du, dan Probe. Selepas melompat ke dalam sebuah gua, BoBoiBoy dan kawan-kawannya berjaya menemui lokasi Ochobot.

Proses penaklukan akan menjadi lebih cepat

BoBoiBoy dan kawan-kawannya mendengar kisah penaklukan Tengkotak

Di dalam gua, mereka bersua muka buat julung kalinya dengan Klamkabot, yang menceritakan tentang sejarah Power Sphera dan Tengkotak kepada mereka. Apabila Bora Ra menjumpai lokasi mereka, mereka segera semua melarikan diri dengan bantuan Klamkabot menuju ke Lab Power Sphera. Menyedari bahawa mereka dikejar oleh Bora Ra dan Gaga Naz, Klamkabot melempar BoBoiBoy dan kawan-kawan ke platform dan mengalihkan perhatian mereka. Setibanya di Lab Power Sphera, mereka disambut dengan ramah oleh Sistem Lab Power Sphera. Selesai proses menaik taraf Ochobot, Sistem Lab Power Sphera menceritakan tentang misi Ochobot untuk melarikan diri bersama Kuasa Teleportasi. Tiba-tiba, mereka menerima panggilan daripada pasukan Tengkotak, yang memaksa membawa Ochobot ke lokasi mereka dan mengugut untuk mencederakan Papa Zola, Adu Du dan Probe.

Setelah BoBoiBoy dan kawan-kawannya tiba di lokasi di mana Tengkotak berada, Fang menggunakan kuasa bayangnya untuk mereka semua melarikan diri, tetapi Ochobot telah ditembak oleh Kiki Ta dan menggagalkan rancangan mereka. Bora Ra berjaya mengambil Ochobot dan merampas Kuasa Teleportasi daripadanya sebelum melempar Ochobot. BoBoiBoy bergegas untuk menyelamatkannya tetapi dia dihalang oleh Bora Ra habis-habisan sehingga BoBoiBoy berada di ambang kekalahan. BoBoiBoy meluahkan rasa sedihnya kepada Ochobot, tetapi Bora Ra merampasnya daripada BoBoiBoy dan menghancurkannya menyebabkan sistemnya terpadam. Ketika BoBoiBoy meratapi akan kerosakan Ochobot, tenaga terakhirnya telah disalurkan kepada BoBoiBoy dan kawan-kawannya dan menaik taraf kuasa mereka. Maka BoBoiBoy bertukar menjadi BoBoiBoy Blaze dan Ais untuk menentang Bora Ra habis-habisan demi Ochobot, pada masa yang sama kawan-kawannya menentang ahli-ahli Tengkotak yang lain.

Say..

Satu swafoto dengan seribu kenangan manis

Apabila Bora Ra yang tidak menerima kekalahannya mengeluarkan Lohong Hitam Gargantua yang mula menyedut semua yang ada di situ, Fang melindungi BoBoiBoy dengan kuasa bayangnya lalu cuba menghalang Bora Ra, tetapi dia berjaya melarikan diri bersama kapal angkasanya. Namun, ia teleport ke situ semula kerana rupanya Adu Du telah memberikan koordinat teleportasi palsu. Apabila Bora Ra cuba menyerang rakan-rakannya, BoBoiBoy segera berpecah menjadi tujuh untuk menghalangnya dan menewaskannya sehingga dia disedut ke lohong hitamnya sendiri. Selepas pertarungan itu tamat, BoBoiBoy menangis sambil memeluk Ochobot, yang rupa-rupanya masih hidup berkat jasa Klamkabot yang telah menyalurkan kesemua tenaganya kepadanya lalu menyampaikan pesanan terakhirnya kepada BoBoiBoy.

BoBoiBoy, Papa Zola serta yang lain berswafoto bersama-sama sebelum mereka disapa oleh J-Rex. Koko Ci yang berada di kapal angkasa Tengkotak akhirnya mendedahkan identiti sebenarnya kepada mereka iaitu sebagai pengintip yang menyamar lalu mengucapkan selamat tinggal dan berlepas ke angkasa. Mereka bermalam di situ sebelum pulang ke Pulau Rintis dan menjalani kehidupan yang aman dan damai.

BoBoiBoy Galaxy Musim 1[]

Direkrut Ke Dalam TAPOPS[]

Beberapa ketika setelah peristiwa yang telah berlaku dalam filem, BoBoiBoy menjalani kehidupan dengan aman dan damai di Pulau Rintis. Pada suatu hari, dia berasa bosan apabila tidak dapat menjadi seorang wira dan menggunakan kuasanya untuk membantu orang kerana alien-alien jahat tidak lagi datang dan membuat kacau di Bumi. Kemudian, Ochobot tiba-tiba dihubungi oleh Koko Ci dan beliau meminta tolong kepada BoBoiBoy dan Gopal dari serangan Lanun Angkasa yang ingin merampas Power Sphera MotoBot. Selepas BoBoiBoy dan Gopal berjaya menghalang mereka, Koko Ci cuba merekrut kedua-dua mereka untuk menyertai TAPOPS bagi membantunya mencari dan melindungi Power Sphera yang bertaburan di seluruh galaksi, tetapi BoBoiBoy ragu­-ragu untuk berbuat demikian atas sebab risaukan akan keselamatan Bumi maka Koko Ci memberikannya masa untuk membuat keputusan sementara dia memperbaiki kapal angkasanya yang mengalami kerosakan.

Keesokan harinya, selepas Adu Du dan Probe telah menculik MotoBot dan bertolak ke angkasa, Koko Ci telah berjaya mengesan keberadaannya di Sektor G-14, maka BoBoiBoy dan yang lain segera ke sana sebelum akhirnya bersua muka semula dengan musuh lamanya. Selepas MotoBot diselamatkan oleh Koko Ci, BoBoiBoy dan Gopal bertarung menentang Adu Du dan Probe, pada mulanya berada di ambang kekalahan sehinggalah MotoBot memberikan kuasa kenderaan berteknologi tinggi kepada mereka dan membolehkan mereka menewaskan Adu Du. Berikutan kejadian itu, BoBoiBoy dan Gopal akhirnya telah bersetuju untuk menyertai pasukan TAPOPS. Misi pertama mereka ialah untuk membawa pulang sebuah Power Sphera dari Planet Gurunda yang mana berakhir dengan kegagalan kerana mengganggu ketenteraman penduduk. Disebabkan itu, mereka kemudiannya disertai oleh Yaya dan Ying sebagai ahli baharu TAPOPS untuk membantu mereka dalam pencarian Power Sphera.

Selepas mendapat petunjuk tentang lokasi Power Sphera itu, mereka sekali lagi kehilangan jejaknya. Kemudian, mereka cuba mempertahankan Kampung Kaktoi dari serangan ‘raksasa’ selepas bertemu dengan Waibi dan BoBoiBoy mendapat tahu identiti raksasa itu ialah Cattus lalu segera melindunginya apabila Adu Du yang lengkap bersenjata melepaskan peluru ke arahnya, menyebabkannya pengsan serta-merta. Perkara itu mencetus kemarahan dalam diri Cattus lantas bertukar menjadi seekor kucing gergasi seraya meluru ke arah Adu Du. Kemudian melihat Cattus dalam bahaya, BoBoiBoy berpecah kepada tiga dan menewaskan Adu Du dan Probe. Selesai pertarungan itu, BoBoiBoy dan kawan-kawannya berkenalan dengan BellBot, Power Sphera yang digunakan oleh Cattus. Oleh itu, mereka mempelawanya untuk mengikut mereka tetapi ditolak olehnya. Maka mereka meminta diri kepada penduduk Kaktoi sebelum pulang menerusi teleportasi dan kemudian mendapati Cattus dan BellBot mengekori mereka kerana kucing itu suka akan mereka.

Menentang Ancaman[]

Selepas kegagalan untuk merampas MotoBot tempoh hari, Kapten Separo telah kembali ke Bumi dengan niat untuk membalas dendam terhadap BoBoiBoy sekaligus merampas Power Sphera MotoBot, Ochobot dan BellBot. BoBoiBoy dan kawan-kawannya cuba menghalangnya dari berbuat demikian namun akhirnya BoBoiBoy berjaya ditewaskan oleh Kapten Separo yang menyebabkannya terjatuh dari kapal angkasanya ke dalam sebatang pokok. Apabila kapten lanun itu mengancam yang lain untuk menyerang mereka jika tidak menyerahkan kesemua Power Sphera kepadanya, BoBoiBoy muncul menggunakan kuasa BoBoiBoy Daun dan bertarung menentang Kapten Separo sehinggalah berjaya mengikatnya dengan daun mengkuang dan menamatkan pertarungan itu. Beberapa ketika kemudian, tibalah masanya untuk BoBoiBoy dan yang lain bertolak ke Stesen Angkasa TAPOPS setelah Koko Ci mengumumkan bahawa kapal angkasanya sudah siap dibaiki. Selepas mengucapkan kata perpisahan kepada Tok Aba dan Papa Zola, mereka segera bertolak bagi menghantar Power-Power Sphera yang telah diselamatkan dan memenjarakan Kapten Separo.

Semasa dalam perjalanan ke stesen, BoBoiBoy dan yang lain telah diserang oleh sekumpulan Nyamuk Amok yang mula menyedut tenaga kapal angkasa mereka. MotoBot mengurniakan mereka kenderaan angkasa berteknologi tinggi untuk menentang nyamuk-nyamuk itu. Apabila semakin banyak serangan berlaku, pada saat itulah munculnya seorang sahabat lama untuk menghulurkan bantuan kepada rakan-rakannya. Maka BoBoiBoy dan Fang berganding bahu menghapuskan setiap Nyamuk Amok yang menyerang sementara yang lain mempertahankan kapal angkasa. Apabila BoBoiBoy diserang oleh seekor Nyamuk Amok bersaiz gergasi, Papa yang telah mengikuti mereka sejak awal perjalanan menyelamatkan keadaan dengan daya pemikiran kreatifnya, menamatkan riwayat nyamuk gergasi itu, maka pengembaraan BoBoiBoy dan yang lain turut disertai oleh Papa Zola yang dianugerahkan pangkat kapten dalam pasukan TAPOPS atas kejayaannya menyelesaikan konflik itu. Kemudian, mereka melanjutkan perjalanan dengan bantuan Fang yang menunda kapal angkasa mereka ke stesen TAPOPS tanpa menyedari bahaya yang menanti mereka di sana.

Sebelum BoBoiBoy dan yang lain tiba di destinasi mereka, Koko Ci telah menerima isyarat kecemasan bahawa Stesen Angkasa TAPOPS telah diserang, maka BoBoiBoy segera mendapatkan Ochobot untuk membuka teleportal bagi mempercepatkan ketibaan mereka. Namun, apa yang mereka lihat hanyalah sebuah stesen TAPOPS yang diselubungi kesuraman dan gelap gelita. Koko Ci mengerahkan arahan untuk masuk dan menyiasat apa yang berlaku bersama BoBoiBoy, Gopal dan Fang, dan kemudian mereka mendapati semua pekerja TAPOPS sudahpun menjadi kad yang bertaburan di hampir sepanjang jalan sebelum bertemu dengan dalang kejadian itu di salah satu bilik. Jokertu mula melancarkan serangan ke arah mereka, cuba menukarkan mereka menjadi kad. BoBoiBoy mulanya menentangnya sebelum kemudian mereka melarikan diri. Setelah BoBoiBoy dan yang lain bertukar menjadi kad, Papa Zola telah bertarung kad dengan Jokertu sehingga berjaya menewaskannya dan menyelamatkan anak-anak muridnya apabila CardBot menukarkan mereka menjadi sediakala.

Berikutan dengan pencerobohan yang telah berlaku di stesen TAPOPS, BoBoiBoy bersama Gopal dan Fang telah diberikan misi lanjut untuk meminta bantuan dari luar dengan menghantar bungkusan dobi kepada penerima misteri di Planet Dargha'ya. Setibanya mereka di sana, mereka telah diserang oleh Hantu Pokok dan diganggu oleh Adu Du dan Probe. Disebabkan oleh misi mereka telahpun terbongkar, BoBoiBoy dan yang lain diarahkan Koko Ci untuk kekal tinggal di sana sehingga mereka berjaya menghantar dobi itu terus kepada penerimanya. Sekali lagi mereka telah diserang oleh Adu Du yang telah dipukau dan mendakwa dirinya sebagai Olu Lulu, yang mana menyukarkan mereka untuk bertarung dengannya yang tampil bergerak tangkas dan berkemahiran tinggi. Adu Du menangkap dan membawa mereka kepada tuannya iaitu Katakululu. BoBoiBoy dan yang lain hampir dipukau olehnya sehinggalah tibanya seorang yang berbadan sasa dan menyelamatkan keadaan dengan membalikkan pukauan Katakululu dan mendedahkan bahawa beliaulah penerima misteri bungkusan dobi itu. Selepas Tarung membaca mesej rahsia daripada Koko Ci tentang keadaan TAPOPS yang berada dalam bahaya, mereka bergegas kembali ke kapal angkasa dan bergerak menuju ke stesen TAPOPS.

Menjalani Ujian Kental[]

BoBoiBoy dan kawan-kawannya telah diarahkan untuk menjalani ujian-ujian TAPOPS untuk melayakkan diri mereka untuk menjalani Ujian Kental TAPOPS bagi menentukan sama ada BoBoiBoy dan yang lain layak untuk menjadi ahli TAPOPS ataupun tidak. Selepas mereka menjalani kesemua ujian itu, pada mulanya mereka telah gagal dalam ujian-ujian itu tetapi entah bagaimana mereka telah diluluskan oleh Laksamana Tarung. Oleh itu, mereka bersiap sedia untuk menjalani Ujian Kental TAPOPS yang berlaku di Planet Volkania di mana BoBoiBoy dan yang lain diminta untuk pergi ke puncak gunung dan membawa pulang Power Sphera.

Setelah mereka memulakan ujian itu, mereka telah dihalang oleh Fang dan ahli pasukannya, Sai dan Shielda yang telah ditugaskan untuk menjaga Power Sphera itu. Mereka terus menghalang BoBoiBoy dan rakan-rakannya sehinggalah Yaya, Ying dan Gopal tidak mampu lagi untuk melawan mereka dan menimbulkan rasa marah dalam diri BoBoiBoy apabila melihat keadaan rakan-rakannya menyebabkan dia bertukar menjadi BoBoiBoy Api dan menentang Sai dan Shielda habis-habisan. Kuasa apinya telah mengaktifkan gunung berapi di situ, menjadikan keadaan ujian itu di luar kawalan. Maka Laksamana Tarung segera ke lokasi Ujian Kental dan cuba untuk menenangkan BoBoiBoy sementara Yaya, Ying dan Gopal telah berjaya mendapatkan Power Sphera ApiBot, lalu kemudian mereka meninggalkan planet itu menerusi teleportal yang dibuka oleh Ochobot, kembali ke stesen TAPOPS. BoBoiBoy meminta maaf kepada Sai dan Shielda atas keterlaluannya tadi dan Laksamana Tarung mengiktiraf bahawa BoBoiBoy dan rakan-rakannya telah lulus Ujian Kental TAPOPS.

Menjelajah Ke Planet Kegelapan[]

BoBoiBoy dan rakan-rakannya ditugaskan untuk menyelamatkan Power-Power Sphera yang diculik di Planet Sarkas selepas Ochobot berjaya mendapatkan maklumat daripada InviBot. Di sana mereka telah bersemuka dengan Jugglenaut di Sarkas Maksima, yang telah menyerang BoBoiBoy dan rakan-rakannya menggunakan Power-Power Sphera yang telah dicuri itu. Melihat rakan-rakannya diserang, BoBoiBoy tidak berdiam diri dan bangkit menentangnya. Apabila yang lain telah terperangkap dalam simen, BoBoiBoy bertungkus-lumus melindungi rakan-rakannya dari dicederakan oleh Jugglenaut, pada masa yang sama menghalangnya dari merampas Ochobot. Kuasa yang digunakan musuh kali ini sangat berbahaya sehingga menyebabkan mereka dikalahkan dengan teruk.

BoBoiBoy tetap tidak menyerah kalah meski berada dalam fasa kekalahan sehingga Kapten Kaizo dan Fang tiba di sana untuk memberikan bantuan kepada mereka. Kaizo bertarung sendirian dengannya sehingga berjaya menumpaskannya dan memisahkan Power-Power Sphera berharga daripadanya, namun rupanya masih terdapat Power Sphera padanya yang membolehkannya membesarkan saiz dirinya menjadi dua kali ganda gergasi lalu dia terus menyerang BoBoiBoy dan yang lain dengan mudah. Melihat Jugglenaut terus mencederakan rakan-rakannya, BoBoiBoy tidak dapat membiarkannya lagi atas keterlaluannya, maka BoBoiBoy tidak mempunyai pilihan lain bertukar menjadi BoBoiBoy Halilintar meskipun telah cuba dihalang oleh Ochobot. Akibatnya, jam BoBoiBoy menjadi bermasalah dan kuasanya menjadi tidak stabil dalam pertarungan, oleh itu Kaizo turut serta dan berganding bahu bersama BoBoiBoy menggunakan Kuasa Jingga.

Mereka bertarung menentang Jugglenaut habis-habisan sebelum BoBoiBoy melancarkan serangan penamat bertubi-tubi ke arahnya di akhir pertarungan dan menamatkan karyanya sebagai clawndiator. BoBoiBoy dan rakan-rakannya berjaya mendapatkan semula Power-Power Sphera berharga serta menyelamatkan semua Power Sphera di sana dan memberkas Jugglenaut.

Serangan Armada Lanun Angkasa[]

BoBoiBoy dan rakan-rakannya meneruskan menjalankan misi-misi TAPOPS, termasuklah memenangi Perlumbaan Nova Prix dengan memperoleh saguhati Power Sphera TrophyBot dan sesekali mengambil cuti berehat dan berkelah di Bumi. Selepas berjaya memberkas penjenayah cetak rompak paling dikehendaki TAPOPS iaitu Gijimo, BoBoiBoy cuba mencari maklumat tentang kuasa elemen cahaya bagi melengkapkan kuasa tahap pertamanya dengan mengambil inisiatif mencari DataBot di Planet Junkberg. BoBoiBoy dan rakan-rakannya berjaya menemuinya, malangnya dia mengambil masa sehingga lima hari untuk memproses maklumat tentang kuasa elemen yang dicari-cari BoBoiBoy. Sementara itu, BoBoiBoy dan rakan-rakannya menjalankan sebuah misi penyamaran sebagai pencuci kapal di Koloni Lanun Angkasa bersama Kapten Kaizo untuk menyelamatkan Power Sphera StealthBot. Meskipun terdapat sedikit kecuaian berlaku, BoBoiBoy dan yang lain telah berjaya menyelesaikan misi itu tetapi tidak mengetahui bahawa pandangan Kapten Vargoba telah tertumpu dengan Kuasa Teleportasi yang dimiliki Ochobot dan bahaya yang sedang menghampiri mereka.

Tanpa disedari oleh BoBoiBoy dan yang lain, Kapten Vargoba sedang dalam perjalanan menuju ke Stesen Angkasa TAPOPS. Ketibaannya di sana telah membawa kepada kehancuran kapal angkasa TAPOPS dan menghuru-harakan keadaan setelah menyerang rakan-rakan BoBoiBoy dan mempertaruhkan mereka dengan Ochobot sebelum Fang menyertai medan pertempuran dan bersedia dengan kuasa bayang tahap kedua, sesuai dengan rancangan yang telah disusun oleh BoBoiBoy. Pada mulanya, Fang dapat melengahkan musuh mereka itu sehinggalah mereka berada di ambang kekalahan apabila dia tidak dapat mampu bertahan lagi, muncul jua BoBoiBoy Cahaya mengambil alih untuk menentang Kapten Vargoba. Mereka terus bertarung sehingga di penghujung pertarungan, BoBoiBoy mengalami kekalahan teruk apabila dia dilempar oleh Kapten Lanun sehingga tercampak ke ruang angkasa sebelum kemudian BoBoiBoy bangkit sebagai BoBoiBoy Solar dan melancarkan serangan ke arah Kapten Vargoba habis-habisan sehingga berjaya menewaskannya.

Selepas pertarungan itu tamat, BoBoiBoy terapung-apung di ruang angkasa sebelum dia diselamatkan oleh Kaizo. Disebabkan oleh Stesen Angkasa TAPOPS mengalami kehancuran yang teruk, BoBoiBoy dan rakan-rakannya tinggal buat sementara waktu di Markas TEMPUR-A sementara stesen itu siap diperbaiki.

BoBoiBoy Movie 2[]

BoBoiBoy Tok Aba peluk rindu

Pertemuan semula yang mengharukan.

Atas kejayaan BoBoiBoy dan kawan-kawannya menyelamatkan EggaBot, mereka diberikan kelulusan untuk pulang ke Bumi. Hari yang dinanti-nantikan pun tiba, BoBoiBoy dan kawan-kawannya tiba di Bumi dan mereka melepaskan rindu dengan ahli keluarga masing-masing, melainkan Gopal yang terus berlari balik ke rumah. Pada waktu malam, ketika makan malam di rumah Tok Aba bersama Fang, mereka bercerita tentang kejayaan misi-misi BoBoiBoy yang telah berjaya menyelamatkan banyak Power Sphera.

Dua Penguasa Elemental

BoBoiBoy menentang Retak'ka.

Keesokan harinya ketika di Bumi, BoBoiBoy dan kawan-kawannya telah menangkap dan memenjarakan Adu Du dan Probe yang telah menyelinap ke dalam angkasa TAPOPS untuk cuba mencuri EggaBot. Tiba-tiba, mereka menerima mesej kecemasan daripada Komander Koko Ci yang memberikan amaran bahawa Retak'ka telah kembali, dan mengarahkan mereka pergi ke Planet Quabaq. Namun, BoBoiBoy telah kerahkan arahan untuk menuju ke Stesen Angkasa TAPOPS dan menyelamatkan rakan-rakan TAPOPS. Setibanya di sana, BoBoiBoy dan Retak’ka bersua muka untuk julung kalinya, yang memaksanya untuk menyerahkan semula Kuasa Elemental miliknya. Ingin mempertahankan haknya, BoBoiBoy dan kawan-kawannya masing-masing mencetuskan peperangan besar dengan Retak’ka dan Penggali Kristal, yang berakhir dengan kekalahan dan mengakibatkan BoBoiBoy kehilangan empat kuasanya elemennya sebelum akhirnya melarikan diri ke Planet Quabaq untuk mencari Hang Kasa.

BoBoiBoy Gopal bangkit

BoBoiBoy dan Gopal tidak menyerah kalah

Selepas menyelamatkan diri dari bencana kapal angkasa, BoBoiBoy dan yang lain telah diserang oleh sekumpulan Kang Kong, sebelum Hang Kasa muncul dan mengalihkan perhatian mereka. Keesokannya setelah memaklumkan apa yang telah berlaku, Tok Kasa bersetuju untuk melatih BoBoiBoy dan Gopal supaya dapat mengalahkan Retak’ka. Bersama Padu Du dan Probobo, mereka berlatih dengan bersungguh-sungguh tanpa mengenal erti penat dan lelah sehingga berjaya meningkatkan ketangkasan dan ketepatan mereka. Setelah BoBoiBoy dan Gopal berjaya mengambil kristal daripada Tok Kasa, beliau memperkenalkan dirinya dan menceritakan kisah pertemuannya dengan Retak’ka. Tiba-tiba, terdapat panggilan daripada Retak’ka yang memaklumkan dia sedang menuju ke Bumi setelah mendapat tahu tentang planet yang memiliki semua elemen.

BoBoiBoy Tok Kasa sedih

Hang Kasa turun ke padang untuk mengalihkan perhatian Retak’ka sebelum akhirnya bertarung dengannya menggunakan KristalBot. Setelah Pipi menghancurkan kristal yang memerangkap BoBoiBoy dan Gopal menggunakan kuasa EggaBot, BoBoiBoy campur tangan dalam pertarungan itu tepat pada masanya untuk menyelamatkan Hang Kasa, maka mereka bertarung sekali lagi dengan Retak’ka menyebelahi pertarungan itu sehingga akhirnya BoBoiBoy telah diikat dan berada di ambang kekalahan. Hang Kasa berjaya menghalang BoBoiBoy dari serangan Retak’ka dan memberikan kata-kata semangat kepadanya untuk menewaskannya. Setelah Retak’ka merampas kuasa kristal Hang Kasa, BoBoiBoy bangkit semula dan mengambil alih arus pertarungan dengan menggabungkan kuasa elemen menjadi BoBoiBoy FrostFire.

BoBoiBoy Tok Aba M2 Ending

Pertarungan mereka berlanjutan sehingga ke empangan Pulau Rintis, dan setelah kuasa sedutan Ochobot diaktifkan, BoBoiBoy berjaya menyedut kuasa elemen gempa dan kristal daripada Retak’ka, kemudian dibantu oleh rakan-rakan seperjuangan menyerangnya bersama-sama. Apabila Retak’ka yang tidak berputus asa cuba merobohkan seluruh empangan, BoBoiBoy bergabung menjadi BoBoiBoy Glacier dan mempertahankan kawasan lebuhraya empangan itu menggunakan gargantua ais, lalu menyedut semua Kuasa Elemental Retak’ka. BoBoiBoy mengakhiri pertarungan itu dengan kuasa BoBoiBoy Supra dan menembak Retak’ka sehingga ke ruang angkasa. BoBoiBoy akhirnya pengsan dan terjatuh ke dalam empangan sebelum diselamatkan oleh rakan-rakannya. Seusai sedar dari pengsan, BoBoiBoy bertemu semula dengan datuknya dan meluahkan rasa bersyukur apabila mendapat tahu Tok Kasa masih hidup.

Kuasa[]

Serangan
4/5 Profil Galaxy BoBoiBoy
Pertahanan
4/5
Ketangkasan
3/5
Keberanian
5/5
Kelajuan
2/5


Kuasa yang diberikan oleh Ochobot membenarkan BoBoiBoy untuk menggunakan kuasa-kuasa elemen semulajadi seperti Tanah, Angin, Petir, Api, Air, Daun dan Cahaya. Kuasa-kuasa tersebut boleh dinaik tarafkan ke tahap kedua yang berganda kekuatannya.

Bentuk Elemental[]

Rencana utama: Bentuk Elemental

BoBoiBoy Petir
Rencana utama: BoBoiBoy Petir

BBB Petir Galaxy vector

BoBoiBoy Petir


Boboiboy Petir v1

BoBoiBoy Petir


BoBoiBoy Petir ialah bentuk elemental BoBoiBoy yang boleh memanipulasi Elemental Petir yang melakukan kemunculan sulungnya dalam Musim 1, Episod 2. Bentuk tahap kedua BoBoiBoy Petir ialah BoBoiBoy Halilintar.

Dengan menggunakan bentuk ini, BoBoiBoy mampu untuk menyerang musuh-musuhnya dengan pantas kerana elemen ini adalah elemen yang terpantas. Kepantasan daripada elemen ini memberikan kelebihan yang tinggi kepada BoBoiBoy untuk bertarung dengan segala kuasa dan kemahirannya.

Statistik
  • Serangan: 5/5
  • Pertahanan: 2/5
  • Kepantasan: 5/5
  • Keberanian: 3/5

BoBoiBoy Angin
Rencana utama: BoBoiBoy Angin

BoBoiBoy Angin Galaxy Info

BoBoiBoy Angin


Boboiboy Angin v1

BoBoiBoy Angin


BoBoiBoy Angin ialah bentuk elemental BoBoiBoy yang boleh memanipulasi Elemental Angin yang melakukan kemunculan sulungnya dalam Musim 1, Episod 2. Bentuk tahap kedua BoBoiBoy Angin ialah BoBoiBoy Taufan.

Dengan menggunakan bentuk ini, BoBoiBoy dapat menepis setiap serangan musuh-musuhnya. BoBoiBoy juga menggunakan jelmaan ini untuk menyerang musuh-musuhnya secara lemah-lembut hanya dengan menghembus udara ke arah musuhnya itu. Apabila BoBoiBoy menggunakan bentuk ini untuk menyerang musuh dari jarak yang jauh, dia akan menjadi lebih hebat dari segi serangan sisi dan mematahkan semua pertahanan musuhnya.

Statistik
  • Serangan: 3/5
  • Pertahanan: 5/5
  • Kepantasan: 4/5
  • Keberanian: 2/5

BoBoiBoy Tanah
Rencana utama: BoBoiBoy Tanah

BoBoiBoy Tanah Galaxy Info

BoBoiBoy Tanah


BoBoiBoy Tanah

BoBoiBoy Tanah


BoBoiBoy Tanah ialah bentuk elemental BoBoiBoy yang boleh memanipulasi Elemental Tanah yang melakukan kemunculan sulungnya dalam Musim 1, Episod 2. Bentuk tahap kedua BoBoiBoy Tanah ialah BoBoiBoy Gempa.

Dengan menggunakan bentuk ini, BoBoiBoy boleh menggunakannya sebagai pertahanan untuk melindungi diri dari serangan-serangan musuh. Ini menjadikan pergerakan BoBoiBoy semakin terhad semasa menggunakan bentuk ini dan dia perlu berada di atas tanah untuk melancarkan serang balas terhadap musuh-musuhnya. Setiap serangannya boleh memecahkan formasi dan pertahanan musuh-musuhnya. Sifat keberanian yang dimilikinya juga menjadikan kuasanya semakin kuat dan kukuh.

Statistik
  • Serangan: 4/5
  • Pertahanan: 5/5
  • Kepantasan: 1/5
  • Keberanian: 5/5

BoBoiBoy Api
Rencana utama: BoBoiBoy Api

BoBoiBoy Fire Galaxy render

BoBoiBoy Api


BoBoiBoy Api

BoBoiBoy Api


BoBoiBoy Api ialah bentuk elemental BoBoiBoy yang boleh memanipulasi Elemental Api yang melakukan kemunculan sulungnya dalam Musim 3, Episod 15. Bentuk tahap kedua BoBoiBoy Api ialah BoBoiBoy Blaze.

Dengan menggunakan bentuk ini, BoBoiBoy dapat memperuntukkan sejumlah kuasanya yang banyak kepada serangan. Kalau BoBoiBoy ingin melakukan serangan yang kuat, Api adalah antara pilihannya. Elemen api berkesan digunakan dari jarak antara dekat dan pertengahan, menggunakan serangan seperti bebola api. Jika terlalu jauh ia senang dielak dan kuasanya menjadi semakin lemah.

Statistik
  • Serangan: 4/5
  • Pertahanan: 1/5
  • Kepantasan: 4/5
  • Keberanian: 3/5

BoBoiBoy Air
Rencana utama: BoBoiBoy Air

BoBoiBoy Air Galaxy Info

BoBoiBoy Air


BoBoiBoy Air

BoBoiBoy Air


BoBoiBoy Air ialah bentuk elemental BoBoiBoy yang boleh memanipulasi Elemental Air yang melakukan kemunculan sulungnya dalam Musim 3, Episod 18. Bentuk tahap kedua BoBoiBoy Air ialah BoBoiBoy Ais.

Dengan menggunakan bentuk ini, Boboiboy tertumpu kepada pertahanan dan beralih kepada serangan apabila dia berdekatan dengan punca air seperti sungai, laut, atau tasik. Walaupun lebih tertumpu kepada pertahanan, serangannya kuat tapi jarang digunakan. Air yang semulajadinya boleh meresap ke mana-mana menjadikan BoBoiBoy air lincah dan tangkas menghadapi musuh.


Statistik
  • Serangan: 3/5
  • Pertahanan: 4/5
  • Kepantasan: 3/5
  • Keberanian: 3/5

BoBoiBoy Daun
Rencana utama: BoBoiBoy Daun
BoBoiBoy Daun Info

BoBoiBoy Daun

BoBoiBoy Daun ialah bentuk elemental BoBoiBoy yang boleh memanipulasi Elemental Daun yang melakukan kemunculan sulungnya dalam Daun VS Lanun. Bentuk tahap kedua BoBoiBoy Daun ialah BoBoiBoy Duri.

Dengan menggunakan bentuk ini, BoBoiBoy dapat menggunakan daun dan tumbuh-tumbuhan untuk dijadikan sebagai senjata atau alat untuk mempertahankan dirinya ataupun kawan-kawannya. Setakat ini, BoBoiBoy hanya menggunakan tumbuh-tumbuhan dari Planet Bumi sebagai kuasanya. BoBoiBoy akan menggunakan kehidupan flora unik yang terdapat di planet lain sebagai kuasanya apabila BoBoiBoy lebih memahami tentangnya.

Statistik
  • Serangan: 3/5
  • Pertahanan: 5/5
  • Kepantasan: 2/5
  • Keberanian: 1/5

BoBoiBoy Cahaya
Rencana utama: BoBoiBoy Cahaya
BoBoiBoy Cahaya Info

BoBoiBoy Cahaya

BoBoiBoy Cahaya ialah bentuk elemental BoBoiBoy yang boleh memanipulasi Elemental Cahaya yang melakukan kemunculan sulungnya dalam Ancaman Armada. Bentuk tahap kedua BoBoiBoy Cahaya ialah BoBoiBoy Solar.

Dengan menggunakan bentuk ini, BoBoiBoy dapat menggunakan kuasa cahaya dalam pelbagai bentuk serangan yang sangat kuat dan selalunya akan digunakan apabila berlawan dengan musuh-musuh yang hebat seperti Kapten Vargoba. Serangannya tepat dari jarak jauh dan pantas di jarak dekat. Namun, pertahanannya agak longgar sedikit kerana BoBoiBoy perlu mengambil masa untuk mengumpul tenaga sebelum melakukan suatu serangan.

  • Kuasa utama: Tembakan Cahaya
  • Perwatakan: Berkeyakinan dan agresif
  • Kemunculan sulung: Ancaman Armada
Statistik
  • Serangan: 5/5
  • Pertahanan: 1/5
  • Kepantasan: 5/5
  • Keberanian: 4/5


BoBoiBoy Halilintar
Rencana utama: BoBoiBoy Halilintar

Halilintar Galaxy Musim 2

BoBoiBoy Halilintar


BoBoiBoy Halilintar render

BoBoiBoy Halilintar


BoBoiBoy Thunderstorm Galaxy Season 1

BoBoiBoy Halilintar


BoBoiBoy Halilintar 2

BoBoiBoy Halilintar


BoBoiBoy Halilintar ialah bentuk tahap kedua bagi BoBoiBoy Petir yang melakukan kemunculan sulungnya dalam Musim 1, Episod 6.

BoBoiBoy Halilintar merupakan elemen pertama yang berevolusi. Selepas BoBoiBoy Petir diculik oleh Adu Du, Probe dan Komputer dan menyedari bahawa BoBoiBoy takut akan belon pecah, BoBoiBoy Petir diseksa sehingga rasa takut BoBoiBoy Petir memuncak, menyebabkan dia berevolusi menjadi BoBoiBoy Halilintar untuk melepaskan diri. Walau bagaimanapun, ingatan BoBoiBoy Halilintar semakin teruk dalam proses evolusi itu. BoBoiBoy Halilintar dengan mudahnya ditipu oleh Adu Du dan Probe bahawa mereka adalah kawan terbaiknya. Adu Du memerintahkan BoBoiBoy Halilintar untuk menyerang kawan-kawannya yang sebenar, tetapi kemudian dia terkenang zaman silam dan mampu untuk mendapatkan semula ingatannya selepas mendengar slogan katanya iaitu "Terbaik".

Statistik
  • Serangan: 10/10
  • Pertahanan: 3/10
  • Kepantasan: 10/10
  • Keberanian: 7/10

BoBoiBoy Taufan
Rencana utama: BoBoiBoy Taufan

Taufan Galaxy Musim 2

BoBoiBoy Taufan


BoBoiBoy Taufan render

BoBoiBoy Taufan


BoBoiBoy Taufan 3

BoBoiBoy Taufan


BoBoiBoy Taufan ialah bentuk tahap kedua bagi BoBoiBoy Angin yang melakukan kemunculan sulungnya dalam Musim 1, Episod 11.

BoBoiBoy Taufan merupakan elemen kedua yang berevolusi. BoBoiBoy Angin termakan biskut Yaya yang telah dicemari dengan Cecair Emosi X, iaitu ramuan ciptaan oleh Adu Du yang boleh melampaukan perasaan pemakan biskut itu sehingga tidak dapat mengawal emosi dan pergerakan mereka. BoBoiBoy Angin berasa terlampau gembira dan disebabkan oleh itu, dia memakan biskut Yaya secara berterusan sehinggalah dia berevolusi menjadi BoBoiBoy Taufan. Setelah evolusi itu, BoBoiBoy Taufan mula membuat keadaan menjadi huru-hara secara besar-besaran di sekelilingnya. Dia perlu dihentikan oleh kawan-kawannya, atau dia akan berakhir mencederakan dirinya ataupun orang lain. BoBoiBoy Taufan akhirnya kembali normal setelah dia menonton episod terakhir "Seguni Mawar Merah" yang membuatkan dia berasa sebak melihat babak Azroy bersatu semula dengan kucingnya, Sasha.

Statistik
  • Serangan: 6/10
  • Pertahanan: 6/10
  • Kepantasan: 8/10
  • Keberanian: 6/10

BoBoiBoy Gempa
Rencana utama: BoBoiBoy Gempa

Gempa Galaxy Musim 2

BoBoiBoy Gempa


BoBoiBoy Gempa render

BoBoiBoy Gempa


BoBoiBoy Gempa

BoBoiBoy Gempa


BoBoiBoy Gempa ialah bentuk tahap kedua bagi BoBoiBoy Tanah yang melakukan kemunculan sulungnya dalam Musim 1, Episod 13.

BoBoiBoy Gempa merupakan elemen ketiga yang berevolusi. BoBoiBoy Tanah memaksa dirinya untuk berevolusi selepas kawan-kawannya, termasuk Halilintar dan Taufan, dikalahkan oleh Mukalakus. BoBoiBoy Gempa merupakan satu-satunya elemen yang tidak beremosi untuk berevolusi.

Statistik
  • Serangan: 8/10
  • Pertahanan: 10/10
  • Kepantasan: 3/10
  • Keberanian: 10/10

BoBoiBoy Blaze
Rencana utama: BoBoiBoy Blaze

Blaze Galaxy Musim 2

BoBoiBoy Blaze


BoBoiBoy Blaze render

BoBoiBoy Blaze


BBB Blaze 05 FX

BoBoiBoy Blaze


BoBoiBoy Blaze ialah bentuk tahap kedua bagi BoBoiBoy Api yang melakukan kemunculan sulungnya dalam BoBoiBoy: The Movie setelah BoBoiBoy mendapat tenaga terakhir Ochobot.

BoBoiBoy Blaze merupakan salah satu dari empat elemen dalam BoBoiBoy: The Movie dan elemen keempat yang berevolusi dari semua elemen. Setelah Bora Ra menghancurkan Ochobot, BoBoiBoy menerima tenaga terakhir daripada Ochobot. Dengan kuasa itu, BoBoiBoy Api berevolusi menjadi BoBoiBoy Blaze dan menggunakannya untuk mengalahkan Bora Ra.

Statistik
  • Serangan: 10/10
  • Pertahanan: 3/10
  • Kepantasan: 8/10
  • Keberanian: 8/10

BoBoiBoy Ais
Rencana utama: BoBoiBoy Ais

Ais Galaxy Musim 2

BoBoiBoy Ais


BoBoiBoy Ais render

BoBoiBoy Ais


BBB Ice 01 small

BoBoiBoy Ais


BoBoiBoy Ais ialah bentuk tahap kedua bagi BoBoiBoy Air yang melakukan kemunculan sulungnya dalam BoBoiBoy: The Movie setelah BoBoiBoy mendapat tenaga terakhir Ochobot.

BoBoiBoy Ais merupakan salah satu dari empat elemen dalam BoBoiBoy: The Movie dan elemen kelima yang berevolusi dari semua elemen. Setelah Bora Ra menghancurkan Ochobot, BoBoiBoy menerima tenaga terakhir daripada Ochobot. Dengan kuasa itu, BoBoiBoy Air berevolusi menjadi BoBoiBoy Ais dan menggunakannya untuk mengalahkan Bora Ra.

Statistik
  • Serangan: 9/10
  • Pertahanan: 10/10
  • Kepantasan: 3/10
  • Keberanian: 7/10

BoBoiBoy Duri
Rencana utama: BoBoiBoy Duri

Duri Galaxy Musim 2

BoBoiBoy Duri


BoBoiBoy Thorn render

BoBoiBoy Duri


BoBoiBoy Thorn Official

BoBoiBoy Duri


BoBoiBoy Duri ialah bentuk tahap kedua bagi BoBoiBoy Daun yang melakukan kemunculan sulungnya dalam BoBoiBoy: The Movie setelah BoBoiBoy mendapat tenaga terakhir Ochobot.

Statistik
  • Serangan: 9/10
  • Pertahanan: 9/10
  • Kepantasan: 5/10
  • Keberanian: 3/10

BoBoiBoy Solar
Rencana utama: BoBoiBoy Solar

Solar Galaxy Musim 2

BoBoiBoy Solar


BoBoiBoy Solar render

BoBoiBoy Solar


BoBoiBoy Solar Official

BoBoiBoy Solar


BoBoiBoy Solar ialah bentuk tahap kedua bagi BoBoiBoy Cahaya yang melakukan kemunculan sulungnya dalam BoBoiBoy: The Movie setelah BoBoiBoy mendapat tenaga terakhir Ochobot.

Statistik
  • Serangan: 10/10
  • Pertahanan: 5/10
  • Kepantasan: 10/10
  • Keberanian: 7/10


BoBoiBoy Beliung
Rencana utama: BoBoiBoy Beliung
Boboiboy beliung

BoBoiBoy Beliung

BoBoiBoy Beliung ialah bentuk tahap ketiga bagi BoBoiBoy Angin yang melakukan kemunculan sulungnya dalam Pertarungan Demi Windara!.

BoBoiBoy Rimba
Rencana utama: BoBoiBoy Rimba
BoBoiBoy Rimba

BoBoiBoy Rimba

BoBoiBoy Rimba ialah bentuk tahap ketiga bagi BoBoiBoy Duri yang melakukan kemunculan sulungnya dalam Lepaskan Kuasamu.




Rencana utama: Elemental Fusion

BoBoiBoy FrostFire
Rencana utama: BoBoiBoy FrostFire
BoBoiBoy FrostFire Info

BoBoiBoy FrostFire

BoBoiBoy FrostFire merupakan kuasa gabungan elemental yang terhasil dari BoBoiBoy Blaze dan BoBoiBoy Ais. Dia melakukan kemunculan sulungnya dalam BoBoiBoy Movie 2 selepas Retak'ka merampas Kuasa Elemental Kristal daripada Hang Kasa.


BoBoiBoy Glacier
Rencana utama: BoBoiBoy Glacier
BoBoiBoy Glacier Info

BoBoiBoy Glacier

BoBoiBoy Glacier merupakan kuasa gabungan elemental yang terhasil dari BoBoiBoy Gempa dan BoBoiBoy Ais. Dia melakukan kemunculan sulungnya dalam BoBoiBoy Movie 2 apabila Retak'ka cuba menumpaskan BoBoiBoy dan kawan-kawannya.


BoBoiBoy Supra
Rencana utama: BoBoiBoy Supra
BoBoiBoy Supra Info

BoBoiBoy Supra

BoBoiBoy Supra merupakan kuasa gabungan elemental yang terhasil dari BoBoiBoy Halilintar dan BoBoiBoy Solar. Dia melakukan kemunculan sulungnya dalam BoBoiBoy Movie 2 selepas BoBoiBoy Glacier mengambil kuasa elemental semula daripada Retak'ka.


BoBoiBoy Sori
Rencana utama: BoBoiBoy Sori
BoBoiBoy Sori render

BoBoiBoy Sori

BoBoiBoy Sori merupakan kuasa gabungan elemental yang terhasil dari BoBoiBoy Duri dan BoBoiBoy Solar. Dia melakukan kemunculan sulungnya dalam isu ke-9 BoBoiBoy Galaxy Musim 2, "Paduan Dua Kuasa!".


BoBoiBoy Gentar
Rencana utama: BoBoiBoy Gentar
BoBoiBoy Gentar render

BoBoiBoy Gentar

BoBoiBoy Gentar merupakan kuasa gabungan elemental yang terhasil dari BoBoiBoy Halilintar dan BoBoiBoy Gempa. Dia melakukan kemunculan sulungnya dalam isu ke-15 BoBoiBoy Galaxy Musim 2, "Berjuang Tanpa Gentar".


BoBoiBoy Sopan
Rencana utama: BoBoiBoy Sopan
20230505 143842

BoBoiBoy Sopan

BoBoiBoy Sopan merupakan kuasa gabungan elemental yang terhasil dari BoBoiBoy Taufan dan BoBoiBoy Solar. Dia melakukan kemunculan sulungnya dalam isu ke-20 BoBoiBoy Galaxy Musim 2, "Kuasa Tanpa Batasan".



Kebolehan[]

Selain bertukar menjadi BoBoiBoy yang lain, BoBoiBoy juga mampu menggunakan kebolehannya yang lain tanpa bertukar menjadi BoBoiBoy tersebut, iaitu:

  • Keris Petir: Senjata utama kepada BoBoiBoy yang menjelmakan keris berbentuk panahan petir yang membolehkan dia menyerang musuh daripada jarak yang jauh. Dalam Musim 1, Episod 2, BoBoiBoy telah tersalah menghasilkan Payung Petir dan Penyapu Petir. Senjata ini adalah antara senjata yang sering digunakan dalam musim pertama, kedua dan ketiga.
  • Pusaran Angin: Menyerang musuh atau menampan serangan dengan tiupan angin yang kencang dengan tangannya. Serangan ini adalah antara serangan yang sering digunakan dalam musim pertama dan kedua.
  • Tanah Tinggi: Meninggikan aras tanah untuk menyerang musuh, naik ke aras tinggi, menampan serangan atau melindungi kawan. Kuasa ini adalah antara kuasa yang sering digunakan dalam musim pertama dan kedua.
  • Serangan Taufan: Serangan asas taufan yang berupa sebuah gumpalan taufan. BoBoiBoy menggunakan teknik ini ketika dia berada di dalam permainan video untuk menyerang musuh-musuh yang dicipta dan dihantar oleh Adu Du.
  • Gerakan Kilat: Teknik yang memerlukan BoBoiBoy untuk menumpukan kuasa kilat di kedua belah kakinya, kemudian membolehkan dia terus memecut dengan pantas. Digunakan dalam Musim 2, Episod 3 ketika dia sedang berlumba lari membawa telur dalam sudu dengan Fang dan BoBoiBoy: The Movie.
  • Tendangan Kilat: BoBoiBoy perlu menumpukan kuasa kilat di kaki kanannya, lalu menendang bola sekencang kilat. Digunakan dalam Musim 2, Episod 4 untuk menjaringkan bola ke dalam gol.
  • Tanah Pelindung: BoBoiBoy menumbuk ke atas tanah untuk meninggikan aras tanah di sekitar orang yang ingin dilindunginya dengan kadar sebahagian dan tidak mengelilinginya sepenuhnya. Digunakan dalam Musim 2, Episod 6 untuk melindungi Gopal dari diserang Kucing Sewel.
  • Tumbukan Tanah: Meninggikan aras tanah untuk menyerang Raksasa Perisai dalam Musim 3, Episod 22.
Lain-lain
  • Sedutan Vakum: BoBoiBoy menyedut gas tidur yang dikeluarkan oleh Adu Du dan Probe, kemudian melepaskannya semula di dalam lubang haba untuk melindungi kawan-kawannya daripada tersedutnya, tetapi akibatnya ia memberi sedikit kesan mengantuk kepada BoBoiBoy. Digunakan dalam Musim 1, Episod 4.
  • Kuasa Pembesaran: BoBoiBoy menggunakan Tali Pinggang Pembesaran untuk membesarkan saiz dirinya menjadi sama tinggi dengan bangunan dalam dunia permainan untuk menggantikan Gopal melawan Raksasa Tidur. Digunakan dalam Musim 1, Episod 9.
  • Cermin Mata Halimunan: Disebabkan oleh Power Sphera promixity iaitu InviBot yang berada berhampiran dengan BoBoiBoy, dia berupaya untuk menghasilkan cermin mata halimunan untuk mengesan keberadaannya. Digunakan dalam BoBoiBoy Galaxy Episod 12.

Pemecahan Elemental[]

Pemecahan Elemental merupakan kuasa terkuat bagi BoBoiBoy yang membolehkan dia untuk berpecah menjadi tiga, lima atau tujuh dengan setiap bentuk dapat mengawal Kuasa Elemental masing-masing.

  • BoBoiBoy Kuasa Dua: Salah satu kuasa terkuat BoBoiBoy yang membolehkan dia berpecah menjadi dua iaitu:
    • BoBoiBoy Blaze dan BoBoiBoy Ais
    • BoBoiBoy Gempa dan BoBoiBoy Ais
    • BoBoiBoy Halilintar dan BoBoiBoy Solar
    • BoBoiBoy Duri dan BoBoiBoy Solar
    • BoBoiBoy Halilintar dan BoBoiBoy Gempa
    • BoBoiBoy Air dan BoBoiBoy Daun
    • BoBoiBoy Taufan dan BoBoiBoy Solar
  • BoBoiBoy Kuasa Tiga: Salah satu kuasa terkuat BoBoiBoy yang membolehkan dia berpecah menjadi tiga iaitu:
    • BoBoiBoy Petir, BoBoiBoy Angin dan BoBoiBoy Tanah
    • BoBoiBoy Halilintar, BoBoiBoy Taufan dan BoBoiBoy Gempa
    • BoBoiBoy Tanah, BoBoiBoy Api dan BoBoiBoy Air
    • BoBoiBoy Petir, BoBoiBoy Tanah dan BoBoiBoy Daun
    • BoBoiBoy Angin, BoBoiBoy Tanah dan BoBoiBoy Daun
    • BoBoiBoy Petir, BoBoiBoy Angin dan BoBoiBoy Api (Motor Elemental)
    • BoBoiBoy Petir, BoBoiBoy Angin dan BoBoiBoy Daun
    • BoBoiBoy Angin, BoBoiBoy Api dan BoBoiBoy Daun
    • BoBoiBoy Angin, BoBoiBoy Tanah dan BoBoiBoy Air (BoBoiBoy Galaxy: Gelora Kuasa)
    • BoBoiBoy Petir, BoBoiBoy Api dan BoBoiBoy Daun (BoBoiBoy Galaxy: Gelora Kuasa)
    • BoBoiBoy Tanah, BoBoiBoy Api dan BoBoiBoy Daun
    • BoBoiBoy Petir, BoBoiBoy Api dan BoBoiBoy Air
    • BoBoiBoy Petir, BoBoiBoy Api dan BoBoiBoy Cahaya
    • BoBoiBoy Halilintar, BoBoiBoy Gempa dan BoBoiBoy Duri
    • BoBoiBoy Gempa, BoBoiBoy Blaze dan BoBoiBoy Ais
    • BoBoiBoy Blaze, BoBoiBoy Ais dan BoBoiBoy Duri
    • BoBoiBoy Taufan, BoBoiBoy Blaze dan BoBoiBoy Duri
    • BoBoiBoy Halilintar, BoBoiBoy Taufan dan BoBoiBoy Duri
    • BoBoiBoy Halilintar, BoBoiBoy Duri dan BoBoiBoy Solar
    • BoBoiBoy Halilintar, BoBoiBoy Taufan dan BoBoiBoy Ais
  • BoBoiBoy Kuasa Lima: Salah satu kuasa terkuat BoBoiBoy yang membolehkan dia berpecah menjadi lima iaitu:
    • BoBoiBoy Halilintar, BoBoiBoy Taufan, BoBoiBoy Gempa, BoBoiBoy Blaze dan BoBoiBoy Ais
    • BoBoiBoy Petir, BoBoiBoy Angin, BoBoiBoy Tanah, BoBoiBoy Api dan BoBoiBoy Daun (Hadiah Raya BoBoiBoy)
    • BoBoiBoy Halilintar, BoBoiBoy Taufan, BoBoiBoy Gempa, BoBoiBoy Duri dan BoBoiBoy Solar
    • BoBoiBoy Halilintar, BoBoiBoy Gempa, BoBoiBoy Blaze, BoBoiBoy Ais, dan BoBoiBoy Duri
  • BoBoiBoy Kuasa Tujuh: Antara salah satu kuasa terkuat BoBoiBoy yang membolehkan dia berpecah menjadi tujuh iaitu BoBoiBoy Halilintar, BoBoiBoy Taufan, BoBoiBoy Gempa, BoBoiBoy Blaze, BoBoiBoy Ais, BoBoiBoy Duri dan BoBoiBoy Solar.

Rupa[]

BoBoiBoy adalah budak lelaki remaja yang berumur 11 tahun dengan mata yang coklat, kulit yang cerah dan rambut hitam yang tebal.

Di dalam pertama, BoBoiBoy memakai baju kemeja putih di sebalik jaket berwarna jingga dengan zip yang ditutup rapat dan lengan panjang gebu berwarna coklat, dilengkapi dengan kasut jingga putih yang runcing, seluar coklat dan topi kep jingga bermotif dinosaur.

Pada musim ke-2, seluar yang dipakai BoBoiBoy lebih kurang serupa dengan musim sebelumnya tetapi dengan perbezaan ketara. Jaketnya bertudung, lengannya pendek dan tidak gebu lagi, ditambah dengan lipatan luar kuning di setiap tepi baju. Kasutnya berwarna jingga kemerahan. Namun, dia hanya memakai seutas jam tangan sahaja pada tangan kanannya berbanding dua utas jam tangan pada musim pertama.

Pada musim ke-3, busana BoBoiBoy tidak banyak berubah di samping diimbuh kocek pada jaketnya sahaja.

Dalam BoBoiBoy Galaxy, BoBoiBoy memakai baju hitam dengan lengan panjang yang dilipat sehingga bahagian siku di sebalik jaket berwarna jingga yang dilengkapi dengan lungsur zip yang ditutup sehingga paras dada, namun jaketnya tidak lagi bertudung dan mempunyai kocek. BoBoiBoy memakai seluar jean biru dengan seutas tali pinggang berwarna hitam. Kasut butnya pula berwarna putih dan kelabu. Terdapat perubahan yang unik pada logo petir di depan topi dan lungsur zip jaketnya kerana logo petir tersebut menyerupai seperti huruf 'B'. Rambutnya berwarna coklat dengan sedikit rambut putih yang diwarisi daripada ayahnya.

Dalam BoBoiBoy Movie 2, rupa BoBoiBoy memiliki sedikit perubahan. Dia memakai jaket jingga yang dizip separuh dengan baju hitam berlengan panjang sambil mengekalkan seluar jean biru muda serta tali pinggang hitam dan kasut but putih kelabu.

Perwatakan[]

"Terbaik!"
— Slogan kata utama BoBoiBoy

BoBoiBoy bersifat peramah mesra dan baik hati sepanjang siri, apatah lagi berani dan sedia melindungi ketika bertempur. Dia gemar bermain bola sepak dan permainan video bersama kawan-kawannya, terutamanya Gopal. Akan tetapi, dia mudah ketagih permainan video dan tidak senang hati apabila disuruh mengemas rumah. BoBoiBoy adakalanya pelupa, lebih-lebih lagi apabila berpecah menjadi tiga (berlaku pada musim pertama sahaja).

Setiap bentuk elemen BoBoiBoy memiliki ciri-ciri perwatakan yang berlainan. Berbanding dengan BoBoiBoy biasa, BoBoiBoy Petir lebih garang, BoBoiBoy Angin lebih gembira, BoBoiBoy Tanah lebih serius, BoBoiBoy Api lebih panas baran, BoBoiBoy Air lebih santai, BoBoiBoy Daun lebih ceria manakala BoBoiBoy Cahaya lebih agresif. Walaupun perwatakan mereka yang berbeza-beza, mereka mampu bekerjasama dalam pertempuran.

Kadangkala, BoBoiBoy bergaduh dengan Fang, tetapi lazimnya mereka berkawan kerana BoBoiBoy tahu kebaikan hati setiap seorang kawannya. BoBoiBoy juga sedia membantu dalam apa-apa masalah, kecuali berkenaan biskut Yaya yang umum diketahui tidak disenangi rasanya.

Namun apabila dia bertukar menjadi BoBoiBoy Api dan membuat kerosakan dan kebakaran secara tidak sengaja kerana dia tidak boleh mengawal kuasa elemen api, BoBoiBoy berasa tertekan dan serba salah sehingga kehidupannya lebih sengsara disebabkan oleh BoBoiBot. Walau bagaimanapun, BoBoiBoy pun kembali normal selepas memusnahkan BoBoiBot Air dengan Belut Air Halilintar sehingga kesalahannya ditebus.

Walau bagaimanapun, hasratnya untuk berbuat baik dan mendatangkan keadilan kepada mereka yang layak mendapatnya juga dapat menjalani kehidupan peribadinya. Ini terbukti semasa filem BoBoiBoy: The Movie, di mana dia meletakkan tugasnya sebelum kawannya, yang menyeberanginya untuk terus melakukan kerja adiwira dan melupakan peristiwa yang dirancang. Walau bagaimanapun, dia belajar bahawa dia perlu memberi masa untuk kawan-kawannya selain melakukan kerja sebagai superhero. Di samping ciri-ciri baiknya, BoBoiBoy masih pelupa dan kadang-kadang boleh mengatasi kemampuannya untuk melakukan perkara-perkara tertentu, tetapi bermakna secara keseluruhan.

Hubungan[]

Wiki-wordmark
Wiki BoBoiBoy mempunyai rencana yang menumpukan kepada hubungan. Rujuk BoBoiBoy (watak).

Trivia[]

  • Mengikut konsep awal, BoBoiBoy bukanlah watak protagonis dalam siri animasi yang dicadangkan oleh pihak Monsta. BoBoiBoy cumalah seorang anak kepada Makcikman, watak perempuan yang dicadangkan oleh Monsta sebagai protagonis untuk siri animasi mereka.
    • Apabila Makcikman ditolak konsepnya, Monsta mula menumpukan perhatian kepada watak BoBoiBoy.
  • Mengikut rancangan awal pada tahun 2009, BoBoiBoy sebenarnya berumur sekitar prasekolah. Tambahan pula, topinya mempunyai tiga biji mata sebagai jelmaan makhluk asing. BoBoiBoy juga diberi nama BoBoi dalam sneak peek pada tahun itu.
    • Rupa awal BoBoiBoy telah ditolak oleh pihak penyiar siri kerana terlalu menampakkan usia prasekolah, tidak praktikal, dan menakutkan.
    • Setelah empat episod dihasilkan, pihak penyiar masih menolak rupa BoBoiBoy menyebabkan banyak wang telah dihabiskan.
    • Tiga biji mata pada topi itu memberikan kuasa kepada BoBoiBoy pada awalnya sebelum pemberian kuasa itu dipindahkan kepada watak Ochobot.
  • Rupa BoBoiBoy diperbesarkan setiap musim atas dua faktor.
    • Pertama, BoBoiBoy diperbesarkan atas maklum balas daripada peminat yang ingin BoBoiBoy melakukan perubahan rupa.
    • Kedua, terdapat permintaan daripada luar yang mendesak agar BoBoiBoy diperbesarkan kerana dia nampak terlalu muda untuk menjadi superhero.
  • BoBoiBoy adalah watak pertama yang boleh berpecah, yang kedua ialah Multi-Monster.
  • BoBoiBoy merupakan watak lelaki pertama yang disuarakan oleh perempuan dalam siri ini iaitu Nur Fathiah Diaz, diikuti oleh Iwan.
    • BoBoiBoy juga merupakan watak protagonis lelaki ketiga yang disuarakan oleh Fathiah selepas Upin dan Ipin. BoBoiBoy juga merupakan watak keempat secara keseluruhan yang disuarakan oleh Fathiah.
  • Pada asalnya, setiap elemen BoBoiBoy mempunyai nama sendiri iaitu BoBoiBoy berpecah menjadi Bo, Boi dan Boy.[1] Namun, ia tidak diteruskan besar kemungkinan kerana ketidaksesuaian nama tersebut untuk digunakan dalam siri ini.
  • Kelemahannya ialah apabila BoBoiBoy berpecah tiga dengan lama, dia kehilangan ingatan. Tetapi seperti yang dinyatakan dalam surat peminat, BoBoiBoy sudah banyak buat latihan dan mengatasi masalahnya tersebut. Walau bagaimanapun, BoBoiBoy masih belajar bagaimana cara menggunakan kuasa elemental.
  • Seperti yang ditunjukkan dalam Musim 1, Episod 6, BoBoiBoy mempunyai globofobia yang bermaksud takut belon pecah dan ini menjadi kelemahan BoBoiBoy. Akan tetapi, BoBoiBoy telah menyatakan dalam surat peminat bahawa dia tidak lagi mempunyai kelemahan ini.
  • Satu ciri yang paling penting dalam lenggok bahasa BoBoiBoy ialah cogan kata "Terbaik" yang diujarnya sambil mengacungkan jempol, setelah selesai menewaskan musuh atau melihat sesuatu yang mencuit hatinya. Kadang-kadang, tabiat ini juga dicontohi oleh beberapa watak lain, termasuk musuhnya iaitu Adu Du dan Probe.
  • Dalam musim pertama, BoBoiBoy Halilintar, Taufan dan Gempa adalah dianggap sebagai potensi sebenar bagi BoBoiBoy Petir, Angin dan Tanah. Tetapi bermula musim kedua, mereka disebut sebagai tahap kedua bagi bentuk tahap pertama.
  • BoBoiBoy memanggil dirinya sebagai "LifeBuoBuoiBuoy" dalam Promo Lifebuoy BoBoiBoy.
  • BoBoiBoy sukakan mata pelajaran sains, tetapi tidak suka akan mata pelajaran sejarah.
  • Menurut siri berikut, sukan kegemarannya adalah bola sepak.
    • Majalah-majalah komik juga mengatakan dia berminat dalam seni mempertahankan diri dan tenis. Dia juga bermain sepak takraw.
  • Dalam surat peminat, BoBoiBoy menyatakan bahawa dia tidak mempunyai adik-beradik, menunjukkan bahawa BoBoiBoy adalah anak tunggal.
  • Genre kegemaran BoBoiBoy adalah perkara yang misteri.
  • Ibu bapa BoBoiBoy tahu tentang kuasa anaknya dan bimbangkan dia.
  • BoBoiBoy juga mempunyai kawan-kawan lain di bandar asalnya. Kadangkala, BoBoiBoy menghubungi dan berbual bersama mereka melalui Internet.
  • BoBoiBoy merupakan watak pertama di kalangan rakan - rakannya yang warna rambutnya berubah sepanjang siri. Pada asalnya ia memiliki rambut berwarna hitam, kemudian berubah menjadi warna perang dan putih. Watak kedua ialah Fang.
  • Boboiboy The Movie - 7

    Inilah tiga anugerah yang BoBoiBoy peroleh.

    BoBoiBoy telah menerima tiga anugerah istimewa sepanjang dia berkhidmat sebagai seorang superhero di Pulau Rintis. Antara anugerah tersebut ialah Anugerah Super Hero Terbaik, Anugerah Jasa Keberanian dan Anugerah Pelajar Contoh, seperti yang ditunjukkan dalam BoBoiBoy: The Movie.
  • Dalam BoBoiBoy: The Movie, didedahkan bahawa BoBoiBoy mempunyai helaian rambut putih yang mungkin menjadi sebab BoBoiBoy tidak pernah membuka topinya walaupun semasa tidur. Tetapi menurut surat peminat, BoBoiBoy selalu memakai topinya supaya orang boleh mengenalinya dari jauh.
  • Menurut surat peminat dalam isu ke-47, Yaya pernah mengajaknya untuk menjadi pengawas sekolah, tetapi BoBoiBoy menolak sahaja pelawaannya.
  • BoBoiBoy boleh bermain gitar bass, sama seperti Fang.
  • Menurut BoBoiBoy dalam surat peminat isu ke-69, sebab lambangnya menyerupai huruf "B" adalah kerana dia inginkan sedikit kelainan kerana lambang petirnya sebelum ini hampir sama dengan BoBoiBoy Petir dan Halilintar.
  • BoBoiBoy merasakan rambut putihnya telah menjadi sebahagian dari identitinya dan membuat keputusan untuk menyimpannya. Tambahan pula, ia akan tumbuh semula setiap kali dia cuba memotongnya.
  • Sempena hari lahir BoBoiBoy dan ulang tahun ke-7 siri animasi BoBoiBoy, BoBoiBoy telah berkongsi 7 perkara menarik tentang dirinya, iaitu:[2]
    • BoBoiBoy suka bermain permainan dan membuat tarian TAPOPS Dance Master.
    • Genre muzik kegemarannya ialah rock alternatif (dan flamenco akustik menurut majalah).
    • Tinggi BoBoiBoy sekarang ialah 145cm.
    • Makanan apabila tertekan ialah nasi goreng istimewa Tok Aba.
    • BoBoiBoy tidak boleh bersiul.
    • Haiwan kegemarannya ialah Mimi, iaitu seekor kucing tua yang pernah dipeliharanya dahulu.
    • Emoji kegemaran BoBoiBoy ialah petir (⚡), jempol (👍) dan ketawa terbahak-bahak (😂).
  • Selain bermain bola, BoBoiBoy juga gemar membuat space log dalam setiap akhir episod siri BoBoiBoy Galaxy bermula dari episod 19 sehingga 22 dan 24 di YouTube Monsta. Pada masa yang sama, BoBoiBoy juga belajar dan mengumpulkan maklumat tentang Power Sphera sejak BoBoiBoy Galaxy Episod 22.
  • BoBoiBoy mempunyai akaun Instagram bersama-sama dengan Yaya dan Papa Zola.[3]
  • Dalam siri BoBoiBoy Galaxy, BoBoiBoy sentiasa menyebut Kuasa Elemental untuk bertukar kuasa elemen dengan gaya yang berbeza-beza. Dalam keadaan terdesak, dia tidak menyebut Kuasa Elemental sebaliknya hanya menyebut kuasa elemen tersebut.
  • Menurut surat peminat di Majalah Komik BoBoiBoy Isu #74, BoBoiBoy mahir memasak kerana Tok Aba banyak mengajarnya cara memasak pelbagai jenis makanan yang sedap.
  • Tandatangan BoBoiBoy

    Autograf BoBoiBoy.

    Dalam Majalah Komik BoBoiBoy isu #75, dia mempunyai tandatangan selepas Gopal dan Kapten Kaizo.
  • Menurut Fathiah dalam video di sebalik tabir BoBoiBoy Movie 2, BoBoiBoy suka memakan makanan yang pedas, tetapi tidak yang terlalu pedas.
  • Menurut biodata BoBoiBoy dalam Majalah Komik BoBoiBoy isu #80:
    • Makanan dan minuman kegemarannya masing-masing ialah nasi goreng special Tok Aba dan fresh orange.
      • Antara makanan lain yang turut digemari BoBoiBoy termasuklah masak lemak pucuk ubi, kek pandan, chicken chop dan kari ayam Tok Aba.
    • Walaupun BoBoiBoy dan kawan-kawan merupakan ahli TAPOPS, mereka masih lagi bersekolah di Bumi.
    • BoBoiBoy telah memperkenalkan bola sepak kepada pasukan TAPOPS dan kebanyakan mereka sekarang menganggotai pasukan mereka sendiri dan mengadakan perlawanan setiap minggu.
    • Sejak Nut memperkenalkan permainan video daripada planetnya kepada BoBoiBoy dan Gopal, mereka sudah jarang bermain permainan video dari Bumi.
    • BoBoiBoy sering berlatih seni mempertahankan diri dari planet lain daripada Fang, Sai dan Shielda.
    • Walaupun boleh membawa kenderaan di luar Bumi, BoBoiBoy masih tidak boleh berbuat begitu di Bumi kerana dia masih di bawah umur.
  • BoBoiBoy suka pergi ke pantai kerana ia banyak mengingatkannya kepada Pulau Rintis.
  • Planet yang paling menarik menurut BoBoiBoy ialah Planet Sarkas.
  • BoBoiBoy akan berjalan-jalan di planet lain untuk menikmati persekitarannya serta mengambil gambar.

Petikan dialog[]

  • "Aku BoBoiBoy."
  • "BoBoiBoy Kuasa Tiga!"
  • "Peluang pasukan BuBaDiBaKo untuk berkhidmat!"
  • "Kita tak boleh sertai pasukan macam tu! Walau matlamat mereka baik, tapi cara mereka salah!"
  • "Aku BoBoiBoy, superhero Bumi. Nampaknya aku perlu bersedia, semakin ramai dari luar sana yang akan datang. Aku perlu lindungi kawan-kawan aku, aku perlu lindungi Bumi dan aku perlu lindungi galaksi."
  • "Aku tak mampu, Ochobot. Aku dah tak mampu lindungi kita semua."
  • "Aku akan tamatkan semua ni."
  • "Kau hancurkan Ochobot. Kau hancurkan kawan aku!"
  • "Biarlah apa yang datang. Selagi kita bersama, kita boleh atasi segalanya!"
  • "Kuasa Elemental!"
  • "Masa untuk tamatkan semua ni!"
  • "Aku tak boleh pergi. Aku kena berada di sini untuk lindungi Bumi."
  • "Aku takkan mengalah!"
  • "Aku tak boleh biarkan dia lagi!"
  • "Jangan serang kawan aku!"
  • "Berhenti serang kawan aku!"
  • "Berhenti cederakan kawan aku!"
  • "Aku perlu tebus kesalahan aku!"
  • "Aku hanya perlukan satu Kuasa Elemental sahaja."

Galeri[]

Wiki-wordmark
Wiki BoBoiBoy mempunyai pelbagai gambar menarik tentang BoBoiBoy (watak). Rujuk BoBoiBoy (watak)/Galeri.

Video[]

Rujukan[]

Advertisement