BoBoiBoy Wiki
Advertisement
BoBoiBoy Wiki
Rencana ini adalah tentang siri TV dan keseluruhan francais BoBoiBoy. Untuk maklumat mengenai watak utamanya, BoBoiBoy, sila rujuk BoBoiBoy (watak).

BoBoiBoy ialah siri animasi Malaysia yang dikeluarkan oleh Animonsta Studios. Siri ini mengisahkan tentang seorang budak lelaki berumur 11 tahun bernama BoBoiBoy dengan kawan-kawannya yang membentuk satu pasukan dan bersama-sama melindungi Bumi dengan menewaskan alien-alien jahat yang cuba menakluki Bumi.

Siri ini mula-mula ditayangkan di Malaysia menerusi saluran TV3 pada 11 Mac 2011, kemudian menembusi pasaran antarabangsa pada 18 Jun pada tahun yang sama di Disney Channel Asia.

Ringkasan[]

BoBoiBoy adalah anak watan Kota Hilir yang datang ke Pulau Rintis sempena cuti sekolah untuk menemani datuknya, Tok Aba menjaga kedai kokonya, Tok Aba's Kokotiam. Pada masa yang sama sekumpulan makhluk asing yang diketuai Adu Du datang untuk menakluki dan membolot hasil koko di Bumi. Oleh yang demikian, BoBoiBoy dan kawan-kawan setempatnya, Yaya, Ying dan Gopal diberi kuasa-kuasa super untuk menentang Adu Du serta alien-alien jahat lain untuk melindungi tempat tinggal mereka.

BoBoiBoy dapat mengawal dan berpecah kepada beberapa elemen yang berbeza. Yaya boleh terbang dan memegang benda berat dan mengawal kuasa graviti. Ying boleh memecut laju dan mengawal kuasa masa, manakala Gopal boleh menukarkan dari satu objek kepada makanan atau objek yang lain.

Sepanjang kisah ini dalam usaha menentang ancaman musuh, BoBoiBoy dan kawan-kawan dibantu oleh wira-wira lain, antaranya ialah Papa Zola, seorang watak permainan video yang keluar ke dunia nyata secara tidak sengaja dan Fang, seorang budak penjurus bayang sebaya dengan BoBoiBoy yang mula-mula disangka musuh tetapi rupanya juga mendapat kuasa.

Selain Adu Du, juga terdapat ancaman musuh-musuh daripada dalam dan luar Bumi, terutama sekali makhluk-makhluk asing yang sama keturunan dan spesies dengan Adu Du dan raksasa dan robot ciptaan Adu Du sendiri.

Kisah[]

Musim 1 (2011)[]

BoBoiBoy menyambut cuti sekolah dengan melawat datuknya, Tok Aba yang berada di Pulau Rintis, di mana dia bergaul dengan kawan-kawan baru yang menjadi sahabat handainya sepanjang siri, iaitu YayaYing dan Gopal. Pada masa yang sama, munculnya makhluk asing jahat yang bernama Adu Du yang merancang untuk merampas kesemua koko di Bumi bersama konco-konconya, Probe dan Komputer. Pada suatu hari, Adu Du mengarahkan Probe pergi mencuri koko dari gerai Tok Aba, apabila BoBoiBoy mengetahui yang satu tin koko telah dicuri, dia mengekori Probe untuk mengambil semula kokonya sehinggalah mereka tiba di kapal angkasa Adu Du.

Sedar tak sedar, BoBoiBoy diekori oleh robot "sfera kuasa" dari kapal angkasa Adu Du yang memperkenalkan dirinya sebagai Ochobot dan memberi BoBoiBoy keupayaan mengawal elemen petir, angin dan tanah, dan berpecah kepada tiga orang dengan elemen masing-masing. Ochobot turut memberikan kuasa super kepada kawan-kawannya. Maka BoBoiBoy dan kawan-kawan menggunakan kuasa-kuasa ini untuk melindungi Pulau Rintis daripada ancaman Adu Du di samping membantu masyarakat setempat apabila ada kesusahan. Penangan Adu Du yang kian getir juga mendorong peningkatan kuasa BoBoiBoy kepada Halilintar, Taufan dan Gempa. Pada kemuncak musim pertama, BoBoiBoy pulang semula ke bandar lamanya untuk menyambung persekolahannya di sana.

Musim 2 (2012-2013)[]

Enam bulan selepas menumpaskan Adu Du pada penghujung musim pertama dan kembali ke bandar, BoBoiBoy berpindah ke Pulau Rintis dan meneruskan persekolahan di Sekolah Rendah Pulau Rintis. Maka, dia bertemu kembali dengan Yaya, Ying dan Gopal di samping bertemu dengan seorang lawan baru yang bernama Fang yang cemburu akan kuasa dan populariti BoBoiBoy di sekolah. Di samping itu BoBoiBoy juga mahir bertukar langsung kepada bentuk elemen tahap kedua.

Sementara itu, Adu Du sering mencuba pelbagai cara untuk menghapuskan BoBoiBoy yang telah kembali itu, termasuklah bekerjasama dengan Fang buat sementara waktu. Akan tetapi, kesemua cubaannya gagal. Akhirnya, Fang pun menyertai geng BoBoiBoy kerana kuasanya juga dikurniakan oleh Ochobot secara tidak sengaja dalam satu pertembungan dengan Adu Du dan Probe. Musim kedua diakhiri dengan ketibaan Ejo Jo di Bumi yang mengucar-ngacirkan sekolah BoBoiBoy, menyebabkan geng BoBoiBoy berpakat dengan geng Adu Du.

Musim 3 (2014-2016)[]

Setelah bertungkus-lumus menumpaskan Ejo Jo, BoBoiBoy dan kawan-kawannya mula berkawan dengan Adu Du untuk bersama-sama menjaga keselamatan Pulau Rintis daripada ancaman dari dalam dan luar. Namun, persahabatan mereka itu tidak berkekalan apabila datang Ibu Bu, iaitu ibu Adu Du untuk melawat dan melepaskan rindunya terhadap anaknya yang dipanggil "Bubuchuk" sebagai nama timangannya. Apabila mengetahui dia menjadi baik, dia memujuk Adu Du semula dengan habis-habisan supaya kembali kepada kejahatan.

Kuasa elemen BoBoiBoy turut berkembang apabila dia boleh bertukar menjadi BoBoiBoy Api yang boleh mengawal elemen api.

Adu Du pula berusaha mencipta sebuah robot yang dinamakannya BoBoiBot yang bukan sahaja menyerupai rupa BoBoiBoy, bahkan juga meniru kuasa-kuasa elemen BoBoiBoy sehingga dia menggantikan BoBoiBoy sebagai seorang wira tempatan di Pulau Rintis. Akhirnya, dengan bantuan Probe yang memberitahu kelemahan BoBoiBot kepada BoBoiBoy dan Ochobot, BoBoiBoy menyahut cabaran penirunya dengan bertukar menjadi BoBoiBoy Air.

BoBoiBoy dan kawan-kawannya bertemu dengan Kapten Kaizo, Lahap dan Fang dan mereka memaksa mereka untuk menyerahkan Jam Kuasa. Namun, keengganan mereka membuatkan Kapten Kaizo bertarung dengan BoBoiBoy. Selepas BoBoiBoy dan kawan-kawannya dikalahkan, Fang mengambil kesempatan untuk mengambil semua Jam Kuasa dari tangan BoBoiBoy, Gopal, Yaya dan Ying menggunakan Kuasa Bayangnya dan menyerahkannya kepada Kapten Kaizo. BoBoiBoy memohon kepada mereka untuk memulangkan kuasa mereka, tetapi mereka terus memasuki kapal angkasa dan berlepas ke angkasa.

BoBoiBoy dan kawan-kawannya meminta bantuan daripada Adu Du dan Probe untuk menyelamatkan Fang. Selepas Adu Du bersetuju, mereka menaiki kapal angkasa Adu Du dan mengekori kapal angkasa Kapten Kaizo. BoBoiBoy dan kawan-kawan kemudiannya berjaya memasuki ke dalam kapal angkasa Kapten Kaizo melalui pod angkasa sementara Adu Du dan Probe terhempas ke Bumi. Kedatangan BoBoiBoy dan kawan-kawannya disambut baik oleh Kapten Kaizo dan Lahap dan mereka mencabar BoBoiBoy dan kawan-kawannya untuk bertarung sekali lagi di atas keazaman mereka yang tinggi untuk mengambil semula Jam Kuasa.

Selepas bertungkus-lumus menumpaskan Kapten Kaizo dan Lahap, mereka mengakui BoBoiBoy dan kawan-kawannya layak untuk menggunakan Jam-jam Kuasa. Sebelum menghantar mereka ke Bumi semula, Kapten Kaizo telah menasihati BoBoiBoy supaya sentiasa berhati-hati dengan ancaman luar yang akan datang kepada dia dan kawan-kawannnya. Musim ketiga siri ini diakhiri suara ucapan BoBoiBoy.

BoBoiBoy: The Movie (2016)[]

Rencana utama: BoBoiBoy: The Movie


BoBoiBoy Galaxy (2016-2018)[]

Rencana utama: BoBoiBoy Galaxy


BoBoiBoy Movie 2 (2019)[]

Rencana utama: BoBoiBoy Movie 2


Penerbitan[]

BoBoiBoy merupakan keluaran sulung Animonsta Studios, syarikat penerbitan animasi yang ditubuhkan oleh Nizam Abd Razak bersama tiga rakan lain (Safwan Abd Karim, Anas Abdul Aziz, dan Kee Yong Pin) setelah mereka meninggalkan Les' Copaque Production, syarikat yang pernah diasaskan oleh Nizam dan Safwan dahulu dan terkenal kerana menghasilkan siri animasi Upin & Ipin dan filem Geng: Pengembaraan Bermula yang pernah diarahkan oleh Nizam. Syarikat Animonsta beroperasi di MAC3, fasiliti pengeraman pembangun kandungan Perbadanan Kemajuan Multimedia (MDeC) di Cyberjaya.

Konsep asal cerita BoBoiBoy berkisarkan makhluk asing yang tiba ke Bumi lalu ketagih akan kopi dan mahu menyaingi keenakan kopi yang dihidangkan di kedai kopi datuk kepada watak utama. Tidak lama kemudian, konsepnya diolah semula kepada serangan makhluk asing ke Bumi untuk memburu koko, "kerana ia lebih dekat dengan jiwa kanak-kanak".

Siri BoBoiBoy diterbitkan dalam dua versi bahasa serentak, iaitu bahasa Malaysia untuk pasaran tempatan dan bahasa Inggeris untuk pasaran antarabangsa, kedua-duanya memanfaatkan bakat pelakon suara tempatan yang terdiri daripada pelbagai kaum dan umur. Untuk dialog bahasa kebangsaan, Nur Fathiah Diaz, bekas pelantun suara watak Upin & Ipin, dipelawa kembali ke bidang lakonan suara untuk menghidupkan watak utama siri ini, iaitu BoBoiBoy.

Episod[]


Watak[]

Rencana utama: Senarai watak BoBoiBoy


Projek Filem BoBoiBoy[]

Rencana utama: BoBoiBoy: The Movie

Animonsta Studios telah mengumumkan projek penghasilan filem BoBoiBoy: The Movie pada bulan Mei 2013. Mengikut perancangan asal, filem ini akan ditayangkan di seluruh pawagam Malaysia pada akhir tahun 2014, tetapi telah ditunda kepada bulan Mac 2015 dan ditunda sekali lagi kepada bulan November 2015 menurut Majalah Komik BoBoiBoy. Kemudian ditunda sekali lagi kepada bulan Mac atau April 2016 menurut Facebook BoBoiBoy.

Pada 21 Disember 2015, Animonsta Studios telah mengumumkan tarikh tayangan secara rasmi melalui Facebook BoBoiBoy, iaitu pada 3 Mac 2016. Pada 30 Disember 2015, Animonsta Studios telah mengumumkan pula tarikh tayangan di pawagam Indonesia iaitu pada 13 April 2016. Pada 18 Mac 2016, pihak Monsta telah mengumumkan tarikh tayangan di Singapura iaitu pada 18 Mac 2016.

Taman Tema BoBoiBoy[]

Pada tahun 2016, pihak Monsta telah mengumumkan bahawa taman tema BoBoiBoy bakal dibuka tidak lama lagi di MAPS Perak, dengan harapan dapat melengkapkan pengalaman penonton dan peminat di mana mereka akan dapat berinteraksi bersama BoBoiBoy dalam BoBoiBoy 4D Adventure, dapat berlakon bersama BoBoiBoy di BoBoiBoy Hero Academy dan merasai sendiri lepak di warung Tok Aba's Kokotiam. Sebaik sahaja taman tema ini telah dibuka secara rasmi, pasti akan penuh dengan pengunjung.

Penghargaan[]

Anugerah Karyawan Animasi[1]

Tahun Anugerah Keputusan
2011 Skrip Animasi Terbaik Menang
Muzik Tema Terbaik Menang
Lakonan Suara Terbaik Menang

Siaran TV[]

Rencana utama: BoBoiBoy antarabangsa


Negara/Rantau Saluran Mula Tayangan
Malaysia TV3 13 Mac 2011
Disney Channel Asia 11 Jun 2011
Indonesia Global TV 5 Mei 2012
MNCTV 20 Oktober 2014
Disney Channel Asia 11 Jun 2011
RTV 16 Disember 2020
Singapura
Brunei
Thailand
Filipina
Vietnam
Kemboja
Disney Channel Asia 11 Jun 2011
India Hungama TV 17 Jun 2017

Trivia[]

  • Seperti pada treler pertama tahun 2009, watak-watak telah dikeluarkan seperti: BoBoiBoy, Yaya, Adu Du dan BoBot, dan terdapat Tok Aba's Kopitiam, sebuah bangunan dan menjual koko.
  • Menurut Facebook rasmi, BoBoiBoy telah dinilai sebagai siri animasi no. 1 di Malaysia dan menonton 2.1 juta orang setiap hari di Indonesia.
  • Siri ini telah dicalonkan sebagai "Komuniti Dalam Talian Tempatan Kegemaran" pada Nefawani ICT Awards 2013.
  • Siri ini pada masa ini boleh ditonton secara dalam talian di YouTube Kids, satu ciri baru dari YouTube.
  • Siri ini juga akan merangkumi 45 negara di YouTube.
  • Menurut Kee Yong Pin, siri ini dibuat daripada inspirasi dari siri TV animasi Amerika yang popular bertajuk Ben 10, walaupun kebanyakan peminat menganggap mereka terinspirasi oleh anime.
  • Sempena siri animasi BoBoiBoy telah mencapai 5 tahun bersama peminat pada tahun 2016, Monsta telah berkongsi 5 perkara tentang BoBoiBoy di akaun Facebok iaitu:[2]
    • Superhero kita: BoBoiBoy direka untuk menjadi ikon superhero untuk anak-anak generasi sekarang. Jika dulu kami membesar dengan superhero-superhero dari barat dan Jepun, kini anak-anak zaman sekarang bakal membesar dengan hero mereka sendiri. Bagi kami ini adalah sangat penting untuk pembinaan jati diri kanak-kanak. Walaupun semua superhero ada watak fictional tetapi ianya memberikan kesan psychology sewaktu membesar terutama terhadap keyakinan diri.
    • Dari kanak-kanak ke remaja dan dewasa: Asalnya siri animasi BoBoiBoy adalah untuk kanak-kanak tetapi data menunjukkan bahawa 60% dari kalangan yang menonton adalah golongan remaja dan dewasa. Kami terkejut dengan data ini dan disebabkan inilah watak-watak seperti Papa Zola dan Bago Go dihasilkan supaya BoBoiBoy menjadi lebih 'relatable' kepada penonton remaja dan dewasa. Kini kami mula mengubah dan mengolah jalan cerita BoBoiBoy supaya lebih sesuai ditonton oleh seisi keluarga.
    • Masa berhibur berkualiti untuk seisi keluarga: Kami sangat terharu melihat ramai yang datang menonton BoBoiBoy: The Movie dengan keluarga. Walaupun kami menjangka situasi ini tetapi kami langsung tidak menjangka ramai sebegini - satu panggung penuh dengan keluarga. Ini secara langsung mewujudkan masa berhibur yang berkualiti di antara ahli keluarga. Malah selepas menonton, kami dapat lihat di mana ibu bapa dan anak-anak berbincang tentang BoBoiBoy: The Movie.
    • Dari siri animasi, ke layar perak dan bakal ke taman tema: Jika dulu kita hanya dapat menonton BoBoiBoy di kaca TV, kini kita boleh beramai-ramai menonton BoBoiBoy di pawagam dan tidak lama lagi BoBoiBoy akan muncul di taman tema MAPS Perak. Ini akan melengkapkan 'experience' penonton dan peminat di mana mereka akan dapat berinteraksi bersama BoBoiBoy (BoBoiBoy 4D Adventure), dapat berlakon bersama BoBoiBoy (BoBoiBoy Hero Academy) dan merasai sendiri lepak di Tok Aba Kokotiam.
    • BoBoiBoy & Beyond: Kami di MONSTA sangat gembira dengan penerimaan BoBoiBoy selama 5 tahun ini. BoBoiBoy akan diteruskan dengan penjenamaan siri BoBoiBoy ke BoBoiBoy Galaxy. Jika dulu BoBoiBoy hanya menunggu masalah alien datang nak serang Bumi, kini BoBoiBoy akan sendiri mencari masalah dengan pergi ke serata galaksi bagi mencari lebih banyak Sfera Kuasa. InsyaAllah juga kami akan laksanakan BoBoiBoy The Movie 2 dan 3.
  • BoBoiBoy sangat mempengaruhi penonton Malaysia dan juga Asia Tenggara. Pada masa ini, siri ini telah ditunjukkan di saluran talian LeTV China dan telah pergi ke India dan Korea Selatan. Ia begitu popular bahawa Kee Yong Pin berkata, "Kami mahu BoBoiBoy menarik lebih ramai orang Asia... terutamanya dari Filipina dan Vietnam." Bukan sahaja Jepun, Amerika Syarikat, China, Rusia, dan Malaysia adalah negara yang paling cenderung menjadi makhluk asing dan raksasa. BoBoiBoy akan dikeluarkan secara meluas di Asia, Rusia dan beberapa negara Eropah dalam masa terdekat.[3]

Galeri[]

Kategori utama: Gambar BoBoiBoy

Video[]

Rujukan[]

Pautan luar[]

Advertisement