BoBoiBoy Wiki
Advertisement
BoBoiBoy Wiki


BoBoiBot ialah sebuah robot yang dicipta oleh Adu Du berdasarkan BoBoiBoy dengan sepasang tangan dan kaki dan disertakan dengan sampel-sampel kuasa BoBoiBoy dengan misi untuk menghapuskan BoBoiBoy. Dalam Bangkit BoBoiBoy Air, BoBoiBot telah dimusnahkan oleh BoBoiBoy Halilintar dengan menggunakan Belut Air Halilintar.

Sejarah

BoBoiBoy

Robot Pango & Raksasa Bawang

Pandangan pertama BoBoiBot.

BoBoiBot pertama kali dilihat di akhir episod setelah Adu Du kembali ke Markas Kotak untuk melengkapkan projeknya yang menggunakan enam sampel yang dikehendakinya, kuasa Halilintar, Taufan dan Gempa, rambut, air mata dan cap jari BoBoiBoy, untuk mencipta robot BoBoiBot.

BoBoiBot Bersedia

BoBoiBot menyerang balas.

Dalam Markas Kotak, Adu Du mengarahkan Probe untuk menjalankan ujian terakhir ke atas BoBoiBot sambil menyaksikannya dengan teliti. Mega Probe naik ke atas dan mula menyerang BoBoiBot. BoBoiBot mengelak dan menyerang balas ke arah Probe dengan Keris Petir. Probe direnjat dengan elektrik dan jatuh ke bawah. BoBoiBot dipuji oleh Adu Du lalu mereka mula menjalankan rancangan seterusnya.

Tidak lama kemudian, BoBoiBot datang ke pertunjukan "Siapakah Penjenayah Api?" oleh Adu Du dan Adu Du memberitahu kepada penduduk Pulau Rintis tentang BoBoiBoy yang sedang penat dan tertekan sehingga tertukar menjadi BoBoiBoy Api. Oleh itu, Adu Du mencadangkan mereka superhero baru untuk menggantikan BoBoiBoy dengan ciri-ciri tak akan penat, tak perlu makan, tak perlu tidur dan tak akan tertekan untuk menggunakan kuasa api, lalu menyeru BoBoiBot. BoBoiBoy dan kawan-kawannya berasa marah lalu berlawan dengan BoBoiBot, tetapi BoBoiBot lebih berkuasa daripada mereka dan menyebabkan mereka tewas dalam pertarungan itu.

Kemudian, Adu Du memerintahkan BoBoiBot untuk membuatkan BoBoiBoy tertekan dan bertukar menjadi BoBoiBoy Api. Kemudian, BoBoiBoy Api membaling Gegelung Api ke arah BoBoiBot, membuatkan BoBoiBot pula bertukar menjadi BoBoiBot Api 2.0. BoBoiBot Api membuatkan keadaan persekitaran menjadi panas dengan mengeluarkan Bebola Api 2.0 dan BoBoiBoy Api berubah menjadi biasa semula. Selepas mendapat arahan untuk menghentikan serangan, BoBoiBot berhenti dan berubah menjadi normal. Adu Du memberitahu kepada penduduk lagi bahawa BoBoiBot berupaya untuk mengawal kuasa api, namun BoBoiBoy tidak boleh mengawalnya. Akhirnya, semua penduduk melupakan BoBoiBoy dan mula menjadikan BoBoiBot sebagai hero baru di pulau mereka.

Bahagia Bersama BoBoiBot

Ketibaan BoBoiBot Api.

Setelah adegan kejar-mengejar antara Robot Pango dengan pihak polis, BoBoiBot tiba selepas Adu Du untuk menghalang jalan Robot Pango. BoBoiBot bertukar menjadi BoBoiBot Api lalu menembak Robot Pango dengan Bebola Api 2.0, membuatkan Pango Robot termusnah. Setelah Tiga Rob tercampak keluar, BoBoiBot mendapatkan mereka lalu memasukkan mereka ke dalam trak polis. Selepas trak polis bergerak, BoBoiBoy pula baru sampai dan diejek oleh Adu Du dan BoBoiBot kerana lewat sebelum mereka meninggalkan tempat kejadian.

Di Markas Kotak, BoBoiBot membantu membersihkan tempat di mana Adu Du menguji BoBoiBot. Kemudian, BoBoiBot membantu mengemaskinikan stor sukan Sekolah Rendah Pulau Rintis, menyebabkan Papa Zola berasa kagum dan teruja. BoBoiBoy yang turut berada di dalam stor diperli lagi oleh Adu Du dan BoBoiBot. BoBoiBoy yang berasa sangat marah dan mula mengeluarkan kuasa api ditangannya tetapi sempat dihentikan oleh Papa Zola dan keadaan kembali reda. Papa Zola turut berasa geram terhadap BoBoiBoy dan Adu Du yang bermula antara konflik mereka berdua. Untuk itu, Papa Zola mencadangkan jalan penyelesaian atas masalah mereka dengan membuat satu pertandingan iaitu Pertandingan Populariti Perwira Pulau Rintis (P.P.P.P.R.) dan mereka pun bersetuju.

Keesokan harinya, BoBoiBoy dan BoBoiBot mula bersaing dalam membantu semua penduduk-penduduk untuk mendapatkan mata yang banyak, tetapi BoBoiBot berjaya mendapat seribu mata manakala BoBoiBoy hanya mendapat beratus-ratus mata. Selepas 1 minggu, Papa Zola mengumumkan pemenang bagi Pertandingan Populariti Perwira Pulau Rintis adalah BoBoiBot. Kemudian, BoBoiBot membantu membaiki bumbung rumah Gopal yang disebabkan kerosakan oleh Mama Zila tetapi sebelum meminta diri, BoBoiBot memberitahu yang pertolongannya bukan percuma lalu mengeluarkan resit pembayarannya dan mula mengugut akan menghukum penduduk yang tidak membayar.

2 minggu kemudian, Adu Du dan BoBoiBot sedang memungut duit pertolongan BoBoiBot di tanah lapang dari penduduk. Kemudian, BoBoiBoy datang meminta kepadanya untuk menghentikan perbuatannya namun tidak diendahkan oleh Adu Du lalu dia memaksa perasaan marah BoBoiBoy untuk menghentikan perbuatannya. Tetapi, BoBoiBoy dengan perasaan tenang dan yakin mula mengumpulkan elemen air lalu bertukar menjadi BoBoiBoy Air.

Kejutan BoBoiBoy Air

BoBoiBot mula ditentang oleh BoBoiBoy Air apabila dia menyuruhnya untuk memulangkan semua duit rampasan lalu terus mengeluarkan duit tersebut menggunakan Letupan Air. Adu Du turut tercampak ke langit lalu BoBoiBot segera menyelamatkannya. BoBoiBot kemudiannya menyabarkan tuannya yang hampir naik marah disebabkan oleh BoBoiBoy Angin yang ingat-ingat lupa. BoBoiBoy Air memintanya untuk tenang dan membawa berbincang, lalu Adu Du mengugutnya yang sebaliknya dia akan dicincang oleh BoBoiBot. Lalu BoBoiBoy Air memberitahunya bak kata pepatah "Air yang dicincang tidak akan putus" dan BoBoiBot bingung bertanya kerana tidak memahami pepatah itu kepada tuannya, tetapi Adu Du juga tidak memahami maksud pepatah itu selaku makhluk asing.

Ujaran-ujaran BoBoiBoy Air yang seterusnya mula menyemarakkan kemarahan Adu Du maka dia menyuruh BoBoiBot untuk melancarkan serangan. BoBoiBot bertukar menjadi BoBoiBot Api dan melancarkan tembakan api ke merata tempat. BoBoiBoy Air panik dan masuk ke dalam gelembung dan melarikan diri, tetapi akhirnya tembakan besar BoBoiBot berjaya menyejat gelembung BoBoiBoy. Setelah itu, BoBoiBot Api meneruskan serangannya dengan Tumbukan Berapi 2.0 dan disambut oleh BoBoiBoy dengan Pukulan Ombak. Serangan air itu membuatkan BoBoiBot menjadi rosak dan basah tetapi tetap terus berjalan.

Setelah mengetahui yang Probe yang memberitahu kelemahan BoBoiBot dan berikrar untuk menguruskan Probe kemudian, Adu Du langsung menyuruh BoBoiBot untuk melancarkan serangan habis-habisan. Maka BoBoiBot menggunakan Kuasa Tiga dan ketiga-tiga mereka kembali kepada keadaan asal. BoBoiBot Gempa menghambat BoBoiBoy Air yang melarikan diri dengan Tanah Tinggi 2.0 dan Dinding Tanah 2.0 lalu disambung oleh BoBoiBot Taufan dengan Gerudi Taufan 2.0. Menyedari yang Fang ingin membantu BoBoiBoy Air, BoBoiBot Gempa bertindak dengan mengurung Fang dan kawan-kawan di dalam Penjara Tanah.

Kemudian apabila BoBoiBoy Air memberitahu yang dia boleh berlawan dengan BoBoiBot seorang diri, BoBoiBot Halilintar berkata kepadanya agar tidak terlalu yakin lalu menyerangnya dengan Pedang Halilintar 2.0. Tetapi BoBoiBoy Air mengelak daripada serangannya dengan menaiki Ombak Luncur. Geram melihat itu, BoBoiBot Halilintar bergerak ke kawasan lain dengan Gerakan Kilat 2.0, tetapi tetap tidak berhasil. Maka BoBoiBoy Air dihentikan oleh BoBoiBot Gempa.

Bangkit BoBoiBoy Air

Apabila melihat BoBoiBoy ingin berpecah, BoBoiBot Gempa menghalangnya dengan menggunakan Tanah Pengikat. Lalu dia diejek oleh Adu Du dan BoBoiBot Gempa yang dia tidaklah sehebat mana. Setelah BoBoiBoy Air yang hampir berputus asa kembali bersemangat, BoBoiBot Gempa terus menyerangnya dengan Golem Tanah 2.0. Namun, satu demi satu BoBoiBot diserang dan dikalahkan oleh BoBoiBoy Air dan membuatkan ketiga-tiga BoBoiBot bercantum semula. Tetapi selepas melihat air di atas jalan raya, Adu Du mengambilnya sebagai sampel air secara diam untuk dimasukkan ke dalam BoBoiBot.

Apabila BoBoiBoy Air ingin menghabiskan BoBoiBot, Adu Du pun datang berpura-pura mengaku kalah sebagai tipu helahnya lalu membelanja mereka untuk minum air. Melihat mereka terleka sewaktu minum air, Adu Du terus memasukkan sampel kuasa air ke dalam BoBoiBot dan mula bertukar menjadi BoBoiBot Air. Ia mengejutkan BoBoiBoy Air dan yang lain maka dia bertindak dengan menyerang menggunakan Bebola Paus Air. Namun, serangan itu gagal mengenai BoBoiBot maka dia berjaya bertukar menjadi BoBoiBot Air.

Namun, rupanya BoBoiBot Air bertukar dengan bentuk badannya yang berbentuk bulat dan gemuk tetapi cuba meyakinkan tuannya dengan menunjukkan kuasanya iaitu Bebola Air, tetapi terjatuh dan tidak dapat mengawalnya lalu dia digelakkan oleh Gopal. Ini membuatkan Adu Du berasa amat marah lalu menganggapnya sebagai "robot sampah" tetapi BoBoiBot cuba mempertahankan dirinya bahawa dia adalah robot terbaik Adu Du. Probe membantah kata-katanya lalu BoBoiBot marah Probe semula. Namun Adu Du mempertahankan Probe, walaupun kepalanya telah dimasuki air, namun dia masih boleh berlawan jika dibandingkan dengannya.

BoBoiBot Air mula tercabar lalu mengumpulkan awan dan membuat hujan lebat sambil berkata yang dia akan membuatkan seluruh Pulau Rintis banjir dan melemaskan semua orang. Adu Du memuji kehebatan BoBoiBot Air, tetapi dia sedar bahawa dia juga akan tenggelam nanti. BoBoiBot Air tidak lagi peduli dengan Adu Du kerana dia telah menghinanya dan terus menyerang tuannya itu dan Probe datang menyelamatkannya. Kemudian BoBoiBoy Air menggunakan Pukulan Ombak untuk menyerang BoBoiBot Air namun tiada kesan terhadapnya kerana dia sudah menjadi kalis air.

Detik-detik terakhir BoBoiBot.

Apapun, BoBoiBoy Air tiba-tiba terpandang dan terdengar bunyi elektrik dari tiang elektrik lalu berkata yang dia sudah tahu kelemahannya. Kemudian BoBoiBoy Air membentuk Belut Air Berkembar dan menyeru mereka untuk menyerang BoBoiBot. BoBoiBot Air tetap berlagak dan ingin menunjukkan kehebatannya untuk menghancurkan belut tersebut lalu menyerangnya dengan Geiser Air. BoBoiBoy bertukar menjadi BoBoiBoy Halilintar dan melontarkan dua bilah Pedang Halilintar ke arah belut tadi lalu ia bertukar menjadi Belut Air Halilintar. Belut tersebut dengan mudah menembusi serangan BoBoiBot dan akhirnya BoBoiBot terkena renjatan elektrik. BoBoiBoy kembali menjadi biasa lalu memberitahu BoBoiBot bahawa dia sudahpun kalah, dan BoBoiBot sempat memuji bahawa BoBoiBoy memang terbaik sebelum sistemnya terpadam kerana renjatan elektrik itu.

Kuasa

BoBoiBot

BoBoiBot

Ini merupakan bentuk normal bagi BoBoiBot.

Kuasa

BoBoiBot Halilintar

BoBoiBot Halilintar

BoBoiBot Halilintar merupakan bentuk BoBoiBot yang mirip dengan BoBoiBoy Halilintar.

Kuasa
  • Pedang Halilintar 2.0: Senjata utama bagi BoBoiBot Halilintar yang bercantum dengan tangannya.
    • Tetakan Halilintar 2.0: BoBoiBot menggunakan pedangnya untuk menyerang atau menetak musuhnya atau untuk menghancurkan sebarang pertahanan.
  • Gerakan Kilat 2.0: BoBoiBot Halilintar melepaskan diri dari perangkap musuh atau mengejar musuhnya dengan memecut sepantas kilat dalam masa yang singkat.
Rupa
BoBoiBot Halilintar mempunyai topi dan besi yang berwarna hitam dan merah serta birai topinya menghadap ke hadapannya. Iris matanya berwarna merah dan terdapat simbol halilintar yang berwarna merah di dadanya. BoBoiBot Halilintar tidak mempunyai pergelangan tangan, telapak tangan dan sepuluh jari kerana pedangnya telah bercantum dengan kedua-dua tangannya.

BoBoiBot Taufan

BoBoiBot Taufan

BoBoiBot Taufan merupakan bentuk BoBoiBot yang mirip dengan BoBoiBoy Taufan.

Kuasa
  • Kokun Angin 2.0: BoBoiBot Taufan menjadikan jurusan ini sebagai pertahanannya dengan menghasilkan perisai taufan untuk menghalang atau membalikkan daripada serangan lawan.
  • Bebola Taufan 2.0: BoBoiBot Taufan memadatkan kuasa taufan menjadi bola lalu dilepaskan yang menghasilkan puting beliung besar di sekelilingnya.
  • Gerudi Taufan 2.0: BoBoiBot Taufan menghasilkan puting beliung mini di tangannya yang digunakan sebagai gerudi.
Rupa
BoBoiBot Taufan mempunyai topi dan besi yang berwarna hitam dan biru dan birai topinya menghadap ke kanan pemakai. Iris matanya berwarna biru dan terdapat simbol taufan yang berwarna biru di dadanya. BoBoiBot Taufan tidak mempunyai kaki kerana terdapat pusaran taufan di situ yang digunakannya untuk bergerak dan juga dijadikan sebagai papan luncur udaranya.

BoBoiBot Gempa

BoBoiBot Gempa

BoBoiBot Gempa merupakan bentuk BoBoiBot yang mirip dengan BoBoiBoy Gempa.

Kuasa
  • Golem Tanah 2.0: BoBoiBot Gempa menyeru golem yang diperbuat daripada logam yang lebih kuat sehingga mampu menghancurkan Golem Tanah biasa.
  • Tanah Tinggi 2.0: BoBoiBot Gempa dapat mempelantingkan lawan dengan meninggikan aras tanah.
  • Dinding Tanah 2.0: BoBoiBot Gempa meninggikan aras tanah untuk menghalang musuhnya daripada dapat melarikan diri.
  • Penjara Tanah: BoBoiBot Gempa menggunakannya sebagai bonjolan untuk mengurung lawan.
  • Tanah Pengikat: Digunakan untuk mencengkam atau mengikat lawannya.
Rupa
BoBoiBot Gempa mempunyai topi dan besi yang berwarna hitam dan kuning dan birai topinya menghadap ke belakang pemakai. Iris matanya berwarna kuning dan terdapat simbol gempa yang berwarna perang di dadanya. BoBoiBot Gempa juga mempunyai sepasang tangan yang diperbuat daripada logam yang amat keras dan sukar untuk dihancurkan.

BoBoiBot Api

BoBoiBot Api

BoBoiBot Api merupakan bentuk BoBoiBot yang mirip dengan BoBoiBoy Api.

Kuasa
  • Obor Api: BoBoiBot Api boleh menukarkan tangan kirinya kepada obor yang berupaya untuk mengeluarkan api yang banyak dan menjadi senjata utama bagi BoBoiBot Api.
    • Bebola Api: Dengan menggunakan obor api pada tangan kirinya, ia boleh mengeluarkan sebuah bebola api yang boleh dikatakan suhu kepanasannya lebih tinggi daripada keluaran BoBoiBoy Api.
    • Bebola Api Maksima: BoBoiBot Api berupaya untuk membesarkan lagi saiz Bebola Api yang dikeluarkannya dan mampu untuk mengawal kepanasannya, jauh lebih efisien dari BoBoiBoy Api.
  • Tumbukan Berapi: BoBoiBot Api mengeluarkan api yang banyak pada obor apinya dan melepaskannya dengan pantas.
Rupa
BoBoiBot Api mempunyai topi dan besi yang berwarna hitam dan merah dan birai topinya menghadap ke hadapan pemakai. Iris matanya berwarna merah dan terdapat simbol api yang berwarna jingga di dadanya. Sewaktu bertempur, BoBoiBot Api boleh menukarkan tangan kananya menjadi obor api dan menjadikannya sebagai senjata utama.

BoBoiBot Air

BoBoiBot Air

BoBoiBot Air merupakan bentuk BoBoiBot yang mirip dengan BoBoiBoy Air.

Kuasa
  • Bebola Air: Serangan utama BoBoiBot Air yang hanya ditunjukkan secara ringkas sewaktu kemunculan pertamanya.
  • Tembakan Air Pembanjir: BoBoiBot Air menggunakannya untuk membanjirkan sesuatu tempat. Kuasa ini juga dikenali sebagai Tembakan Air Pemancit dalam BoBoiBoy Galaxy Card.
  • Tembakan Air: Sewaktu menggunakan Tembakan Air Pembanjir, BoBoiBot Air menyerang musuhnya menggunakan serangan lain seperti Tembakan Air.
  • Geiser Air: Geiser yang diperbuat daripada air yang berupaya untuk menyerang musuhnya di langit.
Rupa
BoBoiBot Air mempunyai topi dan besi yang berwarna biru muda dan biru gelap dan birai topinya menghadap ke hadapan pemakai. Iris matanya berwarna biru muda dan terdapat simbol air yang berwarna biru muda di dadanya. Tidak seperti bentuk-bentuk BoBoiBot yang lain, BoBoiBot Air mempunyai bentuk badan yang bulat dan gemuk.

Rupa

BoBoiBot mempunyai rupa yang hampir sama dengan BoBoiBoy, tetapi dia tidak memakai pakaian. Besi yang terletak pada badannya berwarna jingga kemerah-merahan. BoBoiBot mempunyai dua antena kecil di atas bulu keningnya untuk berinteraksi dengan Adu Du dan kesemua bahagian yang boleh bergerak mempunyai besi robotik. Mata BoBoiBot berbentuk bulat dan berwarna kelabu manakala hidungnya pula berwarna kuning. Mulutnya sama seperti mulut robot.

Perwatakan

Tidak seperti BoBoiBoy, BoBoiBot adalah robot yang sombong, kejam dan tiada rasa belas kasihan. Dia suka mengejek dan membuli BoBoiBoy yang asal kerana keunggulannya, dan sangat setia dan teguh terhadap Adu Du. Walau bagaimanapun, selepas Adu Du mengejeknya dan memanggilnya robot sampah kerana rupa gemuknya selepas mendapatkan kuasa elemen Air, dia berasa bahawa dia tidak menyayanginya, dia menjadi bermusuhan kepadanya dan membelot bekas tuannya.

Trivia

  • Pihak Monsta telah memuat naik sebuah video sebagai previu BoBoiBot pada 23 Februari 2015.
  • Kuasa BoBoiBot sama seperti kuasa BoBoiBoy. Tetapi, setiap kuasa BoBoiBot adalah lebih kuat jika dibandingkan dengan kuasa-kuasa BoBoiBoy. Kuasa-kuasa BoBoiBot sering disertakan dengan nombor "2.0" setiap kali ingin menyerang, yang menunjukkan bahawa versi kuasanya lebih baru berbanding BoBoiBoy.
  • BoBoiBot merupakan watak pertama yang mempunyai dua pelakon suara iaitu Nur Fathiah Diaz dan Anas Abdul Aziz., yang kedua ialah Hang Kasa.
    • BoBoiBot merupakan watak kelima yang disuarakan masing-masing oleh Anas dan Fathiah selepas Adu Du, Probe, Pakcik Kumar, dan Tok Aba bagi Anas dalam Bahasa Melayu dan Upin, Ipin, Fathiah, dan BoBoiBoy bagi Fathiah.
    • BoBoiBot merupakan satu-satunya watak jahat daripada lima watak yang disuarakan oleh Fathiah.
    • Dia juga merupakan watak kedua yang mana Fathiah tidak menyuarakan watak sebagai watak protagonis selepas Fathiah dalam siri Upin & Ipin.
  • Tujuan Adu Du memberikan arahan kepada BoBoiBot untuk membuatkan BoBoiBoy berasa tertekan dan membuatkan dia bertukar menjadi BoBoiBoy Api adalah untuk memberitahu kepada penduduk Pulau Rintis bahawa BoBoiBoy adalah si penjenayah api yang melakukan kerosakan dan kebakaran untuk membuat kehidupannya sengsara. Ini juga untuk membuktikan bahawa BoBoiBot adalah wira yang lebih baik berbanding BoBoiBoy.
    • Namun, Adu Du kemudiannya menggunakan BoBoiBot untuk mendapatkan duit dari setiap penduduk Pulau Rintis untuk misi utamanya, iaitu menghapuskan BoBoiBoy.
  • BoBoiBot merupakan salah satu dari lima penjahat baru dalam 5 Sebab Untuk Menonton BoBoiBoy.
  • Dalam Majalah Komik BoBoiBoy isu ke-34, BoBoiBot Taufan telah disalahnyatakan sebagai BoBoiBot Air. Kesilapan itu telah dibetulkan dalam majalah isu seterusnya.
  • Dalam Bahagia Bersama BoBoiBot, BoBoiBot boleh berubah menjadi empat variasi elemen, seperti BoBoiBoy.
  • Kelemahan BoBoiBot adalah air seperti yang diberitahu oleh Probe dalam episod Bahagia Bersama BoBoiBot.
    • Walau bagaimanapun dalam Bangkit BoBoiBoy Air, BoBoiBot mula menjadi kalis air setelah Adu Du memasukkan sampel kuasa air ke dalam BoBoiBot dan BoBoiBot bertukar menjadi BoBoiBot Air.
    • Namun, dia dihancurkan apabila air daripada BoBoiBoy Air ditambah dengan kuasa halilintar elektrik yang menjadi kelemahan BoBoiBot walaupun sudah ditambah oleh elemen air.
    • Keadaan lemaknya mungkin disebabkan oleh pengambilan air yang berlebihan daripada Bebola Paus Air BoBoiBoy Air atau hanya kerana pemerolehan kuasa elektrik air (ini kerana BoBoiBoy Air asal juga mengalami masalah yang sama apabila pertama kali membuka kunci kuasa airnya jadi ini boleh menyiratkan sebagai kemunduran yang asalnya datang dengan kuasa Air itu sendiri).
    • Ada kemungkinan bahawa Adu Du menyembunyikan kelemahan BoBoiBot kerana dia tidak ingin kalah dengan BoBoiBoy lagi.
  • Sewaktu kemunculan pertamanya, badannya gemuk dan berbentuk bulat, sama seperti kemunculan pertama BoBoiBoy Air dan disebabkan oleh itu, BoBoiBot Air tidak dapat menghasilkan Bebola Air (sama juga seperti BoBoiBoy Air).
  • BoBoiBot ialah watak ketiga yang boleh berpecah selepas BoBoiBoy dan Multi-Monster.

Galeri

Wiki-wordmark.png
Wiki BoBoiBoy mempunyai pelbagai gambar menarik tentang BoBoiBot. Rujuk BoBoiBot/Galeri.

Video

Advertisement