BoBoiBoy Wiki
Advertisement
BoBoiBoy Wiki


Bersedia merupakan lagu tema penutup siri BoBoiBoy yang telah digubah. Lagu ini dinyanyikan oleh Hana Abdul Aziz dan diterbitkan oleh Yuri Wong dalam dua bahasa, iaitu Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris. Mulai Musim 3, Episod 20, lagu Bersedia digantikan dengan lagu Jagalah Bumi.

Lagu ini merupakan soundtrack kedua dalam siri BoBoiBoy manakala versi Bahasa Inggeris merupakan soundtrack ke-26.

Lirik

Versi TV

Jangan takutkan langit yang gelap
Ayuh beranikan diri sahaja
Kita hadapi semua bersama

Marilah, kita pergi mengembara
Inilah masanya, untuk bersuka ria

Jangan bimbang, jangan diragu-ragukan
Pasti 'kan teruja, biar ia bawa kau pergi

Bersedia

Pergi mengembara
Kini masanya

Bersedia (x2)

Versi Extended Finale

Marilah, kita pergi mengembara
Inilah masanya, untuk bersuka ria

Jangan bimbang, jangan diragu-ragukan
Pasti 'kan teruja, biar ia bawa kau pergi

Jangan takutkan langit yang gelap
Ayuh beranikan diri sahaja
Kita hadapi semua bersama
Bersedia

Cabaran, akan datang tak menduga
Dengan tidak dijangka, mana saja kita berada (berada)

Percayalah, aku di sini untukmu
Sepanjang perjalanan, bersama hingga akhirnya

Jangan takutkan langit yang gelap
Ayuh beranikan diri sahaja
Kita hadapi semua bersama

Bersedia

Pergi mengembara
Kini masanya

Bersedia

Dan akan ku janjikan, kau tak akan sendirian
Ku bersamamu seiringan, usahlah engkau bimbangkan
Kita harungi bersama, dan aku tak 'kan pergi

Bersedia

Pergi mengembara
Kini masanya

Bersedia
Bersedia

Video

Advertisement