BoBoiBoy Wiki
Advertisement
BoBoiBoy Wiki


Bebola Api ialah kuasa utama BoBoiBoy Api yang sering digunakan untuk mencipta serangan atau kombo yang kuat.

Penggunaan

BoBoiBoy Api memulakan serangan ini dengan mengalirkan kuasa api ke tangannya lalu terciptalah kuasa api berbentuk bola yang membolehkannya untuk menyerang musuh dari jarak yang jauh ataupun mencipta gerakan yang baru.

Dalam BoBoiBoy Galaxy, BoBoiBoy Api memulakan serangan ini dengan mengumpulkan api di kedua tangannya dan mencipta kuasa api berbentuk bola gergasi di atasnya yang membolehkannya untuk menyerang musuh dari udara.

Sejarah

BoBoiBoy

Dalam Misteri Penjenayah Api, kuasa ini pertama kali ditunjukkan apabila BoBoiBoy Api menyerang Adu Du dan Probe di dalam sebuah pembentung terbiar. Kemudian, dalam Bahaya BoBoiBoy Api!, kuasa ini paling banyak digunakan oleh BoBoiBoy Api untuk melakukan serangan dan kombo untuk menyerang kawan-kawannya.

Kuasa

  • Bebola Api Maksima: BoBoiBoy Api menghasilkan bebola api yang kecil, kemudian membesarkannya menjadi gergasi lalu menyerang musuh daripada atas.
  • Bebola Api, Bertubi-tubi: BoBoiBoy Api menghasilkan dua bebola api daripada kedua-dua tangannya dan kemudian berpecah menjadi banyak lalu dapat menyerang musuh dari atas secara bertubi-tubi.
  • Bebola Api Berkembar: BoBoiBoy Api menghasilkan dua bebola api lalu menyerang musuhnya daripada jarak yang jauh. Serangan ini digunakan dalam BoBoiBoy: The Movie.
  • Serangan Bebola Api: Sama seperti Bebola Api yang biasa, tetapi serangan ini dapat menyerang secara lontaran dari jarak yang jauh.
    • Serangan Bebola Api, Bertalu-talu: BoBoiBoy Api menjelmakan seberapa banyak bebola api dan diterapungkan di atas udara lalu menampar sebiji demi sebiji untuk menyerang musuh secara bertalu-talu.
  • Sepakan Penalti, Bebola Api: Serangan jarak jauh yang memerlukan BoBoiBoy Api untuk mengeluarkan Bebola Api kemudian menendangnya dengan teknik Tendangan Basikal ke arah musuhnya.
  • Bebola Api Besar: Ia hampir sama dengan Bebola Api Maksima di mana BoBoiBoy Api mengumpulkan bebola api di kedua-dua tangannya, kemudian membesarkannya menjadi besar lalu menyerang musuhnya dari udara. Serangan ini digunakan dalam BoBoiBoy Galaxy.
  • Serangan Bebola Api: BoBoiBoy Api menyerang musuhnya dengan membuat lontaran dari udara.

Trivia

Galeri

Video

Advertisement