BoBoiBoy Wiki
Register
Advertisement
BoBoiBoy Wiki

BebelonBot merupakan sebuah Power Sphera berharga yang pernah dicuri oleh Panto dan digunakan oleh Jugglenaut. Selepas kekalahannya, BebelonBot diambil semula oleh TAPOPS.

Sejarah[]

BoBoiBoy Galaxy[]

BebelonBot mula-mula dilihat sedang disimpan di dalam Bilik Kebal Power Sphera di Stesen Angkasa TAPOPS bersama-sama dengan ApiBot dan SimenBot. Namun, ketiga-tiga mereka telah dicuri oleh Panto dan dihantar ke Planet Sarkas sebelum mereka diaktifkan dan diprogramkan semula oleh Jugglenaut dalam Sarkas Kegelapan. Kemudian Jugglenaut menggunakan BebelonBot untuk membuat belon-belon yang akan meletup apabila disentuh sebagai serangan perangkap untuk BoBoiBoy dan rakan-rakannya. Dalam Kemunculan Halilintar pula, Kaizo telah berjaya memisahkan BebelonBot daripada Jugglenaut. Setelah Jugglenaut dikalahkan oleh BoBoiBoy Halilintar, ketiga-tiga ApiBot, BebelonBot dan SimenBot telah dikumpulkan oleh Gopal lalu mereka dibawa semula ke Stesen Angkasa TAPOPS.

Dalam kredit akhir Sinaran Penamat, BebelonBot telah diletakkan di bilik sementara Power Sphera bersama dengan Power-Power Sphera lain dan berada dalam mod tidak aktif.

Kuasa[]

  • Kuasa Bebelon: Dengan menggunakan BebelonBot, Jugglenaut meniup belon di mulutnya lalu membentuk belon itu menjadi berbagai bentuk lain seperti bunga-bungaan, bola berduri dan labah-labah. Belon yang dihasilkan ini sangat sensitif kepada sentuhan kerana apabila seseorang menyentuhnya, ia akan menghasilkan sebuah letupan yang sangat kuat.
  • Tiupan Angin: Selepas meniup belon menjadi besar, Jugglenaut melepaskan tiupan angin pada belon-belonnya supaya bergerak ke arah musuh.

Rupa[]

Trivia[]

  • Nama BebelonBot diambil dari perkataan "belon", sesuai dengan kuasanya yang boleh menghasilkan pelbagai jenis belon kuasa.
  • Menurut Koko Ci, BebelonBot merupakan antara Power Sphera berharga yang berada dalam mod tidak aktif di samping ApiBot dan SimenBot.
  • Bersama ApiBot dan SimenBot, nama mereka pertama kali didedahkan menerusi skrin komputer.
  • Ia tidak diketahui bagaimana kedua-dua Power Sphera BebelonBot dan SimenBot didapatkan oleh Koko Ci.
  • Walaupun tidak pernah bercakap ataupun bersuara, tetapi menurut BoBoiBoy dalam surat peminat, BebelonBot bersama HookaBot, ApiBot dan SimenBot agak bising apabila mereka bersama dalam satu bilik sehingga menyebabkan BoBoiBoy sukar untuk tidur.

Galeri[]

Gambar promosi[]

Cekupan skrin[]

Advertisement