BoBoiBoy Wiki
Advertisement
BoBoiBoy Wiki

Mula-mula: Sebelum membuka sebarang halaman baru, pastikan subjek (watak, episod dsb.) yang anda ingin buat rencana baru itu belum ada dalam wiki ini dengan mencarinya di ruangan "Cari dalam BoBoiBoy Wiki" yang berada dekat sudut kanan atas laman. Terdapat sesetengah subjek yang mempunyai lebih daripada satu panggilan oleh itu perlu dibuat lencongan, cth. "BoBoiBoy Halilintar" sama dengan "Ada Da" tetapi "BoBoiBoy Halilintar" gelaran yang paling tepat, maka "Ada Da" dilencongkan ke "BoBoiBoy Halilintar" dengan menaipkan kod "#REDIRECT [[BoBoiBoy Halilintar]]" (tanpa tanda petikan) di halaman "Ada Da".

Dah pastikan? Untuk membuka laman baru, isikan nama laman itu di sini: <createbox>

 width=35

</createbox>

Anda juga boleh membuka laman baru dengan cara-cara berikut:

  • Buat pautan ke laman lain. Apabila anda menyunting laman yang sedia ada, anda boleh memformatkan kata-kata/ungkapan yang dipilih dengan mengklik butang berupa rantai bersambung di atas ruangan suntingan ini. Selepas anda menyimpan laman, pautan itu menjadi hidup -- tetapi jika ia tidak berpaut dengan laman yang wujud, ia akan membawa anda ke borang mencipta laman baru.
  • Mula dari laman yang sedia ada. Apabila meneliti rencana, anda mungkin terjumpa pautan merah, iaitu laman-lamannya belum dicipta lagi. Apabila mengklik pautan merah, anda akan dibawa terus ke laman yang tersiar "Anda telah mengikuti pautan ke laman yang belum wujud." Apa yang anda cuma perlu buat ialah isikan ruangan sunting, kemudian klik butang Simpan.
  • Taipkan URL. Anda juga boleh pergi terus ke laman lain dengan mengubah URL dalam bar alamat dengan hanya menaipkan alamat: https://boboiboy.fandom.com/ms/wiki/Tajuk_Contoh. Jika rencana itu tidak wujud, inilah peluang anda untuk mencipta laman baru.
  • Mulakan di BoBoiBoy Wiki:Kotak pasir. Anda juga boleh mulai menulis rencana baru anda dalam kotak pasir, iaitu kawasan ujian untuk ahli baru. Anda boleh menyunting kotak pasir, bubuh pautan dan klik pautan itu untuk menambahkan laman baru anda.

Dilarang

  • Membuat rencana yang tiada kena-mengena dengan francais rasmi BoBoiBoy, termasuk sekali cereka peminat (fan fiction) dan sebarang dengannya. Wiki BoBoiBoy hanya mengambil apa yang wujud dalam cerita dan francais rasmi BoBoiBoy (watak-watak dan latar-latar yang sedia ada, jalan cerita yang dipaparkan dalam siri TV BoBoiBoy, barangan cenderamata/merchandise BoBoiBoy yang rasmi) sebagai bahan rencana. Bagaimanapun, anda boleh membuat cereka peminat dalam blog sendiri, dengan pergi ke laman pengguna (klik nama pengguna anda di sudut kanan atas halaman), klik tab "Blog" dan klik "Cipta kiriman blog".
  • Membuka halaman promosi atau peraduan sebagai rencana (iaitu tanpa awalan ruang nama "User blog:" dsb.) sama ada yang rasmi anjuran pihak penerbitan BoBoiBoy mahupun pihak ketiga, tetapi ini sesuai dijadikan catatan blog pengguna.
  • Menulis/menyunting rencana secara selamba atau selekeh, iaitu dengan menggunakan bahasa pasar, bahasa rojak, bahasa SMS, ejaan salah, tanda baca dan huruf kecil besar tak betul. Hanya bahasa formal dibenarkan.
  • Membuat laku musnah di halaman ini dengan menconteng rencana dengan tulisan yang tidak boleh difahami, kata-kata kesat, menaruh gambar yang tidak elok atau menulis kenyataan-kenyataan fitnah atau dusta dalam wiki ini. Jika ada perkara serius yang hendak dipaparkan dalam wiki ini, sila sokongnya dengan rujukan.

Harap maklum bahawa garis-garis panduan yang terdapat dalam halaman ini dan halaman-halaman Bantuan yang lain adalah demi memelihara kewibawaan wiki ini. Sebarang tindakan larangan ini akan dipadam dan pembuatnya boleh dikenakan sekatan oleh pentadbir wiki ini.

Advertisement