BoBoiBoy Wiki
Advertisement
BoBoiBoy Wiki

Cara log masuk

Mula-mula, pastikan fungsi cookies dihidupkan (enabled) dalam pelayar (browser) anda.

Klik pautan Log masuk di sudut kanan atas laman, atau pergi ke laman log masuk.

Anda akan diminta untuk mengisikan nama pengguna (username) dan kata laluan (password). Jika anda tidak pernah log masuk sebelum ini, anda perlu menaipkan kata laluan anda dua kali.

Anda boleh menyatakan alamat e-mel jika anda mahu supaya anda boleh mengeratkan hubungan dengan pengguna-pengguna lain.

Jika anda menandai kotak Ingat log masuk saya di komputer ini sebelum mengelog masuk, anda tidak perlu menaipkan kata laluan anda lagi apabila anda memasuki Wiki BoBoiBoy dari komputer yang sama.

Keutamaan

Klik pautan Keutamaan saya (Preferences) di sudut kanan atas laman untuk memanfaatkan pelbagai pilihan (options), seperti menukar kata laluan anda.

Laman Pengguna dan Perbualan pengguna

Setelah log masuk, anda boleh mencipta laman pengguna dan laman perbualan pengguna anda sendiri. Apabila anda log masuk, anda akan melihat nama pengguna anda dipaparkan di sudut kanan atas laman. Klik nama itu untuk pergi ke laman pengguna anda dan menyuntingnya seperti mana laman Wiki BoBoiBoy yang lain.

Selalunya, pengguna boleh menuliskan sedikit perihal diri mereka dan minat-minat mereka dalam laman penggunanya.

Anda juga ada laman perbualan pengguna yang boleh dimasuki dengan mengklik pautan Perbualan saya dekat nama pengguna anda di sudut kanan atas laman. Orang lain boleh menulis pesanan dalam laman perbualan pengguna dengan menyuntingnya, dan anda boleh membalasnya.

Masalah log masuk

Jika anda mengalami masalah berikut: "anda seakan-akan boleh log masuk, tetapi setelah anda cuba melayari laman selepas laman 'Log masuk berjaya', anda nampaknya sudah log keluar", ini mungkin sekali disebabkan oleh masalah cookies. Jika anda pasti bahawa fungsi cookies dihidupkan, pastikan anda tidak memasukkan boboiboy.fandom.com/ms dalam senarai tapak web yang tidak dibenarkan cookies. (Ciri ini terdapat dalam (sekurang-kurangnya) Mozilla Firebird (Firefox) 0.6 ke atas, dan Microsoft Internet Explorer versi 6 ke atas). Selain itu, pastikan tarikh dan waktu komputer anda diset sebetulnya; jika tidak, jangan-jangan cookies boleh luput terlalu awal dari yang sepatutnya.

Cara log keluar

Anda boleh log keluar bila-bila masa sahaja dengan mengklik pautan Log keluar di sudut kanan atas laman.

Advertisement