BoBoiBoy Wiki
Register
Advertisement
BoBoiBoy Wiki


Bagu Gu merupakan salah seorang ahli dalam Lima Panglima Scammer dan juga penipu jodoh cinta yang berasal dari Planet Ata Ta Tiga.

Sejarah[]

BoBoiBoy[]

Bagu Gu pertama kali muncul dalam 5 Panglima Scammer, yang datang ke Bumi bersama saudara-saudaranya untuk membalas dendam terhadap Adu Du dan Probe yang telah menipu keturunan mereka. Cara Bagu Gu memperkenalkan dan mempersembahkan dirinya dengan romantik membuatkan BoBoiBoy dan kawan-kawannya loya, tetapi menambat hati ramai wanita di sekeliling, termasuk seorang nenek tua. Seketika kemudian, disebabkan oleh keengganan Adu Du untuk meminta maaf kepada mereka, kelima-lima Panglima Scammer menaiki kapal angkasa masing-masing dan menghujani seluruh bandar Pulau Rintis dengan bedilan laser yang bertalu-talu.

Dalam Pertarungan Di Bulan, Bagu Gu dengan Lima Panglima Scammer menyerang SampahBot Adu Du dengan MegaBot ScamBot. Tidak lama kemudian, Gopal menukarkan batu-batu bulan jadi emas berlian, menjadikan Lima Panglima Scammer melupakan pertarungan dan mengejarnya. Apabila mereka melupakan pertarungan, Adu Du masuk ke dalam MegaBot ScamBot dan memijak ke arah mereka.

Rupa[]

Bagu Gu berambut jambul, bermisai halus, berjaket ungu dan sentiasa memegang sekuntum bunga ros yang dipegang pada tangannya. Ton warna kulitnya agak gelap berbanding dengan saudara-saudaranya yang lain.

Perwatakan[]

Perwatakannya adalah yang paling lemah-lembut berbanding dengan saudaranya yang lain. Lemah-lembutnya ini membolehkan Bagu Gu untuk menggunakan satu aura yang sangat hebat untuk membuatkan wanita-wanita yang berada di sekelilingnya tergoda dengannya, termasuklah seorang nenek tua.

Trivia[]

  • Bagu Gu adalah antara alien di Planet Ata Ta Tiga yang mempunyai jambul di atas kepalanya.
  • Bagu Gu adalah watak pertama dalam siri ini yang menggunakan nama panggilan "bro" sewaktu bercakap, yang kedua ialah Raksasa Perisai.

Galeri[]

Kategori utama: Gambar Bagu Gu

Gambar promosi[]

Cekupan skrin[]

Advertisement