BoBoiBoy Wiki
Register
Advertisement
BoBoiBoy Wiki


Bagi Gi merupakan salah seorang ahli dalam Lima Panglima Scammer dan juga penipu sindiket Internet yang berasal dari Planet Ata Ta Tiga.

Sejarah[]

BoBoiBoy[]

Bagi Gi pertama kali muncul dalam 5 Panglima Scammer, yang datang ke Bumi bersama saudara-saudaranya untuk membalas dendam terhadap Adu Du dan Probe yang telah menipu keturunan mereka. Selepas memperkenalkan dirinya, Bagi Gi cuba memperdayakan Gopal dengan berkata bahawa dia telah memenangi sebuah kereta angkasa berwarna merah dari Internet. Gopal dengan mudah tertipu dan hampir mengisi borang pada tablet Bagi Gi, tetapi mujur sempat dihalang oleh Ying. Seketika kemudian, disebabkan oleh keengganan Adu Du untuk meminta maaf kepada mereka, kelima-lima Panglima Scammer menaiki kapal angkasa masing-masing dan menghujani seluruh bandar Pulau Rintis dengan bedilan laser yang bertalu-talu.

Dalam Pertarungan Di Bulan, Bagi Gi dengan Lima Panglima Scammer menyerang SampahBot Adu Du dengan MegaBot ScamBot. Tidak lama kemudian, Gopal menukarkan batu-batu bulan jadi emas berlian, menjadikan Lima Panglima Scammer melupakan pertarungan dan mengejarnya. Apabila mereka melupakan pertarungan, Adu Du masuk ke dalam MegaBot ScamBot dan memijak ke arah mereka.

Rupa[]

Bagi Gi memakai cermin mata yang lebih kecil daripada matanya. Bagi Gi tidak mempunyai misai, sebaliknya mempunyai kumis yang sangat nipis. Bagi Gi berjaket biru dan berseluar biru gelap. Ton warna kulitnya adalah yang paling cerah berbanding dengan saudara-saudaranya yang lain.

Perwatakan[]

Sama seperti saudara-saudara yang lain, Bagi Gi licik dan sering menipu. Bagi Gi sering memperdayakan mangsa-mangsanya dengan iklan-iklan kemenangan hadiah di ruing maya yang berkaitan dengan media-media. Dalam kemunculan pertamanya, dia cuba (dan hampir berjaya) berjaya menipu Gopal untuk membeli kereta merah di internet. Dia juga seorang yang suka wang, sama seperti saudara-saudaranya. Bagi Gi memanggil pelanggan-pelanggannya sebagai "cik".

Galeri[]

Kategori utama: Gambar Bagi Gi

Gambar promosi[]

Cekupan skrin[]

Advertisement