watch 01:25
Jurassic World: Dominion Dominates Fandom Wikis - The Loop
Do you like this video?
Play Sound
Bad Dudes ialah sekumpulan alien jahat yang memburu Power-Power Sphera untuk dijadikan koleksi mereka. Kumpulan ini diketuai oleh Jugglenaut dan dianggotai oleh Jokertu dan Panto. Mereka tinggal di markas mereka yang terletak di Planet Sarkas.
Ahli-ahli
Alien
- Jugglenaut: Pemimpin kumpulan ini. Dia telah menghantar ahli-ahli kumpulannya untuk mencuri Power Sphera supaya dia dapat menambah mereka sebagai koleksinya.
- Jokertu: Ahli dalam Bad Dudes. Dia telah dihantar ke stesen TAPOPS dan bertindak sebagai pengalih perhatian, agar membolehkan Panto menyelinap masuk ke dalam stesen. Dia telah dikalahkan oleh Papa Zola dalam perlawanan kad dan kini menjadi banduan dalam TAPOPS.
- Panto: Ahli dalam Bad Dudes. Dia telah dihantar ke stesen TAPOPS untuk mencuri Power Sphera. Dia berjaya mencuri BebelonBot, SimenBot dan ApiBot, dan menghantar mereka kepada Jugglenaut. Walau bagaimanapun, dia ditemui oleh Papa Zola, dan kemudian dikalahkan oleh BoBoiBoy dan Gopal. Dia kini menjadi banduan dalam TAPOPS.
Power Sphera
Selepas kekalahan Jugglenaut, Power-Power Sphera ini telah diambil semula oleh TAPOPS.
- CardBot: Power Sphera yang bekerjasama dengan Jokertu. Dia telah dihantar ke stesen TAPOPS untuk membantu Jokertu. Dia kemudian menyerah diri kepada Koko Ci.
- MelonBot: Power Sphera yang bekerjasama dengan Jugglenaut. Dia amat takut terhadapnya.
- GigiBot: Power Sphera yang bekerjasama dengan Jugglenaut. Dia amat takut terhadapnya.
- InviBot: Power Sphera yang bekerjasama dengan Panto. Dia telah dihantar ke stesen TAPOPS untuk membantu Panto. Dia kemudiannya ditangkap oleh BoBoiBoy.
- TargetBot: Power Sphera yang licik dan pantas. Dia bekerjasama dengan Jugglenaut.
- BebelonBot: Power Sphera yang dicuri dari stesen TAPOPS. Ia telah diaktifkan dan diprogramkan semula untuk mematuhi arahan Jugglenaut.
- SimenBot: Power Sphera yang dicuri dari stesen TAPOPS. Ia telah diaktifkan dan diprogramkan semula untuk mematuhi arahan Jugglenaut.
- ApiBot: Power Sphera yang dicuri dari stesen TAPOPS. Ia telah diaktifkan dan diprogramkan semula untuk mematuhi arahan Jugglenaut.
Trivia
- Nama Bad Dudes diambil dari perkataan "badut".
- Perkataan "Dudes" juga merupakan bentuk jamak untuk perkataan "kawan", iaitu perkataan slang dalam bahasa Inggeris untuk "seorang lelaki".
- Ia juga memberi rujukan kepada permainan terkenal Bad Dudes Vs. DragonNinja.