BoBoiBoy Wiki
Advertisement
BoBoiBoy Wiki


Ayu Yu merupakan watak antagonis sekunder dalam BoBoiBoy Movie 2. Beliau merupakan pemandu kapal angkasa Penggali Kristal.

Sejarah

BoBoiBoy Movie 2

Ayu Yu pertama kali muncul dalam filem ini. Adu Du jatuh cinta kepadanya setelah kali pertama melihatnya. Semasa kapal MYS Kebenaran terhempas di Planet Quabaq, Adu Du mengalami hilang ingatan, dia menjadi Padu Du semasa berlatih dengan Hang Kasa di Planet Quabaq. Dia bertarung dengan ahli Penggali Kristal yang lain untuk melindungi Ayu Yu, tidak mengetahui bahawa dia adalah sebahagian daripada kumpulan Penggali Kristal. Dia memanggil Ayu Yu dindanya dan Ayu Yu memukulnya dengan sebatang kristal di bahagian kepala, membuatkan lekuk di kepalanya kembali mendatar.

Trivia

  • Ayu Yu mempunyai beberapa persamaan dengan Kiki Ta dalam BoBoiBoy: The Movie. Antaranya mereka merupakan pemandu kapal angkasa dalam kumpulan masing-masing serta Adu Du jatuh cinta kepada mereka.

Galeri

Kategori utama: Gambar Ayu Yu

Gambar promosi

Cekupan skrin

Lain-lain

Advertisement