BoBoiBoy Wiki
Advertisement
BoBoiBoy Wiki


Aunty Yang merupakan watak kecil dalam siri BoBoiBoy Galaxy. Beliau merupakan ibu kepada Ying.

Sejarah

Sejarah awal

Sebelum permulaan siri BoBoiBoy, Aunty Yang menetap di Pulau Rintis, dengan anak perempuannya, Ying dan neneknya.

BoBoiBoy Galaxy

Aunty Yang pertama kali muncul dalam Loopa Lupa? bersama Makcik Wawa dan Pakcik Kumar, sedang menunggu ketibaan anak masing-masing di warung Tok Aba. Dia gembira menyambut anak perempuannya dari angkasa lepas bersama Makcik Wawa, ibu Yaya. Dia memikat anak-anak dengan makanannya, sebelum dia bersaing kata-kata dengan Makcik Wawa tentang siapa yang memasak lebih sedap, sebelum ditarik oleh Ying untuk mengelakkan pergaduhan.

BoBoiBoy Movie 2

Aunty Yang membuat kemunculan dalam filem ini bersama yang lain untuk menyambut kepulangan anak-anak mereka di Bumi.

Rupa

Aunty Yang mempunyai rambut yang berwarna biru tua dan bersanggul. Dia juga memakai cermin mata seperti anak perempuannya Ying, tetapi yang berkanta segi empat tepat. Dia memakai baju yang mempunyai tona warna jingga ke kuning di sebalik jaketnya yang berwarna ungu. Seluarnya pula berwarna hijau tua.

Perwatakan

Aunty Yang adalah seorang ibu yang penuh kasih sayang yang dengan jelas gembira untuk memulangkan anaknya, walaupun untuk seketika, dari kerjanya di TAPOPS. Seperti anak perempuannya, Aunty Yang juga mempunyai pertarungan yang luar biasa yang mengagumkan, yang menyebabkan dia sering bergaduh dengan kawan dekatnya, Makcik Wawa, ibu Yaya.

Trivia

  • Kedua-dua Aunty Yang dan Makcik Wawa merupakan kawan rapat tetapi amat kompetitif pada masa yang sama, sama seperti anak perempuan mereka.
  • Aunty Yang berkongsi pelakon suara yang sama dengan Ying.
  • Ia tidak didedahkan apakah hubungan Aunty Yang dengan nenek Ying sama ada anak perempuannya atau menantunya.
  • Namanya berdasarkan daripada nama anak perempuannya.
  • Seperti anaknya, dia boleh berbahasa Cina, seperti yang ditunjukkan dalam Happy Chinese "Niu" Year - Monsta CNY 2021.

Galeri

Kategori utama: Gambar Aunty Yang

Gambar promosi

Cekupan skrin

BoBoiBoy Galaxy
BoBoiBoy Movie 2
Happy Chinese "Niu" Year - Monsta CNY 2021
Advertisement