BoBoiBoy Wiki
Advertisement
BoBoiBoy Wiki


ApiBot merupakan sebuah Power Sphera berharga yang pernah diletakkan di Planet Volkania dan dilindungi oleh Sai dan Shielda sebelum dibawa ke Stesen Angkasa TAPOPS.

Sejarah

BoBoiBoy Galaxy

ApiBot pertama kali dilihat telah dikunci dan diletakkan di puncak gunung berapi di Planet Volkania. Sai dan Shielda ditugaskan untuk menjaga dan melindunginya sehingga Yaya, Ying dan Gopal mengeluarkan ApiBot dari tempatnya untuk lulus dalam Ujian Kental TAPOPS dalam Pertarungan Hangat. Dalam Si Penceroboh Panto, ApiBot telah disimpan di dalam Bilik Kebal Power Sphera di Stesen Angkasa TAPOPS bersama-sama dengan BebelonBot dan SimenBot. Namun, ketiga-tiga mereka telah dicuri oleh Panto dan dihantar ke Planet Sarkas sebelum mereka diaktifkan dan diprogramkan semula oleh Jugglenaut dalam Sarkas Kegelapan.

Dalam Kemunculan Halilintar, ApiBot telah digunakan oleh Jugglenaut untuk menentang Kapten Kaizo dengan menggunakan kuasa apinya. Tetapi, Kaizo berjaya mengelak dari semua serangan apinya dan akhirnya memisahkan ApiBot daripadanya. Setelah Jugglenaut dikalahkan oleh BoBoiBoy Halilintar, ketiga-tiga ApiBot, BebelonBot dan SimenBot dikumpulkan oleh Gopal lalu mereka dibawa semula ke Stesen Angkasa TAPOPS.

Dalam kredit akhir Sinaran Penamat, ApiBot telah diletakkan di bilik sementara Power Sphera bersama dengan Power-Power Sphera lain dan berada dalam mod tidak aktif.

Kebolehan dan Kuasa

Oleh kerana ApiBot tinggal di sebuah persekitaran api yang ekstrim iaitu Planet Volkania, ia mampu menghasilkan beberapa jenis kuasa daripada api. Kuasa apinya ini digunakan oleh Jugglenaut dalam Sarkas Kegelapan.

  • Perisai Tungsten: Untuk menahan suhu yang tinggi, Tungsten digunakan untuk mengelakkan daripada badannya mudah meleleh.
  • Serba guna: ApiBot sangat berguna apabila berkhemah. Ketika di hutan atau terperangkap dalam ribut salji, ApiBot boleh membantu dalam memasak dan membuat unggun api.
  • Semburan Gas: Jugglenaut menyemburkan gas yang tebal lalu memetik jarinya yang menyebabkan berlakunya letupan api di seluruh Colosseum.
  • Semburan Api: Jugglenaut menyemburkan api marak yang amat berbahaya dari mulutnya. Ia hampir sama dengan Hembusan Berapi milik BoBoiBoy Blaze.
  • Sambaran Maksima: Jugglenaut mengumpulkan api yang marak ke dalam Dinding Tenaga Kapten Kaizo untuk memerangkapnya, namun gagal setelah Kaizo menggerudi ke bawah tanah sebelum api memenuhi Dinding Tenaganya.

Rupa

ApiBot adalah sebuah Power Sphera yang berbentuk sfera dengan seluruh tubuhnya berwarna merah sementara besi kepala dan kedua besi bulat di kiri dan kanannya berwarna kuning. ApiBot mempunyai mulut yang terjahit dengan besi-besi emas dan mulut yang nampaknya tidak boleh bergerak. Besi bulat di tepinya itu mempunyai lubang kecil yang membolehkan ApiBot untuk mengeluarkan sepasang tangannya, namun ia tidak pernah dikeluarkan kerana tidak pernah diaktifkan untuk bergerak sendiri. Matanya pula berwarna jingga bagaikan api yang menyala.

Trivia

  • Nama ApiBot berasal dari kuasanya iaitu pengeluaran kuasa api yang berbahaya.
  • Rupa ApiBot hampir sama dengan tong gas yang biasa digunakan untuk memasak.
  • Menurut Koko Ci, ApiBot merupakan antara Power Sphera berharga yang berada dalam mod tidak aktif di samping BebelonBot dan SimenBot.
  • Bersama BebelonBot dan SimenBot, nama mereka pertama kali didedahkan menerusi skrin komputer.
  • Dalam Sarkas Kegelapan, apabila Ochobot mengesan ApiBot melalui skrin komputer, ia ditampilkan dengan warna merah dan biru.
  • Berdasarkan maklumat ApiBot dalam buku sejarah Power Sphera, ia lemah terhadap elemen yang bertentangan dengannya, iaitu air dan ais.
  • Dalam Kemunculan Halilintar, Koko Ci memberikan amaran kepada Kaizo dan BoBoiBoy bahawa kuasa api ApiBot adalah berbahaya. Ia mungkin setanding dengan kuasa BoBoiBoy Api.
  • Sebelum diletakkan dan dikunci di puncak gunung berapi Planet Volkania, ApiBot mungkin pernah terjatuh ke dalam tangan Gijimo suatu ketika dahulu kerana dia memiliki banyak ApiBot versi cetak rompak dalam koleksinya.
  • Walaupun tidak pernah bercakap ataupun bersuara, tetapi menurut BoBoiBoy dalam surat peminat, ApiBot bersama HookaBot, BebelonBot dan SimenBot agak bising apabila mereka bersama dalam satu bilik sehingga menyebabkan BoBoiBoy sukar untuk tidur.

Galeri

Gambar promosi

Cekupan skrin

Advertisement