
Kad tajuk Apa Kata Yaya
Apa Kata Yaya merupakan sedutan-sedutan video ringkas berbentuk teladan yang dimuat naik di akaun rasmi YouTube dalam saluran AnimonstaStudios (Mini Monsta) di mana Yaya bertindak sebagai penasihat sesekali melihat kawan-kawan dan adiknya yang berkelakuan tidak wajar di dalam pelbagai situasi.
Episod[]
Video Apa Kata Yaya yang pertama dimuat naik ke YouTube pada tahun 2011 melalui saluran lama, animonstamedia. Video ini kemudian dikemas kinikan dengan wajah baru pada watak-watak berkenaan dan dimuat naik semula dalam YouTube melalui saluran yang baru, Mini Monsta (dahulunya AnimonstaStudios) serta disiarkan di TV3 pada awal bulan Ramadan pada tahun 2013 dengan tajaan Kuwait Finance House.
Video | Tajuk | Tarikh dimuat naik | Ringkasan |
---|---|---|---|
Apa Kata Yaya Apa Kata Yaya - Elak Makan Makanan Ringan |
Elak Makan Makanan Ringan |
6 Julai 2011 (asal) 13 Julai 2013 (baru) |
Gopal dengan bantuan BoBoiBoy menukarkan barang-barang terbuang menjadi keropok, gula-gula, coklat dan sebagainya, tetapi ditegah oleh Yaya yang berpesan kepada mereka akan mudarat makanan ringan kepada kesihatan. Akhirnya, gigi depan Gopal patah maka dia terpaksa bergegas untuk berjumpa dengan doktor gigi. |
Apa Kata Yaya - Pulangkan Barang Yang Dijumpai |
Pulangkan Barang Yang Dijumpai | 23 Jun 2013 | Gopal hendak membelanja kawan-kawannya makan dengan duit dari dompet yang dijumpainya di atas jalan, tetapi Yaya cepat menegurnya supaya pergi ke balai polis memulangkan semula dompet itu kepada pemiliknya. |
Apa Kata Yaya - Pentingnya Sarapan |
Pentingnya Sarapan | 23 Jun 2013 | Gopal kurang bermaya menaiki tangga ke sekolah berbanding kawan-kawannya gara-gara tidak sempat bersarapan. Yaya memesankan betapa pentingnya sarapan untuk kecergasan badan. |
Apa Kata Yaya - Buat Baik Dengan Haiwan |
Buat Baik Dengan Haiwan | 23 Jun 2013 | Yaya dan Ying terjumpa seekor anak kucing yang terbiar dalam kotak di tepi jalan, tetapi kedua-duanya tidak dapat membelanya kerana dilarang oleh keluarga masing-masing. Akhirnya mereka membawa kucing itu ke sekolah dan menyeru kawan-kawan yang lain untuk mengumpul dana untuk menampung penjagaannya. |
Apa Kata Yaya - Jangan Potong Barisan |
Jangan Potong Barisan | 13 Julai 2013 | Setelah mendengar pengumuman Makcik Kantin bahawa hanya tinggal tiga biji donat lobak merah, Fang tergesa-gesa memotong barisan untuk membolot semua donat yang tinggal. Setelah ditegur oleh Yaya akan perbuatan tamaknya, Fang akhirnya terjatuh dan semua donatnya masuk ke dalam lumpur. |
Apa Kata Yaya - Bersabar dengan Adik Kecil |
Bersabar dengan Adik Kecil | 13 Julai 2013 | ToToiToy meminta Yaya untuk bermain mainan bersama tetapi Yaya meminta bermain setelah dia selesai membuat biskut (dengan bahan tidak wajar). Tetapi ToToiToy menconteng dinding dan Yaya memujuk ToToiToy untuk melukis di kertas sampai akhirnya Yaya dilukis bunga di mata Yaya. |
Apa Kata Yaya - Belajarlah Secara Bijak |
Belajarlah Secara Bijak | 13 Julai 2013 | BoBoiBoy, Gopal dan Iwan belajar berkumpulan untuk menjawab soalan-soalan susah, tetapi lama-kelamaan bertelagah hingga Iwan pun pengsan. Yaya mencelah dan memesan mereka supaya mendapatkan seseorang yang arif dalam matapelajaran berkenaan. |
Apa Kata Yaya - Utamakan Keselamatan |
Utamakan Keselamatan | 13 Julai 2013 | Tok Aba menjemput BoBoiBoy, Ochobot dan Yaya naik kereta ke taman. Dalam perjalanan, Yaya segera memesan kawan-kawannya untuk memakai tali pinggang keselamatan, tetapi Tok Aba membuat perjalanan dekat sebagai alasan hinggalah kereta nyaris terlanggar kucing. |
Apa Kata Yaya - Siapkan Kerja Sekolah |
Siapkan Kerja Sekolah | 13 Julai 2013 | BoBoiBoy dan Gopal cemas kerana terlupa menyiapkan kerja rumah, tetapi setelah Ying tercicir buku latihannya, mereka mengambil kesempatan. Kesudahannya, mereka didenda kerana semua jawapan salah (kerana subjek buku berlainan). |
Apa Kata Yaya - Semangat Menabung |
Semangat Menabung | 18 Julai 2013 | BoBoiBoy dan Gopal tertarik dengan sebuah mainan kereta kawalan jauh baru di kedai, tetapi cepat hilang semangat dek harga mahalnya, hinggalah Yaya menunjukkan kereta belian sendiri berkat daripada duit simpanannya. |
Apa Kata Yaya - Menabung Dengan Cara Berjimat |
Menabung Dengan Cara Berjimat | 19 Julai 2013 | BoBoiBoy menahan lapar di kantin semata-mata demi 'semangat menabung'. Yaya menasihati BoBoiBoy supaya menabung secara berjimat supaya tidak menyeksa diri, iaitu mengikut resam "sikit-sikit lama-lama jadi bukit". |
Apa Kata Yaya Episod Ramadhan |
Episod Ramadhan | 1 Ogos 2013 | Yaya menegur BoBoiBoy yang berbuat letih-letih semata-mata kerana mengerjakan ibadah puasa. |
Apa Kata Yaya - Bersenam Jangan Tak Bersenam. |
Bersenam Jangan Tak Bersenam | 3 Ogos 2013 | Pada kelas pendidikan jasmani, Yaya menegur sikap Gopal yang malas bersenam, dan oleh itu cepat letih. |
Apa Kata Yaya - Ziarahi Orang Yang Sakit |
Ziarahi Orang yang Sakit | 5 Ogos 2013 | Yaya mengajak BoBoiBoy dan Gopal untuk menziarahi Ying yang jatuh sakit, dan BoBoiBoy mengusulkan untuk membawa buah tangan. |
Apa Kata Yaya - Tidur Pada Waktu Sesuai |
Tidur Pada Waktu Sesuai | 5 Ogos 2013 | Tok Aba mengejutkan BoBoiBoy untuk bangun dari tidurnya kerana "sudah lambat". BoBoiBoy pun bersiap untuk ke sekolah, tetapi rupanya yang dimaksudkan oleh Tok Aba ialah "nanti lambat nak solat maghrib berjemaah". |
Apa Kata Yaya - Tidurlah Awal |
Tidurlah Awal | 6 Ogos 2013 | BoBoiBoy terlena di kelas kerana tidak cukup tidur, disebabkan oleh berjaga larut malam untuk menonton bola sepak. |
Apa Kata Yaya - Gunakan Duit Simpanan Dengan Cermat |
Gunakan Duit Simpanan Dengan Cermat | 13 Ogos 2013 | BoBoiBoy mengumpul duit yang cukup untuk membeli permainan video "Papa Zola - Kebenaran di Lorong Kegelapan 2", tetapi akhirnya memilih benda lain demi memijat Tok Aba dengan duit yang ada. |
Apa Kata Yaya - Hargai Apa Yang Ada |
Hargai Apa Yang Ada | 13 Ogos 2013 | Sambil bekerja di kedai, BoBoiBoy girang terkenang masa dia berkongsi main helikopter kawalan jauh dengan rakan-rakan sekolah. Tok Aba mengambil hati lalu memberi BoBoiBoy layang-layang edisi terhadnya. |
Apa Kata Yaya - Uruskan Masa Dengan Cermat |
Uruskan Masa Dengan Cermat | 4 September 2013 | BoBoiBoy dan Gopal rugi terlepas dari Funfair kerana menangguhkan kerja-kerja mengemaskan warung semata-mata demi melekakan diri dengan permainan video atau televisyen. |
Apa Kata Yaya - Gotong Royong Jaga Kebersihan |
Gotong Royong Jaga Kebersihan | 4 September 2013 | Gigitan nyamuk terhadap Gopal mendorong BoBoiBoy dan kawan-kawan untuk membersihkan Taman Pulau Rintis yang kotor. |
Apa Kata Yaya - Tabung Simpanan |
Tabung Simpanan | 5 November 2013 | Yaya memberitahu BoBoiBoy dan Gopal bahawa dia menyimpan duit di dalam dua tabung untuk dua tujuan berbeza. |
Apa Kata Yaya - Sentiasa Berlaku Adil |
Sentiasa Berlaku Adil | 5 November 2013 | BoBoiBoy, Gopal dan Fang merebut pembaris Papa Zola edisi terhad; Yaya memesan mereka supaya bergilir-gilir menggunakannya. |
Apa Kata Yaya - Bersedekah |
Bersedekah | 6 Mac 2014 | Yaya memesan tiga minuman dari Tok Aba, dua daripada itu untuk disedekahkan kepada golongan miskin. |
Apa Kata Yaya - Akui Kesalahan |
Akui Kesalahan | 6 Mac 2014 | Gopal menyorok di dalam kedai Tok Aba untuk bersembunyi daripada ayahnya yang marah kerana terpecahkan cawan kesayangannya. |
Apa Kata Yaya - Jimat Elektrik |
Jimat Elektrik | 6 Mac 2014 | BoBoiBoy terlena sambil terbiar peralatan elektrik pasang setelah puas mengemaskan rumah. |
Apa Kata Yaya - Cita Cita |
Cita-Cita | 6 Mac 2014 | Papa Zola menyemai semangat bercita-cita tinggi kepada kalangan murid-murid. |
Apa Kata Yaya Khas - Selamat Hari Raya |
Selamat Hari Raya | 6 Mac 2014 | Yaya mengajak kawan-kawan menikmati jamuan raya tanpa bersikap terlalu cerewet. |
Galeri[]
- Kategori utama: Gambar Apa Kata Yaya
|