BoBoiBoy Wiki
Advertisement
BoBoiBoy Wiki


Aneka Baju Raya merupakan sebuah lagu dari siri Papa Pipi yang telah dinyanyikan bersama oleh Ieesya Isandra Mohd Nizam, Noor Ezdiani Ahmad Fawzi, Nizam Razak dan Aema Aezana Zulkafli selaku pelakon suara bagi watak Pipi Zola, Mama Zila, Papa Zola, dan Nekpi. Lagu ini dimuat naik di saluran YouTube Monsta pada 20 Mei 2020.

Lagu ini kemudiannya diberikan nafas baharu apabila lagu ini dinyanyikan semula oleh pelakon dan penyanyi terkenal Singapura, Hannah Delisha sempena Hari Raya Aidilfitri 2021.

Lirik[]

Versi asal (2020)[]

Satu dua tiga
Pilih yang mana
Nak pakai baju apa
Hari raya!

Warna warni pakai baju raya
Baju baru, aneka gaya,
Baju kurung, baju Melayu, baju kebaya, hey!
Semua ceria, jom, kita beraya!

Satu dua tiga
Pilih yang mana
Nak pakai baju apa
Hari raya!

Satu dua tiga
Nak warna apa
Kuning, biru, magenta
Aidilfitri!

Baju warna warni
Syawal Aidilfitri
Bling! Bling! Bling! Sana sini!
Hey! Ewah! Ewah!

Segak-segak semua
Cantik-cantik belaka
Gembira raya,
Selamat hari raya!

Satu dua tiga
Pilih yang mana
Nak pakai baju apa
Hari raya!

Satu dua tiga
Nak warna apa
Kuning, biru, magenta
Aidilfitri!

Kebenaran segak dengan baju raya
Tudung bawal dinda berbunga-bunga
Cantiknya!
Tengok baju Nekpi
Baru meriah lebaran ini
Okay semua, jom kita beraya!

Baju warna warni
Syawal Aidilfitri
Bling! Bling! Bling! Sana sini!
Hey! Ewah! Ewah!

Segak-segak semua
Cantik-cantik belaka
Gembira raya,
Selamat hari raya!

Warna warni pakai baju raya
Baju baru, aneka gaya,
Baju kurung, baju Melayu, baju kebaya, hey!
Semua ceria, jom, kita beraya!

Salam Aidilfitri mulia
Kita bergembira!
Ampun maaf dipinta
Selamat hari raya!

Versi Hannah Delisha (2021)[]

Satu, dua, tiga
Pilih yang mana
Nak pakai baju apa?

Warna warni pakai baju raya
Baju baru, aneka gaya,
Baju kurung, baju melayu, baju kebaya, hey!
Semua ceria! Jom kita beraya!

Satu, dua, tiga
Pilih yang mana
Nak pakai baju apa?
Hari raya!

Satu, dua, tiga
Nak warna apa
Kuning, biru, magenta
Aidilfitri!

Baju warna warni
Syawal Aidilfitri
Blink! Blink! Blink! Sana sini!
Hey! Ewah! Ewah!

Segak-segak semua!
Cantik-cantik belaka!
Gembira raya!
Selamat Hari Raya!

Satu, dua, tiga
Pilih yang mana
Nak pakai baju apa?

Satu, dua, tiga
Nak warna apa
Kuning, biru, magenta

Semuanya, segak dengan baju raya
Raikan Alidilfitri di hari mulia
Baju kurung cantik!
Berbunga-bunga
Ok semua! Jom kita beraya!

Satu, dua, tiga
Pilih yang mana
Nak pakai baju apa?

Satu, dua, tiga
Nak warna apa
Kuning, biru, magenta
Cantiknya!

Salam Aidilfitri mulia
Kita bergembira!
Ampun maaf dipinta
Selamat hari raya!

Trivia[]

  • Lagu ini merupakan lagu pertama dalam mana-mana lagu dari siri atau filem animasi Malaysia yang dinyanyikan oleh penyanyi dari Singapura.
  • Lagu ini juga merupakan lagu kedua dalam mana-mana siri atau filem animasi Malaysia yang dinyanyikan oleh penyanyi selain dari Malaysia atau Indonesia selepas lagu Keris Sakti oleh Fakhrul Razi (Brunei Darussalam) bagi filem Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal.
  • Bagi versi 2021, beberapa perubahan lirik dilakukan, disesuaikan dengan versi baru.

Galeri[]

Video[]

Advertisement