BoBoiBoy Wiki
Advertisement
BoBoiBoy Wiki


Muhammad Anas Abdul Aziz merupakan salah seorang pengasas dan pemilik Animonsta Studios di samping Mohd Nizam Abd Razak, Safwan Abd Karim dan Kee Yong Pin. Beliau juga memegang jawatan Pengarah Kreatif di syarikat berkenaan. Anas turut menyuarakan pelbagai watak sepanjang siri BoBoiBoy, filem BoBoiBoy: The Movie dan BoBoiBoy Galaxy.

Begitu juga dengan ketiga-tiga rakan pengasas di Animonsta Studios, Anas merupakan bekas kakitangan Les' Copaque Production yang memegang jawatan Pengarah Kreatif serta menulis skrip bagi filem Geng: Pengembaraan Bermula.

Trivia[]

  • Dalam sesi temubual bersama barisan pelakon suara BoBoiBoy: The Movie dalam Majalah Komik BoBoiBoy, Anas berkongsi pengalaman menariknya sewaktu membuat rakaman suara iaitu ketika beliau merakamkan suara Tok Aba, Pakcik Kumar dan Pakcik Mat di Kokotiam, sesi rakaman suara sangat kelakar ketika itu kerana selain perlu merakam suara untuk ketiga-tiga watak itu, Anas seolah-olah bercakap dengan dirinya sendiri.
  • Biodatanya dalam Majalah Komik BoBoiBoy isu ke-76 mendedahkan bahawa Anas:
    • Berasal dari Bandar Baru Bangi.
    • Mempunyai hobi untuk bermain permainan video dan membaca.
    • Minuman kegemarannya ialah teh Earl Grey.
  • Dalam perkongsiannya tentang perkahwinan pelakon suara BoBoiBoy, Nur Fathiah Diaz di akaun Twitter miliknya, Anas turut berseloroh dengan mengatakan bahawa merasa dirinya sudah tua selepas pelakon suara yang telah dikenali sejak kecil itu sudahpun mendirikan rumah tangga.[1]
  • Di laman LinkedIn miliknya, Yuri Wong telah meninggalkan komen pengesyoran yang positif tentang Anas dengan mengatakan bahawa beliau ialah seorang yang profesional dan mudah beramah mesra yang menghasilkan perhubungan kerja yang luar biasa produktif tanpa tekanan.

Galeri[]

Video[]

Rujukan[]

Pautan luar[]

Advertisement