Anak Raksasa Gurunda merupakan bayi platipus yang muncul dalam BoBoiBoy Galaxy Episod 3. Ia merupakan anak kepada Raksasa Platipah.
Sejarah[]
BoBoiBoy Galaxy[]
Anak Raksasa Gurunda pertama kali muncul dalam Musim 1, Episod 3 sebagai telur yang berbentuk sfera yang terletak di tengah-tengah padang pasir. Gopal yang salah sangka telur itu sebagai Power Sphera telah membuatkan Raksasa Gurunda, iaitu pemilik telur itu berasa marah lalu mengejar Gopal untuk mendapatkan semula telurnya. Lantas BoBoiBoy menyelamatkan Gopal dan melarikan diri untuk bersembunyi bersama telur itu. Tidak lama selepas itu, Yaya dan Ying tiba untuk menenangkan keadaan. Yaya kemudiannya menyuruh Gopal untuk memulangkan semula telur itu kepada pemiliknya sebelum telur itu mula menetas dan lahirnya seekor anak Raksasa Gurunda yang amat comel sehingga menarik perhatian Yaya dan Ying, lebih-lebih lagi ibunya, Raksasa Gurunda.
Melihat Gopal, anak Raksasa Gurunda memanggilnya sebagai mama lalu membangkitkan kemarahan Raksasa Gurunda. Anak raksasa itu sempat memeluk Gopal dan kemudian menggigit tangan Gopal. Gopal menjerit kesakitan sehingga tanpa sedar terpukul anak raksasa itu supaya ia melepaskan gigitannya. Raksasa Gurunda bertambah marah lalu mengejar Gopal atas perbuatannya itu. Gopal lantas melarikan diri bersama anak raksasa itu sambil rakan-rakannya cuba menghentikan Raksasa Gurunda daripada menyerang sehingga terpaksa bertempur dengannya. Sampai di hujung gaung, Gopal masih lagi bergelut dengan anak Raksasa Gurunda yang masih tidak melepaskan gigitannya lalu akhirnya secara tidak sengaja mencampakkanya ke dalam gaung. Mereka terkejut lalu Gopal memberanikan dirinya untuk terjun ke dalam gaung dan mendapatkan anak Raksasa Gurunda lalu mendarat ke tanah dengan bantuan Yaya. Atas keberanian Gopal, Raksasa Gurunda memaafkan perbuatannya dan menggigit tangan Gopal sebagai tanda amaran sebelum ia pergi meninggalkan mereka.
Trivia[]
- Anak Raksasa Gurunda berkongsi pelakon suara yang sama dengan Ying, Komputer (Musim 3) dan Aunty Yang.
- Sebab mengapa anak raksasa itu memanggil Gopal sebagai mamanya mungkin kerana telurnya dicuri dan berada di tangan Gopal sehingga ia menetas. Bagaimanapun, Gopal dan Yaya telah menyelamatkan anak raksasa itu lalu ia memanggil Raksasa Gurunda itu sebagai mamanya.