BoBoiBoy Wiki
Advertisement
BoBoiBoy Wiki


Amato merupakan anak lelaki kepada Tok Aba dan bapa kepada BoBoiBoy. Beliau tidak pernah muncul dalam siri BoBoiBoy tetapi telah membuat penampilan fizikal pertamanya di kredit akhir BoBoiBoy Movie 2.

Sejarah

Mechamato

Lihat juga: Amato di Mechamato Wiki

Amato tinggal di Pulau Rintis bersama bapanya, Tok Aba. Setelah menyaksikan komet jatuh dari langit, dia bertemu dan berkawan dengan Power Sphera bernama MechaBot. Kedua-dua mereka membentuk pasukan dan bekerjasama untuk melindungi dunia daripada ditakluki pemburu Power Sphera oleh penjahat.

Selepas siri Mechamato

Selepas peristiwa siri Mechamato dan meningkat dewasa, Amato bertemu dan berkahwin dengan ibu BoBoiBoy. Beliau kemudian mempunyai seorang anak lelaki yang diberi nama BoBoiBoy. Beliau meluangkan masa untuk menjaga BoBoiBoy selama 11 tahun pertama. Ia agar sukar baginya untuk menjaga BoBoiBoy dengan betul kerana tugasnya sebagai duta di angkasa lepas.

BoBoiBoy

Di stesen keretapi Kota Hilir, Amato dan MechaBot menghantar BoBoiBoy untuk menaiki keretapi ke Pulau Rintis. Amato berpesan kepada BoBoiBoy agar jangan nakal-nakal dan jangan susahkan Tok Aba. Selepas saling bersalaman, BoBoiBoy memasuki ke dalam keretapi sambil melambai pada ayahnya. BoBoiBoy mengingatkan Amato untuk menghantar poskad kepadanya dan pada masa yang sama, keretapi bertolak menuju ke Pulau Rintis. Sejurus kemudian, Amato menerima panggilan daripada Maskmana yang memberitahu masa untuk mereka berlepas seraya sebuah kapal angkasa tiba untuk mengambil Amato dan MechaBot.

Di akhir episod, Tok Aba merakam video mesejnya kepada Amato untuk memberitahunya tentang keadaan BoBoiBoy dan bagaimana dia bertemu Ochobot. Selepas video mesejnya berhenti, Amato memutar balik videonya dan menatap muka BoBoiBoy yang tertidur. Amato berjanji kepadanya bahawa dia akan kembali.

Selepas setahun, BoBoiBoy pulang ke Pulau Rintis dan tinggal menetap di sana bersama datuknya atas izin Amato dan isterinya.

Poskad yang dihantar olehnya dan isterinya kepada BoBoiBoy.

Menurut BoBoiBoy dalam Musim 3, Episod 23, ayahnya sentiasa sibuk kerana beliau bekerja sebagai seorang duta. Kesibukannya menyebabkan beliau tidak dapat datang ke Karnival Hari Bumi walaupun pada hari Ahad. Bagaimanapun, mereka telah menghantar poskad kepada BoBoiBoy.

BoBoiBoy Movie 2

Biarlah dia pergi kali.jpg

Amato membuat kemunculan fizikalnya di kredit akhir filem ini di mana Maskmana meminta tolong Amato untuk memperbaiki Power Sphera ArmoBot. Amato hairan dengannya kenapa beliau tidak menyertai pertempuran TAPOPS dengan Retak'ka. Maskmana berkata dia bukanlah seorang lawan dengannya, sepatutnya Amato yang membantu BoBoiBoy. Amato mahukan anaknya berdikari untuk bersedia dalam menghadapi misi yang lebih besar.

Memori Eidulfitri

Amato akan muncul dalam iklan ini.

Rupa

Amato adalah seorang yang baik dan mempunyai ciri-ciri kepimpinan yang kuat. Beliau mempunyai rambut hitam yang tebal dan mempunyai helaian putih yang diwarisi daripada ayahnya, Tok Aba. Beliau mempunyai janggut dengan jalur putih tepat di bawah bibirnya. Beliau dilihat memakai MechaBot sebagai sut, tetapi dilihat memakai kemeja-T putih dalam gambar dengan anaknya.

Perwatakan

Gambar Amato, MechaBot dan anak lelakinya.

Oleh kerana menjadi duta, Amato dianggap sebagai orang yang diplomatik dan bertanggungjawab, mempunyai kemahiran kepemimpinan yang kuat, sesuatu yang diwarisi oleh anaknya sendiri. Beliau mengambil tugas sebagai wira, menunjukkan dirinya sebagai orang yang adil dan baik.

Amato nampaknya sangat menjaga keluarganya, terutama anaknya BoBoiBoy. Walaupun sudah lama dia tidak bertemu dengan anaknya, dia menyimpan foto dia dan anaknya di stesen. Dia membuat keputusan yang sukar untuk menghantar BoBoiBoy tinggal bersama bapanya, mengetahui bahawa dia terlalu sibuk dengan pekerjaan pentingnya untuk membesarkannya dengan betul.

Amato juga menyedari tentang kuasa BoBoiBoy, serta statusnya sebagai adiwira dan jelas berbangga dengan pencapaiannya. Dalam BoBoiBoy Movie 2, dia masih mempercayai anaknya untuk pergi mengembara.

Trivia

  • Surat peminat menyatakan bahawa kedua-dua ibu bapa BoBoiBoy mengetahui bahawa anak mereka, BoBoiBoy merupakan seorang wira dan dalam masa yang sama risau akan keadaannya.
  • Dalam surat peminat Majalah Komik BoBoiBoy isu #74, BoBoiBoy menggambarkan ayahnya sebagai seorang yang amat kacak.
  • Selepas pengeluaran filem BoBoiBoy Movie 2, ada petunjuk bahawa Amato sebenarnya bapa BoBoiBoy dalam pasca kredit sebelum dinyatakan oleh Nizam Razak secara rasmi.
  • Walaupun BoBoiBoy berkata bahawa bapanya bekerja sebagai duta, Amato juga kelihatan bekerjasama dengan TAPOPS dan juga rakan dengan Maskmana.
  • Amato adalah protagonis utama dalam sirinya sendiri, yang juga dihasilkan oleh Monsta, yang dipanggil Mechamato.
  • Sebelum muncul dalam BoBoiBoy Movie 2, Amato pernah muncul bersama isterinya dalam komik pendek yang bertajuk Lebaran Terbaik pada tahun 2013 dari Majalah Komik BoBoiBoy isu #15.

Galeri

Kategori utama: Gambar Amato

Gambar promosi

Cekupan skrin

BoBoiBoy Extended
BoBoiBoy Movie 2
Memori Eidulfitri

Video

Pautan luar

Advertisement