BoBoiBoy Wiki
Register
Advertisement
BoBoiBoy Wiki


Amar Deep merupakan salah seorang daripada pelajar kelas 5 Jujur di Sekolah Rendah Pulau Rintis.

Rupa[]

Amar Deep adalah seorang yang berbangsa India sama seperti Gopal dalam kelasnya dan orang yang ketiga memakai cermin mata selepas Ying dan Fang. Gaya rambutnya adalah lurus ke bawah dan bergerigi seakan-akan dia memakai minyak rambut. Cara pemakaian seluarnya pula adalah seperti pemakaian Lederhosen (seluar tradisional orang Jerman yang ciri-cirinya seluar yang mempunyai tali untuk ditahan pada bahunya) yang berwarna hitam dan bajunya berwarna putih serta berlengan panjang dan kelihatan di kolar lehernya ada ikatan simpulan berwarna hitam.

Perwatakan[]

Amar Deep adalah seorang yang periang dan suka bergaul di mana sifat mesranya yang dapat dilihat pada Musim 2, Episod 1 yang menunjukkan kemesraannya kepada BoBoiBoy yang merupakan murid baru. Dia juga merupakan murid kegemaran kepada para gurunya di mana dia sering membantu gurunya dan menghormati mereka. Sifatnya yang menghormati gurunya dengan memberi amaran tentang kedatangan gurunya ke kelas bagi murid lain boleh bersedia menyambut kedatangan mereka kerana sifat hormatnya.

Trivia[]

  • Amar mungkin seorang yang berasal dari kaum kacukan India-Melayu seperti Gopal dan Ravi J. Jambul.
  • Dalam musim ke-3, suara Amar Deep kedengaran berbeza dengan suara dalam musim ke-2.

Galeri[]

Kategori utama: Gambar Amar Deep
Advertisement