BoBoiBoy Wiki
Register
Advertisement
BoBoiBoy Wiki

Konco Lanun[]


Konco Lanun merupakan konco-konco kepada Kapten Separo dan ahli-ahli dalam Lanun Angkasa.

Sejarah[]

BoBoiBoy Galaxy[]

Dalam BoBoiBoy Kembali!, Konco-konco Lanun telah membantu Kapten Separo dalam usaha mereka untuk merampas Power Sphera bernama MotoBot daripada Komander Koko Ci. Namun, disebabkan mereka gagal apabila Koko Ci meminta bantuan BoBoiBoy, Kapten Separo terpaksa mengambil alih dan melaksanakan sendiri misi itu. Setelah mereka berjaya melarikan diri melalui portal, Konco Lanun telah berhasil mendapatkan maklumat tentang Power Sphera yang memiliki Kuasa Teleportasi, Ochobot dan adiwira Bumi, BoBoiBoy.

Galeri[]

Kategori utama: Gambar Konco Lanun

Alien Mop[]


Alien Mop merupakan sekumpulan alien yang bekerja dalam TAPOPS. Tugas mereka ialah untuk menyamar sebagai pekerja dobi sewaktu masa penyamaran di Stesen Angkasa TAPOPS untuk mendapatkan maklumat-maklumat penting daripada pihak luar. Mereka dikenali dengan rupa dan bahasa mereka iaitu "Mop, mop, mop".

Sejarah[]

BoBoiBoy Galaxy[]

Alien Mop pertama kali dilihat dalam episod MotoBot!. Koko Ci yang melihat Alien Mop tersebut memasuki ke dalam kedai mendapati isyarat MotoBot tidak ada bersama mereka. Alien Mop yang serba merah mendekati ke kaunter dan bertanya ubat gigi berada di mana kepada BoBoiBoy dan Gopal dalam bahasa asing. Dalam keadaan yang gelabah dan tidak memahami apa yang dikatakan oleh Alien Mop itu, BoBoBoy dan Gopal terdiam seketika sebelum Gopal secara tidak sengaja bersuara sambil tangannya menunjukkan ke arah sebuah rak.

Alien Mop itu keharainan, seakan-akan antara memahami dan tidak memahami jawapan daripada Gopal. Untuk mendapatkan kepastian, Alien Mop bertanya lagi dalam bahasanya ["Oh, dekat rak sebelah sana tu ke?"], lalu mengucapkan terima kasih dan beredar dari situ.

Trivia[]

  • Nama "Alien Mop" diambil dari penampilan fizikal mereka yang menyerupai mop dan bahasa utama mereka.

Galeri[]

Kategori utama: Gambar Alien Mop

Gambar promosi[]

Cekupan skrin[]

BoBoiBoy Galaxy
Pastikan Ori
BoBoiBoy Movie 2

Anak Waibi[]


Anak Waibi merupakan watak kecil dalam siri BoBoiBoy Galaxy. Dia adalah anak kepada Waibi.

Sejarah[]

BoBoiBoy Galaxy[]

Dia muncul dalam BoBoiBoy Galaxy Episod 4 di mana dia berlari ke arah bapanya dalam keadaan tergesa-gesa dan memberitahu bahawa satu lagi rumah telah diserang. Berita itu mengejutkan mereka semua lalu bergegas ke lokasi tersebut. Setelah meneliti kawasan kemusnahan, mereka sempat menanyakan gerangan si penyerang lalu anak pakcik itu menjawab bahawa semua perkara ini terjadi angkara "Raksasa Gurunda". Kemudian selepas BoBoiBoy yang berazam ingin menangkap raksasa berkenaan, seluruh penduduk kampung Kaktoi kegembiraan lalu memeluk Gopal sebagai ucapan terima kasih.

Apabila BoBoiBoy dan kawan-kawan merancang untuk memerangkap raksasa, Cattus tiba untuk minum air dan BoBoiBoy mengusirnya untuk pergi dari sini kerana tempat ini tidak selamat namun sempat diberi amaran oleh penduduk di situ akan kehadiran raksasa itu. Kemudian Gopal bertindak mengubah peluru itu kepada gula-gula getah lalu mengenai pokok kaktus dan turut mengubahnya. Penduduk tempatan berang akan aksi Gopal lalu memarahinya.

Rupa[]

Anak Waibi merupakan seorang alien yang bertubuh kecil dan memiliki rambut merah, mata hijau terang, dan kening perang terang. Dia memakai baju berwarna perang gelap yang diikat dengan tali berwarna kuning. Dia mengenakan jaket yang berwarna ungu gelap dan garis emas gelap, dan juga sepatu but berwarna perang gelap.

Galeri[]

Hantu Pokok[]


Hantu Pokok atau Raksasa Pokok merupakan raksasa-raksasa pokok yang mendiami di Planet Dargha'ya.

Sejarah[]

BoBoiBoy Galaxy[]

Dalam Misi Dobi TAPOPS, beberapa Hantu Pokok muncul dan mengganggu BoBoiBoy, Gopal dan Fang dalam misi mereka untuk menghantar bungkusan dobi TAPOPS. Akhirnya, BoBoiBoy dan Fang bertungkus-lumus menghentikan pokok-pokok itu dan diakhiri dengan serangan oleh BoBoiBoy. Di akhir episod, mereka bertemu dengan Adu Du dan Probe.

Kebolehan[]

Setiap raksasa pokok mempunyai kebolehan untuk menyamar sebagai pokok di planet mereka. Mereka akan menyerang sesiapa sahaja yang memasuki ke dalam kawasan mereka.

Rupa[]

Penampilan Hantu Pokok serupa dengan pokok biasa, tetapi mempunyai tangan dan kaki seperti manusia, yang mana membolehkan mereka bergerak bebas. Mereka juga mempunyai mata jingga yang menyala dengan mulut untuk mengaum. Walaupun begitu, pokok-pokok ini tidak mempunyai daun disebabkan oleh kebanyakan pokok yang telah mati di Planet Dargha'ya.

Galeri[]

Gambar promosi[]

Cekupan skrin[]

Raksasa Batu[]


Raksasa Batu merupakan sekumpulan raksasa batu yang menghuni di Planet Dargha'ya.

Sejarah[]

BoBoiBoy Galaxy[]

Raksasa Batu pertama kali muncul dalam Pukauan Katakululu di mana mereka mula-mula menyamar sebagai batu-batu biasa. Setelah mendengar suara tangisan seketul batu kecil, mereka pun bangkit lalu mengepung BoBoiBoy, Gopal dan Fang. Mereka bertiga melindungi diri di dalam Tanah Pelindung lalu melarikan diri dengan membawa bungkusan-bungkusan dobi melalui belakang. Raksasa Batu terus memecahkan Tanah Pelindung dan mengejar wira itu, namun terhenti apabila mereka semakin jauh. Mereka muncul kembali setelah diseru oleh seekor katak yang telah memukau mereka, Katakululu dan mengepung wira lagi sementara Katakululu cuba untuk memukau wira. Namun, ketibaan Tarung yang kemudiannya menangkap Katakululu membuatkan Raksasa Batu kembali normal.

Rupa[]

Seperti namanya, ia berbentuk seperti batu-batu kecil yang dicantumkan menjadi raksasa. Memiliki sepasang mata yang berwarna biru muda, namun bertukar menjadi merah selepas dipukau oleh Katakululu. Mereka juga mempunyai mulut dengan gigi-gigi batu yang tajam. Walaupun mereka tidak mempunyai kaki tetapi mereka masih boleh bergerak dengan melompat.

Galeri[]

Gorila TAPOPS[]


Gorila TAPOPS merupakan seekor gorila besar yang muncul ketika ujian fokus di Stesen Angkasa TAPOPS.

Sejarah[]

Gorila TAPOPS muncul dalam Ujian KENTAL sebagai sebahagian daripada ujian yang kedua yang perlu dilalui oleh BoBoiBoy dan rakan-rakannya iaitu ujian fokus, di mana mereka perlu bermain lagu Tepuk Amai-Amai dengannnya tanpa menggunakan kuasa dan juga tanpa sebarang kesilapan. Yaya dan Ying telah bermain dengan sempurna, manakala Gopal dan BoBoiBoy gagal dalam ujian fokus ini.

Rupa[]

Gorila TAPOPS kelihatan sama seperti gorila biasa dengan saiz tubuh badan dan tangan yang besar.

Perwatakan[]

Gorila TAPOPS mempunyai muka yang bengis apabila marah, tetapi mudah diajak ramah apabila orang lain tidak membuat kesilapan ketika ujian fokus. Dia mungkin bekerja dengan serius juga.

Galeri[]

Video[]

Power-Power Sphera Bad Dudes[]

Mereka adalah Power-Power Sphera yang dimiliki oleh Jugglenaut dan kumpulan Bad Dudes. Selepas kekalahannya, mereka kemudian berpindah ke pasukan TAPOPS.

Galeri[]

Keluarga Cattus[]

Keluarga dan jiran Cattus

Cattus bersama dengan keluarganya.

Keluarga Cattus merupakan penduduk Planet Gurunda yang tinggal di kampung Cattus. Keluarga Cattus terdiri dari ibu bapa, sepupu, adik angkat, makcik dan juga pakcik Cattus.

Sejarah[]

Sejarah awal[]

Dalam suatu hari, BellBot telah melarikan dirinya dari pemburu Power Sphera dan ia terhempas di Planet Gurunda. Cattus terlihatnya lalu membantunya bersembunyi. Walaupun Cattus telah membawa pulang ke rumahnya, namun BellBot tetap dapat dikesan oleh pemburu itu. Maka dalam keadaan terdesak, Cattus diberikan Kuasa Pembesaran oleh BellBot supaya ia dapat untuk mempertahankan dirinya dan keluarganya. Semenjak daripada itulah BellBot mula terikat di sekitar leher Cattus untuk bersembunyi. BellBot berjaya dilindungi olehnya, namun disebabkan oleh transformasi Cattus menjadi kucing gergasi telah menyebabkan rakan-rakannya menjadi takut dan akhirnya Cattus dipulaukan oleh semua rakannya. Demi kebaikan semua penduduk, Cattus pun mengambil keputusan untuk meninggalkan kampungnya.

BoBoiBoy Galaxy[]

Dalam BoBoiBoy Galaxy Episod 18, di sebuah perkampungan di Planet Gurunda, kelihatan sekumpulan kucing keturunan Cattus sedang menjalani kehidupan yang bahagia di kawasan oasis itu. Tiba-tiba, sebuah kapal angkasa gergasi yang aneh muncul di atas mereka. Sebuah kelibat yang kelihatan seperti robot, melangkah keluar sambil mengumumkan bahawa dia telah kembali.

Kemudian, BoBoiBoy dan kawan-kawan tiba di kampung Cattus. Sebuah robot memerangkap BoBoiBoy dan kawan-kawan dan juga menghalang Cattus daripada berlari menuju keluarganya yang bersembunyi di dalam rumah berbentuk kaktus.

Setelah A.B.A.M. dikalahkan dan badannya ditukar menjadi bakul ikan, Cattus berubah menjadi gergasi dan menyerang A.B.A.M. sehingga melemparkannya ke oasis. Ibu bapa Cattus berlari menuju anak mereka dan berterima kasih kepadanya. Lalu rakan-rakan dan keluarga lain Cattus berbaikan dan meminta maaf dengannya setelah menyelamatkan mereka daripada A.B.A.M.. Cattus dan keluarga berlari ke arah Papa Zola dan berkumpul di atasnya.

Galeri[]

Pemilik D'Sosej[]


Pemilik D'Sosej adalah watak kecil dalam siri BoBoiBoy Galaxy. Dia merupakan salah seorang penduduk Planet Junkberg yang menjual makanan cucuk di gerainya, D'Sosej.

Sejarah[]

BoBoiBoy Galaxy[]

Dia pertama kali muncul dalam BoBoiBoy Galaxy Episod 19 apabila Gopal mengambil semua makanan cucuk dari kedainya. Ochobot mengimbasnya dan dia bersama dengan BoBoiBoy berjaya menipu Gopal bahawa dia makan cicak angkasa supaya mereka boleh melanjutkan misi mereka lagi.

Dia muncul lagi dalam BoBoiBoy Galaxy Episod 21 apabila BoBoiBoy menanyakannya jika dia tahu tempat macam arkib lama di Planet Junkberg, tetapi dia kata tidak ada. Lalu Gopal meminta 10 makanan cucuk dari kedainya lagi, membuat BoBoiBoy dan Ochobot kecewa.

Trivia[]

Galeri[]

Robot Lanun[]


Robot Lanun merupakan sekumpulan tentera dalam kumpulan Lanun Angkasa.

Trivia[]

  • Muka tentera lanun hampir serupa dengan muka topeng gas.
  • Mereka memanggil Kapten Kaizo sebagai Kassim setiap 4 kali.

Galeri[]

Gambar promosi[]

Cekupan skrin[]

Burung Nuri Lanun[]


Burung Nuri Lanun ialah ahli dalam Lanun Angkasa Vargoba.

Sejarah[]

BoBoiBoy Galaxy[]

Dalam Misi Koloni Lanun, dia muncul melalui skrin kapal angkasa TAPOPS untuk meminta identiti mereka. Disebabkan gurauan Papa Zola, dia mengugut untuk menembak kapal angkasa mereka. Tetapi, Fang sempat menghentikannya dengan menyatakan identiti mereka dan Burung Nuri membolehkan mereka untuk pergi ke hangar no. 5.

Dalam Ancaman Armada, dia bersama dengan Kapten Vargoba pergi menuju Stesen Angkasa TAPOPS.

Dalam Sinaran Penamat, dia melepaskan senjata dari kapal angkasa Vargoba untuk memberikan kepada kaptennya.

Galeri[]

Kategori utama: Gambar Burung Nuri Lanun

Tok Cendatok[]


Tok Cendatok merupakan penghulu Kampung Cendawa, sebuah penempatan yang dihuni oleh kaum Cendawa di Planet Rimbara.

Pengawal Ladang[]

Tumbosaur[]


Tumbosaur merupakan penduduk Planet Kadruax. Mereka pertama kali muncul dalam isu ke-7 BoBoiBoy Galaxy Musim 2.

Sejarah[]

Belantara Penuh Bahaya![]

Ketika geng BoBoiBoy sedang menjelajahi Hutan Kadruax, mereka menemui dinosaur yang serupa dengan pohon gergasi yang berjalan dengan dua kaki dengan kepala seperti bunga dan lidah bercabang tiga. Kedengaran bunyi-bunyi pecutan dari berdekatan jadi BoBoiBoy dan lain-lain mula berjaga-jaga, kecuali Gopal yang hanya meraung ketakutan akan raksasa. Seperti yang diduga, munculnya seekor "raksasa pokok" berbentuk dinosaur berjalan dua kaki dengan kepala seakan bunga bersiung dengan lidah cabang tiga. BoBoiBoy Taufan mencampakkan raksasa jauh-jauh dengan Tolakan Taufan sehingga ia terhentak pada pokok, tetapi muncul pula banyak lagi raksasa seumpamanya mengepung dan menyerang mereka!

Yaya menyerang dengan Tumbukan Graviti, Ying mengenakan Tendangan Ribut, dan Taufan pula melemparkan Cakera Taufan. Gopal cuba mengatasi ketakutan dengan melakukan Tembakan Machinegun Makanan, tetapi nampaknya kuasanya tidak memberikan sebarang kesan dan dia pun melarikan diri sambil dikejar raksasa. Taufan menyelamatkan Gopal dengan menaikkan ke hoverboard sambil menghubungi Papa Zola supaya datang ke lokasi mereka untuk menolong, tetapi Papa Zola pun memesan supaya selamatkan diri kerana tempatnya juga diserang oleh raksasa pokok yang sedang menarik kapalnya ke tanah. Taufan mengeluarkan Taufan Pengabur untuk melindungi seluruh geng daripada raksasa pokok, sementara Gopal meraung menyalahkan Qually.

Sementara itu, Adu Du dan Probe juga sedang melawan raksasa pokok yang sama. Probe dibaham oleh seekor raksasa, tetapi sempat diselamatkan oleh suatu pukulan kepada raksasa tersebut. Probe berterima kasih kepada Adu Du tetapi Adu Du berkata bukan dia yang buat. Kedengaran teriakan berulang-ulang "ja ba ja ba" sementara kawanan raksasa melarikan diri, membuat Adu Du berasa tidak sedap hati.

Senarai Tumbosaur[]

  • Tumbosaur
  • Tumbosaurus Rex
  • Tumbosaurus Top
  • Alpha Jumbosaur/Tumbosaur[1]

Trivia[]

  • Namanya merupakan gabungan antara perkataan "tumbuhan" dan "dinosaur", merujuk ke rupa mereka yang merupakan dinosaur yang serupa dengan tumbuhan.

Galeri[]

Rujukan[]

Puak Baja[]


Puak Baja ialah nama bagi spesies berakal (setaraf manusia) yang mendiami Planet Kadruax.

Sejarah[]

Puak Baja (seperti yang digambarkan dalam Galaxy Musim 2 Isu 8) merupakan spesies berakal yang hidup secara berkampung. Setiap ahli puak berkulit biru, berambut biru firus, berbaju daun kering, memakai topeng, dan bertutur dalam bahasa yang kedengaran seperti "ba ja ba ja". Tidak diketahui dengan nyata siapa penghulu mereka, selain daripada Adu Du sewaktu kunjungannya ke planet berkenaan.

Walaupun pada luarannya kelihatan seperti kaum gasar (Qually pernah menceritakan bahawa mereka memakan manusia), tetapi sebenarnya mereka ternyata mempunyai sejarah peradaban yang lampau. Mereka diketahui pernah membina sebuah piramid di mana mereka melakar sejarah lampau ketika mereka diselamatkan dari kemarau berlarutan oleh pendatang Kubulus yang membawakan Power Sphera bernama PasuBot untuk menyuburkan kembali tanah mereka, malah PasuBot pun disimpan di dalam piramid.

Trivia[]

  • Puak Baja dinamakan sempena "baja", bahan yang digunakan untuk menyuburkan tanaman.

Galeri[]

Askar Kelkatoa[]

Askar Kelkatoa ialah tentera Planet Windara. Ia terdiri daripada tentera seperti kelkatu. Mereka pertama kali muncul dalam "Pergolakan Di Windara".

Galeri[]

Penduduk Kepaku[]

Kamarul[]

Rokkiah[]

Advertisement