BoBoiBoy Wiki
Register
Advertisement
BoBoiBoy Wiki


Adu Du merupakan musuh ketat kepada BoBoiBoy dalam siri BoBoiBoy yang dahulunya datang ke Bumi untuk merampas koko. Kini, Adu Du menjadi pemburu Power Sphera.

Penerangan[]

"Adu Du adalah alien yang pemarah dan pengarah yang merupakan musuh utama BoBoiBoy. Dia pada asalnya adalah pelombong alien yang mengintai galaksi untuk sumber tenaga baru untuk rakyatnya.

Dia telah ditugaskan oleh maharaja untuk menguasai biji koko Bumi.
"
— Penerangan laman web rasmi BoBoiBoy Galaxy

"Adu Du adalah makhluk asing berkepala kotak, dan juga merupakan musuh ketat kepada BoBoiBoy. Dia suka mengarah, pemarah, dan menyimpan impian untuk menjadi Pemburu Power Sphera yang paling terkenal di serata galaksi. Rancangannya sering dipatahkan oleh BoBoiBoy dan rakan-rakan, namun begitu dia tidak pernah mengalah dan sentiasa mencari rencana baru untuk mencapai impiannya. Walaupun sentiasa bermusuhan, Adu Du bukanlah makhluk asing yang jahat, dan pernah menyertai BoBoiBoy untuk mengalahkan musuh yang sama."
— Penerangan laman web rasmi BoBoiBoy Movie 2

"Makhluk asing bangsa Kubulus dari Planet Atata Tiga, dan juga merupakan musuh ketat kepada BoBoiBoy.

Dia suka mengarah, pemarah, dan menyimpan impian untuk menjadi Pemburu Power Sphera yang paling terkenal di serata galaksi.

Rancangannya sering dipatahkan oleh BoBoiBoy dan rakan-rakan. Namun begitu dia tidak pernah mengalah dan sentiasa mencari rencana baru untuk mencapai impiannya.

Walaupun sentiasa bermusuhan, Adu Du bukanlah makhluk asing yang jahat, dan pernah menyertai BoBoiBoy untuk mengalahkan musuh yang sama.
"
— Penerangan dalam Segmen Khas - Jom Kenali Superheroes Anda!

Sejarah[]

Sejarah awal[]

Adu Du berasal dari Planet Ata Ta Tiga dan merupakan anak bongsu dari tiga beradik. Sejak dari bayi lagi, Adu Du telah mencipta mesin rumput laser pertama seawal umur 2 tahun sehingga telah menerima Anugerah Tertinggi Kebijaksaan Diraja Maharaja dan mendapat gelaran "Pakar Revolusi, Pencetus Revolusi" atas kepintarannya. Meskipun begitu, Adu Du tergolong dalam kelas dan sektor terbawah di planet itu iaitu Sektor 42 yang mana merupakan sektor paling teruk selepas berlakunya serangan Trianglian. Dia telah dicampakkan ke sana dan menghabiskan masanya untuk mengutip sisa-sisa mineral yang ditinggalkan. Adu Du juga sering dibuli oleh Ejo Jo yang merupakan bekas rakan sekelasnya dan anak jiran sebelah dan dialah yang menyebabkan Adu Du telah diusir dari kampungnya sebelum kemudian dari Ata Ta Tiga.

Pada suatu hari ketika dia sedang mengutip di kawasan buangan, Adu Du telah terdengar bunyi letupan dan segera pergi ke tempat bunyi itu. Adu Du mendapati sebuah robot yang telah dibuang dan bercadang untuk menjadikannya sebagai tudung saji, membuatkan Probe menangis lalu memberitahu bahawa dia adalah sebuah robot tempur dan bukan tudung saji. Apabila Adu Du mendengarnya, dia pun berusaha untuk membaikinya. Sejak dari itu, mereka semakin akrab dan tidak dapat dipisahkan, di samping menjadikan hidup Adu Du lebih bermakna kerana ada Probe yang menjadi peneman dan kawan baik kepadanya.

BoBoiBoy[]

Ketibaan di Planet Bumi[]

Adu Du mencari di seluruh angkasa bersama Probe dan Komputer sehingga dia sampai ke Bumi yang didapatinya manusia-manusia di Bumi menggunakan sumber tenaga koko. Adu Du cuba untuk mengaktifkan sfera kuasa, tetapi sfera kuasa itu mengikut BoBoiBoy dan membuatkan Adu Du mula ingin menghapuskan BoBoiBoy. Dalam usahanya itu, Adu Du selalu mengharapkan Super Probe yang mempunyai senjata yang kuat untuk melakukannya, tetapi malah dia yang dimusnahkan dan membuatkan Adu Du berasa kecewa. Kemudian, Komputer mencadangkan Adu Du untuk menghubungi Bago Go. Akhirnya, dia memberikan Mukalakus kepada Adu Du secara percuma dan Adu Du menggunakannya untuk menghapuskan BoBoiBoy. Akan tetapi, penggunaan robot pemusnah itu tidak berkekalan apabila BoBoiBoy Halilintar, BoBoiBoy Taufan dan BoBoiBoy Gempa memusnahkannya.

Pertemuan dengan Fang[]

Dalam rancangan untuk menculik Ochobot dan mendapatkan kuasanya semasa ketiadaan BoBoiBoy, Adu Du bersama Probe telah menyusun perjumpaan Fang dengannya dalam keadaan berpura-pura memesan koko di warung Tok Aba sebelum menyampaikan pesanan yang direka kepadanya. Ochobot yang menyangka ia merupakan pesanan daripada BoBoiBoy telah pergi ke Markas Kotak sambil ditemani oleh Fang. Setibanya mereka di sana, Adu Du dan Probe telah mengurung Ochobot dan dibawa masuk ke dalam markas. Apabila Adu Du cuba memaksanya untuk memberinya kuasa, Ochobot berjaya melepaskan dan melarikan diri daripada mereka sehingga ke Lorong Pak Senin Koboi sebelum dia diselamatkan oleh Fang dengan bersembunyi di dalam sebuah tong sampah. Ketika mereka cuba mengambil peluang itu untuk melarikan diri, mereka telah ditemui oleh Adu Du dan Probe. Maka Ochobot memberikan kuasa bayang kepada Fang untuk menghalang mereka dari mendekatinya, lantas Naga Bayang yang dijelmakannya mula menyerang Adu Du dan Probe dari berbagai arah sebelum akhirnya menyerang mereka habis-habisan. Naga Bayang terus mengganas di kawasan perumahan sekitar situ setelah itu sehingga Ochobot berjaya mengawal keadaan.

Menentang Ejo Jo[]

Enam bulan selepas BoBoiBoy menumpaskan Adu Du, BoBoiBoy kembali ke Pulau Rintis untuk membantu Tok Aba menjaga kedainya. Setiap kali Adu Du cuba untuk mengalahkan BoBoiBoy dan kawan-kawannya, berkali-kali juga dia kalah apabila rancangannya sentiasa gagal sehinggalah Ejo Jo tiba ke Bumi untuk mengalahkan BoBoiBoy dan kawan-kawan, merampas kuasa mereka dan Power Sphera. Ketibaan Ejo Jo juga telah mengakibatkan kemusnahan Probe oleh Robot PETAI, meninggalkan Adu Du berduka sendirian sebelum BoBoiBoy dan kawan-kawannya bertarung menentang Ejo Jo bagi melindungi Adu Du. Apabila Yaya, Ying dan Gopal, Papa Zola dan yang lain dijadikan tebusan oleh Ejo Jo, BoBoiBoy dan Fang membawa Adu Du dan bangkai Probe ke Markas Kotak. Setelah Adu Du sedar, dia telah memberitahu lokasi keberadaan BoBoiBoy kepada Ejo Jo menyebabkan dia datang ke sana.

Apabila BoBoiBoy bertarung dengan Ejo Jo, dia mudah dikalahkan olehnya sehingga Adu Du menggunakan Mukalakus untuk menyertai BoBoiBoy untuk membalas dendam demi Probe. Selepas Ejo Jo dikalahkan, dia menggunakan kuasa Fang untuk memerangkap BoBoiBoy dan kawan-kawannya serta Adu Du dan menyeru Naga Bayang untuk menelan BoBoiBoy dan kawan-kawan yang berada di dalam Kokun Bayang. Setelah kesemua mereka bebas dari Kokun Bayang Ejo Jo dengan bantuan Iwan dan Ejo Jo mula menyuruh Naga Bayang untuk menyedut semua orang di situ, BoBoiBoy Gempa menyeru Golem Naga Tanah untuk mengalihkan perhatian Naga Bayang lalu ketiga-tiga BoBoiBoy dan Adu Du bekerjasama untuk menewaskan Ejo Jo. Oleh itu, Adu Du mengambil peluang itu untuk cuba menghabiskannya demi melunaskan dendamnya atas kemusnahan Probe, tetapi dia sempat dihalang oleh BoBoiBoy. Ejo Jo akhirnya berjaya melarikan diri ke markasnya, lalu Adu Du merenung BoBoiBoy sebelum berlepas meninggalkan mereka.

Memperbaiki semula Probe[]

Selepas pertarungan antara BoBoiBoy dan Ejo Jo, Adu Du berusaha untuk membaiki Probe, tetapi tidak berjaya, maka Komputer menghubungi Bago Go untuk membantunya, dan selepas membuat perbincangan dia memerlukan lima tong koko sebagai pertukaran bagi konverter tenaga untuk menghidupkan Probe semula. Kemudian, Adu Du menggunakan Koko Jumbo untuk merampas koko di warung Tok Aba. Oleh itu, Tok Aba dan BoBoiBoy memberi tunjuk ajar kepada Adu Du cara untuk berbudi bahasa supaya dia dapat meminta koko yang diingininya secara baik. Akibatnya, Adu Du secara tidak langsung telah mengusir Koko Jumbo. Selepas itu, Adu Du bersama BoBoiBoy dan Gopal membentuk Team BuBaDiBaKo untuk mengumpul duit dan menjalankan misi membantu penduduk sehingga mereka berjaya mendapatkan lima koko yang diperlukan. Seusai misi mereka, proses pemindahan kor tenaga pun dimulakan, namun ia gagal membuatkan Adu Du berasa sedih dan kecewa sebelum dia ditenangkan oleh BoBoiBoy dan Gopal.

Kemudian, mereka bertiga menyaksikan berita tentang Koko Jumbo yang telah menjadi saiz gergasi sedang menghancurkan bandar Pulau Rintis. Maka, mereka menjalankan misi untuk menyelamatkan bandar dan menghentikan Koko Jumbo, tetapi tidak berjaya. Apabila Koko Jumbo yang berdendam dengan Adu Du cuba untuk melenyekkannya, munculnya Probe dalam bentuk serba baharu menyelamatkan tuannya itu dan menginsafkan Koko Jumbo. Seusai pertarungan itu, Probe mengacu senjata kepada BoBoiBoy dan Gopal akibat hilang ingatan dan mengesan mereka sebagai musuh ketat. Sejurus Adu Du membaling mag besi ke arah Probe untuk memulihkannya, dia akhirnya kembali sedar sebelum bertukar mod ke bentuk asal lalu memeluk Adu Du dengan pelukan yang ramah dan tangisan kegembiraan dalam detik-detik manis yang turut dikongsi bersama BoBoiBoy dan Gopal.

Selepas Probe kembali, dia sering mengalami masalah hilang ingatan sehingga telah tertembak Adu Du sebanyak 21 kali. Maka Komputer mencadangkan untuk menghubungi Bago Go untuk cuba mencari jalan penyelesaian pada masalah itu dan setelah mereka menceritakan masalah mereka kepadanya, Bago Go mengesyorkan seorang pakar untuk mengubati Probe iaitu Wak Baga Ga. Baga Ga menjalankan beberapa rawatan ke atas Probe dengan menggunakan taktik dan tipu dayanya yang licik sebelum memberikan ubat secara percuma kepada mereka, dengan syarat harus membeli sebuah cawan coklat ceri supaya ia mujarab. Sebaik sahaja Probe menyedari bahawa Baga Ga telah menipu mereka untuk membayar jutaan ringgit hanya untuk menyambung wayar yang tercabut di dalam kepalanya, Probe bertukar menjadi Mega Probe dan mengacu senjata ke arah Baga Ga dan Bago Go sebelum akhirnya menembak mereka.

Menjalani Kehidupan Harian[]

Selepas Adu Du beransur-ansur menjadi baik berkat bantuan daripada BoBoiBoy dan Gopal, di amula berkawan dengan mereka dan menjalani kehidupan yang aman dan damai. Apabila Adu Du mendapat tahu bahawa kapal angkasanya akan dihantar semula, dia bersama Probe pergi ke warung Tok Aba untuk menyampaikan berita baik itu kepada BoBoiBoy. Kemudian, mereka bersama BoBoiBoy dan kawan-kawannya pergi ke Bank Pulau Rintis untuk menghentikan rompakan oleh kumpulan Tiga Rob. Selepas menumpaskan ketiga-tiga perompak dengan bantuan pihak polis, Bago Go tiba di situ bersama kapal angkasa Adu Du dan Lima Panglima Scammer. Bago Go memberikan amaran kepada kesemua mereka untuk melarikan diri daripada abang-abangnya setelah terjadinya kes penipuan ke atas keturunan mereka, namun abang-abang Bago Go telahpun memunculkan diri dan mengugut Adu Du untuk menyerang mereka jika dia tidak mahu mengembalikan semula kapal angkasanya. Namun disebabkan oleh kedegilan dan kengganan Adu Du untuk berbuat demikian, mereka mula melancarkan serangan di perbandaran Pulau Rintis.

Ketika Lima Panglima Scammer menyerang bandar, mereka mengalihkan perhatian mereka dengan memandu kapal angkasa Adu Du dan menuju ke bulan supaya mereka dapat bertarung tanpa merisaukan keadaan sekeliling. Apabila kapal-kapal angkasa Panglima Scammer bercantum menjadi MegaBot ScamBot dan terus menyerang mereka, Adu Du bersama yang lain menukar mod kapal angkasanya menjadi SampahBot untuk menentang lima beradik itu. Selepas bertungkus-lumus pertarungan, Adu Du dan BoBoiBoy dan yang lain berada di ambang kemusnahan apabila tinggal satu jari yang masih elok, maka Gopal menukarkan batu-batuan di bulan menjadi emas menyebabkan kesemua Panglima Scammer menjadi rambang mata dan berebut untuk mendapatkannya. Adu Du mengambil peluang itu untuk memasuki ke dalam robot mereka sebelum melenyekkan mereka.

Beberapa ketika kemudian, Adu Du dan Probe telah menyertai BoBoiBoy dalam misi menyelamatkan Mama Zila yang berada di dalam dunia permainan Papa Zola: Kekasih Terang-Benderang, di mana BoBoiBoy, Gopal dan Papa Zola masuk ke dalam dunia permainan dengan masing-masing mempunyai pengawal mereka. Adakalanya, Adu Du yang mengawal Gopal menyebabkannya menjadi tidak stabil sehingga berebut alat kawalan dengan Probe. Setelah dibantu oleh yang lain dan melepasi halangan-halangan di fasa pertama, mereka bertemu dengan Raksasa Gonohom yang mendedahkan Mama Zila sedang dikurung di dalam sebuah istana. Maka kesemua mereka bersepakat untuk membantu Papa Zola bersatu semula dengan isterinya sebelum meneruskan pengembaraan mereka dan melepasi halangan-halangan seterusnya.

Mereka akhirnya tiba di Mahligai Syahdu dan bertemu semula dengan Raksasa Gonohom. Selepas bertungkus-lumus menentangnya, mereka memasuki ke dalam sebuah istana dan bertemu dengan Mama Zila. Selepas Adu Du mengeluarkan mereka dari dunia permainan, Mama Zila telah bertukar menjadi raksasa akibat melihat banyak benda yang tidak tersusun yang berpunca dari sumpahan OCD yang ada padanya. Oleh itu, mereka cuba menghentikan Mama Zila dari menghancurkan bandar dengan idea BoBoiBoy iaitu membuatkannya menyusun keadaan yang bersepah di kawasan bandar sehingga mereka tiba di rumah Gopal semula dan Adu Du memasukkan mereka kembali ke dunia permainan untuk mengalahkannya. Setelah BoBoiBoy berjaya menghabiskan peringkat nyawanya, Mama Zila kembali pulih menjadi asal dan sumpahan OCD itu telahpun hilang. Kemudian selepas mereka keluar dari dunia permainan, Papa Zola berterima kasih kepada semua atas bantuan mereka.

Kembali ke Kancah Kejahatan[]

Selepas ketibaan ibunya, Ibu Bu mendapat tahu bahawa anaknya berubah menjadi alien baik kerana terpengaruh dari BoBoiBoy. Ibu Bu berhasrat untuk membalas dendam terhadap BoBoiBoy sehingga Adu Du kembali ke pangkuan kejahatan dan mengkhianati BoBoiBoy untuk membalas dendam terhadapnya demi ibunya. Adu Du membentuk pasukan bernama Kumpulan Gerombolan Kejahatan untuk cuba mengalahkan BoBoiBoy dan mengambil sampel kuasa, rambut, cap jari dan air mata BoBoiBoy untuk membuat sebuah robot ciptaannya bernama BoBoiBot. Kerana Adu Du dan Probe mendapat tahu bahawa BoBoiBoy Api bertanggung jawab atas kebakaran di kejiranan Pulau Rintis, Adu Du memanggil BoBoiBot untuk mengalahkan BoBoiBoy supaya dia dijauhi oleh penduduk-penduduk Pulau Rintis dan membuktikan bahawa BoBoiBot merupakan wira berguna daripada BoBoiBoy. Kerana itu, Adu Du dan BoBoiBot terus menerus menghabiskan masa mereka membuli BoBoiBoy dan mengambil alih pekerjaannya sebagai wira. Probe kemudian menyelinap masuk ke dalam rumah Tok Aba untuk memberitahu kelemahan BoBoiBot. Disebabkan oleh perlakuan kejam terhadapnya, BoBoiBoy bertukar menjadi BoBoiBoy Air untuk memusnahkan BoBoiBot.

Misi Jero-Jero[]

Ketika Raksasa Perisai tiba di Bumi untuk menewaskan BoBoiBoy, Adu Du dan Probe bersama-sama menubuhkan sebuah pasukan penjahat yang dikenali sebagai Superjahat Jero-Jero berbekalkan sut adiwira yang dibeli daripada Bago Go dengan matlamat untuk membantu orang-orang jahat sedunia. Maka mereka membantu Raksasa Perisai untuk bertarung dan mengalahkan BoBoiBoy, tetapi akhirnya mereka dikalahkan dengan mudah menyebabkan dia diberkas oleh BoBoiBoy dan kawan-kawannya dan dipenjarakan di sekolah mereka. Keesokan harinya, Adu Du dan Probe cuba menyelamatkan dan melarikan Raksasa Perisai dengan menyelinap masuk ke Sekolah Rendah Pulau Rintis sekaligus mengacau-bilaukan program Karnival Hari Bumi di sana. Sebelum Raksasa Perisai bertolak ke angkasa lepas, Adu Du dan Probe mendapat tahu bahawa dia merupakan konco Ejo Jo yang membuat mereka menyedari bahawa Ejo Jo sedang menuju ke Bumi.

Mereka segera menyampaikan berita itu kepada BoBoiBoy dan kawan-kawannya untuk menjalinkan kerjasama dengannya dalam menentang Ejo Jo yang sedang dalam perjalanan ke Bumi bagi mengelakkan berlakunya tragedi dahulu berulang di mana Probe pernah dimusnahkan. Sebaik sahaja kesemua mereka bersedia untuk bertarung dan Ejo Jo tiba di Bumi, pertarungan mereka dihentikan oleh kemunculan Kapten Kaizo di situ yang mengalahkan Ejo Jo dengan sangat mudah. Adu Du dan Probe akhirnya melarikan diri mereka selepas menyedari identitinya sebagai pemberontak legenda. Kemudian selepas BoBoiBoy dan kawan-kawannya kehilangan kuasa mereka, Adu Du dan Probe bersetuju untuk membantu mereka menyelamatkan Fang dan mendapatkan semula kuasa mereka di kapal angkasa Kapten Kaizo yang berada di angkasa sehinggalah kapal angkasa mereka diserang oleh Kapten Kaizo sebelum ia menjunam ke Bumi.

BoBoiBoy: The Movie[]

Adu Du dan Probe muncul dalam filem sebagai watak penolong. Mereka bekerja sebagai Superjahat Jero-Jero lagi untuk mengalahkan BoBoiBoy dan membantu Geng Rompak Dobi Bersiri. Pada keesokan harinya, mereka menyertai pasukan Tengkotak sehingga dicampak oleh mereka ke laut. Kemudian, mereka terpaksa bekerjasama dengan Papa Zola untuk mencari BoBoiBoy dan kawan-kawan, tetapi mereka mudah diculik oleh pasukan Tengkotak untuk membuat BoBoiBoy menyerahkan Ochobot kepadanya. Ketika Bora Ra bertarung dengan BoBoiBoy dan Gaga Naz mengejar Yaya, Ying dan Gopal, Yoyo Oo dan Kiki Ta mengejar Adu Du, Probe dan Papa Zola sehingga mengikat mereka dan diserang oleh J-Rex. Mereka menipu Bora Ra dengan mudah memberikan koordinat teleportasi kepadanya supaya BoBoiBoy dapat mengalahkannya. Kemudian, mereka menyertai Papa Zola bersama dengan anak-anak muridnya ketika berswafoto dengannya. Akhirnya, mereka pulang balik ke Pulau Rintis bersama dengan BoBoiBoy dan kawan-kawan dan memelihara Kurita sebagai haiwan peliharaan mereka.

BoBoiBoy Galaxy[]

Beberapa ketika setelah peristiwa yang telah berlaku dalam filem, kini Adu Du menjadi seorang pemburu Power Sphera sepenuhnya dan dibantu oleh Probe dan Komputer, sehingga dia telah dimasukkan ke dalam senarai paling dikehendaki dan juga dikenali sebagai pemburu Power Sphera yang gagal kerana tidak pernah berjaya mendapatkan satupun Power Sphera. Pada suatu malam, kapal angkasa Adu Du tiba di pekarangan Pulau Rintis sebelum menghampiri warung Tok Aba dan melepaskan gas tidur untuk menculik MotoBot. Apabila Adu Du turut tertidur, Probe telah mengambil alih tugas untuk menangkap MotoBot dan membawanya ke kapal angkasa. Di dalam kapal angkasa, Adu Du kagum akan kejayaan Probe yang menculik MotoBot. Kemudian, mereka menuju ke Sektor G-14 apabila Komputer memaklumkan kapal angkasa hampir kehabisan tenaga. Destinasi mereka membuatkan Adu Du bersua kembali dengan BoBoiBoy yang datang untuk menyelamatkan MotoBot.

Setelah Koko Ci berjaya mendapatkan semula MotoBot, Adu Du dan Probe mengejar mereka sebelum dihalang oleh BoBoiBoy. Sebelum BoBoiBoy sempat memerangkap mereka, Adu Du mengarahkan Probe untuk bertukar menjadi Mecha Probe lalu mereka bertarung sehinggalah MotoBot memberikan kuasa kenderaan berteknologi tinggi kepada BoBoiBoy dan Gopal dan menyerang Adu Du dan Probe habis-habisan. Setelah tewas, mereka dijemput oleh kapal angkasa dan melarikan diri. Adu Du meneruskan untuk cuba mengesan lokasi Power Sphera lain di Planet Gurunda, namun pencarian Komputer memakan masa yang sangat lama, maka Adu Du membeli alat Pengesan Power Sphera dan kelengkapan senjata dari Bago Go dan telah mengesan BellBot. Adu Du berusaha untuk mendapatkannya, tetapi sekali lagi gagal dia dihalang oleh BoBoiBoy dan kawan-kawannya yang mempertahankan Cattus dan BellBot dari serangannya.

Kebolehan dan Senjata[]

Serangan
3/5 Profil Galaxy Adu Du
Pertahanan
2/5
Ketangkasan
2/5
Keberanian
2/5
Kelajuan
1/5


Adu Du tidak mempunyai kuasa tetapi dia pandai menyamar dan berlakon untuk memperdaya orang lain. Adu Du juga mahir dengan teknologi dan selalu mencipta atau mengubahsuai alatan baharu untuk digunakan untuk melawan BoBoiBoy.

  • Penyamaran: Adu Du juga berupaya untuk menyamar menjadi orang lain, dengan hanya memakai ciri tambahan yang lain untuk menutup rupa aliennya. Adu Du sangat pandai berlakon dan menyamar, sehingga ramai orang tertipu dengan muslihatnya.
  • Mencipta dan ubahsuai teknologi: Adu Du pandai mencipta senjata dan alatan buatan sendiri dan selalu digunakan dalam misinya.
  • Tandukan Kepala Kotak: Sebagai Super Adu Dududu yang berkepala tinggi, Adu Du berkebolehan untuk menanduk musuhnya ke tempat yang jauh dengan hanya satu tandukan. Digunakan dalam Musim 1, Episod 9.
  • Pistol Laser
  • Senapang Lumpur: Senapang yang digunakan untuk menembak lumpur kepada lawannya, terutama menggunakannya untuk mengotori dobi yang BoBoiBoy, Gopal, dan Fang dalam episod Misi Dobi TAPOPS.
  • Gegelung Loop: Adu Du menggunakan gegelung kuasa yang diambil paksa daripada LoopBot dalam episod Loopa Lupa?.
    • Kuasa Loopa Loopa Loop: Dengan menggunakan Gegelung Loop, Adu Du mengulang-ulangkan situasi yang telah berlaku.
  • Sut Exoskeleton: Sut perisai yang ia gunakan untuk menggerakan dirinya sendiri. Ia digunakan dalam BoBoiBoy Movie 2.
    • Pergerakan Ninja
    • Mod Manual Control
    • Mod Mengejar
    • Mod Berenang
      • Kuak Lentang
      • Kuak Katak
      • Lompatan Dolphin
  • Rod Elektrik
    • Serangan Rod Elektrik
  • Seni Mempertahankan Diri: Ketika Adu Du hilang ingatan dan jatuh hati kepada Ayu Yu, dia belajar seni mempertahankan diri daripada Hang Kasa supaya dia boleh 'menyelamatkan' Ayu Yu daripada Penggali Kristal. Selepas dalam peristiwa BoBoiBoy Movie 2, dia kini menyalahgunakan kebolehannya jika dia dapat melawan BoBoiBoy dan kawan-kawan.
  • Jam Teleportasi
    • Replikasi Teleportasi
  • Panahan Besi Sekerap
  • Panah Pengikat
  • Panahan Barang-Barang Terpakai

Rupa[]

Adu Du berbadan hijau dengan kepala berbentuk kubus yang mempunyai sepasang sesungut yang berfungsi sebagai telinga dan jauh lebih besar daripada badannya dengan memakai baju berwarna jingga yang berkolar hitam dan berseluar hitam. Adu Du juga berkasut jingga yang menjelaskan taraf pemakaian Adu Du ketika berada di planetnya sebagai pengutip bahan sisa mineral.

Perwatakan[]

Selaku penjahat utama, Adu Du sememangnya garang, angkuh, degil, pendendam, gila kuasa dan terutamanya egois yang ingin mendapatkan apa sahaja yang dia mahu di samping cepat meradang dan suka menjerit-jerit untuk memberikan arahan kepada konco-konconya. Apabila dihampakan ataupun diumpat oleh konco-konconya, dia tidak ragu-ragu untuk memarahi dan menghukum mereka.

Apabila membuat silap, Adu Du sering menutupi dan tidak mahu mengaku kesilapannya dan selalunya berasa bahawa ideanya lebih bagus daripada yang dicadangkan oleh Probe dan Komputer dan juga menyalahkan mereka. Dia juga selalu memukul ataupun membaling cawan besi kepada Probe. Tetapi walaupun begitu, Adu Du tetap menjaga kewajiban konco-konconya.

Walaupun rancangannya sering dipatahkan oleh BoBoiBoy dan rakan-rakan, namun begitu dia tidak pernah mengalah dan sentiasa mencari rencana baru untuk mencapai impiannya untuk menjadi Pemburu Power Sphera yang paling terkenal. Walaupun sentiasa bermusuhan, Adu Du lazimnya bukan makhluk asing yang jahat, dan pernah menyertai BoBoiBoy untuk mengalahkan musuh yang sama seperti Ejo Jo dan Bora Ra.[1]

Nampaknya, Adu Du tidak seperti itu sebelumnya. Dia dulu orang yang sengsara dan sunyi yang sering dibuli oleh Ejo Jo. Tetapi sejak pertemuan pertama dengan Probe, dia menjadi lebih bangga dan tidak terpisah daripadanya. Selepas diusir daripada Planet Ata Ta Tiga, Adu Du kini menjadi apa yang telah dia jadikan.

Rancangan[]

Semenjak Adu Du datang ke Planet Bumi, dia telah membuat beberapa rancangan jahat yang sudah semestinya untuk menentang BoBoiBoy.

  • BoBoiBoy
    • Musim 1, Episod 1: Adu Du membuat pengumuman melalui siaran TV yang ditujukan kepada penduduk Bumi supaya penduduk bumi menyerahkan kesemua biji koko kepadanya. Kemudian, Adu Du mengarahkan Probe untuk mencuri koko dari kedai Tok Aba untuk mengaktifkan Bola Kuasa.
    • Musim 1, Episod 2: Adu Du cuba menculik Ochobot. Adu Du juga mengarahkan Robot Hamba untuk mencuri koko lagi.
    • Musim 1, Episod 3: Adu Du menghantar raksasa Multi-Monster untuk mengalahkan BoBoiBoy.
    • Musim 1, Episod 4: Adu Du menculik rakan-rakan BoBoiBoy. Dimulai dengan Ying, Yaya dan akhir sekali Gopal. Selain itu, Adu Du juga cuba untuk mengetahui kuasa Gopal yang sebenar.
    • Musim 1, Episod 5: Adu Du cuba membuat resepi kokonya sendiri dan juga cuba mencuri resepi rahsia Tok Aba. Selain itu, dia telah berjaya menculik BoBoiBoy Petir.
    • Musim 1, Episod 6: Adu Du memeras ugut BoBoiBoy Petir agar memberikan resepi rahsia koko Tok Aba. Dia juga membohongi BoBoiBoy Halilintar bahawa Tok Aba dan kawan-kawannya sebenarnya adalah musuh ketatnya dan Adu Du adalah rakan baiknya sehingga BoBoiBoy Halilintar dapat gelaran Ada Da.
    • Musim 1, Episod 7: Adu Du menyedut BoBoiBoy dan Gopal ke dalam permainan video dan cuba untuk mengalahkan mereka di dalam permainan video tersebut.
    • Musim 1, Episod 8: Adu Du menyuruh Raksasa Tidur yang terkeluar dari permainan video (bersama Papa Zola) untuk mengalahkan BoBoiBoy dan rakan-rakannya.
    • Musim 1, Episod 9: Adu Du cuba mengalahkan BoBoiBoy dan kawan-kawannya di dalam permainan dam haji dengan menyuruh Raksasa Tidur untuk menjadikan Adu Du sebagai Super Adu Dududu dan bermain kotor dalam permainan tersebut.
    • Musim 1, Episod 10: Adu Du menyuruh Probe mencuri kesemua surat-surat peminat BoBoiBoy dan menjawabnya dengan cara biadap. Namun, sebaliknya yang berlaku. Probe dan Komputer menjawab dengan jujur.
    • Musim 1, Episod 11: Adu Du menjadikan BoBoiBoy Angin hilang kawalan emosi dengan mencipta Cecair Emosi X, lalu dimakan oleh BoBoiBoy Angin melalui biskut Yaya.
    • Musim 1, Episod 12: Adu Du membeli senjata daripada penjual senjata haram Bago Go untuk mengalahkan BoBoiBoy dan rakan-rakannya.
    • Musim 1, Episod 13: Adu Du menyerang BoBoiBoy dan rakan-rakannya dengan menggunakan Robot Pemusnah Mukalakus (yang telah diberi secara percuma oleh Bago Go kerana Probe menjadi pembeli ke-10 yang membeli Sudip Elektrik).
    • Musim 2, Episod 1: Adu Du berdendam untuk menghapuskan BoBoiBoy sejurus selepas mengetahui bahawa BoBoiBoy telah kembali ke Pulau Rintis.
    • Musim 2, Episod 2: Adu Du dan Probe mencari hantu untuk mengalahkan BoBoiBoy. Kemudian, Adu Du cuba menyerang BoBoiBoy semasa di dalam Rumah Berhantu.
    • Musim 2, Episod 3: Adu Du merancang untuk mengalahkan BoBoiBoy di dalam satu perlawanan bola sepak yang akan diadakan di padang Sekolah Rendah Pulau Rintis.
    • Musim 2, Episod 4: Adu Du bersama Probe telah bergabung dengan Fang untuk mengalahkan pasukan BoBoiBoy di dalam perlawanan bola sepak.
    • Musim 2, Episod 5: Adu Du telah mencipta formula pengecilan dalam bentuk pistol dan mengarahkan Probe untuk mengecilkan dan memenyekkan BoBoiBoy, Gopal dan Fang.
    • Musim 2, Episod 6: Adu Du menyuruh Probe untuk menghabiskan tugasnya untuk memenyekkan BoBoiBoy, tetapi rupanya pistol pengecilan mampu untuk membuatkan sesiapa yang terkena pancaran itu lama-kelamaan menjadi debu dan hilang dari dunia.
    • Musim 2, Episod 7: Adu Du datang ke sekolah BoBoiBoy untuk membalas dendam dengan menggunakan Pistol Emosi Y.
    • Musim 2, Episod 8: Adu Du cuba untuk mengalahkan BoBoiBoy dan rakan-rakannya semasa mereka terkena Pistol Emosi Y.
    • Musim 2, Episod 9: Adu Du membuat Harimau Kitar untuk mengalahkan BoBoiBoy dan rakan-rakannya. Kemudian, dia dan Probe menciptakan siri Markas Kotak Hari Ini Pagi Ini untuk mensabotaj BoBoiBoy.
    • Musim 2, Episod 10: Adu Du cuba untuk membuat Ejo Jo takut dengan BoBoiBoy supaya dia insaf.
    • Musim 2, Episod 11: Adu Du menyamar sebagai Abdul Dudul untuk membuat BoBoiBoy gagal dalam peperiksaan (mungkin juga rakan-rakan sekelasnya).
    • Musim 2, Episod 12: Adu Du cuba untuk mengalahkan Ejo Jo, tetapi Probe dimusnahkan oleh Robot PETAI dan dikalahkan oleh Ejo Jo.
    • Musim 2, Episod 13: Adu Du menipu Ejo Jo supaya dia dan BoBoiBoy dapat mengalahkannya.

Kemunculan[]

Trivia[]

  • Menurut pelakon suaranya Anas Abdul Aziz, beliau dan rakan-rakannya mendapat rancangan untuk membuat kepala Adu Du berbentuk petak kerana mereka ingin membuat alien yang rupa tidak terlalu serius atau menakutkan. Mereka menamakannya Adu Du sebagai bunyi seperti dadu.
    • Secara kebetulan, nama Adu Du berasal dari perkataan "dadu" dan bentuk kepalanya serupa dengan bentuk dadu.
  • Adu Du dahulunya dikenali sebagai coffeeliens yang membawa maksud 'alien yang mahukan kopi', sebelum ditukar kepada 'alien yang mahukan koko' atas sebab kopi tidak sesuai untuk kanak-kanak.
  • Konsep Seni Adu Du

    SpongeBob (tengah kanan atas) dan Napoleon Dynamite (tengah kanan bawah)

    Dalam salah satu konsep seni Adu Du, salah satu penyamaran Adu Du menyerupai watak-watak SpongeBob SquarePants dan Napoleon Dynamite.
  • Walupun Adu Du berkepala kotak, dia juga amat bijak kerana memiliki berbagai idea untuk mencipta alat-alat kawalan untuk menghapuskan BoBoiBoy. Tetapi, alat-alat ini selalu disilap pakai oleh Probe.
  • Dia memiliki obsesi besar menghancurkan BoBoiBoy disebabkan oleh kebencian terbesar kepadanya kerana dia seperti lalat yang selalu mengganggunya.
  • Dalam Musim 1, Episod 10, Probe mendedahkan Adu Du setiap malam bermimpi buruk dan mengigau-ngigau kerana Ochobot memberikan kuasa kepada BoBoiBoy.
  • Dalam Musim 1, Episod 12, Adu Du berkata bahawa tujuannya ingin menjadi alien super duper kaya di Planet Ata Ta Tiga yang akan menjadikan makhluk asing melayannya seperti seorang raja tetapi ia tidak akan berlaku sehingga dia mengalahkan BoBoiBoy, atau mungkin penguasa Ata Ta Tiga yang sah.
  • Dalam Musim 2, Episod 10, ia didedahkan bahawa Adu Du berasal dari suku sakat Ado Doi.
  • Ketika di sekolah, Adu Du selalu dibuli oleh Ejo Jo. Dia berdendam dengannya sehingga sekarang.
  • Walaupun minuman kegemaran Adu Du ialah koko, makanan kegemarannya ialah nasi lemak dan memakannya ketika sarapan.
  • Dia sering mendera Probe dan Komputer apabila rancangan dan ideanya tidak berfungsi seperti yang diharapkan.
  • Mengikut perancangan asal, Adu Du merupakan kawan kepada BoBoiBoy dan yang lain, lebih-lebih lagi dengan perwatakan yang mesra. Namun, ia tidak diketahui mengapa dia menjadi watak jahat utama dalam siri.
    • Walau bagaimanapun dalam Musim 3, Adu Du telah berubah menjadi alien yang baik seperti pelan asal. Namun, dia kembali jahat dalam Musim 3, Episod 12 (Ketibaan Ibu Adu Du) disebabkan oleh desakan oleh ibunya.
    • Adu Du kini menjadi watak penolong dalam BoBoiBoy: The Movie kerana dia adalah penjahat dari awal siri dan bahkan menyertai Tengkotak, tetapi selepas dia dan Probe dibuang dari Tengkotak, mereka berdua terpaksa membantu Papa Zola untuk mencari BoBoiBoy dan kawan-kawan. Pada penghujungnya, dia membuatkan Yoyo Oo memberikan koordinat teleportasi palsu kepada Bora Ra dan kemudian menyertai sesi penggambaran dengan Papa Zola, BoBoiBoy dan rakan-rakannya.
      • Bukti ini turut disokong dengan temu bual bersama pelakon suara Adu Du, Anas Abdul Aziz. Beliau menyatakan bahawa Adu Du akan mengambil mana-mana pihak (pihak BoBoiBoy atau pihak penjahat) bergantung kepada keadaan.
    • Adu Du telah kembali menjadi watak penolong lagi dalam BoBoiBoy Movie 2 kerana dia adalah penjahat dari awal seperti dalam BoBoiBoy: The Movie. Tetapi selepas mendapat lekukan di kepalanya, dia dan Probe menjadi anak murid kepada Hang Kasa bersama dengan BoBoiBoy dan Gopal. Apabila bertarung dengan Penggali Kristal, Adu Du kemudian dapat kepalanya kembali ke datar semula selepas dipukul oleh Ayu Yu.
    • Adu Du juga kadang-kadang menyambut bersama dengan BoBoiBoy dan kawan-kawan, misalnya Ulang tahun BoBoiBoy ke-4, Selamat Tahun Baru Cina 2015 dan Selamat Ulang Tahun Ke-23 MNCTV.
  • Kapal angkasa milik Adu Du iaitu Kapal Sampah A80 merupakan kapal angkasa lama yang amat popular di kalangan peminat kapal angkasa antik. Bagaimana Adu Du mendapatkannya adalah misteri.
  • Adu Du datang ke Planet Bumi setelah dia diusir dari Planet Ata Ta Tiga yang disebabkan oleh Ejo Jo, pada masa yang sama ditugaskan oleh Maharaja Ata Ta Tiga untuk menguasai tenaga koko di Bumi.
  • Selain bahasa manusia, Adu Du juga memahami bahasa kambing seperti S8000.
  • Peristiwa pertemuan pertama Adu Du dan Probe telah dijadikan sebagai komik mini dalam Majalah Komik BoBoiBoy yang bertajuk "Robot Tempur Probe" yang mana juga diceritakan di dalam Musim 2, Episod 10.
  • Telinga Adu Du sebenarnya merupakan antenanya. Tetapi apabila Probe berbisik kepadanya, Probe sentiasa berbisik melalui sebelah kepala Adu Du, sama seperti manusia berbisik antara satu sama lain. Namun, BoBoiBoy perlu berbisik di antenanya untuk Adu Du mendengar.
  • Dia adalah watak keempat dan terakhir yang boleh berteriak seperti seorang gadis seperti yang dilihat dalam Musim 3, Episod 5. Yang pertama adalah Fang dalam Musim 2, Episod 8, yang kedua ialah Papa Zola dalam Musim 2, Episod 12 manakala yang ketiga adalah Iwan, Nurasyikin Abdul Khalit memberikan suara jeritannya.
  • Dalam video band Kotak Jagalah Bumi, Probe menyatakan bahawa Adu Du merupakan peminat nombor satu band Kotak.
  • Dalam BoBoiBoy Galaxy, Adu Du bercita-cita untuk menjadi pemburu Power Sphera.
  • Dalam BoBoiBoy Galaxy Musim 1, Episod 2, Adu Du didedahkan telah termasuk dalam senarai dikehendaki (wanted list) dan ganjaran untuk menangkapnya hanyalah RM 1.00.
  • Walaupun Adu Du sememangnya jahat, BoBoiBoy kagum dengan tekadnya dan menganggapnya sebagai salah satu lawan yang kuat.
  • Walaupun Adu Du dapat ingatannya semula dan kehilangan ingatan pada masa pelatihan dengan Hang Kasa kerana mendapat pukulan dari Ayu Yu, Adu Du masih memiliki kebolehan seni mempertahankan diri yang dilatih oleh Hang Kasa.
  • Subjek kegemaran Adu Du ialah teater dan kemahiran hidup. Ironinya, ia dijelaskan bagaimana dia bersifat manipulatif.
  • Jenis lagu kegemaran Adu Du ialah lagu-lagu dari planet Ata Ta Tiga.
  • Warna kegemaran Adu Du ialah kuning.
  • Adu Du kelihatan sedikit rendah dalam BoBoiBoy Movie 2 seperti dalam siri BoBoiBoy, berbanding dalam musim pertama BoBoiBoy Galaxy.

Petikan dialog[]

  • "Aku tahu kenapa ada banyak tenaga koko di sini."
  • "Turun ke Bumi dan bersedia untuk membuat pengumuman!"
  • "Aku akan paksa penduduk Bumi untuk menyerahkan koko!"
  • "Aku adalah Adu Du dari Planet Ata Ta Tiga!"
  • "Serahkan kesemua biji koko atau hadapii kehancuran!"
  • "Nampaknya kita tiada pilihan lain... Kita kena gunakan Bola Kuasa!"
  • "Dengan tenaga koko, Bola Kuasa akan dapat diaktifkan!"
  • "Aku akan kembali BoBoiBoy! Aku akan kembali!"
  • "Hantar Multi-Monster ke BoBoiBoy dan makan dia!"
  • "Sekarang aku dah ada buku resipi, koko Tok Aba dan BoBoiBoy Petir!"
  • "Usaha yang sia-sia!"
  • "Inilah Adu Du dan Ada Da!"
  • "Aku dah dapat satu idea!"
  • "Kau menang kali ni BoBoiBoy... Tunggulah... Aku akan kembali, BoBoiBoy! Aku akan kembali!"
  • "Bersedia, Probe!"
  • "Macam-macam idea aku dah guna!"
  • "Koko Jumbo, keluarlah!"
  • "Makan semua koko, makan!"
  • "Team BuBaDiBaKo! Bergerak!"
  • "Sampai kini sahaja persahabatan kita, BoBoiBoy!"
  • "Heh, tak ada benda nak difikirkan! Aku akan kembali kepada kejahatan! Tunggulah kau, BoBoiBoy! Tunggulah!"
  • "Saya kena balas dendam untuk mama! Saya akan ajar si BoBoiBoy tu! Berani dia tolak mama, berani dia cederakan mama!"
  • "Jom! Kita selamatkan Fang!"
  • Jangan risaukan pasal kitaorang. Yang penting, korang kena pergi selamatkan si penjahat Fang tu!"
  • "Pergilah... Pergilah selamatkan kawan baik jahat korang tu!"
  • "Nampaknya, kejahatan memerlukan kita..."
  • "Nampaknya, aku akan jumpa dengan pasukan idola aku!"
  • "Inilah, Kapten Bora Ra! Pemburu Sfera Kuasa legenda!"
  • "Ini pula Yoyo Oo, orang kanan Kapten Bora Ra!"
  • "Yang ini, Gaga Naz! Orang kuat Tengkotak!"
  • "Kejam betul!"
  • "Masanya sudah tiba."
  • "Power Sphera tu milik aku, BoBoiBoy!"
  • "Teruskan mencari!"
  • "Ingat dah habis? Ini baru bermula!"

Galeri[]

Wiki-wordmark
Wiki BoBoiBoy mempunyai pelbagai gambar menarik tentang Adu Du. Rujuk Adu Du/Galeri.

Video[]

Rujukan[]

Advertisement