BoBoiBoy Wiki
Advertisement
BoBoiBoy Wiki


A.B.A.M. (Accurate Ballistic Arrow Mercenary) merupakan sebuah robot pemburu Power Sphera dalam siri BoBoiBoy Galaxy.

Sejarah

Sejarah awal

Tidak banyak yang diketahui tentang sejarah A.B.A.M., khususnya seperti dari mana dia berasal atau siapa yang mencipta dia, tetapi akhirnya dia menjadi pemburu Power Sphera. Pada suatu hari, dia mencuba memburu dan menangkap BellBot sehingga mendarat di Planet Gurunda. Tetapi, dia masih mengesan dan memburu BellBot. Akhirnya, dia dikalahkan teruk oleh Cattus yang telah dikurniakan Kuasa Pembesaran oleh BellBot dan mengakibatkan rakan-rakan Cattus mula takut kepadanya dan pulaukan dia.

BoBoiBoy Galaxy

Dalam Dendam A.B.A.M., A.B.A.M. kembali ke kampung Cattus di Planet Gurunda dengan penaik tarafan untuk mendapatkan BellBot semula. Dia memasang perangkap di sekitar oasis dan menunggu sehingga ketibaan BoBoiBoy dan ​kawan-kawannya serta Cattus dan BellBot. A.B.A.M. hampir dapat menewaskan wira-wira dengan senjata pemanahnya pada mulanya, tetapi secara tidak sengaja dia menyaksikan 'persembahan' tarian BoBoiBoy dan Gopal yang dilakukan dengan rawak. Selepas sebahagian badan besinya berubah menjadi bakul ikan dan dilahap habis-habisan oleh Cattus, akhirnya sistemnya terpadam setelah dicampak oleh Cattus gergasi ke dalam oasis.

Rupa

Selaku robot, A.B.A.M. mengenakan tubuh badan besi yang mempunyai berbagai warna. Kepalanya berwarna hijau di tengah dan biru gelap di kiri dan kanan, dengan sepasang antena berwarna merah. Kedua matanya juga bercahaya merah terang dan berbentuk bulat. Di belakangnya terdapat pemanah yang disimpan apabila tidak digunakan, menjadikannya kelihatan seperti sayap. Bahagian dada A.B.A.M. kelihatan seakan-akan gagah dengan tiga titik merah di tengah-tengah. Badannya pula kelihatan seperti langsing dan bersaiz kecil. Manakala mulut, tangan dan kakinya sama seperti robot.

Perwatakan

A.B.A.M. ditunjukkan sebagai robot yang yakin dengan kebolehannya, membuatkan dia berasa bahawa dengan pengiraan analisanya dia dapat mengimbas segala serangan musuh. Dia juga agak berdendam, kembali ke kampung Cattus semata-mata untuk untuk mengalahkan Cattus dan mendapatkan BellBot.

Senjata dan Kebolehan

Senjata utama A.B.A.M. adalah busur pemanah yang memiliki ketepatan yang sangat luar biasa. Dia juga boleh meramal sebarang serangan yang dilontarkan kepadanya dengan menggunakan program pengiraaan yang dimiliki olehnya. Oleh kerana program ini lebih kepada ramalan serangan yang rumit, sesuatu serangan atau pergerakan yang rawak tidak dapat dianalisa dan dibaca sebagai ralat.

  • Bom asap: Digunakan untuk mengaburkan pandangan musuh pada awal pertempuran.
  • Letupan Cahaya: Berupa sebuah bom kecil berbentuk sfera yang boleh mengeluarkan dan meletupkan sinaran cahaya untuk menyilaukan pandangan musuh buat seketika.
  • Busur: Senjata utama A.B.A.M. yang boleh melepaskan berbagai jenis serangan panahan.
    • Panah Letupan: Panah yang boleh meletupkan kesan pada sasarannya.
    • Panah Penjejak: Panah yang menghancurkan semua serangan batu oleh Yaya dan Ying.
    • Panah Pembelah: Panah yang membelah Akar Pengikat milik BoBoiBoy Daun.
    • Panah Pembeku: Panah yang akan membekukan musuh sasarannya yang semakin lama akan semakin mengeras.
    • Panah Perangkap: Panah yang digunakan dalam BoBoiBoy Galaxy: Gelora Kuasa untuk cuba memerangkap BoBoiBoy Api dan Angin tetapi gagal.
    • Panah Pemecah: Beberapa panah ditembak dengan amat pantas untuk menghancurkan dan mematahkan serangan Bebola Api dan Bebola Angin.
    • Panah Berapi: Panah yang disertai dengan api yang membara sewaktu ditembak, tetapi kesannya tidak ditunjukkan kerana gagal mengenai sasaran.

Trivia

  • A.B.A.M. telah disalah anggap oleh BoBoiBoy, Gopal dan Papa Zola sebagai "abang" BellBot kerana namanya.
  • Nama penuh A.B.A.M., "Accurate Ballistic Arrow Mercenary" membawa maksud "tentera upahan anak panah balistik yang tepat", sesuai dengan kebolehannya untuk memanah dengan tepat.
  • Kelemahan A.B.A.M. adalah apabila dia menyaksikan sesuatu pergerakan yang tidak dapat dibaca dengan tepat. Khususnya sewaktu Gopal, BoBoiBoy Daun, BoBoiBoy Api dan BoBoiBoy Angin melakukan sesuatu yang tidak betul seperti menari secara rawak dan mengelak serangannya, maka dia kehilangan ketepatan untuk melakukan serangan.
  • Penampilan A.B.A.M. mungkin dicontohi daripada penampilan watak dalam Kamen Rider, iaitu siri tokusatsu Jepun.
  • A.B.A.M. juga dikenali sebagai B.R.R.O. (Ballistic Ranged Robot Offense) dalam terjemahan bahasa Inggeris di YouTube, walaupun nama asalnya A.B.A.M. turut berasal dari perkataan Inggeris. Nama terjemahan "Ballistic Ranged Robot Offense" juga bermaksud "pelanggaran robot jarak jauh".
  • Seperti sesetengah alien atau robot jahat yang lain, sebab A.B.A.M. memburu dan berdendam dengan Cattus adalah kerana ia mempunyai Power Sphera BellBot bersamanya.
  • A.B.A.M. adalah watak pertama dalam BoBoiBoy Galaxy yang 'mati' secara kanon dan watak kedua dalam keseluruhan siri. Watak yang pertama ialah BoBoiBot dalam siri BoBoiBoy.
  • A.B.A.M adalah watak pertama yang mati dibunuh oleh Cattus.

Galeri

Konsep seni

Gambar promosi

Cekupan skrin

Advertisement